Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Selasa, 11 Jun 2013

3 Hari di Bandung: Tarikan Utama Bandung

Sebagaimana di Surabaya saya dan keluarga saya dibelanja lagi oleh pelajar saya. Kali ini ke Bandung pula. Semuanya GRATIS (percuma) lagi! Kami menaiki pesawat Garuda Indonesia ke Bandung dari Surabaya pada 3 November 2012. Perjalanannya cuma 1.15 jam. 

Kami naik Garuda Indonesia dari Surabaya ke Bandung

Kami disambut oleh Mas Ami iaitu pemandu wisata kami. Bandung mendapat banyak nama jolokan. Ia adalah kota fesyen, kota kreatif, kota seni, kota kembang (bunga), kota universiti, kota Paris di Jawa dan kota jajahan Belanda. Ia menjadi tarikan pelancong kerana udaranya yang sejuk, nyaman, mesra alam dan cantik. Suasana ini kelihatan nyata di persekitaran. Kami dapat melihat rumah-rumah peninggalan Belanda, taman-taman, pohon-pohon hijau dan gaya kehidupan masyarakatnya yang mementingkan kelestarian alam sekitar. Hujung minggu di Bandung menjadi tumpuan anak-anak muda untuk berkumpul dan berkarya.

Rumah bercirikan senibina Belanda yang dikelilingi dengan pohon-pohon hijau dan rendang


HARI PERTAMA

Makan di Restoren Masakan Sunda, Sindang Reret

 

Restoren Sindang Reret menyediakan masakan khas Sunda. Ia amat terkenal di Bandung. Suasana restoren ini amat indah, tenang dan bersih. 

Apabila kami dibawa Mas Ami ke sini, makanan sudah siap terhidang di atas meja dengan begitu banyak sekali. Terlalu mewah. Tidaklah dapat kami menghabiskannya. 



Restoren masakan Sunda


Restoren Sindang Reret  di Jalan Surapati yang dihiasi taman, kolam dan ikan

Sup

Ikan gurame goreng, satay, lalapan, sambal petai, sup bontot, tahu dan  kacang endul antara masakan yang disajikan



Menyaksikan Persembahan Muzik Angklung Saung Udjo

Pengalaman yang menarik dan manis yang kami alami ialah menyaksikan persembahan tradisional orang Sunda iaitu Angklung. Pesembahan diadakan di sebuah bangsal berbentuk arena (bulat) dan di waktu petang. Iaitu pukul 3.30 petang hingga 7.30 petang. Ia bertempat di Jalan Padasuka.

Persembahan dimulai dengan wayang golek iaitu patung kayu yang didalangi oleh pak dalang yang bersembunyi di bawah batang pisang. Kemudian kami menyaksikan Helaran iaitu sambutan berkhatan yang dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak. Kemudian tarian merak, calung, arumba (alunan rumpun bambu), angklung mini, orkestra dan tarian beramai-ramai mengiringi acara.

Saat yang mengembirakan kami ialah penonton diberi peluang untuk bermain angklung bersama-sama. Kami berpeluang memainkan lagu Burung Kakaktua, Petter-Pat, The Song of Do Re Mi dan lagu-lagu popular. Kami ditunjukajar oleh hos persembahan dengan mengikut not yang dipaparkan di atas kertas besar sambil mengikut isyarat jari dan tangannya.  Sangat interaktif. Ini adalah pengalaman yang amat menarik bagi kami. Saya cadangkan anda jangan melepasi peluang ini kalau sudah berada di Bandung.

Wayang Golek memulakan persembahan

Tarian Merak

Kanak-kanak dididik seawal 3 tahun dalam seni persembahan angklung dan Helaran

Angklung adalah permainan muzik orang Sunda

Membeli-belah di Heritage Jalan Riau


Heritage Jalan Riau adalah sebuah Factory Outlet. Terdapat pelbagai jualan di sini terutamanya pakaian dan aksesori untuk pelbagai peringkat umur dan gender.

Namun kami tidak menemui pakaian yang sesuai untuk kami kerana fesyennya yang 'over', lebih sesuai untuk golongan muda yang fashionable dan saiznya hanya sesuai untuk orang yang bertubuh kecil. Bagi keluarga kami yang berbadan besar, amat sukar sekali  untuk memilih pakaian di sini. Harganya juga tidaklah murah. Tambahan pula jenamanya pula boleh didapati di Malaysia.





