M asjid Kubah Emas. Pernah dengar tak? Suami saya menyarankan kami untuk ke Masjid Kubah Emas. Lokasinya tidak jauh dari Jakarta iaitu lebih kurang sejam setengah perjalanan kereta ke Depok. Depok adalah kota di bahagian Jawa Barat iaitu di bahagian selatan Jakarta.
Kami sekeluarga menaiki kereta yang disediakan oleh Putri dan Indra untuk ke Depok. Pak Supir yang peramah dan kelihatan berpengalaman walau bagaimanapun tidak tahu lokasi masjid itu kerana tidak pernah ke sana. Jadi di sepanjang jalan di kota Depok, dia banyak bertanya orang di tepi jalan.
Sesampainya di sana, hari sudah tengahari dan cuaca terlalu panas terik. Ramai orang datang berkunjung ke situ. Dari jauh kami lihat keindahan dan kemegahan masjid itu melalui kubah, menara dan senibinanya. Cantik!
Masjid ini mempunyai ciri-ciri Masjid Kristal (Terengganu) dan Taj Mahal (India).
Masjid ini mempunyai ciri-ciri Masjid Kristal (Terengganu) dan Taj Mahal (India).
Masjid ini juga dikenali dengan Masjid Dian Al Mahri. Kubahnya emas. Terdapat lebih kurang 5 buah kubah megah di situ. Satu kubah utama dan 4 lagi kubah kecil. Setiap kubah itu disaluti emas setebal 2-3 milimiter dan dilapisi juga dengan kristal.
Masjid ini dibina oleh seorang dermawan yang asalnya ingin dijadikan Pusat Islam. Terdapat taman-taman dan beberapa bangunan serbaguna yang dibina berhampiran dengan masjid ini untuk orang ramai berehat dan melihat masjid itu.
Masjid ini dibina oleh seorang dermawan yang asalnya ingin dijadikan Pusat Islam. Terdapat taman-taman dan beberapa bangunan serbaguna yang dibina berhampiran dengan masjid ini untuk orang ramai berehat dan melihat masjid itu.
Kebersihan dijaga di sekitar masjid |
Masjid ini letaknya di Jalan Meruyung Kecamatan Limo Kota Depok, Jawa Barat |
Bangunan di sekitar masjid |
Ketika itu jam menunjukkan 12 tengahari dan hampir masuk waktu zuhur. Kamipun mengambil wuduk dan menyimpan kasut di kaunter. Kasut tidak dibenarkan diletakkan di tangga masjid tetapi mesti diletakkan di kaunter titipan. Ketika memijak lantai masjid, terasa panas tapak kaki kerana terik matahari membakar lantainya. Mujurlah saya memakai setokin jadi kuranglah sedikit panasnya.
Kemudian kami masuk ke dalam masjid. Ketika itu azan zuhur berkumandang dan orang ramai menuju ke ruangan solat di belakang mimbar. Ruang bumbung masjid itu dihiasi dengan lampu chandelier yang indah dan siling yang dilukis dengan awan gemawan.
nice sharing...best kembara ke sana
BalasPadamPengalaman baru bagi kami tentu best :)
PadamJalan2 mak datin ni...semua dah disediakan..jelez ai tau......
BalasPadamBerjalan musim panas ni cepat betul penat dan asyik nak minum jer...
Ater macam mana nak muatnyer..dah nasib badan...he he he... :D
PadamNampak nesar betul masjid ni...Ingatkan kat Brunei je yang ada kubah bersalut emas...
BalasPadamKawasan masjid ini memang luas. Banyak taman di sekelilingnya. Halaman dalamnya juga luas dan mempunyai plaza berjubin.
Padamcamni nekcik nak tuumpang sekaki lah jugak...semua disediakan..hu..hu..boleh prof
BalasPadamInsyaAllah...boleh. Itulah keseronokan jadi pensyarah :)
PadamSaya pernah sekali dulu ke Mesjid ini semata-mata menghantar keluarga dari kampung. Hanya ingin lihat langsung Mesjid dengan kubah dari emas itu. Berkali kali tersesat karena Mesjid ini ternyata letaknya di Kampung juga..hehe. jalan juga sempit.
BalasPadamWalaupun jalan ke situ ada yang sempit, tapi apabila sampai ke kawasan Masjid Kubah Emas ini, ternyata kawasanya terlalu luas. Kagum melihatnya.
PadamSalam
BalasPadamMasjid ni nampak unik.
Salam kembali Ren.
PadamYa, benar. Keunikannya terserlah pada kubah dan menaranya.
a ah macam masjid kristal.. CT ke masjid kristal tak sampai depan pun..
BalasPadampanas yang teramat sangat.. ambil gambar dari jauh saja..
ini masjid memang terbaik.. cantiknyaaa.. plus bagus..
orang ramai penuh masjid. kat malaysia masjid sayup..
Ada sedikit ciri-ciri Masjid Kristal. Memang orang ramai ke masjid ini...masjidnya pun luas dan teratur.
Padam