Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Sabtu, 28 Mac 2015

Liburan di Jakarta (6): Dijamu Makanan Enak di Restro La Dhana

S epanjang apapun perjalanan, biasanya saya melalui saat-saat indah. Antara saat-saat indah yang saya temui di Jakarta ialah dijamu makanan enak-enak oleh pelajar saya yang kini menetap dan bekerja di Jakarta. 

Seorang daripadanya ialah Rizki. Rizki telah bergraduasi dari Universiti Sains Malaysia dua tahun lalu. Kedatangan saya di Jakarta dinanti-nantikannya. Tetapi disebabkan kesibukan bekerja sebagai pensyarah di Universitas Mercu Buana, Rizki hanya sempat bertemu dengan saya pada cuti Hari Natal. 

Jadi pada petang Jumaat 26 Disember 2014 Rizki menjemput kami di rumah Yan di Duren Sawit, Malaka Asri. Rizki rupa-rupanya baru berkahwin lima bulan dan membawa isterinya bersama. Mereka kemudiannya membawa kami sekeluarga ke sebuah restoren tidak berjauhan dengan rumah Yan.

Nama restoren itu ialah La Dhana - Cofee & Restro yang terletak di Jalan Raya Pondok Kelapa, Blok E9 No 3B, Duren Sawit, Jakarta Timur.

La Dhana dari luar. Ia terletak di deretan kedai dan hampir dengan jalan raya.

Restoren La Dhana mempunyai dua tingkat. Suasana La Dhana amat selesa dan bersih. Hiasan dalamannya bersesuaian dengan konsep sebuah restoren makanan Barat bercampur makanan tempatan.

 La Dhana dihiasi dengan bingkai-bingkai gambar kopi dan kata-kata yang menarik orang untuk minum kopi.


Hiasan dalamannya sesuai sebagai tempat minum-minum kopi. Kami melihat banyaknya gambar dan kata-kata obsesi tentang kopi. Koleh, teko dan botol kopi dipamerkan di ruang masuk restro.

La Dhana  sesuai untuk mereka yang gemarkan kopi.
Mereka yang gemarkan kopi tentu suka dengan kata-kata ini

Kamipun segera dibawakan oleh seorang pelayan ke tingkat atas. Di situ kami duduk berdekatan dengan tingkap yang dihiasi dengan daun-daun ivy. Ternyata tempat itu telah ditempah untuk kami. Aroma kopi yang menerawang ke setiap sudut restoren itu membangkitkan selera kami untuk mencicipnya walaupun cuma secangkir

Rizki dan isterinya memesan makanan di La Dhana
Menu istimewa di La Dhana terdiri daripada makanan Indonesia dan Barat
Kopi pelbagai rasa terdapat di sini
Menanti makanan dihidang
Saya meneliti sehelai kain yang dihadiahkan Rizki kepada saya

Kami sangat berterima kasih kepada Rizki yang telah datang dari jauh iaitu dari Jakarta Barat ke Jakarta Timur untuk bertemu saya sekeluarga dan belanja kami makan. Tidak cukup dengan membelanja kami makan, Rizki menghadiahkan saya sehelai kain dari Kalimantan dan ole-ole berupa kopi La Dhana.


Kopi La Dhana yang dihadiahkan kepada saya untuk dibawa pulang
Kopi ini pilihan suami saya
Cappucino ini pilihan saya


Makanan ini pilihan anak sulung saya
Pasta Cabonara ini pilihan kakak saya
French Fries Cheese and Garlic dan Red Valcano (ice blended dengan perasa ubi merah)
Pizza

Pisang Bakar yang ditaburi keju parut dan cokolat 
Nasi Goreng

Kamipun memakan semua makanan yang enak-enak di restoren La Dhana itu. Saya cadangkan anda juga patut makan di restoren La Dhana kalau berkunjung ke Jakarta.

Kicap Bango

Kemudiannya Rizki membawa saya dan keluarga ke sebuah pasaraya untuk membeli keropok udang dan kicap Bango untuk dibawa pulang.






Malam nanti kami diundang makan lagi. Di manakah kami akan makan? Siapa pula yang menjamu kami? Ikuti sambungannya dalam entri akan datang.

 ...bersambung

9 ulasan:

  1. Untung ya ibu NA... semuanya gratisan...

    Restoran yang unik kerana disamping makanan barat... makanan tempatan tidak dilupakan, Tapi nampak macam tidak mengenyangkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, makan semuanya gratisan. Alhamdulillah.

      Pizza, pasta dan nasi goreng tu mengenyangkan. Kami tidak memilih yang berat-berat sebab sudah petang dan malam nanti ada lagi jamuan makan :)

      Padam
  2. Nanti kalau saya ke Jakarta singgah makan sini ah. Makasih infonya Bu Prof.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus sekali Mas! Boleh dicoba. Restronya mudah dicari.

      Padam
  3. Greetings... HOT !! promo and package..hanya utk "kaki travel "...

    http://rajawalibintangtravel1001.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. bestnyaaaa trip ni.. trip makan2.. kalau CT mesti sukaaa amat..
    Acik Prof mesti fav lecturer diorang tu kan.. hihi.. bagusnya.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trip kali ni banyak makan-makan, sebab kami dianggap tetamu...jadi tak habis-habis menerima undangan makan. Student Indonesia memang bagus-bagus dan berbudi dengan guru mereka :)

      Padam
  5. Banyaknya jenis makanan, habis ke semua tu, huhu. Hope satu hari nanti akan sampai ke Jakarta. For sure akan singgah di La Dhana ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami ni suka try makanan yang tak pernah dimakan. Memang habis licin kesemua pinggan tu :D

      Semoga puan dapat ke Jakarta suatu hari nanti. Boleh cuba makan di La Dhana.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.