Menginap di Hotel Grand Royal Panghegar


Hotel yang diberikan oleh kami secara gratis ini ialah Grand Royal Panghegar. Ia adalah sebuah hotel yang eksklusif, selesa dan menenangkan. Katil tambahan disediakana terus sebaik-baik kami masuk ke dalam bilik tanpa diminta. Dapur untuk memasak, cerek, peti sejuk, peti keselamatan, meja makan, tv, wifi dan kemudahan asas lain disediakan di dalam bilik. Ketika kami sarapan pagi kami dapati terlalu ramai orang tempatan. Ini disebabkan mereka menginap di situ dan menghadiri seminar/kursus.

Dalam bilik hotel Grand Royal Panghegar yang selesa

Permainan muzik gamelan di lobi hotel sewaktu sarapan pagi



HARI KEDUA

Melihat Kawah Gunung Berapi di Tangkuban Parahu


Gunung Berapi Tangkuban Parahu adalah gunung berapi yang masih aktif. Ia terletak di Lembang, Bandung, Jawa Barat. Kami ke sana dengan ditemani oleh Mas Ami. Kami menaiki van ke gunung berapi itu yang jaraknya lebih kurang 25 km. Belumpun sampai ke kemuncak Tangkuban Parahu ini kami sudah dapat menghidu bau belerang gunung berapi. Bau belerang yang menusuk ke dalam rongga hidung kami inilah membuatkan kami teruja amat dan tidak sabar-sabar rasanya untuk melihat sejauhmana aktifnya gunung berapi ini. Terdapat tiga buah kawah gunung berapi yang terkenal di Tangkuban Parahu. Yang saya ingat ialah Kawah Ratu.

Gunung Berapi Tangkuban Parahu ini mendapat nama dari mitos orang Sunda iaitu Sangkuriang. Dari segi geografinya, Tangkuban Parahu ini berbentuk perahu yang tertelungkup.

Hikayat Sangkuriang ini panjang kisahnya sebagaimana yang diceritakan oleh Mas Ami dalam perjalanan menaiki Gunung Berapi ini.

Dipendekkan cerita, ia adalah kisah seorang anak lelaki yang terpisah dengan ibunya sejak kecil tetapi bertemu semula dengan ibunya setelah dia dewasa. Si ibu pula sebelum ini telah meminta daripada Dewata supaya dia tidak tua-tua.

Oleh kerana masing-masing tidak mengenali di antara satu sama lain, maka mereka saling jatuh cinta dan ingin berkahwin. Setelah masing-masing menceritakan kisah silam mereka, akhirnya mereka mengetahui asal usul mereka. Namun Sangkuriang masih mahu mengahwini ibunya itu. Ibunya mengenakan syarat yang sukar dipenuhi kepada Sangkuriang supaya hasratnya itu tidak kesampaian iaitu dia harus membuat perahu dalam masa satu malam. Sangkuriang menyanggupinya dan meminta pertolongan makhluk halus.

Usaha Sangkuriang membuat perahu itu gagal kerana helah ibunya yang melebarkan sejenis kain yang bercahaya. Cahaya ini disangkakan hari sudah siang dan makhlus halus itu melarikan diri. Oleh kerana marah dengan kegagalan itu Sangkuriang menyepak perahu itu lalu ia terbalik/terlungkup. Maka gunung berapi Tangkuban Parahu ini diambil sempena dengan mitos perahu yang disepak oleh Sangkuriang sehingga terlungkup dan tertangkup ke tanah.

Kisah Sangkuriang ini juga pernah difilemkan.


Kuda-kuda menanti untuk dinaiki

Kawah yang masih mengeluarkan asap

Penulis merakamkan gambar di hadapan Gunung Berapi Tangkuban Parahu

Pengunjung dan peniaga di Tangkuban Parahu. Tidak kurang juga pelancong dari Malaysia.

Kami membeli angklung di salah sebuah kedai di Tangkuban Parahu. Angklung ini dibungkus rapi oleh pekedainya supaya mudah dibawa menaiki pesawat.

Kedai-kedai menjual ole-ole Bandung di Tangkuban Parahu



Pertanian Komersial di Tanah tinggi Subang-Lembang



Bandung mempunyai cuaca yang sejuk, nyaman, tanah yang subur dan tinggi. Tanah di sini amat sesuai untuk kegiatan pertanian seperti sayur-sayuran, ubi-ubian, bunga-bungaan, teh dan pokok pine. Semasa kembali dari Tangkuban Parahu kami dapat melihat kegiatan pertanian komersial yang luas seperti bawang, cili dan sayur-sayuran.

Kami kemudiannya melalui Cihiduen yang terkenal dengan penjualan benih-benih bunga secara komersial. Ia kelihatan banyak diusahakan di kawasan perumahan. Oleh kerana hari hujan kami hanya lalu sahaja di kawasan menanam benih-benih bunga ini.

