Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Khamis, 4 Julai 2013

Lari Ke Lombok (1): Pulau Eksotik Pulau Eskapisme

S elepas dua hari berada di Bali kami hendak ke Lombok pula. Kami akan melalui jalan laut. Pada mulanya kami bercadang untuk menaiki feri yang lebih murah iaitu cuma 100 ribu rupiah (RM 35) sahaja. Tetapi perjalanannya memakan masa 5 jam dari Padang Bai, Bali ke Lembar, Lombok. 

Putu yang membawa kami selama di Bali mencadangkan kepada kami menaiki Bot Laju (Fast Boat) sahaja kerana ia lebih cepat, selamat dan tidak memenatkan. Bot laju itu bertolak dari pelabuhan di Padang Bai Bali dan sampai di Telok Kode Lombok.



Pertukaran untuk menaiki feri kepada menaiki bot laju telah saya maklumkan kepada Laura dan Friska yang akan melayan kami di Lombok nanti. Laura adalah 'cucu  murid' saya. Friska pula adalah adik Mas Rozi yang telah membawa saya sekeluarga ke Pulau Madura, Bromo dan Surabaya sebelum ini.



Dari Padang Bai ke Telok Kode


Kami menuju ke Padang Bai dengan menaiki van yang dipandu Putu. 

Padang Bai

Pekerja-pekerja bot mengangkat barang-barang penumpang ke dalam Fast Boat di Jeti Pdang Bai


Di Padang Bai kami membeli tiket bot laju itu. Harga tiketnya ialah 400 ribu rupiah seorang dan perjalanan cuma memakan masa satu jam.

Di jeti kami menunggu tidak lama. Kira-kira 30 minit kemudian kamipun bertolak.


Penumpang mat salleh sahaja dalam bot laju ini

Kami saja makhluk asing di sini

Di pelabuhan terlalu ramai pelancong mat salleh. Kami sahaja makhluk asing dari Planet Malaya.


Dalam perjalanan kami diberi sebotol air mineral dan gula-gula oleh pemilik bot itu. Suasana di lautan amat indah. Lautnya biru. Ombaknya bergelombang kecil. Langitnya juga biru.

Berikut ini ialah gambar pemandangan di lautan dalam perjalanan bot dari Padang Bai, Bali ke Telok Kode, Lombok:

Biru

Keindahan alam dalam perjalanan 

 

Pulau Gili Trawangan

 

 
Jernihnya air Gili Trawangan


Bot kami singgah di Pulau Gili Trawangan dan kesemua mat salleh di dalam bot kami itu turun. Tetapi diganti pula oleh serombongan mat salleh lain yang hendak ke Padang Bai.

Pantai di Gili Trawangan yang dilimpahi mat salleh

Mat Salleh lain pula yang naik bot ini

Gili Trawangan adalah pulau yang mempunyai alam semula jadi tropika yang tidak diusik. Di pulau ini segala-galanya adalah asli dan eksotik. Di pulau ini hanya ada chidomo (kereta kuda) dan basikal sahaja. Tidak ada kenderaan bermotor. Mat salleh suka ke sini dan bebas melakukan sebarang aktiviti. Ia merupakan satu tempat eskapisme.

Terdapat juga dua lagi pulau yang berdekatan dengannya yang juga mempunyai alam semulajadi yang asli dan eksotik iaitu Gili Air dan Gili Meno.


Pulau Gili yang indah dan tenang

Lagi perkampungan di pulau berdekatan




Sampai di Teluk Kode, Lombok

 

Laut yang biru menuju ke Telok Kode

Bot itu kemudiannya menghantar kami ke Teluk Kode, iaitu lebih kurang 10 minit perjalanan dari Gili Trawangan. Langit biru terbentang luas, awan putih bergemawan serta kapal-kapal terumbang-ambing di laut biru yang bergelombang tenang membuatkan sesiapa sahaja lupa akan tekanan hidup.

Bot yang kami naiki mendarat di  pantai Teluk Kode


Sesampainya di Teluk Kode, saya menelefon Laura dan Friska. Laura menyuruh seorang pemandu bernama Zuhri mengambil kami kerana Laura sedang bekerja ketika itu.


Pantai Telok Kode

Warong tepi pantai Telok Kode


Setelah menunggu 30 minit Zuhripun datang dan menghantar kami ke Mascot Beach Resort di Senggigi, Lombok.


Menginap di Mascot Beach Resort, Senggigi



Kami dibawa ke Mascot Beach Resort di Jalan Raya Senggigi. Hotelnya amat sempoi. Ia mempunyai rumah-rumah kayu (chalet) berkembar dua. Jarak di antara satu rumah dengan rumah yang lain agak jauh. Kedudukan resort ini adalah di tepi pantai. Tamannya cantik dan tenang. Kolam renang dan coffee house letaknya di tepi pantai. 

