Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Sabtu, 13 September 2014

Mengidam Lamien (Mee Tarik)

S aya mengidam lamien ~ makanan orang China-Muslim di China. Lamien bermaksud mee tarik. Saya pernah tinggal di Beijing China selama 9 bulan dan selama itu hampir setiap hari saya makan lamien

(Bagi anda yang ketinggalan mengikuti kehidupan dan kembara saya selama 9 bulan di China bolehlah imbas kembali entri berkaitan dengannya yang saya tulis dalam blog ini. Kesemua entri itu saya poskan langsung dari China. Sila klik DI SINI).

Istimewanya lamien ini disebabkan ia dibuat serta-merta di restoren selepas kita 'order' dan mesti dihidangkan panas-panas dan segar-segar. Ini yang membuatkan ia sedap. Tambahan pula, lamien mahir dibuat dan dimasak oleh orang etnik Hui iaitu orang China-Muslim

Apabila mengidam makanan yang biasa kita makan di luar negara, apa yang perlu kita buat? Nak buat sendiri tak tahu. Nak ke Beijing semata-mata makan lamien, rasanya tak berbaloi. Di Malaysia boleh tak dapat lamien ini?

Saya dah dengar yang lamien boleh didapati di Sungai Besi. Tapi bilalah nak ke sananya? Saya tinggal di Penang.

Jadi baru-baru ini saya ke Kuala Lumpur kerana bertugas. Selepas bertugas, saya keluar makan malam dan mencari restoren yang menyediakan lamien ini. Saya minta student saya Nafishah bawakan. Nak tahu di mana? Jom ikut saya.

Nafishah dan keluarganya membawa saya ke Restoren Mee Tarik Warisan Asli di Sungai Besi. Orang masih belum ramai lagi semasa kami sampai pada pukul 8.30 malam.

Kami sampai di restoren ini kira-kira pukul 8.30 malam. Nama restoren itu ialah Mee Tarik Warisan Asli. Letaknya tidak jauh dari stesen LRT Sungai Besi. Ia terletak di deretan kedai-kedai tidak jauh dari Pizza Hut dan Bank Muamalat. 

Ketika kami sampai, orang belum ramai lagi. Tetapi lama kelamaan selepas solat isyak, orang semakin ramai memenuhi restoren itu.

Orang mulai ramai selepas 9.00 malam

Restoren ini luas dan menggunakan dua buah kedai. Apabila saya duduk di kerusi yang disediakan, saya terus nampak menu yang dipaparkan di dinding restoren sebagaimana biasa saya lihat di China. 

Gambar ini diletakkan pada dinding Restoren Mee Tarik Warisan Asli
Gambar cara mee tarik dibuat diletakkan di dinding restoren

Seorang pelayan perempuan beretnik Hui datang ke meja kami dan mengambil 'order'. Gaya pelayan ini berpakaian dan bertudung sama macam orang Hui yang biasa saya lihat di China. Yang mengagumkan saya, dia sudah boleh berbahasa Melayu sedikit-sedikit.

Ketika ini saya teringatkan kenangan saya di China, orang di sana tak tahu bahasa lain selain dari bahasa China. Saya sahaja yang bertungkus-lumus cakap China supaya orang faham saya. Oleh sebab itu saya masih ingat beberapa perkataan China yang sering saya gunakan semasa di China. Di restoren Mee Tarik Warisan Asli ini saya memesan makanan dengan menggunakan bahasa China yang biasa saya guna itu. 

Pelbagai masakan mee tarik boleh didapati di sini dengan harga di antara RM6.00-9.00
Minuman yang ada di restoren ini

Sambil menunggu makanan siap, kami terlihat pembuat lamien dan ramai tukang masak di dapur. Mereka semua beretnik Hui. Saya pasti mereka ini orang Hui sebab rupa paras dan pakaian mereka sama seperti orang Hui yang saya biasa lihat di serata China. Dapur itu bercermin. Kamipun ke situ dan melihat mereka membuat lamienCara mereka buatpun sama macam di China

Dapur restoren Mee Tarik Warisan Asli di sebalik cermin. Tukang masaknya semua dari China
Pembuat lamien sedang menarik tepung untuk dijadikan mee tarik
Lamien yang telah dihasilkan dalam masa 5 minit
[Untuk melihat cara membuat lamien di China sila lihat entri saya tentangnya DI SINI (Beijing), SINI (Tianjin) dan  SINI (Shanghai)].


