K
ali ini saya ke Bali pada 9 Februari 2013 kerana cuti raya China. Ha ha ha lama dah tu tapi baru ni dapat update! Saya pergi bersama ahli keluarga. Bali bukanlah destinasi utama saya. Tetapi setelah direkemen oleh pelajar Indonesia saya yang Bali itu patut pergi saya pun menurut sahaja. Percutian ini diuruskan oleh pelajar saya Yan yang mempunyai anak murid yang bekerja di Bali. Semuanya ditaja oleh pelajar saya yang terdapat di serata Indonesia. Inilah keistimewaan menjadi pensyarah universiti.
Pada entri yang lalu kami ke Jogja. Ingat tak? Oleh kerana jadual lawatan disediakan oleh pelajar saya dan saya hanya goyang kaki dan tak perlu fikir-fikirkan, maka ia sebenarnya menjerat diri sendiri. Ada tempat-tempat yang kami tidak suka pergi pun termasuk dalam jadual. Kami dapati kami tidak selesa apabila kami dibawa ke candi/kuil. Saya amat menyesal selepas TERMELAWAT candi walaupun kami tak masuk ke dalam candinya. Saya istighfar banyak-banyak selepas itu. Cukuplah. Tak mahu lagi.
Jadi kembara ke Bali ini kami amat berhati-hati. Acara yang disediakan oleh pelajar saya ini saya semak betul-betul. Selidik, supaya tidak tersilap lagi. Kalau ada lawatan ke candi-candi kami minta dikeluarkan dari jadual. Sebelum ini saya tidak berterus-terang yang kami tidak suka melawat candi. Kebiasaannya di Bali candi/kuil Hindu adalah wisata yang digembar-gemburkan. Indah di mata orang lain tetapi tidak di mata kami. Kami sudah maklumkan bahawa kami tidak suka melawat tempat-tempat begitu. Setelah menjelaskan kefahaman Islam kami pada pelajar saya itu akhirnya jadual lawatan kami itu telah dirombak 90%. Jadi beginilah hasilnya kembara kami di Bali yang saya bahagikan kepada 2 siri.
Makan Ayam Betutu Gilimanuk
Kami bertolak dari Surabaya untuk penerbangan ke Denpasar. Perjalanan memakan masa 45 minit. Sukma iaitu 'cucu murid' saya menaja percutian kami ini. Namun Sukma tidak dapat menemui kami ketika kami di Bali kerana dia sibuk bekerja ketika itu. Cuma berbual di telefon sahaja.
Di Bali kami disambut oleh Putu Andaya. Menurut Putu, keluarga Bali mempunyai empat orang anak. Yang sulung diberi nama Putu, yang kedua diberi nama Nyoman, yang ketiga dipanggil Made dan yang bongsu dipanggil Ketut.
Kami singgah makan tengahari dengan masakan tradisional Bali yang menurut Putu adalah halal. Beliau mencadangkan kami makan Ayam Betutu Gilimanuk. Ayam ini digoreng atau dipanggang dengan menggunakan rempah-ratus tertentu. Ia dimakan dengan Pelecing Kangkung, kacang dan sambal matah.
|
Papan tanda di hadapan restro |
|
Inilah Ayam Bertutu Gilimanuk dimakan bersama nasi, sambal matah, kacang goreng dan pelecing kangkung. Sedap jugak! |
Hotel Sanur Paradise
|
Taman di Hotel Sanur Paradise |
|
Hijau dan teduh di Hotel Sanur Paradise |
|
Taman Bali di hadapan cofee house Hotel Sanur Paradise |
Hotel yang diberikan kepada kami ialah hotel Sanur Paradise. Kami diberi dua buah bilik untuk memuatkan kami sekeluarga. Hotel ini cantik dan besar.
|
Kamar di Hotel Sanur Paradise |
|
|
Tandas dalam hotel Sanur Paradise |
Rumah Orang Bali dan Pura
|
Laman hadapan sebuah rumah Bali yang menjual barangan perak di Celuk |
Setelah
check-in, kami keluar semula kerana kami hendak menonton persembahan tradisional Bali yang dipanggil Kecak. Ia bermula pada pukul 6.30 petang dan letaknya kira-kira 30 minit perjalanan iaitu di Batubulan.
