Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Rabu, 18 Jun 2014

Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (2): Naramas ke Nara Naik Limousine


B ackpacker Ciput sedang duduk dalam limousine ke Nara. Wah terrornya! Ciput ciput pun naik limo?


He.. he.. he.. Gempak je... Jenis kenderaan yang saya naik itu ialah limousine tapi sebenarnya bas...limousine itu istilah di Jepun. Mungkin bas ini amat luas, bersih dan perkhidmatannya bagus maka ia dipanggil limousine.


Tambangnya pun boleh tahan mahal ~ 2,050 yen = RM65 dengan perjalanan 90 minit ke Nara. Tetapi apabila bas bergerak kami dapat melihat kehidupan orang di sana dan pemandangan. Tidak banyak kenderaan di jalanraya. Mungkin sebab hari ini Ahad. Orang di sana tidak memandu laju. Ini mengagumkan kami. Pemandangan sepanjang perjalananan juga indah. Kami dapat melihat sawah padi, kebun, pekan dan rumah-rumah. Jadi duit tambang yang mula-mula rasa mahal tu terbayar dan berbaloi juga kerana pemandangannya yang menyeronokkan mata. Kalau naik keretapi mungkin tak dapat lihat pemandangan macam ini.



Ada persamaan dengan bahasa Melayu
a
Sawah padi di kawasan perumahan

a
Rumah-rumah di dalam perjalanan ke Nara


Sampai di Nara


Stesen yang terakhir ialah Kintetsu Nara. Semasa sampai di Nara kami dapat melihat pagoda lama yang tinggi dan banyak rusa di dalam taman. Kami sangat teruja kerana tujuan utama kami ke Nara ialah hendak melihat rusa-rusa yang jinak di taman itu. Inilah rusa-rusa yang Jari Manis, Ren Janggeltrekker dan John Kaki Berangan sebut dalam blog mereka. Mereka dah ke sini. Hari ini hari saya pula. Syoknya!


Limo kami sampai di stesten Kintetsu Nara


Kami sudah selamat sampai di Nara. Ke mana harus kami tuju? Ke kiri atau ke kanan? Bingung. Garu kepala.

Kami hendak mencari guesthouse iaitu tempat kami bermalam selama di Nara ~ Guesthouse Nara Backpackers. Guesthouse yang kami tempah ini adalah sebuah rumah tradisional Jepun. Kami hendak merasakan kehidupan masyarakat Jepun macam yang selalu kami tengok dalam filem klasik Akira Kurosawa dan drama terkenal Oshin. Kata tuan rumah itu, rumah itu tidak jauh dari stesen Kintetsu Nara dan Nara Park. Untuk memudahkan kerja kami, kamipun masuk ke dalam stesen Kintetsu Nara kerana kami nampak ada kaunter informasi.


Inilah stesen Kintetsu Nara



Setelah bertanya pegawai yang berada di kaunter informasi itu, "Di mana Guesthouse Nara Backpackers?" dia lalu mengeluarkan peta dan menunjukkan lokasi guesthouse yang kami cari itu. Nampaknya guesthouse yang kami cari itu popular kerana mendengarkan namanya terus pegawai itu menunjukkan tempatnya tanpa meminta alamatnya. Guesthouse itu letaknya di hadapan Nara Park yang banyak rusa itu. Dengan berpandukan peta yang diberikan itu, kamipun berjalan kaki ke guesthouse itu.



Inilah peta Nara yang diberikan oleh pegawai di kaunter Informasi tadi. Guesthouse yang kami  tuju itu dilakarkan dengan pensil merah.





























Melalui Nara Park ke Guesthouse


Kami mengheret beg dan melalui Nara Park. Kami terlihat banyak rusa berkeliaran di tepi jalan dan di dalam taman itu. Ada juga rusa yang menyambut kami datang dan menerpa ke arah kami. Ada yang menghidu beg kami seolah-olah menegur barang-barang yang kami bawa. Mungkin rusa-rusa itu tahu yang kami ini baru datang dari Malaya. Rusa-rusa itupun mengekori kami. Seronoknya!


Orang ramai bermain dengan rusa di Nara Park


"Hai baru sampai ke?," sapa rusa comel ini pada kami
a

"Ada apa dalam beg ni? Bau macam sedap je...Bak sikit!, " kata rusa ini sambil mengekori kami
a


Rusa: Nak biskut sekupang!
Penjual Biskut Rusa: Orang dah pakai yenlah...sekupang  mana dapat...Hutang beli biskut semalam pun hang tak bayar lagi...Macam mana?



Rusa ni buat muka seposen supaya orang bagi biskut.


Rusa 1: Jemulah asyik makan semekut je...
Rusa 2: Jom kita ikut orang baru sampai tu..Depa ada bawak Maggie
Rusa 1: Haa Maggie? Maggie tu hapa?
Rusa 2: Maggie tu makanan kebangsaan orang Malaya..



Kami seronok melihat rusa-rusa manja dan mengekori kami. Tak sabar rasanya hendak bermain dengan rusa-rusa ini. Tapi kami ada beg gedebak isi makanan. Kami juga nak melihat guesthouse kami dan memaklumkan tuan rumah yang kami dah sampai. Kami sudah diberitahu tuan rumah bahawa check in ialah pada pukul 3.00 petang hingga 11.00 malam. Tetapi kalau kami datang awal, kami boleh letakkan beg di situ dulu.


