S
antai di tepi pantai tentu best, bukan? Bayu Suta di Tanjung Benoa dan Teluk Jembaran adalah pantai tempat kami bersantai di Bali. Apa ada di sini?
Bayu Suta |
Berjalan di Dasar Laut (Sea Walking)
Orang terlalu ramai di pantai Bayu Suta itu. Maklumlah cuti Tahun Baru China. Disebakan ramai orang maka peniaga di situ menjadi sibuk dan tidak dapat melayan kami dengan baik. Ketamakan berlaku kerana mereka melayan dua tiga orang pelanggan sekaligus. Belum selesai berbincang dengan kami, mereka terkocoh-kacah melayan pelanggan yang lain.
Kami memilih untuk berjalan di dasar laut (sea walking), menyelam (diving) dan parasailing. Kemudian peniaga itu menawarkan perkhidmatan kamera video di dasar laut (underwater camera) kepada kami. Setelah membayar harga sea walking, diving dan parasailing beserta underwater camera ini, kami diberi pakaian menyelam.
There is something fishy going on. Setelah siap berpakaian selam kami diberitahu pula yang kamera untuk mengambil gambar di dasar laut tiada. Peniaga itu cuba ciluk kami dengan mengatakan bahawa tak jadi ambil gambar di dalam air. Ambil di atas pantai sahaja. Tetapi kami tidak setuju. Oleh kerana kami tidak setuju, kami diminta menunggu sehingga kamera ada.
Bosan menunggu |
Kemudian kami duduk menunggu untuk berjalan di dasar laut dengan underwater camera yang dijanjikan.
Tetapi setelah menunggu lama kira-kira 2 jam di bawah cahaya matahari yang panas menyilau, underwater camera masih tidak ada. Kami rasa ditipu dan dianiaya. Kamipun merungut dan protes. Oleh kerana kami agak agresif sedikit kerana kami katakan kami ditipu olehnya barulah peniaga itu mencari cepat-cepat kamera. Setelah underwater camera diperolehi anak saya terus memegang
kamera itu tidak lepas-lepas walaupun cuba diambil semula oleh pemiliknya.
Anak saya yang sulung pun rakamkan gambar video menggunakan underwater camera itu. Sepatutnya mereka yang buat kerja-kerja merakam itu. Tetapi disebabkan takut underwater camera itu diambil dan kami perlu menunggu lagi, maka anak saya memegang kamera itu tak lepas-lepas. Selagi berjalan di dasar laut tidak selesai dia tidak mahu memulangkan kamera itu.
Kami
kemudiannya di bawah ke tengah laut dengan menaiki bot. Di situ ada pelantar menunggu. Kamipun menunggu giliran. Ramai pelancong dari China
dan Jepun berada di situ. Sambil menunggu kami diberitahu cara-cara
untuk bernafas dan mengikut arahan-arahan menggunakan bahasa isyarat.
Setelah tiba giliran kami kamipun dipakaikan dengan topi aquanaut dan terjun ke dalam air dan berjalan di dalamnya. Mula-mula saya merasa takut, tetapi lama kelamaan rasa berani dan seronok. Di dasar laut kami dapat menyentuh ikan dan rumpai air yang berwarna-warni serta lembut. Kami juga memberi makan ikan dan ikan-ikan itu betul-betul berenang di keliling kami. Pengalaman ini amat menyeronokkan kami. Anak-anak lelaki saya tidak mahu naik ke atas walaupun disuruh. Jadi mereka telah menghabiskan masa yang lebih lama daripada yang sepatutnya. He he he...
Setelah tiba giliran kami kamipun dipakaikan dengan topi aquanaut dan terjun ke dalam air dan berjalan di dalamnya. Mula-mula saya merasa takut, tetapi lama kelamaan rasa berani dan seronok. Di dasar laut kami dapat menyentuh ikan dan rumpai air yang berwarna-warni serta lembut. Kami juga memberi makan ikan dan ikan-ikan itu betul-betul berenang di keliling kami. Pengalaman ini amat menyeronokkan kami. Anak-anak lelaki saya tidak mahu naik ke atas walaupun disuruh. Jadi mereka telah menghabiskan masa yang lebih lama daripada yang sepatutnya. He he he...
Penulis berjalan di dasar laut dan berenang gembira bersama-sama ikan |
Anak-anak penulis berjalan-jalan di dasar laut dan cuba memegang ikan yang berenang |
Penulis dan keluarga di dasar laut |
Sesekali ingin juga berada di sekeliling ikan |
|
Rumpai laut yang kami pegang di dasar laut dan Clownfish |
Bagaimana dengan gambar-gambar kami di dasar laut itu? Teruja tak? Jangan cemburu tau!
