Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Ahad, 20 Januari 2013

Huo Guo atau Hot Pot Makanan Sesuai Pada Musim Sejuk di Beijing

Pagi ini saya menjenguk keluar jendala bilik. Tidak disangka-sangka, sesuatu diluar dugaan terjadi. Saya lihat salji putih sedang turun dari langit. Ianya satu rahmat. Ia membawa kegembiraan kepada saya. Salji itu telah membuatkan saya melupai derita musim dingin di Beijing.

Gambar ini saya ambil dari tingkap bilik saya pada pukul 7 pagi tadi

Apakah yang perlu dilakukan pada waktu salji turun? Mendendangkan lagu Sonata Musim Salju? Membuat snowman? Melontar bebola salji? Keluar makan-makan?

Oleh kerana gembira menyambut salji turun itu, saya bergegas keluar berjalan-jalan. Tak jauh, cuma di dalam kampus Universiti Komunikasi China saja. Sudah lama rasanya tidak merasai gebunya salji yang jatuh ke atas kepala dan menyentuh pipi. Saya melihat ia melayang ke bumi bagaikan kapas putih bersih. Seluruh permukaan bumi kampus itu putih diselimuti salji. Indahnya.








Saya melihat beberapa orang menyodok salji di atas jalan. Kanak-kanak mengepal-ngepal salji yang gebu dan putih itu menjadi bebola. Ada yang membuat snowman.

Sangka saya, saya seorang saja yang jakun melihat salji yang gebu turun di bumi Beijing, rupa-rupanya ramai juga orang China yang keluar merakamkan gambar.







Makan-makan Pada Musim Sejuk


Perut mudah lapar pada musim sejuk. Badan cepat menggigil. Makanan apakah yang sesuai untuk melayan kehendak perut ketika sejuk-sejuk begini?

"Huo Guo," kata Jingling kawan saya yang berasal dari Beijing.

Jingling belanja saya makan huo guo atau hot pot  iaitu masakan tradisional China. Inilah pertama kali saya memakan makanan huo guo dengan resepi tradisional serta cara memakannya juga tradisional.

Jingling bawa saya ke sebuah kawasan penempatan Muslim di Chaoyang Utara, Beijing. Ianya tidaklah jauh dari rumah saya. Menurut Jingling huo guo ialah  masakan yang sering mereka makan ketika musim sejuk.

Kawasan penempatan Islam di Chaoyang

Restoren halal di Chaoyang Utara yang menyajikan huo guo cara tradisional

Saya tertarik dengan cara ia dihidangkan. Amat authentic. Sayur-sayuran dan daging dihidangkan berasingan di dalam piring. Sebuah periuk diletakkan di atas dapur dan dapur itu pula diletakkan di tengah-tengah meja yang berlubang. Di dalam dapur itu mengandungi arang kayu yang sentiasa menyala. Terdapat air di dalam periuknya. Kami menunggu air itu mendidih dahulu.

Penulis menunggu air mendidih

Jingling malu semasa saya mengambil gambarnya, tetapi saya ambil tanpa dia sedari

Sayur kobis, perut lembu, cendawan dan fuucuk

Setelah air itu mendidih, sayur-sayur atau daging kemudiannya dicelur ke dalam air mendidih itu satu persatu. Ada yang dicelur sekejap sahaja dan ada yang dibiarkan seketika di dalam air yang mendidih itu.

"Perut lembu ini perlu dicelur sebanyak 7 kali. Kalau lebih ia akan lembik dan tak sedap," kata Jingling sambil mendemonstrasikannya.

"Celup, angkat, celup, angkat. Kena 7 kali," kata Jingling

Jingling menunjukkan cara mencelur sayur

Sayapun meniru cara-cara yang dilakukan oleh Jingling. Kemudian makanan itu dicicah dengan sos bijan. Sangat sedap dan berkhasiat. Selepas memakannya badan saya merasa panas. Kemesraan terjalin melalui cara makan begini kerana ia tidak dimakan berasingan dan tidak individualistik sebagaimana makanan barat.

Sos bijan (depan, paling kanan), cili kering,  daun ketumbar, bawang putih, bawang besar untuk menyedapkan lagi huo guo


Sayur-sayuran dan daging yang sudah dicelur dan direbus dalam air mendidih dicicah dengan sos

Bila ditanya apakah minuman yang perlu diminum pada musim sejuk.

"Air halia direbus bersama gula merah," jawab Jingling dalam bahasa Melayu yang fasih.

Kalau anda berada di Beijing pada musim sejuk, jangan ketinggalan untuk menikmati huo guo dan air halia bergula merah.

22 ulasan:

  1. Salam Yong

    Suker nyer melihat kesejukan itew....apa lagi Yong...kepal la buat ABC....

