Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Ahad, 26 Februari 2012

China: Cuti Sabatikal di Universiti China

Kali ini saya nak kongsi kegembiraan saya. Saya dapat tawaran cuti sabatikal dari Universiti Sains Malaysia (USM) lima bulan lalu. Saya bercadang hendak buat cuti sabatikal itu di China. Saya pun telah membuat permohonan untuk melakukan sabatikal itu di Communication University of China (CUC) di Beijing. Saya hantar kepada Profesor Guan. Sudah empat lima bulan saya menanti surat kebenaran itu. Sudah berulang kali saya hantar surat peringatan kepada Profesor Guan untuk menjawab email saya. Tetapi tiada jawaban daripada beliau.

Saya diperkenalkan kepada Prof Guan oleh Jingling seorang pensyarah bahasa asing di Communication University of China (CUC). Saya pula diperkenalkan kepada Jingling oleh Profesor Awang (sekarang Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka) yang pernah bertugas di China dan menjadi guru Jingling. Saya sering berurusan melalui email dengan Jingling. Saya kagum dengan Jingling ni. Kenapa tau? Sebab dia pandai bahasa Melayu! Emel saya dengan dia dalam Bahasa Melayu. Fasih sangat-sangat. Macam dia ni orang Melayu je. Nama Melayu dia pun ada tau! Melati, itulah nama Melayu dia.

Jadi apabila Prof Guan tak respons emel saya, Jinglinglah yang saya minta tolong tanyakan. Jingling ni pulak bagus pekertinya. Dia lakukan apa saja saya minta.

Menurut Jingling di China tidak ada konsep cuti sabatikal. Jadi banyaklah sedikit soalan-soalan mereka. Saya pun dah jelaskan kepada mereka yang cuti sabatikal ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran seorang ahli akademik. Disamping itu juga untuk menjalin hubungan yang baik dengan universiti atau organisasi lain dengan cara melakukan penyelidikan dan memberi kuliah di sana. Segala perbelanjaan seperti sewa rumah, elaun harian, elaun pakaian, insuran, gaji bulanan dan tiket kapal terbang dibiayai universiti tempat saya kerja ni.

Cuti sabatikal itu biasanya diberi kepada mereka yang telah berkhidmat lama dan biasanya diberi selama 9 bulan. Setelah saya jelaskan tujuan cuti sabatikal itu dan segala polisi, Prof Guan bersetuju menerima saya. Tetapi dia menyatakannya secara lisan kepada Jingling, tanpa hitam putih.

Saya perlu kemukakan surat kebenaran dari CUC ini kepada Jabatan Personel tempat saya kerja dua bulan sebelum saya pergi. Barulah mereka boleh lepaskan saya dan biaya saya. Saya nak pergi Mei ini. Lagi seminggu kalau saya tak dapat surat kebenaran CUC, bermakna tawaran saya melakukan sabatikal itu luput. Rugilah kalau dah dapat tawaran sabatikal itu tapi terpaksa pula ditolak disebabkan tidak dapat surat kebenaran.

"Prof Guan terlalu sibuk dan surat kebenaran perlu melalui beberapa prosedur," kata Jingling dalam emelnya kepada saya.

Setelah sekian lama menanti, semalam saya terima emel dari CUC. Di dalamnya ada surat kebenaran dari Prof Guan. Alhamdulillah! Ini bermakna saya akan berada di Republik China pada Mei 2012 ini sehinggalah Februari 2013. InsyaAllah. Dengan surat kebenaran ini saya akan melakukan langkah-langkah seterusnya seperti membuat paperwork yang sepatutnya, persediaan visa, kewangan dan macam-macam lagi. Saya harap semuanya akan berjalan lancar. Hari ini saya senyum - renyih sampai tang telinga.


Mengapa pilih China? Itulah soalan yang ditujukan kepada saya masa interview untuk sabatikal ini dulu.

Inilah jawaban saya, "Selama ini orang kita ramai yang buat cuti sabatikal di negara-negara Barat. Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita pandang ke timur ke China. China adalah sebuah negara yang mempunyai ekonomi yang pesat dan konsisten sejak 10 tahun yang lalu. Di negara China ada banyak khazanah yang belum diterokai oleh penyelidik kita dan banyak ilmu yang boleh kita pelajari daripada mereka. Orang-orang Barat sendiri hari ini mula beralih ke China."

