Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Isnin, 16 April 2012

Melbourne: Tips Memilih Hotel


Bagi yang pertama kali datang ke Melbourne tentu sekali amat sukar untuk memilih hotel atau tempat penginapan. Di sini saya berikan sedikit panduan untuk memudahkan anda.


Lokasi di Pusat Bandar Melbourne (CBD)

 

Bangunan dan skulptur di sekitar CBD


Kalau anda mempunyai masa yang singkat di Melbourne, pilihlah hotel yang lokasinya di pusat bandar (CBD). Walaupun harganya lebih mahal, anda  tidak perlu menghabiskan banyak masa menaiki kenderaan. Oleh kerana tarikan utama pelancongan ialah di kotaraya maka anda tidak perlu menyewa terlalu jauh. Cukup sahaja menyewa bilik di sekitar stesen keretapi utama misalnya berdekatan dengan Flinders Street, Parliament, Spencer Street dan Melbourne Central. Tambahan pula anda boleh mengelilingi kotaraya Melbourne dan melawat tempat-tempat menarik itu hanya menaiki Tram City Circle  dan tram ini adalah PERCUMA.

Terdapat  banyak hotel daripada hotel bajet hinggalah kepada hotel 5 bintang di kotaraya. Pilihlah mengikut kemampuan anda. Untuk memudahkan anda, cuba lihat laman web: Hotel berdekatan stesen keretapi utama di kotaraya Melbourne.

Lokasi di Luar Pusat Bandar Melbourne (Luar CBD)

Tetapi sekiranya anda mempunyai banyak masa dan anda hanya ingin pergi ke tempat-tempat tertentu sahaja atau melihat kawasan di luar kotaraya, anda bolehlah memilih hotel yang terletak berjauhan. Walau bagaimanapun sekiranya anda hanya bergantung kepada kenderaan awam seperti keretapi atau bas maka eloklah  menginap di hotel yang berdekatan dengan stesen keretapi di suburb luar CBD. Ini disebabkan keretapi amat banyak beroperasi. 

Kebanyakan hotel di luar Melbourne CBD letaknya berjauhan dengan stesen keretapi. Namun begitu anda masih boleh juga memilihnya kerana terdapat perkhidmatan bas. Cuma masalahnya, perkhidmatan bas amat sedikit pada hari Ahad, malahan ada kawasan yang bas tidak beroperasi langsung pada hari Ahad. Pada hari cuti umum juga, bas tidak beroperasi. Untuk mengetahui jadual perjalanan bas/pengangkutan awam sila klik di sini.

 

Memandu di Pusat Bandar Melbourne (CBD)


Kalau anda ingin menyewa kereta, maka lokasi yang berjauhan ini tidaklah menjadi masalah. Untuk memudahkan anda mencari jalan atau tempat yang dituju anda mestilah membeli buku peta yang dipanggil Melway. Rujukan Melway sentiasa dijadikan panduan lokasi dan ia adalah tepat.

Sekiranya anda memandu di kotaraya Melbourne, anda haruslah berhati-hati kerana anda berkongsi lorong jalan dengan tram. Tram mempunyai  lebih hak/kuasa menggunakan jalanraya berbanding dengan kenderaan lain. Tram ialah "Raja" di Melbourne CBD. Pastikan anda tidak memotong tram apabila ia berhenti. Berhentilah di belakang tram apabila tram itu berhenti. Ini disebabkan ramai penumpang turn naik tram. Setelah pintu tram ditutup dan tiada lagi penumpang di atas jalan, maka anda boleh memotong tram dari sebelah KIRI tanpa melebihi had kelajuan 10km/jam.

Saya tidak pernah memandu di kotaraya Melbourne walaupun saya tinggal lama di sana. Saya cuma memandu di luar kotaraya Melbourne. Ini disebabkan saya keliru dengan sistem jalan di CBD terutama apabila ada tram lalu. Kawan saya pernah terlibat dengan kemalangan dengan tram, kerana keliru dengan jalannya. Tram datang dengan tiba-tiba dari hadapan dan terus melanggarnya.

Cara memandu di kotaraya Melbourne ini sedikit berbeza. Berhati-hatilah dengan hook turn di CBD yang hanya dipraktikkan oleh pemandu di Melbourne CBD. Ini ialah cara membelok ke kanan supaya trafik dapat berjalan lancar. Ia dipraktikkan bagi memastikan tram mempunyai ruang yang lapang di tengah-tengah simpang (intersection). Kita boleh lihat papan tanda hook turn - RIGHT TURN FROM LEFT ONLY - di CBD. Semasa melakukan hook turn ini pemandu menunggu di kiri jalan, dengan right indicator dinyalakan untuk menunjukkan bahawa pemandu hendak membelok ke kanan. Kemudian apabila lampu isyarat bertukar hijau, pemandu pergi ke hadapan jalan, tetapi masih di sebelah kiri jalan dan berhenti menunggu di intersection. Apabila lampu isyarat bertukar menjadi merah, dan jalan di bahagian kanan adalah lapang dari sebarang lalulintas yang mendatang, pemandu boleh membelok ke kanan. Kemudian terus bergerak tegak.

