Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Khamis, 5 Februari 2015

Liburan di Jakarta (1): Gratis Lagi!

C uti hujung tahun 2014 saya habisi dengan rileks-rileks di Jakarta. Inilah pertama kali saya ke Jakarta. Bagaimana pertama kali ke Jakarta, boleh rileks-rileks?

Saya boleh rileks sebab tidak perlu merancang acara di Jakarta sebagaimana backpack di tempat-tempat lain. Tidak perlu juga main redah. Semuanya sudah disediakan oleh empat orang student saya (orang Jakarta), yang telah bertahun-tahun menanti kedatangan saya. Student saya itu ialah YanPutri, Indra dan Rizki. Semuanya sudah lama bergraduasi dan sudah bekerja, kecuali Yan yang masih belajar.

Tempat tinggal pula tidak perlu risau. Saya diberi sebuah rumah. Siap dengan pembantu rumah dan supir. Makanan dimasak oleh pembantu rumah. Ke mana-mana saja dibawa oleh Pak Supir. Seronoknya! Kunjungan saya ke Indonesia kali ini, sebagaimana ke Surabaya, Bali, Jogja, Lombok dulu, GRATIS (percuma) lagi!  :) 

Jadi saya hanya rileks-rileks saja di Jakarta kerana kunjungan saya amat berbeza dengan pengembaraan ciput atau bacpacking saya sebelum ini. Kini saya adalah tetamu! Tentu ada perbezaan di antara pengembara ciput dengan tetamu, bukan?

Bezanya, menjadi tetamu, lebih mendekati penduduk tempatan dan lebih mesra kerana diraikan dan dihargai. Lagipun, mereka boleh mencadangkan tempat terbaik untuk dikunjungi dan menu terbaik untuk dimakan.



Penerbangan MAS dari Penang - KL - Jakarta


Yang menggembirakan saya, semua ahli keluarga saya dapat turut serta! Ini termasuklah anak-anak saya, adik-beradik saya, dan yang lebih menggembirakan Mr Hubby dapat turut serta! Yayy!

Saya sekeluarga sarapan di lapangan terbang Pulau Pinang ketika menunggu kapal terbang berlepas ke KLIA

Tempahan tiket dilakukan seperti biasa iaitu melalui on-line. Dan setelah dibuat perbandingan dengan kapalterbang lain, ternyata Malaysia Airline lebih murah. Kami hanya perlu membayar RM647 seorang dari Penang-KL-Jakarta, pergi-balik.


Pesawat MAS yang kami naiki sedang terbang tinggi


Kami bertolak dari Penang pada hari Sabtu 20 Disember 2014, jam 12.40 dan sampai di KLIA sejam kemudian. Kemudiannya ke Jakarta pada 16.30. Di dalam kapalterbang kami diberi makan sandwich, teh, jus dan buah-buahan. Perjalannya memakan masa 2 jam.


Sampai di Jakarta


Sebagaiman dirancang kami sampai pada waktunya iaitu pada jam 17.30 waktu Indonesia. Perbezaan waktu Jakarta dengan Indonesia ialah satu jam. Iaitu kita lewat sejam.

Kami melalui imigresen dan mengecop pasport. Yang menyenangkan saya setiap kali ke Indonesia ialah kita tak perlu visa untuk masuk.

Pak Sukiyo, supir kepada Nia Niscaya iaitu adik kepada Yan telah sedia menanti di Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta. Kami terus di bawa ke rumah Yan di Kebun Duren-Sawit, Malaka Asri, Jakarta Timur.

Mendekati tol Kapuk di Jakarta

Jakarta terkenal dengan "macet" atau yang kita kenali sebagai "traffic jam". Jadi kami dapat melihat keadaan trafik di jalan raya. Pada mulanya tidak sesak tetapi semakin sesak ke arah kotaraya. Anak saya yang baru ke Jakarta pada bulan lepas (November) kerana mengadakan persembahan pentas di Tangerang, menceritakan bahawa nanti pasti akan kelihatan penjaja jalanan menjual gambar Presiden yang besar dan menyuakan kepada kita yang berada di dalam kereta. "Tentu yang membelinya benar-benar cintakan Presiden itu," fikir kami.

Tidak lama kemudian, apa yang diceritakan oleh anak saya, berlaku. Kami dapat melihat dengan jelas penjaja jalanan menayangkan gambar Presiden yang besar untuk dijual. Kami membuka jendela, dan meminta izin mengambil gambarnya, lalu menghulurkan sedikit wang kerana kesudian gambarnya diambil.

