Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Rabu, 8 Februari 2017

Mee Tarik Paling Best di Malaysia Kini di Ipoh

M ee Tarik yang berasal dari China yang dibuat kejap-kejap itu saja kini dah berada di Ipoh. Gembiranya saya dan keluarga saya apabila kedai makan ini dibuka dekat dengan kampung halaman saya, tak payahlah kami ke Sungai Besi untuk mendapatkannya.

(Nota: Saya pernah menceritakan pasal Mee Tarik ini dalam entri tiga tahun lalu, tetapi ianya di Sungai Besi. Sila lihat kembali kisahnya DI SINI).

Apabila kami masuk saja ke restoren Mee Tarik di Ipoh ini yang bernama Mee Tarik Warisan Asli, terus kami dapat melihat setingnya yang kemas dan premis yang bersih. Aroma mee tarik itu masuk ke lubang hidung saya dan mengingatkan saya pada negara China iaitu tempat yang pernah saya tinggal semasa bertugas sebagai Visiting Scholar (Cendekiawan Kunjungan) di Communication University of China, Beijing. Inilah makanan yang saya makan setiap hari di China. 

(Nota: Bagi anda yang belum lagi membaca kisah kehidupan dan kembara saya di China, sila lihat entri-entri yang lalu dalam blog ini yang saya tulis semasa saya berada di China.  Klik di bawah tajuk KEMBARA ASIA TIMUR, kemudian pilihlah cerita-cerita menarik di bawah tajuk CHINA. Terdapat lebih kurang 71 tajuk tentang Kembara China yang telah saya tulis.




Ketika memasuki kedai makan Mee Tarik Warisan Asli di Ipoh ini, kami dapat melihat pembahagi di dalamnya ~ ada kaunter pembayaran dan ada bahagian dapur yang bercermin lutsinar. Di balik cermin itu saya lihat ada seorang pembuat Mee Tarik. Saya kenal sangat raut wajahnya yang beretnik Hui iaitu orang Islam China yang biasa saya lihat di China. Kemahiran membuat mee tarik ini dikuasai oleh etnik Hui.









Kami duduk dan memesan makanan. Sudah tentu lamien menjadi idaman! Inilah ubat rindu kami pada China.

Mee Tarik yang dibuat kejap-kejap itu juga siap dalam beberapa minit sahaja. Macam MAGIC! Tekniknya sama macam yang saya lihat di China.

(Nota: Untuk melihat cara membuat lamien di China, sila lihat entri tentangnya DI SINI (Beijing)DI SINI (Tianjin) dan DI SINI (Shanghai)






BESTnya dapat makan "Mee Tarik Paling Best di Malaysia", kata kami sambil merenung papan iklan di dinding restoren.

Tentu ramai yang ingin tahu di mana letaknya restoren Mee Tarik Warisan Asli di Ipoh ini. Senang saja mencarinya. Pergi saja ke Mydin Mall yang terbesar di Malaysia iaitu di Meru. Masuk saja melalui pintu utamanya, anda sudah nampak restoren ini. Selamat menjamu selera!

10 ulasan:

  1. cepat betul bisness dia berkembang dah sampai ipoh. lepas ni mesti owner ni bukak kat pantai timur dan sabah sarawak pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Terengganu dah ada. Kelantan, Pahang, Sabah, Sarawak belum lagi.

      Padam
  2. Balasan
    1. Mesti En Muhammad Khairuddin pun suka, tapi yang mana satu?

      Padam
  3. Dulu pernah beberapa kali ke Mydin Meru tu, tapi masa tu belum ada lagi kot restoran ini... Sedapnya lamien...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu, restoren ini baru saja dibuka di Mydin Meru.

      Terima kasih Mie kerana menegur ejaan cendiakawan dengan cendekiawan tu.

      Padam
  4. salam kak.
    saya ni bukan pengemar chinese food..
    tapi something yang macam ni i baru je cuba di Kelana Jaya..
    not bad.
    maybe boleh cuba lagi nnt.

    anyway, i tak jadi ke Shanghai.
    ke Bromo je lah nampaknya..
    sat gi nak tengok balik yr N3 pasal Shanghai tu..
    hari tu tak sempat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan semua orang suka Chinese Food...mungkin "very mild". Tapi mee tarik yang sedap hanya dibuat oleh orang China etnik Hui dari China.

      Ke Bromo pun best.

      Padam
  5. Sedap betul nampak mee dalam mangkuk tu ye. Bila agaknya mereka nak bukak di seremban 2 ni ye. Saya suka masakan cina sebenarnya cuma nak yang halal tu masalah sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap Rahimah. Pembukaan cawangan di Seremban mungkin dalam perancangan mereka. Buat masa ini yang paling dekat dengan Seremban ialah di Melaka dan Kuala Lumpur.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.