Tetapi kami sampai agak awal dan
bagi memenuhi waktu sebelum persembahan bermula, kami memasuki
kedai-kedai yang menjual barangan perak yang terdapat di situ. Nama tempat itu ialah Celuk. Barang perak adalah kesenian di daerah Celuk.
Kedai-kedai itu sebenarnya adalah rumah-rumah tradisional orang Bali. Ia dibuat daripada batu dan atapnya genting. Terdapat taman di halaman dan juga taman di sisi rumah yang gerbangnya batu. Terdapat patung-patung berbentuk binatang di taman itu.
|
Rumah Bali yang menjual barangan perak di Celuk |
Saya melihatkan di hadapan rumah-rumah
orang di Bali terdapat pura iaitu tokong yang digunakan untuk
meletakkan sajian makanan. Menurut Putu ia adalah hidangan sarapan pagi
yang disajikan untuk roh para leluhur (nenek moyang). Setiap pagi orang
Hindu di Bali meletakkan sajian ini dengan melakukan sedikit bacaan dan
memohon kepada Dewa yang menjaga Pulau Bali untuk keselamatan semua
orang di Bali. Ia dilakukan pada pukul 6 pagi. Apa yang dimasak dan
dimakan pada pagi itu disajikan sedikit dan diletakkan di atas pura.
Pada mata kasar ia kelihatan tidak diusik, tetapi mereka mempercayai ia
dimakan oleh roh leluhur tanpa kelihatan. Pada pukul 12 tengahhari
mereka melakukan meditasi di hadapan pura ini. Pada pukul 6 petang
sekali lagi mereka melakukan meditasi.
|
Pura di hadapan rumah orang Bali dijadikan tempat untuk meletakkan sajian makanan kepada roh nenek moyang |
Agama Hindu di
Bali adalah berbeza dengan Hindu yang diamalkan di India. Mereka
menyambut perayaan Galungan yang diadakan pada bulan April. Galungan adalah hari meraikan kemenangan di antara kebaikan dan kejahatan. Pada hari ini orang Bali berpakaian cantik, menghias rumah mereka dengan buluh dan menyajikan daging babi di kuil.
Kemudian
mereka menyambut Hari Nyepi pada bulan March. Hari Nyepi ini adalah hari
sunyi sepi. Di hari ini mereka berpuasa selama 24 jam, bermula pada
pukul 6 pagi dan berbuka pada 6 pagi berikutnya.
Ketika berpuasa mereka
tidak dibenarkan makan atau minum. Pada hari Nyepi ini, tidak ada
sesiapa dibenarkan berada di luar rumah. Semuanya mesti duduk di dalam
rumah. Sekiranya terdapat orang di luar mereka dikenakan denda bernilai
100 kg beras. Kemudian orang yang berpuasa itu mandi laut untuk melebur dosa. Hanya
mereka yang berusia 15 tahun ke atas baru dibolehkan berpuasa.
Menonton Kecak dan Tarian Api
Setelah melawat sekitar Celuk kamipun ke tempat persembahan Kecak itu. Kami membeli tiket dan mengambil gambar bersama seorang gadis Bali. Kemudian gambar itu diabadikan di atas pinggan sebagai kenang-kenangan.
|
Gadis Bali |
Penonton sudah mula mengambil tempat duduk di hadapan pentas yang terbuka. Kebanyakan penonton adalah pelancong asing yang terdiri daripada orang Jepun dan mat salleh.