Tak lama, kira-kira 10 minit kemudian, makanan yang kami 'order' tadipun sampai. Apalagi sayapun menyantapnya dengan penuh berselera. Rasanya? Hmmm sama macam di China. Sedapnya!!!!!! Gembiranya saya. Alhamdulillah. 

Niuro lamien (RM6) yang saya makan dengan teh ba bao (RM4)
Lamien cendawan (RM8) ini pilihan Nafishah
Lamien ayam (RM8)
Sekejap je dah habis lamien ni

Jadi bagi anda yang ingin merasa makan lamien ini bolehlah ke restoren Mee Tarik Warisan Asli di 51A Jalan Tasik Utama 3, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi. 

Permohonan sijil halalnya dalam proses

Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang cerita backpack saya ke Jepun. Sebenarnya cerita backpack ke Jepun belum habis lagi. Ini disebabkan saya terlalu sibuk bertugas di universiti. Maklumlah sidang akademik baru dibuka. Nantikan sambungannya ya... :)

39 ulasan:

  1. Telan air liur saya kat depan monitor...wah sedapnya pun sama...

    Rasanya kat China mee tarik ni dihidangkan dalam mangkuk yang agak besar banding yang di sini. Menu tunjuk pun ada sebijik macam kat sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa telan liur Mie? Mie boleh pergi bila-bila. Bukannya jauh restoren ni dari rumah Mie. Banyak pula cawangannya. :)

      Saya pun rasa begitu Mie, yang di China besar sikit mangkuknya dan lebih sikit meenya. Menunya pun sebijik macam di sana :)

      Padam
  2. Jm juga peminat mee tarik mmg sedap!!! Tp belum pernah try d kedai warisan asli ni. Boleh lah try utk lepaskan rindu :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. JM pun suka? Kalau suka bolehlah JM pergi ke restoren tu. Katanya ada 4: Sg Besi, Shah Alam, Dang Wangi dan Wangsa Maju.

      Padam
  3. insha Allah kalau ada rezeki turun serdang nanti saya nak try
    sebab memang akan lalu sungai besi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lalu Sungai Besi kenalah try...manalah tahu Tihara suka :)

      Padam
  4. teringin nak try...sluppp. Harap2 ada cawangan area PJ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena try Zila...sluppp :P

      Saya amat mengharapkan ada cawangan di Penang.

      Padam
  5. Tak berkelip mata masa pertama kali melihat proses pembuatan mee hinggalah kepada siap di masak di kampung saya tahun lepas pada pameran Cina Muslim...tapi harganya cuma RM 3 semangkuk...mungkin promosi kot....rasenya memang lazat..mmmmmmmm hingga menjilat mangkuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam 'magic' tengok mereka buat mee tarik ni, kan? Sekelip mata je doh/tepung tu dah jadi mee bertali-tali. Wah bertuahnya mereka datang ke kampung Puan Nasa buat demo. Di Seberang Takir ke? RM3 tu murah sangat. Tak padan dengan kekuatan tenaga dan kemahiran membuatnya. Rasanya pulak memang sedap dan tak rasa macam mee kuning kita yang ada 'air abu ' di dalamnya, kan?

      Padam
  6. Wah pernh dgr org ckp psl kdai ni tp x smpi2 pun...lps tgk entry akak terus rasa terpanggil2 jer...nyum222...

    BalasPadam
    Balasan
    1. DJ, cuba jangan tak cuba. Nyum..nyum... D. Nanti boleh tulis di blog pengalaman DJ pulak.