Kamipun check in dan meletakkan beg di dalam bilik kami. Kami dapat dua buah bilik.

Tempat ini amat sesuai bagi melarikan diri dari kesibukan kota. Ia sangat sunyi. Apabila berada di sini kami terasa seakan-akan berada di dalam rancangan Getaway iaitu rancangan televisyen Australia tentang percutian di pulau-pulau. 


Anak-anak saya berjalan menikmati kehijauan di Mascot Beach Resort



Jalan menuju ke pantai di Mascot Beach Resort


Bunga tropika mekar di taman. Pelangi menyerikan alam.

Dalam bilik berhawa dingin

Beranda chalet di Mascot Beach Resort

Pantai di Mascot Beach Resort  ketika matahari terbenam

Pantai di Mascot Beach Resort  ketika matahari terbit



Makan-makan, Jalan-jalan dan Membeli-belah di Senggigi


Oleh kerana ketika itu Laura bekerja maka ayah Laura yang datang dan membawa kami makan tengahari. Kami makan di sebuah pondok lesehan yang tidak jauh dari Mascot Beach Resort. Ayah Laura mencadangkan supaya kami makan masakan khas Lombok iaitu Ayam Taliwang. Oleh kerana kami ini suka mencuba makanan di tempat yang kami pergi, kami amat gembira dengan cadangan itu. Lalu kami memesan makanan khas Lombok itu dan duduk bersila di pondok lesehan yang ada sawah padi kecil di tepinya.

Apabila Ayam Taliwang sampai bersama dengan nasi dan Pelencing Kangkung kamipun makan dengan penuh berselera. Sedap sangat sangat rasanya Ayam Taliwang ini. Berulang kali kami katakan ianya ENAK! Ayah Laura tersenyum sahaja.



Pondok Lesehan tepi sawah

Kami sekeluarga dibelanja makan tengahari di pondok lesehan

Ayam Taliwang dimakan bersama nasi dan Pelecing Kangkung

Petang itu setelah habis waktu bekerja, Laura dan Friska datang menemui kami di Mascot Beach Resort dan membawa kami membeli-belah di Pasar Seni. Kami jalan kaki sahaja ke Pasar Seni itu. Di Pasar Seni terdapat banyak jualan cenderamata seperti t-shirt, mutiara, kerongsang mutiara, rantai kunci, magnet peti sejuk dan macam-macam lagi. Kami membeli t-shirt bertulis Lombok dan kerongsang mutiara buatan Lombok. Ianya cantik dan murah. Kami mencari magnet peti sejuk namun satupun tidak berkenan di hati kami kerana semua magnet Lombok diukir dengan bentuk binatang seperti cicak, biawak, buaya dan kucing. Kesemua bentuk binatang tidak boleh dijadikan hiasan di rumah.

Pada waktu malam pula Laura dan Friska belanja kami makan malam ala Barat di sebuah restoren tepi pantai. Saya mendapati bahawa restoren di sini diuruskan oleh orang Islam namun arak turut juga dijual. Ada juga makanan yang dicampur dengan wain. Arak dan wain adalah haram dijual.

Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
  1. Pembuatnya,
  2. pengedarnya,
  3. peminumnya,
  4. pembawanya,
  5. pengirimnya,
  6. penuangnya,
  7. penjualnya,
  8. pemakan wang hasilnya,
  9. pembayarnya
  10. dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Pekan Senggigi yang letaknya berdekatan dengan Mascot Beach Resort

Laura dan Friska menemani kami membeli-belah di Pasar Seni, Senggigi. Kami membeli t-shirt Lombok dan brooch mutiara.

...bersambung


32 ulasan:

  1. assalamualaikum akak.. pagi tadi sy try komen tp katanya hanya utk ahli kelab blog akak je. sedih. sob sob sob,

    btw, lombok antara satu tempat sy nak jejak kaki jugak nnt. insyaALLAH... camtik sungguh langit tu. biru yg amat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Henry Fox,
      Janganlah sedih. Bukankah Henry Fox juga ahli kelab blog ini? Akak dah tukar setting untuk bahagian komen ini supaya semua orang boleh komen tanpa masalah.

      Ya, suatu hari nanti Henry Fox dan kawan-kawan boleh lari ke Lombok he he he. Henry boleh explore tempat-tempat yang akak tak pergi lagi. Tiga buah Gili: Gili Trawangan, Gili Air dan Gili Meno yang eksotik bolehlah Henry terjah dan menyorok di situ.