Untuk mengetahui kaedah hook turn ini dengan lebih jelas sila klik di sini.

Sekiranya anda berminat untuk melihat cara hook turn ini dalam bentuk video sila klik di sini.

Di Melbourne juga kalau lampu isyaratnya merah, kita tidak perlu berhenti, dengan syarat tiada kenderaan lalu dari arah kanan. Kita masih boleh lalu tanpa melanggar undang-undang jalanraya. Saya pernah berhenti di lampu merah apabila mahu belok ke kanan, tetapi dimarahi oleh pemandu lain. Habis semua kereta belakang saya hon pada saya dan menunjukkan isyarat tangan supaya pergi. (Mungkin mereka kata saya, "Stupid woman driver!"). Jadi barulah saya faham, bahawa apabila tiada kenderaan lalu, kita boleh lalu walaupun lampu merah.

Begitu juga kalau hendak membelok ke kiri dan lampunya merah, kita tidak perlu berhenti kalau tiada kenderaan lalu di hadapan. Terus sahaja jalan.

Kita juga perlulah berhati-hati apabila lampu hijau, jangan terus pergi dengan laju tanpa melihat orang melintas jalan di hadapan kita. Ini disebabkan walaupun lampu hijau di bahagian kita, di bahagian pejalan kaki, lampunya juga hijau. Jadi haruslah sentiasa hati-hati supaya tidak terlanggar orang berjalan kaki yang sedang melintas.

Berbalik semula kepada pilihan hotel tadi. Di sini saya cadangakan beberapa hotel atau tempat penginapan bagi mereka yang  berbajet sederhana atau rendah.

 

a) Backpackers Hostel 

Backpackers hostel banyak terdapat di pusat bandar (CBD) seperti di Collin Street, Flinders Street, La Trobe Street, Lonsdale Street, Bourke Street, Queen Street, Swanston Street, Russel Street, Elizabeth Street, Exhibition Street dan William Street. Untuk mengetahui jalan-jalan di pusat bandar sila lihat Peta Kotaraya Melbourne atau Peta Melbourne CBD dalam pdf
Stesen Flinders Street
Berikut adalah backpackers hostel yang terdapat di sekitar CBD dan berdekatan CBD:

Backpackers Hostel 1

Backpackers Hostel 2

Backpackers Hostel 3

Selain backpackers hostel di pusat bandar, ada juga yang letaknya di pinggir pusat bandar iaitu di St Kilda dan Chapel Street (Prahran). St Kilda dan Chapel Street (Prahran) tidaklah jauh dari kotaraya Melbourne. Anda boleh menaiki Yarra Tram untuk satu zon. Boleh sampai dalam 15 minit. Tambahan pula St Kilda adalah lokasi tepi pantai yang menarik. Luna Park juga terdapat di situ.

Chapel Street (Prahran) pula adalah tempat yang sesuai untuk membeli-belah. Agak 'happening" dan "funky" sebab ada banyak bar/club.

Backpackers hostel biasanya mempunyai bilik-bilik untuk berkongsi bersama-sama dengan backpackers yang lain. Kalau anda perempuan, mintalah untuk berkongsi dengan perempuan. Selain daripada itu, kebanyakan hostel ini menyediakan dapur untuk kita memasak, internet, laundry, locker dan kemudahan lainnya. Bacalah testimoni yang terdapat dalam laman web berkenaan kerana ia berguna utuk mendapatkan pandangan daripada backpakers yang pernah menginap di situ. Kita juga perlu mengetahui samada hostel itu ada pepejat di tilam/katil, karpet berbau, bising, kotor atau layanan buruk di kaunter dan sebagainya. Untuk mengetahui backpackers hotel di St Kilda sila klik di sini


b) Dewan Malaysia (Malaysia Hall)

Selain daripada itu anda boleh juga menginap di Dewan Malaysia (Malaysia Hall). Dewan Malaysia amatlah murah. PALING MURAH berbanding dengan hotel bajet yang ada di sini. Namun begitu anda hendaklah membuat tempahan secara online dengan mengisi borang dan menghantarkannya dalam 2 minggu sebelum menginap. Anda akan dapat bilik sekiranya ada kekosongan. Namun hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak menginap di sini. Jadi kepada orang Singapura atau Brunei, mohon maaflah. Dah dasarnya begitu.


