S
elepas menginap di desa pergunungan Trawas yang dingin dan nyaman, kami pulang ke Surabaya. Kami menginap di Hotel Novotel Surabaya pula. Kami akan ke Bandung keesokan harinya. Selepas itu kami akan ke Jogjakarta dan kembali semula ke Surabaya.
Setelah itu kami akan pulang ke Malaysia. Lepas sebulan kami kembali semula ke Surabaya. Oleh kerana kerap pergi balik ke Surabaya, entri kali ini adalah kompilasi aktiviti makan-makan, membeli-belah dan penginapan kami semasa di Surabaya. Saya harap entri ini menjadi panduan kepada anda yang hendak ke Surabaya.
Setelah itu kami akan pulang ke Malaysia. Lepas sebulan kami kembali semula ke Surabaya. Oleh kerana kerap pergi balik ke Surabaya, entri kali ini adalah kompilasi aktiviti makan-makan, membeli-belah dan penginapan kami semasa di Surabaya. Saya harap entri ini menjadi panduan kepada anda yang hendak ke Surabaya.
Novotel Surabaya
Novotel Surabaya adalah hotel yang selesa dan cantik. Di sekeliling hotel itu dihiasi dengan pokok-pokok rendang, bunga-bungaan, taman-taman dan kolam renang. Dua buah komputer dan internet disediakan di ruangan lobi. Di Novotel kami memanjakan diri dengan bermalas-malas dalam bilik, mandi sauna, jacuzzi dan mengurut badan.
a) d'Kampoeng di Time Square
d'Kampoeng ialah tempat makan berlatarbelakang tradisional Jawa dan dihiasi dengan barangan antik. Ia adalah sebuah medan selera yang mempunyai warong tradisional. Suasananya amat santai, menyeronokkan dan happening. Ia terletak di pusat membeli-belah Times Square di Jalan Adityawarman, Surabaya (Sutos). Terdapat pelbagai makanan dari daerah-daerah di Indonesia seperti Soto Madura, Penyetan, Rojak Cingur, Gado-gado, Pecal, Rawon, Nasi Campur, Masakan Taliwang, Masakan Manado, Masakan Bali, Satay, Gudeg, Jus Alpokat, Sirsak dan macam-macam lagi.
Persekitaran Novotel Surabaya yang nyaman |
Keadaan di dalam bilik di Novotel Surabaya |
Jakuzi, sauna dan spa di Novotel Surabaya |
Diundang Sebagai Penceramah di Universitas Airlangga
Oleh kerana kerjaya saya sebagai Profesor Madya, maka undangan menyampaikan ilmu di Tanah Jawa ini sudah pasti tidak dilepaskan oleh mereka yang mengenali saya. Mengetahui saya akan berada di Surabaya maka Universitas Airlangga telah mengundang saya. Undangan ini sudah saya terima sebelum saya sampai ke sini lagi.
Sahabat seuniversiti saya semasa saya menuntut di Monash University Australia dahulu iaitu Dr Wardhani kini menjadi dosen (pensyarah) di Universitas Airlangga. Beliau bersama dengan Yan iaitu 'anak murid' saya yang juga dosen di sini telah mengumpulkan siswa mereka untuk menghadiri ceramah saya itu. Saya menerima undangan itu dengan tangan terbuka dan melakukan ia secara sukarela tanpa meminta mereka membayar saya walau sesenpun.
Penulis (berbaju ungu) bergambar bersama Yan (paling kiri) dan Dr Wardhani (paling kanan) selepas menyampaikan ceramah di Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik Universitas Airlangga |
Membeli-belah Krupuk, Abon dan Ikan Teri di Pasar Genteng Baru
Tak lengkap rasanya kalau balik ke Malaysia tidak membawa krupuk (keropok). Krupok adalah juadah yang pasti disajikan sewaktu makan di Jawa. Ia menjadi satu kemestian. Mas Rudy dan Mas Rozi bawa kami membeli-belah di Pasar Genteng Baru. Pasar Genteng Baru ini macam Pasar Siti Khadijah di Kota Baru Kelantan. Ada macam-macam jenis krupuk yang terdapat di sini. Ada krupuk udang, tenggiri, sotong, belinjo masin, belinjo manis, belinjo tawar, kulit sapi dan macam-macam lagi. Ikan teri (ikan bilis) dan ikan kering juga terdapat di sini. Abon (serunding daging) juga ada yang manis dan ada yang pedas. Kita boleh rasa dulu sebelum membelinya. Krupuk, ikan teri dan abon ini ditimbang lalu dibungkus. Ada juga yang sudah siap dibungkus dalam plastik.