      Padam
    2. i see... kalo mcm tu, brape hari gamaknya patut allocate kalo nak explore seluruh lombok ni? dengarnya kos kat sini amat murah.

      Padam
    3. Tempat-tempat yang menarik di Lombok ni jauh-jauh. Satu hari boleh pergi dua tiga tempat je. Kalau nak ke 3 Gili tu mungkin perlu 3 hari. Kalau nak explore pulau Lombok mungkin tambah 4 hari lagi. Akak cuma 3 hari saja di pulau Lombok. Ada tempat yang tak sempat pergi, misalnya Gunung Ranjini yang cantik tu perlukan 3-4 hari untuk mendakinya sebab tempatnya tinggi dan jauh di pedalaman.

      Kos di sini memang murah.

      Padam
  2. Saya pun serupa dengan HF, Tak dapat nak komen masa lunch tadi. Rasa macam kena banned pulak.

    Fuhh, air laut kat pantai Gili Trawangan tu jernih macam cermin...

    Macam2 nama lauk dari ayam ada kat Indonesia , pelik2 pulak tu...

    Lombok tu maknanya lada dalam bahasa Jawa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorilah Mie. Saya tak ban Mie. Kalau ban, siapalah yang nak komen di sini. Mie tak pernah miss tinggalkan komen setiap kali saya pos entri.

      Air di Gili memang jernih. Ada kawasan tertentu warnanya clear, di tempat lain pula biru. Ada juga yang hijau.

      Di Indonesia banyak etnik, banyak budaya, banyak bahasa, makanannya pun macam-macam dan pelik-pelik namanya.

      Lombok tu maknanya 'lurus' dalam bahasa Sasak. Design pada t-shirt yang kami beli di sana ada gambar cabe (cabai), tetapi ditulis 'Lombok Bukan Cabe!' Penjual t-shirt itu juga menjelaskan kepada kami makna Lombok sebenarnya sebagaimana yang tertulis pada t-shirt itu.

      Padam
  3. Akak, terima kasih utk info mengenai speedboat tu..saya takde idea lagi di mana letaknya Telok Kode ne dan berapa jauhnya dari mataram..harus cari info mengenainya...

    *akak sebut pasal ayam taliwang, tiba2 terliur pula kak hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Telok Kode ini letaknya berdekatan dengan Senggigi. Lebih kurang 20 minit memandu dari Telok Kode ke Senggigi. Dari Senggigi ke Mataram (airport) pula lebih kurang 45 minit memandu.

      Ayam Taliwang tu sedap kan? Akak dah tengok Zilla makan ayam ni dalam blog Zilla :)

      Padam
  4. nape komen saya hilang?? huhuhu...

    Akak, harga Rp400k utk speedboat tu memang utk sekali perjalanan terus ke gili trawangan ke kak??kalau saya nak ambil speedboat menuju ke padang bai memang kena ambil di telok kode juga atau bgmna ya kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zilla,
      Komen Zilla termasuk dalam spam. Bila Zilla tanya, akak check. Akak dah disable spam tu. Sekarang dah masuk balik di ruangan ini. :)

      Rp400,000 tu untuk sekali pergi (one way) ke Telok Kode dari Padang Bai, tapi dia akan singgah di Gili Trawangan untuk turunkan/ambil penumpang. Route: Padang Bai-Gili Trawangan-Telok Kode. Selepas Telok Kode bot ini ke Padang Bai semula. Maknanya kalau Zilla dari Telok Kode hendak ke Padang Bai, perlu naik bot tu di Telok Kode.






      Padam
  5. Balasan
    1. Zila,
      Saya tak pasti kenapa komen Zila tak keluar. Saya dah check bahagian SPAM, tapi tak ada :(

      Padam
  6. Salam Prof..nekcik pun da komen..mana poie lak tu!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Nekcik,
      Alamak mana pulak komen Nekcik menyorok ni? :( Dalam SPAM box pun tak ada. Hairan saya.

      Padam
  7. Suka baca tulisan Prof,ayat yg tsusun baik,
    gmbar prof pun sgt cantik!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Zaza kerana sudi tinggalkan ulasan di sini.

      Padam
    2. Prof..Zaza ni opismate saya..hahaha. Sy la perkenalkan blog prof..dan hasilnya pendapat dia tentang prof adalah saya dgn pendapat saya iaitu seorg penulis blog yang bgus penulisannya dan gaya penceritaan yang menarik.