Kami juga sempat berhenti dan melawat ladang teh yang merupakan antara pendapatan utama Bandung. Selain itu kami berhenti membeli buah-buahan seperti avocado, strawberi, pisang, durian belanda, limau dan betik yang banyak dijual di pasar buah tepi jalan.

Ladang teh yang luas

Kolam Air Panas di Ciater, Subang


Kemudiannya kami ke Kolam Air panas gunung di Ciater Resort. Di sini terdapat spa, kolam renang air panas dan rumah rehat. Tetapi kami cuma merendamkan kaki kami sahaja dan makan tengahari di situ. Kami singgah solat di masjid yang berdekatan.

Kolam air panas di Ciater yang panasnya kira-kira 42 darjah Celsius

Masjid yang indah di Desa Ciater

Makan tengahari ala Barat

Membeli-belah di Rumah Mode dan Cihampelas


Rumah Mode dan Cihampelas adalah pusat membeli-belah bagi orang yang suka 'shopping'. Terdapat pelbagai pilihan. Orang juga ramai, termasuklah orang Malaysia. Kami hanya membeli sepasang dua pakaian, kerongsang dan beg pakaian.

Rumah Mode ialah pusat membeli-belah yang popular


HARI KETIGA

Berjalan Kaki di Sekitar Kota Bandung


Hotel Grand Royal Pahegar yang kami inapi itu rupa-rupanya terletak di jalan-jalan utama dan bersejarah di Bandung. Jadi pagi itu kami berjalan kaki di jalan-jalan utama itu dengan ditemani oleh Mas Ami. Sambil berjalan kaki Mas Ami tidak berhenti-henti menceritakan sejarah dan latarbelakang bangunan-bangunan itu. Antara bangunan bersejarah iaitu ialah bangunan persidangan Asia-Afrika, Balai Kota (City Hall), Masjid Agong, Bank Indonesia, Gedung Merdeka, Taman R.A Kartini dan Masjid Raya Bandung.

Masjid Al-Ukhuwah


Masjid Raya Bandung yang ramai pengunjung

City Hall

Jalan Asia-Afrika

Pengayuh Beca di Bandung


Begitulah kami sekeluarga menghabiskan 3 hari secara gratis di Bandung. Sebenarnya banyak pengalaman menarik yang kami perolehi semasa wisata gratis di Bandung ini tetapi tidak mampu saya tuliskan di ruangan yang terhad ini. Kami amat bersyukur dengan wisata gratis yang cukup bermakna ini. Semoga Allah membalas kebaikan mereka yang melayani kami di sini.

13 ulasan:

  1. YA RABBBB... untung nya badan.. semuanya ditanggung.. bandung i like to stay in Lembang. sangat sejuk kan... indah with tea plantation..

    ingat nanti nak jejak kaki ke masjid yg u pegi tu.. dan Cafe Kunang - kunang.. Bandung Kota Kuliner for me. makan n makan.. tak sama macam Jogja.. more jawa food je kann..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...rezeki.

      Lembang sangat sejuk. Kalau dapat menginap di situ semalam dua tentu best kan.

      Masjid cantik-cantik dan besar-besar di Bandung. Masjid di Desa Ciater tu tidak berjauhan dengan Spa Kunang-kunang Cafe tu. Boleh nampak kubahnya dari jauh.

      Memang seronok makan-makan di sana. Bila di Jawa ni memang tak ingat diet langsung.

      Padam
  2. Untungla... jalan-jalan, makan-makan, shopping-shopping.

    Banyak infonya... InsyaAllah sampai ke sini tahun ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untung...jimat banyak...baru hari ini rasa seronok diraikan oleh 'anak murid'

      Nanti Mie boleh explore lebih banyak tempat di Bandung dengan keluarga.

      Padam
  3. best ke akak bandung ni? sy ni tak penah sampai lagi. org duk kata murah murah shopping sana. mana lagi murah? beijing ke bandung? ;) untungla akak travel gratis je manjang kan. kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best jugak Bandung ni. Udara/cuacanya bagus. Tempatnya happening. Beijing dengan Bandung dua-dua murah. Sama je. Cuma di sini lebih mudah menawar berbanding Beijing sebab di Beijing mereka letak harga tinggi sangat. He he gratis manjang....baru ni terasa berbaloi jadi lecturer :)

      Padam
  4. tergamam tengok menu yang dihidangkan dekat restoren sindang reret tu, nampak macam sedap-sedap jer semua. dapat makan hidangan asli dari indon secara gratis lagi, memang sangat best, hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap! Gratis pula tu. Masakan asli di Sindang Reret tu sesuai dengan selera kami. Kacang endul tu sedap. Satay tu kena cuba sebab ia lain sikit rasanya. Sambal petai tu pun jangan miss. Restoren ni besar dan hiasan di dalamnya cantik. Suka tengok ikan-ikan karp di situ.