Lorong menuju ke guesthouse


Kamipun berjalan kaki mencari guesthouse itu. Kami melalui dewan, muzium, stesen penyiaran NHK dan rumah-rumah. Ada juga penduduk di situ yang tahu tujuan kami walaupun kami tidak bertanya mereka. Mereka terus menunjukkan guesthouse itu. Mereka pasti tahu orang asing macam kami ini dengan beg banyak-banyak mesti hendak ke guesthouse. Nampaknya guesthouse itu terkenal di sini.


Inilah pagar dan pintu masuk guesthosue kami. Ia terletak di kawasan perumahan

Lorong masuk ke dalam guesthouse





























Leganya kami apabila kami sudah jumpa guesthouse kami. Terus kami masuk ke dalam pagar rumah. Tuan rumah iaitu seorang gadis muda menyambut kami di pintu dan mengambil beg kami untuk disimpan. Ketika itu kami tak boleh masuk rumah lagi. Waktu ini waktu mengemas dan membersihkan rumah. Kami kena tunggu hingga pukul 3.00. petang.

Jadi apa yang kami nak buat sekarang? Nak pergi main rusa di Nara Park? Pusing-pusing tengok pekan ini?

Ada basikal di guesthouse itu. Kamipun minta kebenaran tuan rumah guna basikal itu. Diapun memberikan kunci basikal. Sewanya 500 yen sehari.



Inilah guesthouse kami. Di sebelah ialah rumah jiran.

Inilah basikal kami

Dengan basikal itu kamipun mengayuhnya. Nak tahu apa yang kami lihat? Tunggu sambungannya dalam entri akan datang.

...bersambung                                                                                 
 ...baca entri akan datang di sini
[Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (3): Berbasikal di Pekan Rusa Nara

Baca kisah sebelumnya dari pautan di bawah:
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (1): Ohayao Kansai!



18 ulasan:

  1. Prof..good idea la stay kat rumah tradisional jepun. Prof taknak share rupa bilik kat situ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zila,
      Memang best stay kat rumah tradisional Jepun ni. Kenangan yang amat manis. Sudah tentu saya akan share rupa bilik dan bahagian dalam rumah itu. Tapi kena tunggu dulu selepas satu entri lagi ya :)

      Padam
  2. Prof!..baru JM faham sekarang!..rupa rupanya JM belum sampai lagi di Nara Park..hanya berlegar2 di Kofukuji Temple Area tu je..no wonder lah tak jumpa byk rusa tu....huhuhu...Nara Park ni luas rhopernya...Rugiiiiiii...x kira nk repeat pit..pit..pit..hikss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke JM baru cover sikit je di Nara? Memang luas Nara Park ni. Tapi mungkin juga masa JM pergi tu dah petang...rusa balik tidur kot...lagipun ketika itu musim bunga.

      Saya pergi pagi sebagaimana JM nasihatkan dalam blog JM. Mungkin juga disebabkan musim panas rusa lebih banyak keluar hutan.

      Boleh juga JM repeat...sebab pergi sekejap-sekejap memang tak puas. Saya pun begitu banyak tempat di Nara, Osaka dan Kyoto saya tak pergi hu hu hu :(

      Padam
  3. Bestnya Prof macam balik kampung je. Tapi tang rusa jinak tu emm syioknya boleh belai-belai. Jinak sungguh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tang mana yang macam balik kampung tu Notie? Rumah Jepun tu ke?

      Rusa tu jinak sangat-sangat. Dia yang datang sondol-sondol kat kita. Memang syok!

      Padam
    2. kalau buat satay pun sedap..hahaha

      Padam
    3. Betul Zila, buat satay dan rendang memang sedap. Saya suka :)

      Padam
  4. Wah NA pun bawa bodyguard juga macam saya...

    Kalau Japanese style guesthouse... maknanya tidur atas tatami saja lah ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, mesti bawa, sebagai teman berkelahi he he he.

      Saya teringin sangat tidur atas tatami dalam rumah Jepun, tercapai juga impian saya.

      Padam
  5. Alaaa.. bestnya.. aritu tak sampai sini pun.. dok pusing tokyo je.. next year mesti kena sampai hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zila,
      Lepas Tokyo, boleh ke Nara pulak...saya pula belum ke Tokyo, kena pergi juga suatu hari nanti.
      Cerita pasal rusa ni baru sikit aje, nanti ada lagi tau.

      Padam
  6. Cerita yang menambah GERAMMMM untuk ke sana...
    Setakat ini cerita tentang rusa hampir sama masa saya ke Cheng Du, China....rusa yang lepas bebas dan jinak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan Nasa,
      Geram mata memandang, geram lagi orang yang memegangnya. Siapa yang tak geram tengok rusa yang comel-comel dan jinak tu...
      Oh Cheng Du pun ada rusa lepas bebas macam ni? Menarik tu...ingatkan Chen Du ada panda je...

      Padam
  7. Cun sungguh..rusa2 ni..bawak balik sekoq..bule?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cun.. bulu ekoq pun tak boleh bawa balik ini kan pula seekoq..ha ha ha ..

      Padam
  8. Luasnya nara park.... Saya dok pening baca blog2 tentang nara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang luas....rusapun banyak....harap baca blog saya tak pening he he he :)

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.