      Padam
    3. Ye ke Zila? :D Terima kasih kerana perkenalkan blog ni pada kawan Zila. :)

      Padam
  8. assalam prof, dalam banyak2 tempat di indonesia .. seperti surabaya, bukit tinggi, bandung etc. yg mana paling murah dan menarik ? he he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Nurdiyana,
      Adooi mak susah juga nak jawap soalan ni :) sebab di Indonesia ini banyak tempat yang menarik dan semuanya murah-murah belaka. Di Surabaya ada gunung berapi Bromo. Gunung Bromo memang cantik dan susah nak cari di tempat lain. Di Bandung ada Kawah Gunung Berapi Tangkuban Perahu. Pun cantik juga. Cuaca di Bandung nyaman dan sejuk. Achehpun murah. Medan ada Brastagi yang cuacanya dingin. Danau Toba juga sangat cantik. Bukit Tinggi saya tak pernah sampai lagi. Jadi tak boleh komen apa-apa. Lombok air lautnya biru, suasana desanya tenang dan Gunung Ranjininya (saya belum pergi lagi)cantik. Pergi semua sajalah he he he...

      Padam
  9. ya. ayam taliwang itu sangat enak. semalam kami merasainya di bandar mataram.
    mulanya kami bertiga plan nak ke Bali iaitu dari surabaya Gubeng naik keretapi ke banyuwangi, naik feri dan bas ke padang bai dan naik feri lagi ke lombok , nak adventure tp setelah di kaji perjalanan lebih kurang 24 jam dari surabaya ke lombok dan kami hanya 1 mlm shj di lombok (jadual terhad dan terbatas) kami ambil keputusan naik pesawat citilink jam 5.30 pagi dari surabaya ke lombok lebih2 lagi tambangnya hanya 100rm. hanya 50 minit sahaja dah sampai lombok.kawan saya datang ke airport naik motorsikal. kemudian kawan saya caru angkot bawa hanya kami bertiga ke rumahnya. di kuripan yg jaraknya lbh kurang 40 minit tp jalansimpang masuk menuju kampung nya sangat. teruk dgn lubang dan lopak. sampai sahaja di kampungnya kami rasa sedih melihat rumah orang kampung yg serba dhaif tapi berbudi bahasa. ketika kami nak bayar harga angkut kami dapat tahu kawan ni sudah pun bayar.sebanyak.80 ribu rupiah. kami juga di jamu dengan bermacam jenis lauk, selain dari makanan orang lombok di tambah lagi.dengan kari daging dan sup ketbau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mdnasir,
      Bumi ni memang luas, kan? Kalau nak jelajah semua dengan jalan laut dan darat memang tak habis. Lebih-lebih lagi masa terhad, cara yang paling pantas ialah dengan menaiki kapalterbang.

      Di Lombok, banyak kampung dan banyak yang daif, tetapi orang di sana peramah dan berbudi bahasa. Makanan tempatan mereka pun sedap. Rugi kalau tak try.

      Seronok pulak saya mendengar cerita Mdnasir jadi tetamu di Mataram, Senggigi, Kuripan.

      Padam
  10. santai, inilah kemajuan tegnologi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang santai dan seronok berada di Lombok yang indah. Kemajuan teknologi telah membuatkan saya dapat ke Lombok dan menjalin hubungan :)

      Padam
  11. Assalam.. boleh tahu jarak tempoh perjalnan airport bali ke pelabuhan padang bai bali? Speed bot ada setiap masa ke? Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Izzati.
      Perjalanan dari Airport Bali ke Pelabuhan Bai saya tidak pasti sebab saya tidak bertolak dari sana ketika saya di sana, tetapi berdasarkan pengalaman berada di sana dengan menaiki kereta/van mungkin memakan masa lebih kurang 90 minit bergantung kepada keadaan lalu lintas ketika itu. Ini anggaran sahaja dan mungkin saya silap.

      Fast boat ada banyak trip dalam sehari. Boleh ke pelabuhan Padang Bai dan beli tiket 'on the spot'.

      Semoga Izzati selamat dan bergembira di sana.

      Padam
  12. nasik dengan ayam goreng tu nampak menyelerakan... dulu tertanya la jugak apa yang ada kat lombok, sekarang ni rasanya dah dapat jawapan... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam Taliwang memang sedap. Resepi asli Lombok. Kena cuba.

      Lepas ni bolehlah Saffuan merancang ke sana. :)

      Padam
  13. Salam. Prof, sy nak tanya, sesuai tak kalau kita pergi lombok as day tout shj?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Huda. Kalau sehari, rasanya tak puas dan tak dapat pergi banyak tempat kerana tempat-tempat menarik di Lombok letaknya berjauhan.

      Padam
  14. salam prof..kalau saya dari pulau giliair dimana saya perlu ambil speedboat utk ke bali..dan berapa jauh anggaran masa dari giliair ke tempat speedboat itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali BSB. Maaf saya tak dapat menjawab soalan ini sebab saya tak pernah ke Gili Air.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.