Entri saya kali ini ingin berkongsi dengan rakan-rakan cara saya mengembara di British Columbia, Kanada dengan percuma. Percuma? Tentu anda tak percaya, bukan?
Di mana Letaknya British Columbia, Kanada?
Peta British Columbia |
Kanada adalah antara negara yang saya suka pergi. Sebelum ini saya telah mengembara secara backpack ke bahagian Timur Kanda – iaitu Ontario dan Quebec – tapi belum lagi ke bahagian Barat. Di bahagian Baratlah letaknya British Columbia.
Di dalam negeri British Columbia ini terdapat sebuah pulau yang cantik di Lautan Pasifik, iaitu Pulau Vancouver. Di pulau ini ada sebuah bandar yang bernama Victoria. Inilah ibu negeri British Columbia. Di sinilah saya pergi.
Pulau Vancouver menjangkau sejauh 460km dari Selat Juan de Fuca di selatan (memisahkan Kanda dari Amerika Syarikat) dekat dengan Victoria sehingga Queen Charlotte Sound di utara pulau. Keindahan pesisir pantainya yang seakan-akan fjord, kehijauan flora dan faunanya dan kedamaiannya membuatkan pulau ini telah dinobatkan sebagai pulau Nombor 1 di Kanda oleh beberapa badan.
Peta Pulau Victoria |
Cara Kembara Percuma ke British Columbia, Kanada
Caranya begini – saya amat tertarik dengan persidangan antarabangsa Asian Popular Culture yang diadakan di University of Victoria, Victoria, British Columbia, Kanada pada April 1998. Lama dah tu! Tapi walaupun lama ia tetap tersemat di hati kerana kenangan manis yang saya alami di sana.
Oleh kerana saya membuat penyelidikan tentang Asian Popular Culture pada
masa itu, maka saya menghantar abstrak kertas kerja saya ke sekretariat
persidangan itu. Tapi...
Bayaran yuran untuk persidangan antarabangsa biasanya mahal. Menginap di hotel dan tiket kapalterbang juga mahal. Malangnya ketika itu saya tidak mempunyai cukup wang untuk ke persidangan itu. Ketika itu saya berkhidmat di sebuah universiti swasta tempatan dan tiada bajet diperuntukkan untuk persidangan. Ini disebabkan ketika itu negara kita mengalami masalah kewangan akibat penyangak matawang dan ia meninggalkan impak yang besar di seluruh Asia.
Bayaran yuran untuk persidangan antarabangsa biasanya mahal. Menginap di hotel dan tiket kapalterbang juga mahal. Malangnya ketika itu saya tidak mempunyai cukup wang untuk ke persidangan itu. Ketika itu saya berkhidmat di sebuah universiti swasta tempatan dan tiada bajet diperuntukkan untuk persidangan. Ini disebabkan ketika itu negara kita mengalami masalah kewangan akibat penyangak matawang dan ia meninggalkan impak yang besar di seluruh Asia.
Saya ingin sekali pergi. Saya pun berikhtiar mencari jalan supaya saya dapat ke sana. Saya lalu menulis surat memohon mereka membiayai saya ke persidangan itu
dengan menulis sebab-sebab saya patut menerima pembiayaan itu. Antara sebab yang kukuh ialah masalah ekonomi Asia yang merundum ketika itu.
Nak tahu tak apa respons Jawatankuasa Persidangan Antarabangsa itu?
Tak lama kemudian saya menerima surat daripada mereka – abstrak saya diterima! Ini satu berita gembira. Lebih menggembirakan mereka memahami
situasi saya dan Asia yang mengalami kemerosotan ekonomi itu, maka
persidangan itu telah menawarkan wang untuk saya menghadiri
persidangan itu. Alangkah gembiranya saya! Saya diberi peruntukan sebanyak CAD$1,700 (RM 4,250)! Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, kan?