Pengalaman yang indah dan penuh makna! Selesai berjalan di dalam air laut tanpa graviti, kami pun disuruh naik ke atas. Setelah itu kamipun dihantar pulang ke pantai.
Parasailing
Selepas itu ahli keluarga yang lelaki mengambil peluang untuk parasailing. Saya tak berani hendak parasailing memikirkan saya sudah otai. Jadi saya biarkan yang muda-muda saja yang melakukan aktiviti lasak ini. Pada mulanya kami diberitahu angin sudah berhenti dan mereka hendak tukarkan kepada permainan lain. Sekali lagi kami cuba diciluk. Kami protes dan mempertahankan hak kami. Lama kelamaan mereka membenarkan kami parasailing tetapi perlu ke pantai yang lain. Kamipun berpindah ke pantai yang lain dengan menaiki van. Pantai itu tidaklah jauh sangat, sebelah je...Nampak sangat mereka tak jujur dalam perniagaan.
Yang
lelakipun memakai vest keselamatan dan diikat pada payung terjun
(parachute). Lalu terbang ke udara. Lihatlah aksi-aksi mereka.
Sabung Ayam Masih Diamalkan
Ketika pulang dari pantai selepas parasailing, saya melihat ada sebuah bangunan dihiasi dengan daun kelapa dan terdapat beberapa orang lelaki berpakaian tradisional memasuki bangunan itu. Beberapa orang wanita datang menatang sajian makanan dan hidangan di dalam dulang. Melihatkan itu saya ke bangunan itu untuk melihat apa yang berlaku. Perayaan apakah ini?
Membawa sajian ke gelanggang sabung ayam |
Rupa-rupanya mereka sedang bersiap-siap untuk sabung ayam. Saya hanya melihat sebentar dan berlalu dari situ.
Menurut
Putu, "Sabung ayam ini diadakan pada sebelah petang. Sebelum ini ia
diadakan setiap hari. Tetapi setelah pemerintah mengatakan ia adalah
judi makan aktiviti ini dikurangkan kepada dua kali seminggu."
"Berapa lama perlawan sabung ayam ini?" tanya saya.
"Sekejap
saja. 5 minit selesai. Kerana ayam sabung itu diletakkan pisau di
kakinya dan pisau itu disapu racun. Ayam yang terkena pisau beracun itu
akan mati," jelas Putu.
"Habis ayam yang mati itu dibuat apa?" tanya saya lagi.
"Ia dibuang kerana tidak boleh dimakan lagi kerana beracun," jelas Putu lagi.
Islam mengharamkan judi dan sabung ayam. Ibnu Abbas r.a meriwayatkan yang bermaksud:
"Rasulullah sallahu alaihi wassallam melarang melaga-lagakan binatang-binatang." (Hadis riwayat Tarmizi dan Abu Daud)Sabung ayam itu kejam kerana ia menyiksa binatang. Antara bentuk-bentuk penyiksaan terhadap binatang ialah memisahkan anak burung daripada ibunya sebagaimana Abdullah Ibn Masud r.a meriwayatkan yang bermaksud:
"Adalah kami (ayahanda Abdullah) bersama-sama Rasulullah sallahu alaihi wassallam dalam satu perjalanan, lalu Rasulullah sallahu alaihi wassallam berangkat kerana suatu keperluan Baginda, maka kami melihat hummarah (sejenis burung), bersama dua ekor anaknya, kami pun mengambil dua ekor anak burung itu, maka datanglah hummarah itu mengebas-ngebas kepaknya. Lalu Rasulullah sallahu alaihi wassallampun datang dengan bersabda, "Siapa yang menyakiti (menyusahkan) ibu burung ini (memisahkan) daripada anak-anaknya? Kembalikan semula anak burung ini kepada ibunya." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad).
Menunggu sabung ayam bermula |
Senja di Teluk Jambaran
Setelah itu kami ke Teluk Jambaran untuk menyaksikan matahari terbenam.
Sampai
di Jambaran kami ke Kampoeng Seafood iaitu sebuah restoren ikan bakar.
