P agi Musim Bunga 1998 di Vancouver Island sangatlah dingin. Selepas sarapan roti masakan tuan rumah bernama Sean, saya ke University of Victoria. Saya naik bas. Jadual
bas dan informasi pulau indah itu diberikan oleh Sean kepada
saya.
Walaupun hari ini saya demam selsema, saya gagahi juga untuk ke persidangan Asian Popular Culture di universiti itu. Ini disebabkan hari ini adalah hari perasmian persidangan. Kertas kerja saya pula perlu dibentangkan pada hari ini. Nama saya sudah disenaraikan dalam buku aturcara persidangan, tak kan tak datang pula. Demam pun demamlah.
Berdebarnya saya pada hari itu.
Persidangan diadakah secara serentak dalam bilik persidangan yang berlainan. Peserta boleh pilih untuk menghadiri pembentangan mana yang mereka minati. Sesi Malaysia berjalan serentak dengan Jepun dan China.

Saya masuk sesi Malaysia. Tidaklah ramai peserta yang datang mendengar. Ini adalah perkara biasa di mana-mana persidangan antarabangsa yang pernah saya hadiri. Sesi tentang Malaysia agak kurang berbanding dengan negara-negara gergasi itu. Maklumlah ikan bilis bersaing dengan jerung. Jerunglah yang menang, kan?
Tetapi para pembentang terdiri daripada lebih ramai Mat Salleh daripada orang Malaysia. Handal-handal sarjana Mat Salleh ini. Kagum saya melihat mereka membuat kajian tentang budaya popular Malaysia. Tak terfikir kita untuk membuatnya, tetapi mereka sudah jauh ke hadapan. Salah seorang daripada sarjana Mat Salleh itu mengkaji tentang Ella, artis Rock kita dan lagu-lagunya. Untuk ini, beliau belajar bahasa Melayu dan mampu menterjemah dan mentafsir senikata lagu-lagu Ella.
Saya pun membentangkan kertas kerja saya mengenai arah tuju filem Malaysia. Pembentangan disusuli dengan sesi Soal & Jawab. Selesai pembentangan saya pun lega.

|
Penulis bergambar di dalam kampus University of Victoria. |
Bonfire Night di Cordova Bay
Cordova Bay di Vancouver Island pada waktu petang. Pantai ini penuh dengan pasir, batu-batu kerikil dan kayu balak. Di belakang ialah Mount Douglas Park. |
Hari-hari berikutnya saya masih menghadiri persidangan antarabangsa itu sehingga tamat. Saya juga turut mengikuti aktiviti persidangan itu seperti
majlis makan malam, persembahan hiburan dan 'bonfire night'.
Untuk makan malam itu saya tidak perlu risau. Setiap tetamu dikenakan mengisi borang memesan makanan dua tiga hari sebelum majlis makan malam itu.
Bonfire itu diadakan di pantai Cordova Bay. Di tepi pantainya terdapat banyak hanyutan batang kayu. Cottage dan restoren kelihatan di sepanjang pantai. Pantai ini popular pada musim panas untuk berenang dan berjemur.
Bonfire tepi pantai sambil membakar mashmallow |
Itulah pertama kali saya menyertai bonfire. Ramai-ramai berkumpul
mengelilingi unggun api. Batang kayu yang tersadai di pantai Cordova Bay itu dijadikan bahan bakar. Malam yang dingin di tepi pantai itu membuatkan semua orang mendekati unggun api untuk memanaskan badan.
Sambil itu mereka mencucuk mashmallow pada hujung besi dan membakarnya. Mashmallow
yang sudah dibakar itu lalu dibubuh ke dalam air cokolat panas. Mashmallow yang manis dan gebu itu cair dan berbaur dengan air cokolat panas itu lalu
diminum. Ia adalah cara untuk memanaskan badan di malam yang dingin.
(Namun saya tidak makan mashmallow itu kerana saya tahu mashmallow mengandungi gelatin yang saya ragui kehalalannya).
Merayau-rayau di Vancouver Island
Selama saya di Vancouver Island saya mengambil peluang melawat tempat-tempat menarik di pulau ini.
Bandar Victoria
Kedai-kedai di bandar Victoria |
Saya berpeluang merayau-rayau di bandar Victoria. Inilah ibu negeri British Columbia. Bandar ini mempunyai sejarah penjajahan Inggeris yang paling ketara sekali di Kanada. Nama bandar Victoria ini diambil dari nama Permaisuri Victoria yang mencipta Koloni Inggeris di sini. Penduduk berketurunan Inggeris mendominasi populasi di British Columbia ini iaitu kira-kira 29.6%.
Chinatown pun ada. Ada golongan minoriti China. Mereka mewakili 10% populasi penduduk Britsih Columbia. Mereka telah berhijrah ke Kanada sejak 1858 kerana bekerja sebagai pelombong emas. Ada yang berhijrah kerana membina jalan keretapi.
Daripada perbulan saya dengan beberapa orang di sana, wanita China hari ini dibawa masuk ke Kanada melalui penajaan orang Kanada. Wanita itu diberi status defacto oleh penajanya. Defacto bermaksud dua orang dewasa yang tinggal bersama sebagai pasangan. Dengan status itu wanita itu memperolehi visa dan mendapat taraf penduduk tetap. Sebenarnya, ramai orang British Columbia menggemari orang Asia terutamanya China sebagai pasangan hidup mereka.
Orang Korea dan Vietnam juga ada di sana. Kebanyakan mereka membuka kedai runcit. Mereka ini masih tidak fasih berbahasa Inggeris.