Hujah saya ini disambut baik oleh panel temuduga. Salah seorangnya ialah Profesor Salleh. "China adalah ibarat seekor singa yang telah lama tidur dan baru bangkit," kata Profesor Salleh menyokong hujah saya.

Teringat saya pada hadis Rasulullah s.a.w, "Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China." Tapi ada yang kata hadis ini tidak sahih. Ya? Kalau anda pasti beritahulah kepada saya.

Sebelum ini saya dah pernah tengok satu laman web - Radio Antarabangsa China (RAC). Laman web ini dalam bahasa Melayu. Siaran radio pun dalam bahasa Melayu. Kakitangannya orang China. Radio ini di Beijing.

Saya pernah berkata, "Kalaulah aku dapat kenal orang Radio Antarabangsa China ini, kan bagus."

Dalam laman web radio ini ada emel dan ruang sembang, tapi saya lihat ada yang tidak direspons oleh RAC, jadi saya seganlah pulak nak hantar.

Beberapa bulan kemudian dengan izin Allah, tup tup orang RAC menjelma di hadapan saya. Nak tahu macam mana kisahnya?

Semasa saya pergi seminar "Bahasa Melayu di China" oleh Prof Awang pada Oktober lepas di USM, saya berjumpa dua orang perempuan China. Selepas seminar, mereka mengambil gambar dan berbual dengan Prof Awang. Saya terdengar perbualan mereka. Saya pun berkenalan dengan mereka. Rupa-rupanya mereka dari RAC. Kedua-duanya fasih berbahasa Melayu. Mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Fidah dan Kesuma. Mereka datang ke USM belajar bahasa Melayu. Wah! Kagumya saya dengar mereka cakap Melayu dan guna nama Melayu pulak tu, padahal nama sebenar mereka China.

Sejak itu saya sering menulis emel kepada Fidah. Fidah ni ialah wartawan di Radio Antarabangsa China. Radio ini dimiliki oleh kerajaan Republik Rakyaat China. Minggu lepas Fidah kata RAC akan sambut saya sebagai tetamu mereka sekiranya saya ada di Beijing. Alhamdulillah. 

Selain daripada itu, Sayang kawan aku tu, dia ada kawan yang kerja di Kedutaan di China. Dia dah bagi contact number kawannya itu. Tapi aku belum hubungi mereka lagi. 

Kemudian student saya dari China yang sekarang buat PhD di USM pun pernah belajar di CUC ini. Nanti saya akan minta dia tolong saya bagi panduan dan tips di sana.

Jadi saya sekarang dah ada 3-4 orang yang saya kenal dari Beijing. Padahal saya tak pernah sampai Beijing pun. Saya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan saya ke China.

9 ulasan:

  1. Tahniah Kak Ani! Seronok saya baca entri blog kali ni. Rasa tak sabar pulak nak baca tulisan kak Ani dari China... All the best! :)

    BalasPadam
  2. Tahniah Kak Ani.. seronoknya dapat bercuti sabatikal di sana..Nurul

    BalasPadam
  3. Aiyeen,
    Terima kasih kerana selalu baca blog saya. InsyaAllah, I will update my stories once I'm in China. :)

    Si Kuching Siam,
    Thanks...nanti jalan-jalan le ke Beijing bila sy ada kat sana :)

    BalasPadam
  4. Wah~Dr nak pegi China...tahniah la...tinggal la saya kat sini...

    BalasPadam
  5. Fishah, Don't worry. Dr Rahimah akan membantu Fishah ketika ketiadaan sy di Msia. Please see her while I'm away.

    BalasPadam
  6. Trm kasih Dr. Saya pun bercadang nak jumpa Dr Rahimah hari Isnin dpn. Harap saya akan ikut langkah Dr cari ilmu sampai ke negara China =) amin....

    BalasPadam
  7. Saya doakan kejayaan Fishah.

    BalasPadam
  8. siti asiah ahmad24 Oktober 2016 1:34 PTG

    assalamualaikum..bestnya baca..terima kasih...cerita2 yg menarik...sikit sbyk boleh bantu sy time nk ke sana nt...
    1/12-10/12...harap Allah permudahkn percutian sy sekeluarga...tkasih doktoršŸ˜Š

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Siti Asiah. Terima kasih kerana menghayati cerita saya. Teruslah membaca setiap entri yang saya tulis semasa saya masih di China lagi sehnggalah saya pulang ke Malaysia. Tips untuk ke sana dalam musim sejuk pun ada. Semoga Siti Asiah dan keluarga selamat, dipermudahkan urusan dan gembira di sana.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...