Inilah berita baik yang saya terima. Nama dan tandatangan saya padamkan demi memelihara kerahsiaan. |
Saya cuma perlu
menggunakan wang saya dahulu dan membuat tuntutan selepas persidangan
selesai. Saya bebas menggunakan 1,700 dollar itu dengan apa cara
sekalipun dan membuat tuntutan dengan mengemukakan bukti seperti resit
bayaran. Dengan wang ini saya membeli tiket kapalterbang MAS pergi
balik, menaiki kenderaan awam, menyewa hotel dan membayar yuran persidangan. Yaay!!
Inilah cara saya membelanjakan wang itu:
PERKARA
|
(CAN$)
|
Tiket Kapalterbang MAS pergi-balik (K.Lumpur-Victoria, Victoria-K.Lumpur)
|
894.80
|
Yuran Pendaftaran Persidangan
|
240.00
|
Sewa bilik (7 hari) [diskaun diberikan kerana menginap lebih 3 hari]
|
478.50
|
Tambang teksi/bas dari Lapanganterbang
Victoria ke Renouf House
|
44.95
|
Tambang teksi/bas dari Renouf House ke
Lapanganterbang Victoria
|
44.95
|
JUMLAH
|
1,703.20
|
Kampus University of Victoria, British Columbia, Kanada |
Mencari Penginapan Bed & Breakfast di Kanada
Rumah-rumah di Victoria Island |
Ini
cerita tahun 1998. Lihatlah gambar-gambar yang saya ambil semasa di sana. Masih belum digital lagi sebab ketika itu kamera digital baru sahaja diperkenalkan dan harganya terlampau mahal. Sebuah kamera digital ketika itu berharga RM2,800-4,500. Jadi saya menggunakan kamera analog jenis compact yang masih menggunakan rol filem.
Pada masa ini laman web amat kurang dan kecanggihannya tidak seperti sekarang. Jadi pencarian tempat penginapan amat terhad. Dengan pilihan yang terhad itu saya pun membuat tempahan di Renouf House - Bed & Breakfast, sebuah rumah milik seorang mat salleh Kanda bernama Sean. Semua urusan dan perhubungan saya lakukan melalui emel dan faksimile.
Pada masa ini laman web amat kurang dan kecanggihannya tidak seperti sekarang. Jadi pencarian tempat penginapan amat terhad. Dengan pilihan yang terhad itu saya pun membuat tempahan di Renouf House - Bed & Breakfast, sebuah rumah milik seorang mat salleh Kanda bernama Sean. Semua urusan dan perhubungan saya lakukan melalui emel dan faksimile.
Sean
menyediakan bilik yang boleh dikongsi bersama dengan penyewa lain atau bilik perseorangan. Beliau juga menyediakan
sarapan pagi yang dimasaknya sendiri untuk semua penyewa biliknya itu.
Saya cuma perlu membayar 79.80 dollar Kanada (RM199.50) sehari untuk semua ini. Kadar ini dianggap murah kerana sewaan bilik di hotel lebih mahal iaitu 300-400 dollar Kanada semalam.
Saya
ke sana seorang diri kerana bajet 1,700 dollar Kanada itu hanya cukup
untuk seorang. Lagipun ketika itu anak-anak saya terlalu kecil dan
mereka semua adalah budak lelaki yang nakal serta aktif. Adalah agak
sukar membawa anak kecil yang masih terlalu
aktif pada umur 3-6 tahun. Lagipun mereka belum
dapat menghargai erti kembara pada usia yang terlalu mentah.
Pernah suatu
ketika saya membawa anak saya di sebuah bangunan di St Louis, Amerika
Syarikat. Orang terlalu ramai di situ. Saya memegang erat tangan anak
saya itu tetapi anak saya tidak suka tangannya dipegang. Dia melucutkan
tangannya dari pegangan saya lalu berlari. Sayapun segera
mengejarnya. Lagi dikejar, lagi dia berlari. Sangkanya saya bermain
kejar-kejar dengannya.
