Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Ahad, 5 April 2015

Liburan Di Jakarta (7): Makan Sedap dan Beli-belah di Kota Kasablanka

S aya sering menceritakan tentang pelajar saya iaitu Putri dan Indra dalam entri-entri yang lalu. Merekalah yang menaja trip kami ke Bogor dan Depok. Namun sejak berada di Jakarta, mereka cuma menghantar Pak Supir dan kereta sahaja untuk kami jalan-jalan. Saya belum lagi bersua muka dengan Putri dan Indra. Cuma berhubung melalui telefon sahaja.

Ke manakah Putri dan Indra berada? Disebabkan mereka sibuk bekerja dan menjaga dua orang anak, maka mereka tidak sempat bersama-sama kami. Namun pada cuti Hari Natal baru-baru ini, Putri dan Indra mengajak kami makan malam bersama-sama dan membeli-belah.

Setelah bergraduasi dari Universiti Sains Malaysia enam tahun lalu Putri dan Indra pun mengatur pertemuan dengan saya serta keluarga di Kota Kasablanka iaitu sebuah gedung membeli-belah ekslusif di Jakarta.

Gedung membeli-belah mewah Kota Kasablanka di Jakarta
Semua pelanggan perlu melalui pemeriksaan keselamatan untuk masuk ke Kota Kasablanka
Persembahan muzik di ruang legar Kota Kasablanka

Kegembiraan terpancar di wajah Putri dan Indra apabila kami bertemu di pintu masuk berdekatan bahagian kawalan keselamatan Kota Kasablanka. Putri terus memeluk saya apabila ternampak saya. Putri dan Indrapun membawa kami menuju ke restoren Remboelan yang terletak di tingkat 1.

Meja penuh dengan pelanggan di restoren Remboelan
Remboelan - Indonesian Soul Food sibuk di malam Hari Natal

Disebabkan malam itu sehari selepas Hari Natal, orang ramai keluar makan. Maka tempahan meja sudah penuh. Jadi kami terpaksa menunggu giliran orang selesai makan. Putri memaklumkan saya bahawa dia sudah cuba membuat tempahan meja tetapi tidak dapat. Jadi kami ke situ dengan harapan ada orang yang selesai makan dengan cepat.

Meneliti menu di Remboelan

Orang terlalu ramai di dalam restoren malam itu. Sebelum kami dapat duduk di dalam restoren, kami melihat buku menu yang di letakkan di luar dan mula membuat pesanan.

"Yang ini enak! Yang ini pun enak! Order yang ini ya!" Putri mencadangakan menu yang sedap-sedap kepada kami

Putri menyarankan pelbagai jenis makanan yang menurutnya enak-enak belaka. Atas saranan Putri, kamipun memilih makanan yang dikatakan enak itu.

Bergambar dengan Putri (memangku anak) dan Indra (berkaca mata dan berbaju hitam) ketika menanti giliran makan di restoren Remboelan

Sambil menunggu giliran meja yang kosong dan makanan dihidangkan, kami mengambil kesempatan bergambar di hadapan restoren itu dan pergi membeli-belah. Terdapat banyak kedai di dalam Kota Kasablanka seperti Mark & Spencer, The Zalora Shop, Snack Zone, Korean BBQ, Penang Bistro, Carrefour dan macam-macam lagi.

Terkesima... Penang Bistro terdapat di hadapan Restoren Remboelan
Putri dan Indra belanja kami membeli-belah di Snack Zone
Pelbagai keropok dan kerepek di Snack Zone
Keropok, kerepek dan kek kami beli untuk dibawa pulang

Sekotak besar kerupuk dan kerepek saya bungkus untuk dibawa pulang ke Malaysia. Sekotak lagi dibeli oleh Putri dan Indra untuk saya bawa pulang juga. "Banyaknya!" jerit saya apabila Putri menyerahkan kotak itu kepada saya.

Kira-kira setengah jam kemudian makananpun sudah siap dihidang. Kamipun masuk ke dalam restoren Remboelan dan duduk. Tetapi ada juga makanan yang asalnya kami pesan sudah kehabisan dan terpaksalah kami memesan makanan yang lain.

Masakan Indonesia yang enak di Remboelan 
Ikan Gurame Bakar Rica Rica, Dendeng Sapi, Oseng Jagung Madura dan Tongseng Kambing
Nasi Goreng sambal Ijo dan Ikan Gurame Bakar Rica Rica
Tumis Bunga Papaya Kecombrang & Ikan Asap dan Udang Goreng Saos Mayones
Makanan di sini pedas-pedas
Wedang Remboelan dan Es Podeng ~ pembasuh mulut
Putri dan Indra belanja kami sekeluarga makan malam di Remboelan 

Aroma makanan yang semerbak itu membuatkan kami terus menyantap makanan yang terhidang dengan penuh selera. Semua makanan di atas meja itu adalah atas saranan Putri dan itu adalah makanan tradisional Indonesia. Inilah pertama kali kami memakannya. Semuanya enak dan pedas! 

Anda nak cuba? Kalau nak, sila ambil alamat restoren Remboelan ini:  Kota Kasablanka Mall, Jalan Casablanca Raya Kav. 88, Kebayoran Baru-Jakarta Selatan.



Undilah blog saya ~ "Best Travel Blog"



Tinggal hari ini sahaja lagi untuk anda mengundi blog saya sebagai "Best Travel Blog" dalam Malaysia Social Media Week 2015. Untuk mengundi blog saya sila klik pautan INI.

...bersambung

12 ulasan:

  1. Assalam Kak

    Ingatkan ke Morocco tadi ! haha

    BalasPadam
  2. Putri secantik puteri...

    Makanan Indonesia di restoran ini nampak agak berlainan dengan yang selalunya sama ada dari segi menu dan persembahannya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik orangnya secantik namanya.

      Makanan authentic Indonesia, nama masakannya juga unik. Pertama kali pula memakannya.

      Padam
  3. pernah sekali dulu saya ke kota kasablanka semata mata mahu donor darah. lihat lihat restoran dan lihat barang yg dijual di sana memang mahal mahal belaka. belum level saya, Bu Prof. saya hanya boleh telan air liur...hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barang-barangnya mahal kerana diimport dan berjenama terkenal dari negara Barat. Lihat-lihat saja pun tak mengapa walaupun tak membeli. Tapi rasanya Mas Gun Firdaus atau sesiapa sahaja masih boleh beli kerupuk dan kerepek macam yang saya beli. :)

      Padam
  4. owh Putri dan Indra hasben n wife yaa.. comel2 hehehe..

    skip laju2 part makanan.. sakitnyaaa tu disini kurasakan laaa Acik Prof.. tengah malam ni tengok makanan. sedih.. strict sungguh nak masuk. patutnya semua building la kena buat macam tu.. mcm kes baru2 ni di tanah abang.. seram..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa belajar di USM dulu Putri dan Indra baru berkawan. Tapi bila dah grad baru mereka kawin.

      Terliur ke tengok makanan tu? :D

      Apa yang terjadi di Tanah Abang?

      Padam
    2. ada letupan bom.. elok shari lepas kawan CT shopping kat sana..

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...