O
leh kerana saya ni "hantu sungai", apabila kunjungan ke Vietnam kali ini banyak aktiviti di atas sungai, saya sangat sangatlah teruja. Kesemua aktiviti ini disediakan oleh sahabat saya Hajah Salwa tauke Wilayah Utara Travel, jadi saya goyang kaki saja he he he....Jadi kalau ada sesiapa yang nak tanya fasal macam mana ke sini dan perkara yang terperinci tu, saya memohon maaf awal-awal ye...
Kenapa saya suka sungai? Sebabnya sungai membuatkan saya tenang. Sejak dari kecil saya mandi di sungai. Air sungai sudah sebati dalam diri saya. Saya langsung tak takut dengan air sungai. Kalau saya nampak sungai, saya rasa macam nak terjun dan berenang di dalamnya. Inilah perasaan saya setiap kali saya nampak sungai.
Perjalanan Bas Ke Sungai Mekong dan May Tho
 |
| Pemandangan sungai dan kampung yang saya ambil dari dalam bas yang bergerak laju |
Dari bandar Ho Chi Minh kami menuju ke Sungai Mekong dengan menaiki bas. Kira-kira sejam perjalanan kami. Sepanjang jalan saya dapat melihat pemandangan indah: sungai, sawah padi, kebun-kebun dan rumah-rumah.
 |
| Sawah padi dalam perjalanan ke Sungai Mekong |
 |
| Petani sedang bercucuk tanam |
Teratai Kembang di Tasik
Teratai adalah bunga yang menjadi kebanggaan orang Vietnam. Ia boleh dilihat di kolam-kolam, tasik dan sawah di seluruh negeri ini. Bagi orang Vietnam teratai adalah lambang ketulenan, optimistik masa depan dan komitment.
 |
| Teratai ditanam dengan banyaknya di dalam sawah dalam perjalanan bas ke Sungai Mekong |
Semasa saya lalu di sawah-sawah padi ketika menuju ke Sungai Mekong itu saya dapat melihat bunga-bunga teratai kembang di sawah. Tapi ia terlalu jauh dari saya kerana ketika itu saya sedang menaiki bas. Terasa ingin sekali melihat bunga teratai itu dekat-dekat. Mulalah saya berangan-angan dapat bergambar dekat dengan teratai yang cantik itu. Bilalah agaknya dapat peluang ini?
 |
| Tempat hentian rehat di Sungai Mekong |
Apabila hampir sampai ke destinasi, kami singgah sebentar untuk menggunakan bilik air. Ramai sangat orang menggunakan bilik air di situ. Kena beratur panjang dan kena bawa cebuk sendiri kerana tandasnya tak sediakan paip air. Alamak lecehnya!!! Mujurlah ada air mineral dalam beg saya. Fuh!!!
Di situ kami berpeluang melihat taman yang indah. Apa yang memeranjatkan saya taman itu penuh dengan BUNGA TERATAI!!!!!! Mata saya terbuka luas, rasa macam dah terjojol biji mata saya kerana hajat saya telah tercapai. Yahoo!!! Lompat!!! Angkat tangan tinggi-tinggi!!!
Mulalah saya tangkap gambar sana sini dan teringatlah lagu-lagu "Teratai" Ramli Sarip/Sweet Charity, Sharifah Aini dan "Teratai Layu di Tasik Madu" Fauziah Latif..... he he he
Layan gambar sambil nyanyi...la ...la ....la...