Di situ kita boleh memilih ikan bawal, kerapu dan lobster segar dan
terus dibakar. Kami memilih meja yang betul-betul di hadapan pantai. Ramai
orang lepak-lepak dan santai-santai di tepi pantai. Kami lihat arak
dihidangkan di situ. Terdapat pura iaitu tempat sesajen orang Hindu di
merata-rata sudut restoren di situ. Melihatkan suasana yang mendukacitakan kami, kami berfikir dua kali. Kami duduk
dan memesan minuman alpokat (avocado), sirsak (durian belanda) dan air
kelapa sahaja sambil menunggu matahari berlabuh. Berkali-kali pelayan
datang bertanyakan, "Ibu, ikan apa yang mau dibakar? Silakan
pilih. Ada lobster. Ada cumi".
Tetapi kami memberitahu mereka bahawa kami mahu minum sahaja.
Tetapi kami memberitahu mereka bahawa kami mahu minum sahaja.
Minum dulu alpokat dan sirsak |
Keindahan matahari terbenam ini sukar diungkapkan dengan perkataan. Jadi saya huraikan sahaja dengan gambarfoto.
Senja di pantai Teluk Jembaran |
Langit kekuning-kuningan |
Matahari hampir terbenam |
Obladi oblada...la la la... |
Matahari masuk beradu, orang pun mula meninggalkan pantai |
Begitulah kami menghabiskan masa cuti kami di Bali.
teringin sungguh sy nk ke bali. kebanyakkan kawan2 sy sume dh penah jejak ke sana. yg berjalan dasar laut tu sgt best! aritu biqque dh buat kat boracay. bali pn ade ye.
BalasPadamlangit sungguh biru dan sunset sgt cantekkkk! subhanaALLAH..
Henry Fox,
PadamCuti akan datang bolehlah ke Bali. Nanti bolehlah Henry Fox jalan di dasar laut. Memang BEST. Rasa tak puas.
Langit dan sunset cantik di Bali, tapi saya rasa cantik di tempat kita lagi :)
aduii.. dah 8 kali pegi tapi bali masih tak habis jelajah.. bestnya yang bab dalam air tu. kalau tak leh berenang tu boleh ke buat activity tu..
BalasPadamTeluk Jambaran tu bukan Pantai Jimbaran ke?
kak yan, dh 8 kali jejak bali? pengsan!
Padam8 kali ke Bali! Ini mesti cinta banget sama Bali :) Dalam air (sea walking) tu memang BEST sangat sangat. Saya rasa kalau tak boleh berenang pun boleh buat aktiviti ini sebab dia orang ajar kita bahasa isyarat dan kita diikat dengan tali dan diberi pakai topi aquanaut (macam topi astronaut).
PadamTeluk Jembaran dengan Pantai Jimbaran saya rasa sama.
Bestnya dapat berjalan dalam laut... tak perlu lesen menyelam pulak tu...
BalasPadamBEST BEST berjalan dalam laut..tak perlu lesen menyelam tak perlu lesen scuba diving...sesuai utk semua walaupun tak pandai berenang.
Padamakak, teruja dgn bejalan di dasar laut tu..berapa kosnya kak dan berapa lama kita akan berada di dasar ya??
BalasPadamZilla,
PadamMemang best sangat sangat jalan di dasar laut tu..dapat rasa suasana alam tanpa graviti, dapat tengok ikan dan rumpai laut, rasa tak puas...sekejap je kami di bawah tu kira-kira 15 minit gitu. Menunggu yang lama. Kos untuk semua pakej yg kami ambil tu termasuk parasailing, diving, sea walking dan underwater camera tu seribu lebih duit kita utk satu family.
Salam Yong Prof
BalasPadamWow...best nye aktiviti kome, walau sedikit mahal tapi berbaloi. Nanti teman nak cuba juge ler masuk laut cenggitu.
Cantik nye gambor si kala senja...
Salam Yong ASP,
PadamMahal, tapi pengalaman menarik tu telah melupakan harga mahal tu. Cubalah masuk ke dasar laut, pengalaman berada di dalam alam tanpa oksigen, memegang rumpai laut dan berenang bersama-sama ikan memang best.
Senja selalunya cantik.
nak kena pergi lagi ye;
BalasPadamNekcik,
PadamKalau suka sesuatu pengalaman baru dan unik, kenalah cuba. Memang best. Kita dapat menghargai kebesaran Ilahi.
jumpa nemo!
BalasPadamitu air avocado ke?
Ya, kami jumpa Finding Nemo, tapi nak pegang tak dapat. Ia terlalu lincah.
PadamAir hijau itu ialah alpokat atau avocado. Sedap! Kami selalu order air ni semasa berada di Indonesia.