Tarian Kecak ini adalah tarian yang penuh magis dan nampak penuh misteri. Ini disebabkan ia disulami dengan pemujaan Tok Dukun terhadap penjaga/penunggu pentas yang berada di alam paranormal. Persembahan dimulakan dengan Tok Dukun membaca mentera dan merenjis-renjis air ke atas pentas. Kemudian beduk diketuk dan api dinyalakan di tengah-tengah pentas.
Sekumpulan
chorus berjumlah kira-kira 40 orang yang kesemuanya lelaki keluar ke pentas dengan melagukan muzik dengan hanya menggunakan mulut, pergerakan tangan dan kaki. Kadang-kadang
chorus ini berdiri, berjalan, duduk dan berbaring.
|
Chorus dalam persembahan Kecak |
|
Sita Devi menari di atas pentas |
Tarian daripada penari wanita dilakukan di celah-celah
chorus dan permainan teater pun dimulakan. Ia berkaitan dengan kisah Ramayana dan Sita Dewi yang diculik dan diselamatkan. Jadi berlaku pertarungan. Watak-watak keluar ke tengah pentas dengan menggerakkan tangan dan kaki seperti menari. Watak-watak disolekkan dan ada yang memakai topeng.
Persembahan ini bermula pada waktu senja sehingga berakhir waktu senja. Ia diakhiri dengan seorang lelaki yang dijampimenterakan oleh Pak Dukun sehingga tidak sedarkan diri (trans). Lelaki yang kemasukan makhluk halus itu kemudiannya menjadi kuat lalu memijak-mijak api yang terdapat di tengah-tengah pentas.
Saya merasa sedikit takut melihatkan watak-watak yang disolek menjadi watak jahat dan buruk serta suasana paranormal yang dilakukan oleh Pak Dukun dan pemain-pemainnya. Tambahan pula ketika itu waktu senja yang mana ketika ini syaitan-syaitan berkeliaran.
|
Kera Putih muncul di tengah-tengah pentas |
|
Chorus mengelilingi api |
|
Watak dalam keadaan menurun dan memijak-mijak api tanpa merasa sakit atau terbakar |
Membeli-belah Ole-ole di Krisna
Setelah menonton kecak kami singgah membeli-belah di Krisna. Krisna ialah kedai menjual ole-ole Bali yang murah dan dibuka 24 jam. Ada magnet peti sejuk, rantai kunci, mug, beg, pakaian, hiasan rumah, batik dan macam-macam lagi. Di sini kami membeli kaos (t-shirt) dan beg.
|
Krisna buka 24 jam |
|
T-shirt banyak terdapat di sini |
Sarapan di Sanur Paradise, Di Mana Halalnya?
|
Taman di Hotel Sanur Paradise |
|
Bilik penginapan kami di Sanur Paradise |
|
Roti dan Kek untuk sarapan pagi di Sanur Paradise |
Kami diberitahu Putu bahawa semua hotel di Bali menghidangkan makanan halal kerana ia bertaraf antarabangsa. Keesokan paginya kami turun ke coffee house hotel Sanur Paradise untuk bersarapan.
Sarapan diberi percuma dan banyak makanan dihidangkan. Kamipun melihat-lihat makanan yang dihidang di meja
buffet dan melihat satu persatu makanan untuk membuat pilihan. Tetapi semasa memilih makanan kami dapati daging babi juga dihidangkan. Ada tulisan dan gambar babi
dilabelkan pada makanan itu. Selera kami terus terbantut apabila melihat
babi dihidang di situ. Terus hilang selera dan tidak lalu makan pagi itu. Jadi di mana halalnya? Kami rasa amat sedih.
Akhirnya kami hanya makan buah-buahan sahaja.
|
Buah markisa yang kami makan semasa sarapan pagi di Sanur Paradise
|
|
Restro Rindu Rasa
Rindu Rasa ialah Restro Masakan Padang |
Oleh kerana tidak mahu terperangkap dengan status halal-haram makanan di Bali, kami mengambil jalan selamat iaitu makan di restoren Minang yang halal iaitu restoren Rindu Rasa.