    Best nengok makan makanan deme dalam cara deme...yang tu betoi2 pengalaman yang bermakna kan...so authentic...

    Cantik design winter coat Yong tu...hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Yong ASP,
      Memang seronok apabila melihat salji turun. Semasa salji turun ramai orang yang keluar menikmati keindahannya. Suhu pula tidak sejuk. Just nice....ha ha ha kepal buat ABC :D. Buat ais kepal, letak gula merah, sirap merah, susu cair hmmm sedap jugak, kan?

      Kalau Jingling tak belanja teman makan huo guo tu taklah teman tahu. Pengalaman ini amat bermakna dan meninggalkan kenangan. Di Malaysia pun ada juga jual makanan ini, kan? Tapi yang halalnya susah nak cari.

      Cantik ke winter coat saya ni? Hmm terima kasih. Baru beli di Mall dekat rumah saya di Chaoyang. Itupun kawan China yang teman belikan. Dia yang tunjukkan coat mana yang sesuai untuk musim sejuk Beijing. Ada bulu burung/itik di dalamnya. Memang selesa.

      Padam
  2. Baru sekali saya merasa salji jatuh atas kepala iaitu di Nikko Jepun beberapa ketika dahulu, lepas tu tak adal lagi dah...

    Macam tak mengenyangkan makanan tu, lainlah kalau orang suka makan perut lembu. Kepingan merah yg menggunung depan NA tu daging ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Mie,
      Tentu seronok Mie menikmati salji jatuh di kepala di Nikko Jepun. Jepun adalah sebuah negara yang bersih dan cintakan alam sekitar. Tentu lebih indah di Jepun. Saya belum pernah ke Jepun. Cuma berehat di lapangan terbang Narita saja semasa terbang dari Los Angeles ke Malaysia. Geram juga tak dapat pijak betul-betul tanah, jalan, rumput, salji Jepun. Tengok dari cermin airport je :(

      Kita boleh pilih apa yang kita nak makan. Kalau tak suka perut lembu boleh ambil yang lain. Ya, kepingan merah menggunung tu adalah daging lembu yang telah dihiris nipis-nipis. Semua pilihan ini Jingling yang buat, saya ikut saja. Lagipun menunya dalam tulisan China, saya masih buta huruf.

      Padam
  3. Time sejuk makan yang panas- panas memang sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Mahh,
      Betuk tu! Bila makanan tu dimakan panas-panas, badanpun rasa segar :)

      Padam
  4. Wah nampak sangat sejuk di situ! Saljinya pon mencantikkan keadaan muka bumi yang sedia cantik. Saya tak pernah merasa sentuh salji melainkan di pusat rekreasi yg popular di Malaysia satu ketika dahulu, tapi bila tengok gambar2 saleji kat sini, rasa macam berada di sana pulak hehehe.

    Makanan dalam gambar kak NA tu sangat menyelerakan. Terutama part sayur-sayur tu, memang feveret saya tu .. ish teringat pulak kat steambot ... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Janggel/Rain,
      Di sini musim sejuknya sangat sejuk, sentiasa di bawah 0. Tetapi bila salji turun suhu tidak terasa dingin. Rasa nyaman. Sesuai untuk keluar bermain salji atau melihat keindahan salji yang bukannya selalu turun. Tetapi menurut kawan-kawan Beijing saya, tahun ini salji kerap turun berbanding tahun lepas. Jadi saya gembira dapat melihat salji turun ini. Kalau Rain berpeluang datang ke Beijing, eloklah datang pada musim sejuk ini. Rain boleh bermain salji kalau salji turun. Kalau tidakpun boleh bermain ski, kerana tasik di sini beku pada musim sejuk. Kalau ke tempat-tempat tinggi seperti di Tembok Besar pemandangannya lagi cantik. Di Malaysia ada dibuat tempat salji itu, tapi saya tak pernah pergi, cuma tengok di tv baru-baru ni. Elok juga Malaysia buat tempat salji itu, jadi kita tak perlu pergi jauh-jauh untuk bermain salji.

      Makanan itu pun juga dipanggil steamboat. Inilah pertama kali saya makan steamboat asli dari Beijing. Sangat sedap, terutama sekali sosnya. Yummm. Rain suka makan sayur ya...bagus tu...makanan ini memang berkhasiat, sebab guna air rebusan dan tak ada minyak.

      Padam
  5. Salam Prof...

    Cmner ek daging boleh ada design puteh merah cmtu?? mcm betul2 nipis dipotong. Air medidih tu semata2 air ek?? xde pape flavor cam steamboat tu ek?? Byk tanya pulak..hahaha. Sukanya tgk salji..1 jer lg saya nak tanya...nape memula ada salji pastu kt area town xde salji??