      Padam
  5. Saya tak pernah lagi sampai ke tangkuban perahu tu.... teringin nak pegi tapi ntah bile hehehhee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok juga ke Tangkuban Parahu ni. Perjalanan dari Kota Bandung ke tempat ini tidaklah jauh sangat. Kalau Rain ada kesempatan bolehlah ke sini. Udara di sini sejuk. Tapi Bromo lagi sejuk.

      Padam
  6. Salam. Dah lama saya follow tp baru nak 'bersuara' ni..hehehe Ye, saya setuju sgt akan recommendation kepada persembahan angklung tu...sgt best, sgt interaktif...mmg pengalaman yg takleh dilupakan...sy pergi dah lama, 2010...masa tu tak tau ada persembahan ni, bila tanya2 kat supir...dia suggest tmpt ni..terusss pergi..mmg tak menyesal lah...hehehe..so sejak dr itu, bila pergi mana2 je...sy mesti nak crik tmpt kebudayaan...kalo ada je, terus nak pergi...hehehe dan seharusnya Bandung menggamit2 sbb kesedapan makanannya!rindu sate kambing, gurame bakar...nyum3...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam DJ,
      Terima kasih kerana selama ini menjadi follower blog ini. Suara DJ amat berharga di ruangan ini, teruskan bersuara dan jangan serik-serik :)

      Memang persembahan angklung saung udjo itu menarik. Kami happy sangat selepas tengok show itu. DJ pun suka tengok persembahan kebudayaan? Saya pun.

      Makanan di sini sedap-sedap, kan?

      Padam
  7. Salam..trip bajet ke bandung!
    Jom pegi bandung only RM235 per person for 4day 3 night (*included hotel and transport)

    Tentative Program
    Day1
    *Tiba kat Bandung
    *Pasar Baru trade center
    *Lunch & Check in Hotel
    *Toko Tiga ( Branded Jeans )
    *D'fashion factory outlet kain potong
    *Membeli-belah di Factory Outlet
    At Jalan Riau (Heritage,
    Cascades,The Summit, For Men, The Stamp,Terminal Tas, dan The
    Secret )
    *Dinner dan kembali ke Hotel

    Day2
    *Gunung Tangkuban Parahu
    *Ciater Hot Spring
    *Kebun Strawberry and tea park
    *Membeli-belah di di Rumah Mode & Cihampelas Jeans Centre
    *Membeli-belah di Jalan Dago (Grande, Episode, Edward Forrer, gossip,level, etc)

    Day3
    *kawah putih crater/trans studio indor themes park
    *rumah kain sulam kat taman kopo
    * cibaduyut-shoes and jacket leather original
    *factory outlet area riau street macam the secret, heritage,oases, etc

    Day4
    *check out hotel
    *Oleh-oleh Bandung (cake Lapis, Brownies, Kartika Sari and Amanda)
    *paris van java shopping mall
    *Airport transfer

    Hotel facilities:
    -Aircond
    -Free Hot spot / wifi
    -TV cable
    -Free Breakfast Buffet
    -Hot & cold water
    -Free parking

    * room deluxe ~king bed size hotel 2star also include free buffet breakfast

    transport facilities:
    * bole di gunakan dari pukul 8 pagi hingga pukul 10 malam
    * include petrol / minyak
    * include parkir
    * include driver berpengalaman dan bisa bahasa melayu

    *we dont need deposit~all payment at last day in bandung

    Group yang sudah kami layani
    -CIMB Group Company From Malaysia
    -Tv 3 malaysia
    -My bank group company
    -Petronas Company
    -Family trip
    -Pelajar Trip
    -Back pac trip
    -Dan lain-lain

    tersedia juga pakej lain seperti jakarta - bandung - bogor (puncak) - bali - yogyakarta

    Service insya allah memuaskan
    Your comfort is our priority


    Term and condition :
    *included transportation for 4day3night type kereta 7seater all included
    *included 3 room deluxe ~king bed size hotel 3star also include free buffet breakfast
    *rate is not included entrance fee
    *Tentative bersifat Free & Easy, program boleh diubah mengikut keadaan semasa
    *rate 6 pax ~ 235rm per person
    kalau 4 pax ~ 275rm per person
    kalau 2pax ~ 395rm per person
    *not included lunch and dinner
    *not included ticket flight and airport tax
    *we dont need deposit~all payment at last day in bandung

    sila contact jika ada sebarang pertanyaan di :
    email : touramanahbandung@yahoo.com
    call : +62 88 12057848
    whatsapp +62 838 2178 9103
    bandung-indah.blogspot.com
    fb page : Bandung Amanah Tours & Transport

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.