Buchart Gardens dan Victoria Butterfly Gardens
Sebuah tempat yang saya suka pergi ialah Butchart Gardens. Taman indah ini letaknya di Brentwood Bay. Saya pergi menaiki bas. Tambangnya murah - lebih kurang CAD$2.00. Taman ini letaknya agak jauh juga dari
Victoria - kira-kira 40 minit perjalanan bas. Tetapi saya tak kisah
kerana saya berpeluang melihat keindahan pulau ini.
Taman Rama-rama Victoria |
Dalam perjalanan saya sempat singgah di Victoria Butterfly Gardens. Ia agak luarbiasa kerana ia adalah taman tropika yang panas di negara yang sejuk. Taman tropika ini dibuat khas untuk memelihara spesis ini. Beribu-ribu spesis rama-rama dipelihara.
Saya hanya sebentar sahaja di Taman Rama-rama Victoria ini kerana rama-ramanya sudah biasa saya lihat di halaman rumah saya di kampung. Jadi kalau tak pergi pun tak mengapa.
Penulis di hadapan Victoria Butterfly Gardens |
Setelah itu saya menaiki bas semula. Kira-kira 5 minit kemudian saya pun sampai ke Butchart Gardens. Butchart Gardens adalah sebuah tempat yang saya rasakan menarik untuk dilawati kalau berada di Vancouver Island. Ia adalah taman yang penuh dengan bunga mengikut musim. Ada banyak taman-taman kecil yang mempunyai tema-tema tersendiri di dalamnya. Ada bertemakan taman Jepun, ada bertemakan taman Itali, dan pelbagai tema lagi.
Papantanda dan lanskap yang terdapat di luar pintu masuk Butchart Gardens |
Ketika itu Musim Bunga, maka banyaklah spesis bunga tulip dan rhododendron yang saya lihat. Macam-macam warna. Ia memukau mata saya.
Selepas Musim Bunga, Musim Panas pula menyusul. Ketika di Butchart Gardens itu ranting bunga ros sudah mula dipangkas untuk persediaan musim panas pula. Dikatakan Butchart Gardens mempunyai koleksi bunga ros yang paling banyak sekali di dunia.
Oleh kerana saya solo, maka mudahlah saya mendapat kawan. Semasa merayau-rayau di dalam Butchart Gardens saya ditegur oleh seorang wanita dari Amerika. Dia juga lone ranjer macam saya. Jadi dialah kawan saya sepanjang hari itu.
Di bawah ini adalah gambar-gambar di Butchart Gardens yang cantik itu.
Pokok-pokok dan bunga-bunga ditanam rapi di dalam Butchart Gardens |
Bunga dafodil juga terdapat banyak di sini |
Bunga rhododendron yang berbagai warna menghiasi cafe dan kedai cenderamata dalam Butchart Gardens |
Tulip pelbagai warna |
...bersambung
Seronoknya dapat tengok tulip2 original.
BalasPadamKenapa gamaknya dekat pantai tu penuh dengan kayu kayan balak yang terdampar yer.
Ren,
PadamBunga tulip tu memang cantik dan bermacam-macam warna, cuma kamera saya saja yang tak bagus.
Tak pasti pula sebabnya kayu balak itu terdampar di situ. Mungkin kawasan pulau itu penuh dengan pokok-pokok yang dipelihara oleh pihak berkuasa. Penebangan pokok tanpa kebenaran mungkin dilarang. Jadi pokok itu mungkin musnah atau patah secara semula jadi dan dihanyutkan oleh air laut. Ini cuma andaian saya sahaja.
Sungguh bertuah dpt mengembara ke seluruh pelosok benua menyaksikan keindahan alam ciptaanNya. Terima kasih krn sy dpt melihat gambar2 yg sangat indah
BalasPadamHafsah,
PadamYa, memang seronok mengembara, melihat ciptaan Allah dan mempelajari sesuatu yang baru di negara lain.
Terima kasih kepada Hafsah juga kerana sudi membaca blog ini dan meninggalkan ulasan.
harap dapat jadi mcm Dr...saya baru terhegeh2 nak buat master dlm umur 37thn huhuh...harap2 dapat le menjelajah melalui ilmu mcm Dr
BalasPadamYuyu,
PadamIlmu tidak mengenal usia. Teruskan menimba ilmu dan capailah cita-cita.
Anak murid saya ramai yang sudah berusia melebihi 60 tahun, tapi masih gigih berjuang di menara gading.