Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Khamis, 6 Jun 2013

Percutian Percuma di Surabaya (7): Desa Pergunungan Trawas Yang Dingin dan Sepi

K ami sekeluarga dibawa Yan ke Trawas. Trawas ialah sebuah desa pergunungan di Jawa Timur. Ia terletak di Gunung Penanggungan. Jaraknya dari kota Surabaya ialah kira-kira 2 jam pemanduan. 

Untuk ke Trawas kami memandu kereta melalui Pasuruan. Semakin kami mendekati desa pergunungan ini jalannya semakin berliku-liku dan sempit kerana kami menaiki kawasan tanah tinggi. Di sepanjang jalan terdapat banyak rumah-rumah bungalow dan resort pecutian. Amat kurang sekali kenderaan di atas jalan. Pohon hijau dan bunga-bungaan pelbagai spesis tumbuh segar menghiasi alam. Kawasan persekitaran kelihatan tenang dan nyaman.

Di Trawas kami menginap di Royal Trawas Hotel yang sudah disediakan oleh Yan dengan percuma untuk saya sekeluarga. Udara di Trawas ini dingin dan suasananya sepi. Amat sesuai untuk berehat, menenangkan fikiran dan lari dari kesibukan kotaraya.








Yan adalah 'anak murid' saya yang juga adalah seorang pakar motivasi di Indonesia. Yan sebenarnya lebih tua dari saya. Tetapi ini adalah perkara biasa dalam dunia pendidikan tinggi. Di Trawas, kami memerhati Yan bersama anak-anak buahnya mengendalikan bengkel motivasi untuk pekerja-pekerja sebuah bank di Indonesia. Acara pada hari itu bermula 3 petang dan berakhir 11 malam. Ia bersambung sehingga keesokan harinya.




Makan Durian Jawa


Esoknya, selepas makan tenghari di Hotel Trawas kami sekeluarga bersama-sama dengan anak-anak buah Yan kembali semula ke Surabaya. Dalam perjalanan pulang kami melalui kawasan perumahan, kampung, sawah padi dan dusun. Kami beramai-ramai singgah makan durian di sebuah gerai tepi jalan yang juga terletak berhampiran sawah padi.  

Buah durian di sini mempunyai bentuk dan warna yang sama dengan durian di Malaysia. Walau bagaimanapun isinya nipis. Rasanya tidak sama dengan durian di Malaysia atau durian di dusun kami di Perak. Pada lidah dan tekak kami durian di tempat kita lebih enak rasanya. Ini mungkin disebabkan oleh faktor suhu, cuaca dan jenis tanahnya.








Masjid Muhammad Cheng Hoo di Pasuruan


Kami kemudiannya singgah di Masjid Muhammad Cheng Hoo iaitu sebuah lagi Masjid Cheng Hoo yang terdapat di Surabaya. Masjid Muhammad Cheng Hoo ini kelihatan lebih baru dan lebih besar berbanding dengan Masjid Cheng Hoo yang pernah saya sebutkan dalam entri lepas. Senibina masjid ini menggabungkan senibina China, Jawa dan Arab.




Tidak banyak maklumat yang saya perolehi mengenai masjid Cheng Hoo ini. Cuma ia adalah sebuah masjid yang dibina sempena nama Laksamana Cheng Ho  iaitu seorang ahli pelayaran yang pernah sampai di Surabaya kerana hubungan diplomatik di antara China dan Asia Tenggara.

...bersambung.


8 ulasan:

  1. assalam dear..

    your n3 macam mengamit hati i untuk berkunjung ke sana with family for next year. still berteka - teki mau ke Lombok atau ke mana.. but by reading yours, i rasa macam best je.. BEST KE???.. i really nak tau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Puan Azian,
      Trawas ni sejuk macam Genting Highland. Di sini kita boleh rileks rileks dan lupakan stress kerja. BEST! Kita boleh sewa sebuah rumah/chalet yang ada atas bukit. Untuk keterangan lanjut puan bolehlah semak di laman web Royal Trawas Hotel.

      Padam
  2. Rasanya saya ada ternampak masjid Cheng Ho ni semasa dalam perjalanan ke Malang sebab terletak di tepi jalan utama. Satu lagi yang saya nampak ialah berderet kedai emas di kiri kanan jalan, tapi tak ingat pekan apa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul Mie, Masjid Cheng Ho ini letaknya dalam perjalanan ke Malang melalui Pasuruan dan terletak di tepi jalan.

      OO mengenai kedai emas itu, saya tak perasan pula di mana???

      Padam
    2. assalaamualaikum mak cik, I from malang, yang mak cik maksud adalah pekan " pandaan " .

      Padam
    3. Terima kasih atas maklumat itu :)

      Padam
  3. lain ye kak masjid Mohammad Cheng ho dengan masjid Cheng Ho? tapi tengok senibina dengan last entry akak lebih kurang...sempat lagi singgah makan durian, walaupun tau tak sedap, saya pun tetap akan singgah makan jugak.bukan senang nak jumpa dekat tempat lain buah durian, hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain sedikit senibina kedua-dua masjid Cheng Hoo tu. Yang ini nampak modern sedikit berbanding yang lagi satu. Yang lagi satu tu, meniru gaya senibina rumah ibadat di China. Kalau jumpa durian yang tumbuhnya di negara lain tentulah kita nak cuba, kan?

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.