Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Rabu, 10 Oktober 2012

Artikel Kembara Naramas Aman dalam Majalah The Leader


A ssalamualaikum pembaca dan rakan-rakan Nota Kembara yang budiman,


Sengaja nak kongsi penat-lelah saya menulis. Sebenarnya catatan Kembara saya ke Medan baru-baru ini telah diterbitkan oleh majalah The Leader. Tujuan Naramas Aman (nA) beritahu ini bukan untuk menunjuk-nunjuk, janganlah salah anggap. Cuba kita lihat secara positif. Saya harap dengan entri ini ia boleh memberi inspirasi kepada mereka yang sedang berjinak-jinak dalam bidang penulisan dan blogging.



Bagaimana Mula Menulis?


Saya minat menulis. Kebolehan saya menulis ini dikesan oleh guru sekolah saya, Cikgu Kamaruddin. Dia selalu menggalakkan saya menghantar karya-karya ke majalah.

Jadi dari situ saya telah berjinak-jinak menulis sajak, cerpen, rencana, skrip drama radio, skrip drama televisyen dan tidak kurang juga skrip filem. Kebanyakannya sudah diterbitkan samada di peringkat sekolah, negeri, negara dan antarabangsa.


Pengikitrafan Dalam Bidang Penulisan


Hasil dari minat saya ini, saya telah dianugerahkan beberapa hadiah. Antaranya:

  • Trofi Samad Idris (penulisan tentang filem),  dihadiahkan oleh Kementerian Penerangan Malaysia dan FINAS, 
  • Pertandingan menulis skrip drama tv anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Keris Motion Sdn Bhd,
  • John Legge Award for Research Excellence, dihadiahkan oleh Monash Asia  Institute, Australia,
  • Nominated for Mollie Hollman Doctoral Medal, diiktirafkan oleh Monash University, Australia untuk penulisan tesis PhD dalam bidang Seni/Sastera


Kesemua hadiah itu saya perolehi tanpa dirancang atau disengajakan. Tiba-tiba sahaja saya mendapat surat berbunyi:

"Sukacita dimaklumkan puan telah memenangi anugerah ..........kerana.................
Dengan ini puan diminta hadir pada .........di........untuk menerima hadiah tersebut". 

Memang tidak disangka-sangka tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Alhamdulillah.

Disamping menulis saya minat mengembara sejak dari kecil. 

 

 

Bagaimana Mula Mengembara?


Saya dibesarkan dan dididik di kampung, di Kuala Kangsar Perak. Saya dididik sebagai gadis desa yang perlu mahir memasak dan membuat kerja-kerja rumah. Pada masa itu anak perempuan  tidak dibenarkan keluar rumah pada waktu tengahari, kerana waktu itu waktu memasak. Seawal umur tujuh tahun saya sudah tahu menggiling cili, mengopek dan mengukur buah kelapa dan memasak (kebanyakannya masakan tradisional Perak).
 
Tetapi jiwa ini selalu memberontak dan berangan-angan ingin mengembara. Tahun 1970-an, adalah zaman hippies melanda Amerika Syarikat. Ketika itu ramai hippies datang ke Malaysia. Peace No War adalah slogan yang sering dilaung-laungkan mereka. Mereka hidup mengembara (backpacking) dan membawa beg galas ke mana sahaja mereka pergi. Fenomena ini saya dapat lihat dengan sendiri. Ha ha ha betapa Otainya saya :) Mereka hitch-hike dari satu tempat ke satu tempat dengan menahan kenderaan di jalanraya.



Setiap petang saya duduk menunggu di tepi jalan melihatkan hitch-hiker ini. Setiap hari pasti ada hitch-hiker yang lalu dan menahan kenderaan. Setiap kali melihat hitch-hiker itu saya berangan-angan backpacking seperti mereka. Dari sini timbul minat saya untuk mengembara ke luar negara. Tapi apakan daya saya perempuan yang dididik dengan cara tradisional. Minat itu saya simpan sehinggalah saya dewasa dan berdikari. Setelah berusia awal 20an barulah saya berpeluang mengembara.

Tapi cara hidup hippies yang bebas tanpa batas tu tak bolehlah dijadikan contoh. Walaupun kita mengembara kita jangan lupa kewajipan kita pada Yang Maha Kuasa.


Apakah Negara Yang Dijejaki?


Negara pertama yang saya jejaki ialah Greece diikuti dengan Italy. Saya mengembara dengan menaiki kapal merentasi Laut Mediterranean. Kemudian saya ke Spain, Switzerland, Peranchis, United Kingdom, Brunei, Singapura, Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Australia, Indonesia, Thailand, Arab Saudi, UAE, Cyprus, Vietnam dan China. Ada tempat saya rejah dengan kawan-kawan. Ada secara solo. Ada dengan ahli keluarga.

Negara yang paling banyak dan lama saya jelajahi adalah Amerika Syarikat dan Kanada. Sekiranya berkesempatan, insyaallah saya akan kongsi pengalaman saya mengembara dan backpacking di negara-negara tersebut.


Artikel Kembara dalam The Leader


Baru-baru ini artikel kembara saya ke Medan telah diterbitkan oleh majalah The Leader pada keluaran Julai 2012. Penerbitnya Universiti Sains Malaysia. The Leader adalah majalah berbahasa Inggeris, jadi sebab itu saya menulis di dalam bahasa itu.  Ini adalah contoh artikel yang diterbitkan itu.