Dia kemudiannya menghilangkan diri di celah-celah orang ramai. Saya mencari-carinya ke sana sini selama 5 minit. Kehilangannya selama 5 minit ini membuatkan saya pucat lesi dan panik ya amat. Setelah mencarinya dan bertanya-tanya orang, akhirnya saya menemui anak saya di dalam bilik air sedang bermain air. FUHH!!! Jadi disebabkan itu saya kurang membawa anak kecil saya mengembara.
Dia kemudiannya menghilangkan diri di celah-celah orang ramai. Saya mencari-carinya ke sana sini selama 5 minit. Kehilangannya selama 5 minit ini membuatkan saya pucat lesi dan panik ya amat. Setelah mencarinya dan bertanya-tanya orang, akhirnya saya menemui anak saya di dalam bilik air sedang bermain air. FUHH!!! Jadi disebabkan itu saya kurang membawa anak kecil saya mengembara.
Hotel Empress ini adalah mercu tanda di waterfront Victoria |
Sebelum berangkat, homework telah dilakukan dengan teliti. Maklumat dari Lonely Planet edisi lama dan bacaan yang saya perolehi telah membuatkan saya begitu teruja untuk sampai ke pulau yang belum pernah saya jejaki.
Indah! Pasti!
Pada entri akan datang saya akan ceritakan cara saya sampai di Vancouver Island yang indah itu.
...bersambung
Salam Prof
BalasPadamMemang mencabar...baca pun penuh dengan debaran..haha...
Salam Yong ASP,
PadamLama tak dengar berita. Apa khabor?
Kekangan dari segi mendapatkan maklumat, penginapan, kewangan dan meninggalkan keluarga membuatkan kembara ini amat mencabar. Debaran demi debaran saya lalui. Syukur semuanya berlalu dengan mudah.
Menjadi seorang ahli akademik memang selalu dapat keluar negara, sama ada di taja atau melalui geran penyelidikan. Biasanya tempat-tempat tu memang tak terjangka kita akan sampai ke situ. Untungkan...
BalasPadamSyukur menjadi ahli akademik. Selalu juga dapat tajaan dan geran. Kalau hanya mengharapkan duit sendiri mungkin susah saya nak ke tempat-tempat ini.
PadamTakpelah Prof..nekcik tumpang nengok gambar jer lah ye..orang pencen!!
BalasPadamNekcik,
PadamJanganlah kecewa, mana tahu rezeki Nekcik pulak. Vancouver Island itu memang sesuai untuk orang pencen tau, Nekcik.
wow bestnye dpt pegi Canada.. part lari kejar anak tu, saya boleh bayangkan betapa panik nye akak, sb saya pun penah lalui benda mcm tu, lagi kita kejar, lagi diorg lari sb ingat kite main kejar2..huhuhu..
BalasPadamTapi apa pun, Canada memang lawa kalau dpt pegi country side diorg huhuhu...bilelah agaknya saya nk sampai..
Chawanna Na,
PadamOrang ada anak kecil mesti faham, kan? Budak-budak kecil mana reti, kita yang dewasa nilah yang kena prihatin.
Canda memang lawa. Foliage dia lagi cantik. Daun maple adalah lambang kemegahan negara mereka.
Berangan-anganlah dulu Chawanna Na, mana tahu angan-angan jadi kenyataan :)
Dulu2 memang penah berangan nak further study kat canada
BalasPadamPu TrimaRyam,
PadamTeruslah berangan-berangan. Kenyataan mungkin kesampaian walaupun bermula dengan angan-angan.
Tahniah Prof, sangat memberi inspirasi..
BalasPadamHafsah,
PadamSemoga entri ini juga boleh dijadikan ilham kepada pembaca cara-cara mengembara dengan berhemah dan cara memperolehi penajaan ke persidangan antarabangsa.