 |
| ....Oh Teratai Bunga Indah.... |
 |
| ...engkaulah pujaan hatiku... |
 |
| ...telah lama kau ku rindukan..... wahai teratai bunga indah.... |
 |
| ...sungguh cantik paras wajahmu... |
 |
| ....sinar matamu bagaikan suria pagi... |
 |
| ....setiap insan selalu terpikat .... |
 |
| ...memandang mu teratai bunga indah.... |
 |
| ...oh tolong lindungi dia... agar ku dapat bersamanya lagi .. |
 |
| ...ku inginkan terataiku sayang..berseri seperti semula.... |
Merentas Sungai Mekong
Apabila sampai di Sungai Mekong, kami pun menaiki bot yang terdapat di situ. Kami merentas sungai yang dalam itu dengan gembira. Terdapat empat buah pulau di kawasan itu: Unicorn, Phoenix, Dragon dan Tortoise. Kami menuju ke pulau Unicorn yang berdekatan.
 |
| Bot penumpang di Sungai Mekong |
 |
| Kapal pun boleh belayar di perairan Sungai Mekong |
 |
| Jambatan merentas Sungai Mekong |
Pulau Unicorn
Kira-kira 5 minit kemudian kami pun sampai di pulau Unicorn.
 |
| Pengkalan di Pulau Unicorn |
 |
| Terdapat restoren halal di tepi tebing Sungai Mekong di Pulau Unicorn |
Apa ada di Pulau Unicorn?
Madu Lebah Asli, Royal Jelly dan Biji Bunga
 |
| Makcik ini membawa lebah yang dibela dan menyuruh kami merasa madunya |
 |
| Amoi ini menghidangkan kami teh bercampur madu asli dan melayan kami dalam bahasa Melayu |
Di Pulau Unicorn kami melihat tempat belaan lebah dan membuat madu. Kami pun mencuba madu lebah itu, minum teh yang dicampur madu asli dan menyapu royal jelly pada kulit dan memakan biji bunga. Kami pun beli setelah mencubanya. Sebotol mandu asli berharga RM16.00.
Membeli-belah Dengan Harga Murah
Setelah itu kami pergi membeli-belah barangan tempatan yang dibuat di
pulau itu. Harganya amat murah berbanding dengan yang terdapat di pasar
Ben Than di bandar Hoh Chi Minh. Peniaga-peniaga di sini bercakap Melayu
dengan kami dan meletakkan harga barang dalam Ringgit Malaysia.
 |
| Pakaian kanak-kanak |
 |
| Beg |
 |
| Beg kulit |
 |
| Beg kulit lembu ini dibuat di sini dan berharga RM40-50 |
Seronok membeli-belah di sini. Saya membeli duan buah beg tangan kulit yang lembut dan beberapa keping fridge magnet.
Makan Buah-buahan Tempatan Sambil Dihiburkan
 |
| Penyanyi ini menyanyikan lagu Vietnam untuk kami |
 |
| Pemuzik yang mengiringi penyanyi tadi |
Setelah itu kami pergi ke sebuah restoren yang terletak berdekatan
dengan bazar tadi. Kami memakan buah-buahan tempatan yang ada di situ
seperti durian, rambutan, buah naga, mempelam dan minum teh sambil
dihiburkan oleh penyanyi tempatan.
Lagu yang dinyanyikan ialah lagu
Vietnam (tak pasti lagu rakyat atau apa, sebab tak faham) dan lagi satu
yang seronok didengar ialah lagu Melayu: "Anak Kampung" (nyanyian asal
Jimmy Palikat/One Nation Emcees). Seronoknya mendengar mereka menyanyi lagu Melayu dalam rentak irama Vietnam. :)
 |
| Penyanyi ini nyanyi lagu Melayu...."Anak Kampung" |
 |
| Durian Vietnam yang kami makan |
 |
| Buah naga |
 |
| Buah-buahan tempatan yang dihidangkan kepada kami |
 |
| Buah-buahan tempatan yang terdapat di Pulau Unicorn |
 |
| Durian Vietnam |
Selepas memakan buah-buahan tempatan dan mendengar lagu kami pun menuju ke tebing sungai. Kali ini sungainya kecil dan banyak sampan-sampan. Ini adalah satu kejutan buat saya...weeeee seronoknya!!! Tapi akan saya ceritakan dalam entri akan datang..... :)
...bersambung