    Saya sungguh suka penulisan prof..informative..bila saya cter balik kat kawan2 lain..dorang so kagum. Saya pulak rasa lagi bersemangat nak cter kat oranglain. Saya teringin nak rasa stay lama2 kat negara org..hmmm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Zila,
      Saya rasa daging yang merah putih itu ada cara memotongnya. Untuk menjadikan ia nipis dan dwi warna itu, ia dibekukan dalam peti sejuk (freezer) dahulu dan hiriskan nipis-nipis apabila ia hampir beku (before it is almost frozen).

      Air mendidih itu ada diletakkan sedikit daun bawang putih yang dipotong pendek-pendek. Boleh dikatakan air itu kosong tanpa diletakkan sebarang rempah. Sos yang dicicah itu sudah lengkap dan sos itulah yang membuatkan ia rasa sedap. Sos itu kawan-kawan saya tidak tahu membuatnya, setiap restoren mempunyai secret recipe. Ada yang kata ia dibuat dengan kacang. Ada yang kata dibuat dengan bijan.

      Semalam sekali lagi orang belanja saya makan huo guo, tetapi di tempat lain. Bezanya sosnya lebih sedap dan cara makan huo guo itu diakhiri dengan merebus mee ke dalam air mendidih itu. Jadi apabila ia sudah diletakkan daging, sayur-sayuran dan mee ke dalamnya maka air itu menghasilkan sup. Kita ceduk sup itu ke dalam mangkuk kecil dan boleh letakkan garam ke dalamnya kalau suka.

      Gambar yang mula-mula itu ada salji, sebab salji turun lebat pada hari yang saya hendak 'publish' entri ini. Saya geram dengan salji itu dan saya rasa ia cantik, maka saya rasa ia menarik untuk diletakkan di dalam entri ini.

      Tetapi gambar di pekan Chaoyang Utara yang ada kubah masjid itu saya ambil pada hari lain. Gambar yang ini diambil pada minggu lepas. Sebelum ini ada salji turun, tetapi ia sudah cair. Saya letakkan gambar ini di sini untuk menunjukkan keadaan pekan penempatan orang Islam di Chaoyang Utara yang kesemuanya orang Islam. Dan di sinilah tempat kita boleh perolehi huo guo. Biasanya orang menganggap Niu Jie adalah penempatan Islam di Beijing, tetapi ada lagi penempatan Islam selain itu. Ramai orang tidak tahu, termasuklah saya... sebelum inipun saya tak tahu. Saya tidak dapat menceritakan kesemuanya dalam ruangan yang terhad ini. Cuma saya akan menjelaskannya sekiranya ada orang perasan dan bertanya. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Zila kerana perasan dan bertanyakan soalan ini.

      Terima kasih Zila kerana suka membaca tulisan saya. :)

      Sebenarnya tinggal lama di negara orang banyak dugaannya. Nampak seperti indah,tetapi kadang-kadang ada pahitnya. Pengalaman yang diperolehi tinggal di luar negara sebenarnya amat berharga dan tidak dapat dijual beli. Kalau Zila berpeluang ke luar negara untuk menjalani kursus atau bekerja, rebutlah peluang ini.

      Padam
    2. Prof..

      Saya suka baca pengalaman prof yang berbaza dari oranglain. Ditambah pula gaya penulisan yang tak bosan bila dibaca. Kadang2 orang nak bercakap hal sejarah atau detail sesuatu tempat itu..dorang hanya copy paste info tapi prof cerita mengikut pemahaman prof sendiri dan cerita nak prof nak sampaikan senang nak paham. Bila prof dpt info dr kwn/local people/tour guide..prof share kat sini..sayapun sampaikan kat org itu ini..wahhh...banyak pahala prof dapat..hehe

      Saya seorang yang suka kaji hal makanan..prof pula suka cter hal makanan..memang kena sgt la. Sekarang saya nak cari 1 movie "eat drink man woman" tak tau nak download dari mana..itu cter dari negara china.

      Soklan last..nape tempat rebus hua guo tu tinggi semacam jer..ada function ke?? TQ sudi reply sy

      Padam
    3. Zila,
      Terima kasih sekali lagi. Saya suka memberi pandangan saya terhadap tempat yang saya kunjungi, kerana setiap kembara/perjalanan itu mempunyai cerita yang berbeza walaupun tempatnya sama. Saya rasa pandangan orang pertama (primary source)lebih baik daripada mengambil dari sumber kedua. Saya amat berharap pandangan saya diterima dengan baik dan pengetahuan yang saya sebarkan ini bermanafaat kepada pembaca.

      Nampaknya kita ada minat yang sama tentang makan/makanan he he he.

