Ho Chi Minh biasanya dikaitkan dengan 'syurga membeli-belah' bagi orang Malaysia. Ini disebabkan kita boleh membeli dengan harga jauh lebih murah daripada yang kita perolehi di Malaysia. Macam-macam pilihan: daripada baju kurung, jubah, telekung, t-shirt, kemeja, kain ela, tudung, kasut, hiasan rumah sehinggalah cenderamata. Peniaga pula kebanyakannya boleh berbahasa Melayu dan meletakkan harga barang dalam ringgit. Syoknya shopping!
Apa yang syoknya? Jom tengok di mana saya membeli-belah...
1. Cenderamata dan Kekacang di Butterfly
Cenderamata boleh didapati di kedai-kedai di pinggir jalan seperti di Butterfly. Alamatnya (kalau tak silap saya) ialah 87 Mac Thi Buoi St., Ben Nghe W., Dist.1, Ho Chi Minh city. Kedai ini dibuka dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
 |
| Kedai Butterfly menjual pelbagai cenderamata |
 |
| Lukisan tentang keindahan Vietnam dan masyarakatnya di kedai Butterfly |
 |
| T-shirt Hard Rock Cafe tiruan boleh dibeli dengan harga RM15.00 di Butterfly |
 |
Kotak-kotak kecil yang dihiasi dengan wanita Vietnam berpakaian ao dai di Butterfly
|
 |
| Hasil kraftangan Vietnam di Butterfly |
 |
| Di tingkat atas Butterfly terdapat kekacang, gula-gula dan kudapan. Kita boleh duduk dan merasanya. Tapi kalau ragu-ragu dengan kehalalannya, janganlah cuba. |
 |
| Kekacang dan kuih-muih kering di tingkat atas Butterfly. |
2. Baju Kurung, Jubah dan Blaus di Truc Xinh/MSM Fashion
 |
| Harga pakaian yang dijual di MSM Fashion Co. Ltd |
 |
| Baju kurung, jubah, kain pasang di MSM Fashion Co. Ltd |
3. Telekung di MSM Fashion Co. Ltd.
Pelbagai jenis telekung boleh dipilih: yang berwarna putih, hijau, biru, hitam,
kuning, merah, merah jambu dan macam-macam warna kegemaran. Yang
bersulam atau yang kosong pun ada. Yang dibuat daripada kain kapas,
lycra atau polyester juga boleh dibeli. Ia berharga anggaran RM25
hinggalah RM50 bergantung kepada jenis kain, sulaman atau kosong.
Kedai-kedai yang menjual telekung boleh didapati di MSM Fashion Co. Ltd, No.10, Road No.3, Tran Trong Cung Street, Tan Thuan Dong Ward, District 7, HCMC.
 |
| Telekung pelbagai warna dan sulaman di MSM Fashion Co. Ltd |
4. Kain Ela/Kain Pasang di Kedai Mou So' Ka Riem (Zaymah)
Kain Ela atau Kain Pasang boleh didapati dengan banyak di kedai-kedai berdekatan dengan Pasar Ben Tanh seperti di Shop Mou So' Ka Riem (Zaymah), 44 Nguyen An Ninh Q.1, HCMC (bersebelahan Hotel Blessing 1). Harga sepasang kain kapas (4 meter, bidang 40) adalah RM25. Sutera Vietnam pula boleh didapati dengan harga RM45 sepasang.
Ada juga kedai yang menjual kain ela/kain pasang dan terus menerima tempahan baju atau seluar dalam masa sehari. Sehelai jubah boleh ditempah dan siap dijahit dalam masa sehari dengan harga RM60 (termasuk harga kain dan upah menjahit). Seronoknya saya melihat kawan saya menunjukkan kepada saya jubah yang sudah siap dijahit dalam masa sehari.
 |
| Memilih kain pasang yang dilambakkan di atas lantai di Shop Mou So' Ka Riem (Zaymah). |
 |
| Kain pasang daripada sutera Vietnam di Shop Mou So' Ka Riem (Zaymah) |
 |
| Kain pasang daripada kapas dengan pelbagai corak di Shop Mou So' Ka Riem (Zaymah) |
 |
| Kain pasang yang dijual di Pasar Ben Tanh dan baju boleh dijahit dalam masa sehari |
5. Macam-macam Ada di Pasar Ben Tanh
Pasar Ben Tanh adalah pasar yang menjual pelbagai jenis barangan kegemaran kita daripada pakaian, kain pasang, cenderamata, beg, makanan, buah-buahan, sayur-sayuran dan hiasan rumah. Pasar ini amat terkenal dan sentiasa dipenuhi orang ramai. Namun begitu kita perlu berhati-hati membeli di sini kerana ada peniaga yang mengambil kesempatan untuk "menyembelih" kita. Jadi kenalah pandai menawar dan jangan membeli dalam keadaan tergesa-gesa.
Alamat: Simpang Le Loi, Ham Nghi, Tran Hung Dao Avenues dan Le Lai Street.
 |
| Pintu masuk Pasar Ben Tanh |
 |
| Hiasan dinding |
 |
| Memilih cadar |
 |
| Penat membeli-belah, boleh berehat dengan minum air kelapa |
6. Pakaian Bermutu dan Cenderamata di Hard Rock Cafe
Kaum Adam tentu gembira dapat membeli-belah di Hard Rock Cafe (HRC) di Ho Chi Minh kerana terdapat pelbagai jenis t-shirt, topi dan seluar jeans bermutu baik. Namun begitu HRC di sini hanya menerima matawang dong dan Amerika sahaja.
Alamat: 39 Lê Duẩn, Bến Nghé; Ho Chi Minh City, Vietnam (terletak di Kumho Asiana Plaza).
 |
| Gitar Eric Clapton yang menghiasi halaman depan Hard Rock Cafe di Ho Chi Minh |
 |
| Hard Rock Cafe di Kumho Asiana Plaza HCM ini amat mudah dilihat dari jalan raya |
 |
| Bahagian depan HRC Ho Chi Minh, di sebelah kiri dan turun ke basement adalah cafe |
 |
| Di dalam HRC |
 |
| T-shirt dan topi HRC yang bermutu tinggi |
 |
| Fridge magnet, rantai kunci, lencana dan rantai HRC Ho Ci Minh. Fridge magnet ini berharga RM75.00! Mahal, kan? |
7. Cenderamata, Beg dan Pakaian di Tebing Sungai Mekong/My Tho
Membeli-belah di tebing Sungai Mekong dan My Tho amat menyeronokkan kerana kita boleh membeli barang-barang, pakaian dan cenderamata jauh lebih murah daripada di Pasar Ben Tanh. Saya sudah menceritakan tentang ini dalam entri yang lalu. Sila klik di
SINI dan
SINI.
 |
| Fridge Magnet, pakaian dan cenderamata di tebing Sungai Mekong |
 |
| Beg kulit yang dibuat di Pulau Unicorn My Tho |
Jadi, kalau anda tiada idea hendak beli apa di Ho Chi Minh dan ingin merasa keseronokan membeli-belah di HCM, bolehlah rujuk entri ini. :)