Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Khamis, 26 Mei 2016

Membeli-belah di Daiso|Japan

D aiso|Japan! Ini adalah tempat membeli-belah barang-barang dari Jepun. Semasa saya ke Jepun dua tahun lalu, saya telah membeli-belah di kedai 100 yen. Semua barang-barangnya berharga 100 yen (lebih kurang RM3.70). .

Saya pernah menceritakan pengalaman saya membeli-belah di kedai 100 yen dalam entri saya tentang backpack di Jepun. Video tentangnya pun sudah saya kongsikan. Sila klik di SINI untuk mengimbas kembali.

Mungkin anda pernah ke Jepun, melihat kedai ini atau membeli-belah di kedai ini.

Kini, saya dan anda tak perlu lagi ke Jepun untuk membeli-belah di Daiso|Japan. Di manakah Daiso|Japan ini berada? Daiso|Japan terdapat banyak di pusat membeli-belah utama di Malaysia. Dua buah Daiso|Japan yang pernah saya kunjungi ialah di 1) Aeon Mall Ipoh Kelebang dan 2) Queensbay Mall Pulau Pinang. Harga barang-barang di sini bukannya 100 yen atau RM3.70 untuk setiap barang sebagaimana di Jepun tetapi RM5.30. 

Apakah barang-barang yang menarik yang boleh kita beli di Daiso|Japan? Jom lihat gambar-gambar yang saya ambil di kedua-dua Daiso|Japan itu.


1) Daiso|Japan Aeon Mall Ipoh Klebang


Daiso|Japan terdapat di Aeon Mall Ipoh Klebang

Pintu masuk Daiso|Japan di Aeon Mall Ipoh Klebang dihiasi dengan gambar gadis Jepun berpakaian Kimono

Pakaian musim sejuk dijual di Daiso|Japan Aeon Mall Ipoh Klebang

Beg pakaian begini sesuai untuk mereka yang suka mengembara


Barang-barang untuk kemudahan berkebun juga dijual di Daiso|Japan

Cebuk/gayung ini boleh dipelbagaigunakan


2) Daiso|Japan di Queensbay Mall Penang



Daiso|Japan juga terdapat di Queensbay Mall Penang

Pintu masuk Daiso|Japan di Queensbay Mall dihiasi dengan gambar seorang gadis Jepun. Papan tanda RM5.30 untuk setiap barang yang dijual di sini dapat dilihat dengan jelas oleh pelanggan

Kotak-kotak vintage ini sesuai digunakan untuk mengisi barang-barang kecil di bilik 

Pasu-pasu bunga dan alat-alat berkebun juga terdapat di Daiso|Japan Queensbay Mall Penang

Apakah yang anda boleh lakukan dengan barang-barang alumanium dan kaca ini?

Pernahkah anda mengunjungi Daiso|Japan di tempat anda? Kalau pernah sila kongsikan pengalaman anda di ruangan bawah :)

10 ulasan:

  1. Balasan
    1. Apakah yang membuat Muhammad Khairuddin Lim mesti cari kedai ini?

      Padam
  2. Pernah beli barang kat Daiso di Aeon Maluri tapi dah lama. Harga semua barang tu sama je tak silap saya. So kalau nak save budget kat kedai macam ni kita dah tau berapa banyak kita nak berbelanja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mudah untuk berbelanja dengan harga yang sama bagi setiap barang. Rahimah suka beli apa di Daiso?

      Padam
  3. Banyak barangan Daiso di Jepun masih 100 yen walaupun sudah dua tahun berlalu... lebih murah dari Daiso di Malaysia. Warna bangunannya pun lebih menarik...

    BalasPadam
  4. Saya suka window shopping kat Daiso sebab banyak barang pelik2 hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jamu mata saja pun seronok kan Ren...di Daiso mana Ren suka pergi?

      Padam
  5. saya suka ke daiso ioi mall , suka cari barang jahitan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti Suzie pandai menjahit pakaian. Benang, jarum, gunting, lace dari Jepun mungkin berbeza, kan?

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.