      Saya tak pasti bagaimana nak download movie yang Zila maksudkan itu. Ada laman web China yang kita boleh dapat filem percuma, tapi saya tak ingat.

      Tempat rebus huo guo itu tinggi kerana ia mempunyai fungsi. Di dalamnya diletakkan arang (bara). Kalau air sudah menggelegak terlalu kuat penutup di atasnya ditutupkan. Kita juga boleh mengawal luas bukaan penutup itu, bergantung kepada kepanasan yang bagaimana kita kehendaki. Ini ialah dapur lama, kerana pada masa dahulu tak ada elektrik. Ia seringkali digunakan pada musim sejuk, kerana musim sejuk makanan yang dimasak cepat sejuk, jadi kalau orang China berkumpul dengan keluarga atau tetamu mereka buat begini kerana cara memasak begini amat mudah dan makanan tidak cepat sejuk.

      Padam
  6. Cantik pandangan salji, almaklum lah sini tak ada salji
    Sedap nampak....perut saya dah mula berbunyi ni...tentu enjoy makan makanan tu kan...berapa lah agaknya kos makanan tu ya....

    AndaQue

    BalasPadam
    Balasan
    1. AndaQue,
      Cantik lagi kalau berada di sini dan menikmati kedinginannya :)

      Memang enjoy makan huo guo ni. Berkhasiat dan memanaskan badan. Dapat pula bersembang-sembang dengan kawan. Lebih kurang 100 yuan lebih harganya.

      Padam
  7. nak tau kat mana prof tinggal selama di Beijing??? insyaAllah sy akan ke sana june ini...tapi belom buat apa2 persedian lagi...harap dpt membantu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rabiey Samuni,
      Saya tinggal di daerah Chaoyang, di Communication University of China. Rabiey masuk universiti di Beijing ke nanti? InsyaAllah saya akan membantu sekadar yang saya mampu :)

      Padam
  8. Salam Prof,

    Saya amat tertarik dengan hidangan huo guo tu.. mahal tak untuk satu hidangan tu.

    Terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam myst_shaheeda,
      Harga huo guo sebenarnya saya tak pasti sebab Jingling yang belanja, tapi saya nampak Jingling bayar lebih seratus yuan(anggaran RM70-90) untuk hidangan ini yang dimakan berdua.

      Padam
  9. Salam Prof. ,

    bestnyaaa dpt pegang salji tu , mmg teringin sangt2 nak rasa pgg the real snow , alam semula jadi ciptaan Allah paling indah bagi saya , Alhamdulillah Prof rezeki saya tahun ni genap umur saya yg ke 20 tahun dan diberi rezeki untuk membawa family saya mak ayah kakak dan abg2 melancong di beijing 22-27 disember ni , harapan saya tulah berharap sangat waktu kami ada di beijing snow dah turun , dpt pgg sikit pun jadi lah , tapi kalau tak dapat nak buat mcm mna kan Prof dah bukan rezeki :( , tapi saya ambil pakej bermain ski , kalau tak dpt pgg salji pun dpt main ski pun jadi lah hehe , Terima Kasih Prof atas info diberikan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali FuadBiz,
      Memang best pegang salji, berjalan di atasnya, merasai jatuhnya salji ke atas pipi dan kepala, menghidu bau udara sejuk...semua ini satu keindahan.

      Wah syukur FuadBiz muda-muda dah boleh cari rezeki dan bawa keluarga melancong ke Beijing pada musim sejuk. Harap-harap salji turun semasa FuadBiz di sana.

      Terima kasih kerana sudi membaca blog ini.

      Padam
  10. Subhanallah! First time rasa salji turun kat kepala masa kat Korea tahun lepas. Memang teruja, sampai lupa keadaan keliling. Saya siap melompat. Tapi xdapat lagi view yang macam akak gambar tu. View yang memang saya dah lama impikan. Nak ada simpanan gambar yang saya ambil sendiri, baru feel. Hihi. Saya paling suka gambar yang ada bangunan apartment, pokok togel, kereta diliputi salji...pastu ada 3 orang berjalan. Bersyukur sangat kalau one day dapat merasa view macam ni, insha Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok melihat salji turun dan menyimbah bumi. Putih semata-mata dan tetiba suasana bertukar. Indah. Saya pun ada gambar melompat, tapi tak masukkan dalam blog ni. Nanti tak pasal-pasal orang meluat kat saya..dah tua, gedik lagi...ha ha ha...Gambar yang Bibie suka tu, bukannya senang-senang nak jumpa, salji bukannya turun tiap-tiap hari, sekali turun kalau lambat tangkap salji cair, dan tak cantik dah! Nanti kalau Bibie ke Beijing masa salji turun, bolehlah Bibie tangkap banyak-banyak.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.