      Padam
  7. hihihi CT pernah makan sekali dua di kedai ni. laaaaa akak NA duduk di penang jugak ke ? area mana ? samalah kita ni duduk di penang. CT sepanjang di ke china duduk seminggu saja kat sana memang makan mee tarik ni sajalah. senang nak spot orang-orang islam kat china tu sebab diorang mesti pakai kopiah kecik diorang ni.

    sekali di yuyuan garden kami betul betul dah kelaparan tapi satu kedai muslim pun kami tak nampak. Allah izin memang ada seorang lelaki cina berkopiah mini ni datang tegur tapi cakap langsung kami tak faham. lastnya sembang guna google translation and dia yang tanya kami lapar ke.. seriously rasa kagum sebab Allah betul-betul hantar bantuan. dia tunjukkan kedai. kedai mee tarik lagi. kekeke.. main tunjuk-tunjuk and bahasa isyarat saja.

    aaaaa rasa macam nak pegi lagilah kedai meee ni tengok akak post entry hihihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan CT. InsyaAllah bulan Jan tahun depan dapatlah saya makan mee tarik lagi kat China... hehe

      Padam
    2. Beruntungnya CT dah makan di situ beberapa kali. CT makan mee yang mana satu? Yang mana paling CT suka?

      Saya di Bayan Lepas. CT di mana pula?

      CT pun macam saya juga suka makan mee tarik bila di China. Seronok dengar cerita CT di Yuyuan Garden dan jumpa orang Islam yang memang suka membantu kita bila berada di China. Itu menunjukkan orang Islam ini bersaudara, walaupun masing-masing tak faham bahasa masing-masing. Penampilan seseorang Muslim itu amat membantu.

      Padam
    3. Mie nak ke China lagi? Kali ini ke mana pula? Xian? Beijing? Xinjiang? Tolong makankan mee tarik untuk saya ya :)

      Padam
    4. Wah...diam-diam alang Mie nak ke China lagi.....jangan lupa taupau mee tarik itu balik Malaysia.

      Padam
    5. Tapau mee tarik dari China? He he he...Kalau begitu kena sejukbekukan dulu, kalau tidak belum sempat sampai Malaysia dah basi.

      Padam
    6. pakcik nak pegi jalan lagi ? china ? which paaaart ? Ya Allah kalau kaya duit kepok kepok memang dah lama nak ikut T.T daku tertinggal lagi di malaysia..

      Kak NA hihi CT suka mee yang daging kambing tuh. and yang ciken blackpeper. kambing cucuk cucuk tu ooonomnom.. memang terasa macam satay kambing kat china kaan.. huurm. rindu china secara tiba tiba.

      sungguh tu Kak NA. kagum kami time tu memang betul betul pasrah kena menahan lapar sampai malam. mmg trasa Allah tolong dia yang mai approach. tahu pulak tu kami tak ada internet connection. dia guna hp dia.. syukur tak habis habis..

      CT kat nibong tebal. dulu 12 tahun duduk di Balik Pulau then pi dah ke sberang. selalu ke bayan lepas rumah kawan baik. area huurm apa tu persiaran mayang sari ke apa tah..

      Padam
    7. CT Humairah, rezeki Allah bagi melalui macam-macam cara. Insya Allah, suatu hari nanti tiba masa CT pula :)

      Saya suka juga satay kambing China, tapi di restoren Mee Tarik Warisan Asli ni rasanya tak ada satay tu.

      Apabila kita berada di luar negara yang bukan diperintahi Islam, paling seronok kalau kita jumpa orang Islam. Orang Islam itu pula membantu kita. Allah bersama dengan CT Humairah pada masa tu. Orang itu dan CT kedua-duanya dapat pahala kerana mengeratkan ukhwah.

      Padam
    8. itulah. rezeki Allah kasi lain lain. semoga rezeki CT pun murah nak travel macam travellers lain :D

      a ah diorang mmg tak ada satay kambing macam kat China tu tapi ade spinggan daging kambing yang dipotong kecik kecik dengan ada lidi yang mencucuk daging kambing tu. maaf ya teruk betul CT nak describe. rasanya lebih kurang macam satay kambing china. nanti nxt visit boleb try..

      Padam
  8. lepas ini mesti kedai mee tarik ini menjadi tumpuan bila Prof buat entry ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan. Sama-sama memajukan ekonomi orang Islam.