Setelah membeli kesemua ini peniaganya memasukkan krupuk, ikan teri dan abon yang dibungkus itu ke dalam kotak lalu diikat kemas untuk mudah membawanya menaiki pesawat. Ini dilakukan tanpa diminta. Harganya tidaklah mahal. Tapi saya tak ingat berapa harganya. Sebelum beredar sempat juga kami menyambar loofah (petola kering) untuk cuci badan semasa mandi he he he. Harganya murah sangat: 50 sen seketul.
Bagi keluarga saya yang lelaki, mereka meminati barang-barang elektronik. Mereka ke tingkat atas untuk mencari alat rakaman, kabel, kamera dan lain-lain lagi. Tetapi mereka tak beli satupun kerana tiada yang berkenan di hati.
Di sini saya tinggalkan alamatnya:
Pasar Genteng Baru
Jalan Genteng Besar 62,
Genteng
Surabaya, Jawa Timur
Setelah membeli kesemua ini peniaganya memasukkan krupuk, ikan teri dan abon yang dibungkus itu ke dalam kotak lalu diikat kemas untuk mudah membawanya menaiki pesawat. Ini dilakukan tanpa diminta. Harganya tidaklah mahal. Tapi saya tak ingat berapa harganya. Sebelum beredar sempat juga kami menyambar loofah (petola kering) untuk cuci badan semasa mandi he he he. Harganya murah sangat: 50 sen seketul.
Bagi keluarga saya yang lelaki, mereka meminati barang-barang elektronik. Mereka ke tingkat atas untuk mencari alat rakaman, kabel, kamera dan lain-lain lagi. Tetapi mereka tak beli satupun kerana tiada yang berkenan di hati.
Di sini saya tinggalkan alamatnya:
Pasar Genteng Baru
Jalan Genteng Besar 62,
Genteng
Surabaya, Jawa Timur
Pelbagai jenis krupuk di Pasar Genteng Baru |
Macam-macam warna dan bentuk krupuk di Pasar Genteng Baru |
Membeli-belah Ole-ole di Mirota
Satu perkara lagi, ole-ole sering kami bawa pulang sebagai kenang-kenangan. Ole-ole yang menjadi kegemaran saya ialah fridge magnet. Manakala anak-anak saya meminati baju t. Untuk mendapatkan ole-ole ini kami dibawa Mas Rudy dan Mas Rozi ke Mirota. Mirota letaknya di Jalan Sulawesi No. 24.
Di Mirota ada macam-macam: lukisan, hiasan dinding, kraftangan, kain batik, baju batik, baju t, rantai kunci, alas meja, telekung, sejadah, dan lain-lain lagi.
Di Mirota ada macam-macam: lukisan, hiasan dinding, kraftangan, kain batik, baju batik, baju t, rantai kunci, alas meja, telekung, sejadah, dan lain-lain lagi.
Barang-barang jualan di Mirota |
Terdapat satu bahagian yang menjual kain batik di Mirota |
Makan Tengahari dengan Masakan Tradisional Jawa
Untuk makan tengahari kami disarankan makan di Bu Rudy. Masakan terkenal Bu Rudy ialah Nasi Udang Empal dan sambal bawang. Nasi Udang Empal ini dihidang bersama nasi putih, udang kering goreng, serunding udang, timun, tauge dan kacang panjang rebus. Semasa kami ke situ orang ramai mengunjungi restoren ini. Restoren ini juga menjual sambal bawang yang sudah siap ditumis dan dibotolkan untuk dibawa pulang. Disamping itu ada juga krupuk, jajanan dan kuih-muih basah yang dijual untuk dibawa pulang.