Dewan Malaysia terletak di luar CBD, namun ia tidaklah jauh, hanya satu zon sahaja. Ia letaknya di Windsor dan berdekatan dengan Prahran iaitu tempat membeli-belah eksklusif. Untuk membuat permohonan menginap di Dewan Malaysia bacalah laman web ini.

Harga

Dari segi harga kebanyakan hotel di pusat bandar Melbourne mengenakan bayaran sewa dalam kadar AUD210.00 (RM630.00) hingga AUD500.00 (RM1,500.00) sehari. Kalau hendak bayar lebih rendah daripada ini, maka backpakers hostel yang berkongsi bilik dengan orang lain bolehlah dipilih. Kadarnya di antara AUD25.00 (RM75.00) hingga AUD 40.00 (RM120.00) sehari.

Hotel yang berkadar lebih rendah iaitu dibawah AUD200.00 (RM600.00) biasanya terletak di luar kotaraya Melbourne. Misalnya di Oakleigh, Calyton, Dandenong dan Noble Park. Ianya dipanggil Motor Home atau Inn atau Motel. Untuk melihat contoh Motel yang berkadar AUD99.00 (RM297.00) sehari, yang letaknya di Oakleigh, sila lihat di sini. Boleh juga lihat: Hotel di luar CBD/di kawasan Dandenong.

 

Ejen Tempahan Hotel Secara Online


Banyak ejen tempahan hotel secara online boleh dipilih. Antaranya ialah booking.com. Saya  pernah menempah hotel menggunakan booking.com, tetapi bukannya untuk tempahan hotel di Melbourne, tetapi untuk tempahan hotel di Cyprus dan Dubai. Setakat ini saya tidak mengalami masalah dengan perkhidmatan mereka.

Itulah tempat penginapan atau hotel yang boleh saya cadangkan. Saya sendiri tidak menginap di tempat berkenaan ketika di Melbourne. Saya tidak perlu menyewa hotel kerana apabila ke Melbourne saya menginap di rumah anak saya yang bersekolah di sana atau menyewa bilik kenalan saya orang Melayu Singapura/Indonesia/Malaysia yang telah menjadi residen tetap Australia.

Ini rumah kawanku Kak Fatimah di Wheelers Hill

Gambar di atas ini ialah rumah kawan sayaKak Fatimah (dalam entri lalu ada saya ceritakan mengenai beliau yang pergi ke Great Ocean Road bersama saya). Saya biasa duduk menumpang 2 bulan di rumah ini. Tengoklah rumah besar ini tiada berpagar. Pintu masuk depanpun tak pernah dikunci. Seriously! Yang di bawah sekali itu ialah garaj. Garaj ini tak pernah dikunci. Betul! Barang-barang peribadi saya berkotak-kotak dalam garaj ini. Tapi tiada siapa yang usik. Saya kagum dengan cara orang di sini, kecurian tidak berlaku. Kadang-kadang saya kesal dengan sikap orang kita di Malaysia, rumah kita sampai tak cukup besi nak pasang. Dah tu pulak grill yang ada di tingkap habis dikorek keluar oleh 'kaki fit.'


Setakat ini sahaja dari Naramas Aman untuk rakan Nota Kembara. Saya harap kalian dapat memanfaatkan tips ini. Pada entri yang akan datang saya akan beri tips kepada yang ingin mencari dan menyewa rumah untuk jangkamasa panjang di Melbourne. Sekian.  Saya akhiri dengan ucapan gaya Aussie, "G'day Mate!"


24 ulasan:

  1. Saya jarang follow blog. Tapi kalau saya baca, saya akan baca sampai habis, korek semua dalam archives. Dan blog ini termasuk dalam senarai.
    I'll be bak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Greenlava,
      Terima kasih kerana meluangkan masa membaca blog saya yang tidak seberapa ini. Saya amat berharap blog ini dapat memberi manafaat kepada pembaca. Saya amat menghargai usaha Greenlava mengorek arkib dalam blog ini. Semoga Greenlava dapat singgah lagi di sini.

      Padam
  2. ohhh cam tu peraturan lampu merahnya ya..Sebaiknya kalau pi melancung terutama kenegara yang tinggi taraf kehidupan mereka seeloknya kita menumpang rumah kenalan kan, save duit hehehe. Adik perempuan saya tinggal di apartment depan atau dekat pelabuhan kapal tu, ia kata depan apartment ia banyak kedai2 barangan branded terletak di kawasan membeli belah. Kalau saya berpeluang ke Melbourne ke apartmen ia lah yang maybe saya tumpang....