      Padam
  9. Nampak sedapnya. Saya tak pernah tahu pasal ni. Terima kasih sebab highlightkan kedai ni. Akan di cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mee tarik berbeza rasanya dan lebih sedap daripada mee kuning sebab ia dibuat dengan tangan dan tak ada bahan kimia. Kalau Budak Kampung pergi dan suka, bolehlah dijadikan tempat makan favourite selepas ini :)

      Padam
  10. Saya pernah cuba Mee Tarik Warisan Asli ni. Sekarang dah ada banyak branch. Sungai Besi, area Danau Kota dengan Shah Alam. Rasa memang sebijik masa saya makan kat China dulu. Mee pun banyak kan. Kalau nak lepas rindu, boleh le datang makan sini lagi.. Hehe. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Siti Khairiyah, saya pun dengar ada 4 kedai Mee Tarik Warisan Asli di Malaysia: Sungai Besi, Seksyen 7 Shah Alam, Dang Wangi dan PV 128 Danau Kota (Setapak). Lepas ni bolehlah kita lepaskan rindu.

      Kedai ni kena buka cawangan di Penang juga.

      Padam
  11. Wah saya pun rindu mee tarik. Saya akan ke sana nanti. Ada no talipon tak ? Mana le tau sesat karang. Nak melepaskan gian di hati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru balik dari China dah rindu dan gian dengan mee tarik? He he he...Sorry le Bro, saya tak minta nombor telefon kedai tu. Tapi tak susah nak cari restoren tu. Bersebelahan dengan stesen LRT Sungai Besi je. Kalau keluar ikut jejantas/jambatan stesen LRT tu terus boleh nampak kawasan kedai-kedai dan bank. Di situlah letaknya restoren Mee Tarik Warisan Asli ni.

      Padam
  12. Hari jumaat lepas sye baru makan mee tarik warisan asli di salah satu francaisnye di setapak.kalau prof dah cakap mmg same dgn mee tarik di china, kurang le feel sye nak makan mee tarik original beijing ,xian & chengdu next month.hihi...means bile kat sane nanti,kalau saye tak sempat masuk restoran mee tarik pun takpe sebab kat Msia pun dah ade mee 5atik original.

    Tapi mmg best mee tarik kedai ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke Feeza baru makan mee tarik Warisan Asli di Setapak? Feeza makan yang mana satu?

      Bagi saya sama rasanya mee tarik ini dengan yang di China. Tetapi ada kawan saya kata "kurang sikit' rasa kuahnya berbanding di China. Ini mungkin disebabkan saya hanya cuba sejenis lamien je di sini, belum cuba makan lamein yang lain.

      Saya cadangkan Feeza cuba juga lamien yang di Beijing, Xian & Chengdu. Ini disebabkan mungkin lembunya tak diimport, lagipun cuacanya berbeza (bulan depan lebih sejuk/musim luruh), jadi kesedapannya terasa.

      Padam
    2. Salam Prof..
      Saye baru balik dari China..Alhamdulillah,dapat juga merasa mee tarik kat sana.Tapi sebab itinerary pack sangat,dari 9 hari,cuma 3hari je sempat masuk makan di restoran muslim kat sana.Berkat dari info dalam blog makanan halal yg Prof kongsi jugak.

      InsyaAllah, nanti kalau sempat saye share pengalaman saye kat sana.

      Padam
  13. Salam prof...saya yg dkt ni pon x pernh lg jejak ke kedai ni prof..tp mmg sngt glam kedai ni... perhaps one fine day...hehe. ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Farikica.
      Biasalah tu bila dah dekat, bila-bila masa boleh pergi. Kami yang jauh ni yang teruja sangat :)

      Padam
  14. Assalamualaikum prof, adik ipaq saya bgtau kat belakang sunshine Bayan Lepas ada...betui tak taktau pulak. Maybe tak
    sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Norwahida.

      Saya pernah beberapa kali makan di Chinese Muslim Restaurant di belakang Sunshine Bayan Lepas. Tukang masaknya dari China, tetapi masakannya lain tak sama dengan Mee Tarik Warisan Asli. Tetapi lama dah saya tak makan di sana, mungkin sudah ada perubahan.

      Padam
  15. Sedapnya...klu dekat sampai dah ni :)

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.