Salam,menarik cerita prof.sy bercadang nak kembara ke moscow via trans siberia,agak susah nak cari teman kembara,kalau prof berminat let me know, tq.atau ada kwn2 wanita yg punya minat spt sy,bole rekomen.
BalasPadamRokiah,
PadamSalam. Ke Moscow? Wah menariknya destinasi Rokiah. Naik Trans Siberia pula tu. Boleh juga difikirkan tentang mengembara bersama. Tapi buat masa ini belum lagi rasa nak pergi ke situ.
Salam Prof.
BalasPadamApa kabar? Dalam melayari internet, saya telah terjumpa BLOG Prof. Dan amat tertarik dengan catitan Prof di Blog ini.
Saya juga suka mengembara dan mengambil gambar ....
Salam perkenalan dari kami di Calgary ....
Salam kembali Encik Ghazali.
PadamAlhamdulillah saya sihat di sini. Terima kasih kerana sudi baca blog saya. Calgary saya belum sampai lagi. Saya dah tengok blog Encik tentang Calgary, sangat cantik. Encik di sana bertugas ke?
Selamat berkenalan :)
Salam Prof ....
PadamKami sekeluarga merantau kat sini ... kami jadi penduduk tetap kat sini ... agar anak kami, Iman , dapat bersekolah dan menerima pelajaran yang terbaik buat dia .... dan juga agar anak anak kami yang lain dapat merasai pendidikan dari negara maju. :)
Terima kasih jua kerana sudi membalas message nih.
Salam kembali Encik Ghazali,
PadamHmm jarang dengar orang Melayu jadi penduduk tetap di Kanada. Selalunya yang saya dengar/jumpa orang Cina. Ini mungkin disebabkan kehidupan En Ghazali dan keluarga lebih baik di sana. Kadang-kadang manusia perlu berhijrah untuk mendapat penghidupan yang lebih baik.
Bagaimanakah caranya untuk dapat PR di sana?
Assalamualaikum prof,terima kasih di atas sharing pengalaman prof. Prof,saya tidak tahu macam mana nak ke Canada? Saya dan anak2 murid di sekolah saya dijemput ke sebuah pertandingan inovasi di Canada.
BalasPadamSaya hendak membuat kertas kerja untuk dihantar kepada penaja tetapi,dalam mebuat draft proposal memohon tajaan,mestilah ada harga tiket flight.
Bagaimana saya nak dapatkan harga tiket flight dari KLIA Ke Toronto,ya Prof?
Saya sudah bertanya kepada agensi pelancongan di negeri saya bertugas.
Mereka perlukan cash untuk beli tiket dan tidak mahu menerima L.O...
Mohon bantuan prof pandanggannya bagaimana?
Waalaikumusalam. Terima kasih kerana merujuk blog ini. Tidak susah untuk ke Canada walaupun pertama kali. Boleh guna perkhidmatan yang disediakan oleh MAS atau kapalterbang lain seperti Delta atau Air Canada. Untuk dapatkan harga tiket dan destinasi penerbangan puan boleh rujuk laman web Malaysia Airlines atau traveloka. Di sini puan taipkan destinasi dari Kuala Lumpur ke Toronto dan pilih tarikh bertolak dan balik. Kalau naik MAS destinasinya KL-Toronto, harga tiketnya lebih kurang RM5,300-RM12,996 pergi-balik. Kalau naik Delta destinasinya KL-Seoul-New York-Toronto. Tambang RM4,400-5,000.
BalasPadamRujuk link di bawah
https://www.alternativeairlines.com/flights/KUL-YTO?outbound=2019-07-07&return=2019-07-09&adults=1&children=0&infants=0&class=Y¤cy=MYR&a=MH&lp=malaysia-airlines
https://m.traveloka.com/en-my/search/flights/single.XKLA.YYZ.2019-7-6.null.1.0.0.ECONOMY
Carilah agensi yang terima L.O. Biasanya agensi ini sudah mendaftar sebagai vendor dengan tempat kita bekerja.