Untuk anda yang ingin ke sini, alamatnya:
Jln. Dharmahusada No. 140 Surabaya Timur/Tambaksari.
Telefon: 031 5920996, 0811312675Jln. Dharmahusada No. 140 Surabaya Timur/Tambaksari.
Makan Malam Jawa dengan Seting Tradisional
Makan malam dengan seting tradisional terdapat banyak di Surabaya. Pada entri yang lalu saya ada nyatakan tentang tempat makan begini di Hotel Bumi Surabaya. Kali ini saya ingin ceritakan tentang dua buah tempat makan yang menarik:
a) d'Kampoeng di Time Square
Sambil menjamu selera kami dihiburkan oleh tiga orang pemuzik jalanan yang memainkan lagu-lagu permintaan dan menyanyi dari satu meja ke satu meja. Tapi apabila saya minta mereka nyanyikan lagu Broery Marantika dan Bob Tutupoli yang popular mereka tidak tahu. Lalu kami suruh mereka nyanyi lagu-lagu baru yang mereka tahu. Nyanyian dan muzik mereka amat merdu sekali. Lepas habis nyanyi sebuah lagu tentulah kita hulurkan rupiah sekeping dua ke dalam kotak yang diedarkan.
Kami sekeluarga dibawa makan oleh Yan dan Dr Wardhani di d'Kampoeng |
Set gerai yang dihiasi dengan tin-tin biskut zaman dahulu |
Lampu gasolin, beca dan periuk belanga lama menjadi peralatan utama |
Ada juga gerai yang menggunakan meja rendah |
Nyanyi lagu Ebiet G. Ade - Berita Buat Kawan |
Dapur Desa pula menyediakan makanan tradisional Jawa Barat dan makanan laut seperti Sambel Ijo, Sambel Pedas, Kepiting Masak Telur Asin, Kepiting Saus Berlado, Ayam Pancarasa, Gurami Pasundan, Gurami Kabayan, Es Kopyor, Es Teler, Nasi Tumpeng, Kakap Bumbu Rujak, Sate Kakap, Kakap Asam Manis, Kakap Asam Pedas, Udang Hotplate dan macam-macam lagi. Dapur Desa ini mempunyai dewan makan yang luas dan disusun rapi. Pekerja-pekerja di resto ini amat peramah dan mempersilakan saya 'foto-foto' di belakang kaunter makanan.
Alamat: Dapur Desa Traditional Resto
Jalan Basuki Rahmat No 72,
Surabaya Pusat
Tel: 031 5463999
Waktu dibuka: 10:30-23:00
Sila klik di sini untuk peta Dapur Desa
Alamat: Dapur Desa Traditional Resto
Jalan Basuki Rahmat No 72,
Surabaya Pusat
Tel: 031 5463999
Waktu dibuka: 10:30-23:00
Sila klik di sini untuk peta Dapur Desa
Iklan Dapur Desa ~ Call Me DD |
Cewek peramah dan manis-manis di sini |
Rawon |
Lobster ini merah menyala, tapi rasanya tidak seberapa |
Kepiting dan udang |
Ini juadah khas Dapur Desa, tapi saya lupa namanya |
Lumpia |
Es Teler ini tidak begitu asli kerana tiada nangka dan sirapnya dibuat daripada kordial |
Ikutilah saya ke Bandung pula dalam entri akan datang.
Bestnyer..teringin nk g surabaya...
BalasPadamDekat je Surabaya ni. 3 jam dah sampai.
PadamSambil makan angin sambil menambah berat badan ni... hehe
BalasPadamMemang pun kita kena mencuba makanan tempatan kalau bercuti ke mana-mana...
Ha ha ha memang betul Mie. Setiap kali balik dari Indonesia, berat saya naik 1 kg. Semasa di sana memang tak jaga diet langsung. Tapi bila balik Malaysia, mulalah ikat perut.
Padamsantai.. es teler buat saya dahaga..
BalasPadamBuatlah es teler sendiri. Beli ais cendol dan ABC lepas tu campurkan kedua-duanya, lepas tu letakkan hirisan nangka...jadilah es teler :)
PadamAssalamualaikum Tuan/Puan.
BalasPadamSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.