Oleh kerana masakan Padang lebih kurang sama dengan masakan Melayu kita dan telah saya masukkan banyak gambarnya dalam entri lepas-lepas, jadi kali ini saya tidaklah mengambil gambarnya. Cuma kali ini saya memilih minuman Es Teler untuk ditunjukkan di sini. Es Teler adalah minuman berais yang dikisar, dicampurkan dengan air kelapa, susu cair, nangka, tembikai, avocado, tapai ubi, cendul, buah nipah (kantor), sagu dan isi kelapa muda. Ia manis.
|
Es Teler |
Ikuti Naramas Aman dalam siri kedua Bali Tanpa Candi akan datang. Ada banyak aktiviti santai dan lasak yang kami sekeluarga lakukan semasa di Bali. Kami berjalan di pantai, di bawah laut, menyelam, naik bot dan parasailing.
...bersambung
Saya takut nak ke bali..gerun dok tengok banyak patung2..
BalasPadamBali nampaknya tidak sesuai untuk orang macam Norh dan saya kerana kita berdua tak suka tengok patung. Patung itu pula ada macam-macam bentuk, ada yang bertaring, ada mata terbeliak, ada yang berkepak, berbelalai.
PadamWah esteller tu melimpah dengan buah, biasanya cuma nangka, kelapa muda dan avocado je...
BalasPadamBuah markisa tu amat tidak sesuai untuk dijadikan pencuci mulut...
Pernah ke Bali sekali, dan tak teringin untuk ke sana lagi...
TBC di sana disebut imlek kan...
Saya pun rasanya cukuplah ke Bali ini. Buah markisa tu kami jamah sikit je. Takut sakit perut pulak. Es teller tu barangkali sudah dimodified dengan segala macam di dalamnya.
PadamImlek? Saya tak tahu, tak pernah dengar.
Tulisan tu ada kat banner di gedung Krishna...
PadamHa ha ha ..baru saya perasan ada tulis pada banner Krisna tu. Itupun Mie yg beritahu. Selama ni saya tak tahu apa itu Imlek. Thank you!
PadamTak dak singgah di Lombok?
BalasPadamLepas ke Bali kami ke Lombok. Naik bot, best :)
PadamSedap pulak tgok gambar ayam bertutu tu... hot3l sanur tu nampak cantik giler!
BalasPadamMemang susqh juga nk cari mknn halal di Bali. Nak slmt kena mkn mknan minang je...
Rasa Ayam Bertutu tu sedap jugak. Kita boleh pilih yang pedas atau yang tak pedas. Kami pilih yang tak pedas, takut sakit perut, nanti susah nak jalan-jalan. Hotel Sanur Paradise nampak cantik tapi terlalu besar, hendak menuju ke bilikpun terlalu jauh ke belakang, sunyi dan banyak patung-patung. Kalau sorang-sorang agak seram juga. Daging babi pun ada di dewan makan hotel ini, memang tak seronok langsung. Ya, elok makan di hotel Minang je.
PadamSalam prof. ..hmm, mmg di bali payah sket carik mkanan halal. Yg saya tahu, fast food mereka ada sijil halal. Saya skip kecak dn barungan coz takot ank2 saya mimpi mlm2...ha..ha.. prof x ke batur ke? Saya suka sngt pemandngn di batur.
BalasPadamSalam Farikica,
PadamAda yang kata restoren dan hotel di sana menyediakan makanan halal, tetapi apabila di premis makanan itu tak nampak pun sijil halal, kami mula ragu-ragu. Tak berani makan.
Kecak dan barongan memang tak sesuai untuk anak-anak kecil kerana suasananya agak misteri, pelik dan menyeramkan. Saya tak ke Batur. Tentu Batur cantik. Kami di Bali 2 hari je, tak sempat.