Mengapa Menulis Blog dalam Bahasa Melayu?

Menulis blog dalam bahasa Melayu membuatkan saya rasa lebih rapat dengan budaya saya, agama saya dan bangsa saya. Walaupun saya pernah menetap di negara Barat seperti Amerika Syarikat (4 1/2 tahun) dan Australia (3 1/2 tahun) dan China (sekarang ini, dah 5 bulan), namun saya tetap memilih negara tanah tumpah darah saya.

Lagipun blog dalam bahasa Melayu masih kurang. Kita memerlukan lebih banyak bahan dalam bahasa Melayu. Dengan menggunakan bahasa Melayu saya boleh mensasarkan blog ini dengan lebih luas kepada pembaca yang mengetahui bahasa Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan sebagainya.

Saya juga ingin memperjuangkan bahasa Melayu dalam bidang media dan tidak ingin bahasa Melayu pupus seperti pupusnya seladang, pelanduk, ayam denak, memerang, tapir, siamang, ungka dan spesis yang sejenis dengannya dari tanahair kita. Tidak mustahil pada suatu hari nanti bahasa Melayu jadi hiasan/dipertontonkan sahaja sebagaimana binatang-binatang di zoo ini kalau tidak dilestarikan.

Saya harap penerangan ringkas ini dapat membuatkan kalian mengenali saya dengan lebih rapat dan menjadi penggalak kepada mereka yang berminat dalam bidang penulisan.

Wassalam.




15 ulasan:

  1. tahniah prof....minta2 pasni rezeki saya pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Zila
      Alhamdulillah. Saya doakan Allah murahkan rezeki Zila dan ada penerbit yang mahu terbitkan tulisan Zila di majalah :)

      Padam
    2. I love your writing style.

      Padam
  2. Salam Yong

    OO...bakat terpendam dari kecik rupe nyer....
    teman ni tak de bakat tu langsung, menulis kat blog ni jer la satu2 nya bentuk penulisan gaya teman yang teman ada sepanjang hayat setakat ni untuk berkongsi cerita kembara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Yong ASP,
      Haah dari kecik saya suka berangan-angan. Tapi tak ada siapa yang sudi mendengarnya. Tapi bila karya kita dah disiarkan tu, bila tahu ada orang baca atau dengar, seronok bebenor rasanya.

      Mengkome terus le menulis dgn gaya kome...dialek Perak yang lama-lama tu kelorkan le balik yek...Ramei orang boleh menulis tapi dema tak andak menulis, ramei juga orang mengembara merata tapi dema tak sior kongsi dengan orang lain. Sikap penyegan dema tu jangan le diikut...

      Padam
  3. wahhh!!! tahniah akak. dah femes dah ni. hehehe.! tahniah2! ;)nnt sy pegi beli kat kedai. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Danny/John,
      Danny lagi le famous...masuk Maskulin...peminat fanatik pun ramai. :D

      Padam
  4. Saya bangga dengan akak! Teruskan berkongsi kisah pengembaraan dengan kami! Harap² satu hari nanti saya akan jd macam akak. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Janggel/Rain,
      Kata-kata Janggel membuatkan saya bersemangat untuk menulis catatan kembara saya.

      Akak doakan Janggel lebih berjaya.

      Padam
  5. Tahniah kak! siapa kata blog/article/penulisan dan apa2 yg berkaitan dengan bahasa dan tulisan melayu tidak boleh pergi jauh adalah cetek skali! Akak dh buktikan..yabedabedu!! Tahniah skali lagi.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. @BlueEwoke,

      Terima kasih.

      Bahasa Melayu sebenarnya digunakan orang seluruh dunia. Misalnya di Beijing, Saigon, Mekah, Madinah peniaga-peniaga menggunakan Bahasa Melayu bila berurusan dgn orang Malaysia.

      Padam
  6. Assalamualaikum puan
    saya amat tertarik dengan catatan perjalanan puan. catatan perjalanan puan saya jadikan rujukan dalam perlancongan saya. untuk pengetahuan puan, saya baru pulang dari Hangzhou dan Beijing secara backpakers. Untuk Beijing saya banyak merujuk kepada catatan puan. Terima kasih puan. Mohon dihalalkan ilmu yang di ambil dan diamalkan.

    untuk trip seterusnya, saya bercadang untuk membawa ibu ke Danau Toba, Pulau Simosir dll seperti catatan puan. jadi, bolehkah saya dapatkan nombor contact Pak Rahmat..tour guide puan di sana.
    terima kasih byk2 puan.

    -Ita-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ita,
      Waalaikumusalam. Terima kasih kerana dapat menggunakan blog ini untuk kebaikan. Tahniah kerana berjaya sampai ke Beijing dam Hangzhou secara backpack. Saya kagum!

      Sebenarnya saya tidak pernah menyimpan nombor Pak Rahmat disebabkan masa ke Medan dulu saya goyang kaki je he he he..semua Al-Jannah Travel yang urusakan. Kalau Ita hendak dapatkan contact Pak Rahmat sila hubungan Al_Jannah Travel di sini: https://www.facebook.com/AlJannahTravelTours/info

      Padam
    2. Terima kasih ya...

      -Ita-

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.