Penjaja jalanan menyua gambar Presiden Indonesia kepada kami yang berada di dalam kereta


Perjalanan ke Malaka Asri memakan masa kira-kira sejam lebih. Kawasan perumahan Malaka Asri adalah perumahan sederhana mewah dengan rumah teres dua tingkat dan dikawal dengan pengawal keselamatan. Ketika kami sampai di rumah Yan, kami disambut oleh Yan dan adik beradiknya dengan tangan terbuka. Yan ketika itu kurang sihat kerana baru menjalani pembedahan otak. Ada sebahagian anggota badannya tidak dapat berfungsi dengan baik. Namun Yan masih tersenyum dan menyambut kami dengan penuh gembira.


Kami sekeluarga disambut dan diiraikan Yan dan  keluarganya di rumah peninggalan orang tuanya di Malaka Asri, Jakarta Timur
Makan malam di rumah Yan di Duren Sawit, Malaka Asri, Jakarta Timur. Yan memakai "beanie" hitam di kepala baru menjalani pembedahan. 

Sebenarnya Yan tinggal di Surabaya tetapi kini berada di Jakarta kerana menjalani pembedahan. Sesungguhnya Yan adalah seorang anak murid saya yang berhati mulia kerana dia menganggap saya dan keluarga saya seperti keluarganya sendiri. Setiap kunjungan saya ke pulau Jawa diraikan dan ditanggung beres (maksud saya semua perbelanjaan selama di sana dibiayai oleh beliau). Saya pernah ceritakan tentang anak murid saya ini pada entri-entri kembara saya di Jawa sebelum ini. Sila lihat entri-entri bertajuk "Jawa" DI SINI

Pada malam pertama kami di Jakarta kami makan di rumah yang dimasak oleh pembantu rumah dengan menu Sunda yang 'simple' tapi enak! Menu Sunda ini adalah nasi merah, tauhu, tempe, kacang, sup dan ayam. Kami sekeluarga yang gemar mencuba masakan tempatan, sudah tentu menambah-nambah nasi yang dihidang panas-panas itu.

Kami kemudiannya masuk ke dalam tiga bilik yang telah disediakan di tingkat atas. Waktu malam di Malaka Asri tenang dan sepi. Malam kami yang tenang dan sepi itu ditemani dengan bunyi, "Tokek, tokek, tokek!" dari atas pokok berdekatan. Itulah pertama kali saya mendengar tokek berbunyi.

Besok kami akan berjalan-jalan makan angin di Jakarta. Pak Sukiyo akan membawa kami makan angin pada pukul 9 pagi.

...bersambung

15 ulasan:

  1. Bagus kan kalau semuanya diuruskan. Tak perlu buat itinerary dan yang penting semuanya percuma.

    BalasPadam
  2. bab gratis tu mmg beruntungnya akak..

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Seronok kalau menjadi tetamu yang dihargai dan diraikan.

      Padam
  4. Alhamdullilah ... rezeki ... muga bertambah murah rezeki Prof sekeluarga.

    Tokek tuh apa Prof ... mengkarung ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Terima kasih.

      Tokek itu bentuknya macam mengkarung/cicak besar. Kita boleh kaya dibuatnya.

      Padam
  5. Assalamualaikum.wr..
    ...jika tambang MAS pun gratis baru bertambah enak Bu Prof....seenak masakan sunda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Puan Nasa.
      Kalau tambang MAS pun gratis, rasanya... saya malu dibuatnya :D

      Padam
  6. Benda2 gratis mmg saya suka tp x pernahnya dapat...ha..ha.. oh ya..pernah sekali dapat free stay kat hotel coz menang tulis karangan...he..he..he.. jakarta ni macet dan berdebu lah prof kan... tu yg sempot sket tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah mesti Farikica pandai menulis sehingga dapat duduk hotel free :)

      Macet dan berdebu buat saya demam semasa di Jakarta.

      Padam
  7. lamaaaaanya CT tak singgah sini.. lama sungguh rasanya..
    seronoklah Acik Prof ada students macam ni.. semua ditanggung..
    dekat dengan masyarakat tu bonus kan.. kita dapat mingle around dengan diorang semua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Siti sebab sudi singgah lagi di blog ini.

      Rasa syukur sangat dapat student yang berbudi mulia.

      Pengalaman berada di tempat orang dan menjadi sebahagian daripada mereka adalah pengalaman yang lebih bermakna berbanding dengan datang sebagai pelancong.

      Padam
    2. memang seronok sebab dapat tengok lifestyle penduduk tempatan dengan lebih dekat. be part of them kan..

      Padam
    3. Ya...memang seronok dan dapat memahami dengan lebih mendalam.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.