D i manakah kami boleh dapat makanan yang paling enak di kota Jakarta? Itulah pertanyaan kami pada Yan hari itu.
Awal-awal pagi lagi Yan sudah mencadangkan saya dan keluarga saya makan tengahari di Natrabu iaitu sebuah restoren masakan Minang. Jadi selepas ke Masjid Kubah Emas di Depok, Pak Supirpun membawa kami ke Natrabu yang terletak di Jalan Sabang, di tengah-tengah kotaraya Jakarta.
Keadaan jalan raya di Jakarta ketika itu tidaklah 'macet'. Ini disebabkan ketika itu sehari sebelum cuti hari Krismas. Penghuni kota Jakarta ramai yang sudah 'mudik' dan keluar dari kotaraya Jakarta. Pasaraya dan pusat membeli-belah juga banyak yang tidak menjalankan perniagaan pada hari itu.
Dengan mudah kami dapat menemui restoren Natrabu yang terletak di tepi jalan. Dengan mudah juga kami mendapat pakir betul-betul di hadapan restoren itu.

Kotaraya Jakarta yang lengang menjelang hari Natal |
Keadaan jalan raya di Jakarta ketika itu tidaklah 'macet'. Ini disebabkan ketika itu sehari sebelum cuti hari Krismas. Penghuni kota Jakarta ramai yang sudah 'mudik' dan keluar dari kotaraya Jakarta. Pasaraya dan pusat membeli-belah juga banyak yang tidak menjalankan perniagaan pada hari itu.
Dengan mudah kami dapat menemui restoren Natrabu yang terletak di tepi jalan. Dengan mudah juga kami mendapat pakir betul-betul di hadapan restoren itu.
Natrabu- Restoren masakan Minang |
Apabila kami masuk sahaja ke dalam Natrabu, kami terlihat Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di dalam bingkai gambar di dinding restoren itu. Ada dua bingkai gambar Dato' Seri Najib di situ.
Kemudian di satu sudut dinding terdapat gambar mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad bergambar di Natrabu. Rupa-rupanya, kedua-dua Perdana Menteri kita pernah makan di restoren ini!
Kalau kedua-dua Perdana Menteri kita sudah makan di sini, sudah tentulah makanan dan layanan di sini istimewa.

Perdana Menteri Malaysia pernah makan di restoren ini beberapa kali |
Lagi gambar Perdana Menteri Malaysia di Natrabu |
Ruang makan di Natrabu di bahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian. Kita boleh pilih tempat duduk yang kita suka: berdekatan kaunter atau di ruang belakang yang terlindung atau ruang terbuka di tengah-tengah. Ruang makannya disusun kemas dengan meja dan kerusi kayu yang berwarna hijau dan kuning.
Terdapat sebuah pentas pelamin dengan sepasang patung yang memakai pakaian tradisi orang Minang di suatu sudut restoren. Ini membuatkan sudut itu seperti sebuah muzium mini dan menjadi tumpuan pengunjung untuk bergambar di situ. Disamping itu Natrabu menyediakan tandas dan musolla yang bersih.
Kemas dan bersih |
Pelamin Minangkabau yang dihiasi di dalam Natrabu |
Kekemasan dan kebersihan restoren Natrabu membuatkan kami tidak sabar-sabar mengambil tempat duduk yang berhampiran dengan kaunter. Aroma masakan Minang yang terbit dari para-para makanan membangkitkan selera kami.
Pelayan memakai pakaian tradisional ketika bekerja di Natrabu |
Pelayan-pelayan di situ melayan kami dengan mesra. Mereka memakai baju tradisional Minangkabau dan bertengkolok. Pelayan-pelayan itu segera menghidangkan segala juadah tanpa diminta-minta. Jadi penuhlah meja panjang di situ dengan serbanika lauk pauk yang sedap-sedap. Mewahnya!!
Pelbagai masakan Minang disajikan di atas meja |
Antara masakan yang dihidangkan ialah Dendeng Berlado, Sambal Ijo, Rendang Daging Minang, Gurame Panggang, Ikan Goreng, Pegedil, Ayam Pop, Gulai Udang, Terong Berlado dan macam-macam lagi. Tetapi kami tidaklah memakan kesemua yang terhidang. Kami memilih beberapa jenis lauk sahaja dan mengenepikan piring lauk yang tidak mahu kami makan.
Memang sedap masakan Minang di Natrabu. Kesemua ahli keluarga saya memuji keenakan masakannya. Yang paling saya suka ialah rendang daging dan terong berlado.
Natrabu- Restoren Minang letaknya di Jalan Sabang, Jakarta Pusat |
...bersambung
kalau ke sana , jering tua pun sedap dimasak lemak . Terasa macam kacang kuda pula isinya.
BalasPadamJering tua memang sedap dimasak lemak, Nieda :)
PadamRestoran Natrabu ni ada cawangan di Brickfields Kuala Lumpur...
BalasPadamNampaknya Natrabu mempunyai rangkaian franchise yang luas di Asia Tenggara :)
Padamsedapnya kak..terus rasa lapar ni...hehehehe
BalasPadamMemang sedap DJ...tambahan pula nak masuk waktu makan tengahari ni, perut pun mula nak menyanyi... :D
Padammakanan pun nmpk delicious...
BalasPadamNampak pun sedap, rasa pun sedap.
PadamRetoran mewah ya Bu Prof. Nara ? mahal ngak bayarannya Bu ?
BalasPadamRestorennya agak mewah. Bayarannya juga boleh tahan mahal. Kami bayar lebih kruang RM415 untuk sekeluarga, tetapi puas hati dengan rasanya.
PadamAdakah harga makanannya setaraf peringkat sosial perdana menteri?
BalasPadamKami bayar RM415 untuk makan sekeluarga, tapi berbaloi membayarnya kerana kesedapannya.
Padambanyaknya lauk....pening memilihnya nanti..
BalasPadamMemang biasa di Restoren Minang menghidangkan lauk yang banyak...cuma kita pilih yang sesuai dengan selera.
PadamNasi Minang....terliur melihatnya....
BalasPadamYang mana satu buat Has1deen terliur? Rendangnya ke?
Padamhuuuurm sampai entry kelima ni.. CT rasa nak kena p cari ayam penyet la..
BalasPadammacam da trasa2 pulak makanan indonesia ni..
He he he...dah sampai entri ke-5, tekak dah terasa masakan Indonesia...sebab trip kali ini banyak acara makan-makan...apa lagi terjahlah entri seterusnya....ada ayam goreng pula menanti...he he he
Padamhihi CT memang datang singgah balik nak sambung baca ni..
PadamGood. Good. Good. :D
Padam