    BalasPadam
    Balasan
    1. AndaQue,
      Ya macam tulah peraturan lampu merah di Melbourne. Macam rusa masuk kampunglah saya masa mula-mula memandu di sana he he he...Kalau adik AndaQue tinggal di apartment dekat dgn pelabuhan, maknanya dekat dengan CBDlah...lagilah senang bagi AndaQue kalau stay di rumah adik sendiri. Selain dari save duit, tali silaturahim terjalin rapat, pahalapun dapat, Allahpun sayang :).

      Padam
  3. Saya tertarik tentang pengalaman kamu ketika berada diMelbourne. Cuma nak minta pandangan dari segi penginapan dan lawatan.Secara umumnya saya sedang berusaha untuk mendapat perkhidmatan di Malaysia Hall dan yang kedua terpaksa cari hotel murah atau apartment yang boleh menampong sekitar 30 orang termasuk 6 wanita dan 24 lelaki.cadangan untuk tahun 2014 bulan Aug atau September musim bunga.Mohon maklumat dari segi apa apa pun yang terbaik untuk kami.Dari saya Mohd Ghazali Kemaman.emel saya laziness5@yahoo.com.my atau fb GHAZALI ABDULLAH.TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohd Ghazali,
      Hubungilah pihak Malaysia Hall atau cari backpacker's hostel atau youth hostel.

      Padam
  4. Terima kasih dan InsyAllah saya akan cuba menghubungi MH

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,
    Boleh tak mohon bantuan jika Naramas Aman dari kenalkan saya dengan kenalan anda di Melbourne. Awal Julaini nak belajar disana bersama family di Deakin U dan saya tak kenal sesiapa pun di sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam,
      Saya ada kenalan yang tinggal berdekatan dengan Deakin Uni, iaitu di Box Hill. Sila Fiza beri email kepada saya untuk maklumat tersebut.

      Padam
    2. terima kasih. boleh email saya fizaosman@yahoo.com.

      Padam
  6. Tertarik jugak nak ke sana.Ada tak tour guide org malaysia di sana?Memandangkan sy sekeluarga belum pnh ke sana,kami tak nak amik tour pakej.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada tour guide orang Malaysia di sana. Berjalan-jalan di Melbourne tanpa tour guide pun tidak mengapa, sebab komunikasi, tanda jalan/arahan dan pengangkutannya mudah.

      Padam
  7. As'salam,

    Saya akan ke melbourne 03 Nov ni dan anak2 saya teringin benar untuk menaiki Puffing Billy, boleh tak Naramas Aman berikan saya sedikit penerangan apa yang terdapat disana? Dan stesen mana yang lebih seronok untuk berhenti sama ada di Lakeside atau terus ke Gembrook? Terima kasih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam U-nie,
      Tentu anak-anak U-nie gembira dapat menaiki keretapi lama Puffing Billy. Sepanjang jalan terdapat rain forest yang penuh dengan pokok paku gergasi dan pokok-pokok hutan hujan.

      Stesen Lakeside lebih popular sebab di sana ada tasik dan boleh berkelah, berjalan dalam belukar, melihat model keretapi dan melihat keindahan flora dan fauna Banjaran Dandenong (Dandenong Ranges).

      Kalau turun di Gembrook boleh melihat pekan kecil ala country. Gembrook Market ada pada setiap Ahad ke-empat dalam sebulan.

      Padam
  8. Hi.. terima kasih byk info yg sy dpt utk trip saya ke australia bulan dpn. Saya nak tanya jika ada info backpackers hotel yg berdekatan dgn masjid di sekitar cbd melbourne & sydney. Tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada banyak backpacker's hotel berdekatan dengan masjid (City Mosque). Masjid ini letaknya di Jeffcott Street yang letaknya di CBD. Sekiranya mencari hotel ini melalui internet, cari saja dengan kata kunci "Backpacker's Hotel Jeffcott Street Melbourne" atau "Backpacker's Hotel Melbourne City Centre". Hotel di CBD mudah ditemui dan kemudahan pengangkutan awam juga disediakan di mana-mana. Melbourne Tram City Circle juga mudah dinaiki, banyak perhentiannya dan ia adalah percuma.

      Di hadapan Flinder's Street Station juga terdapat banyak Backpacker's Hotel/Hostel. Ada juga yang tidak diiklankan di dalam internet.

      Untuk memudahkan Agus mengecam jalan-jalan yang berdekatan dengan Jeffcott Street, carilah jalan-jalan ini: King Street, Spencer St, La Trobe St, Lonsdale St.

      Begitu juga dengan Sydney. Kota ini menawarkan lebih banyak pilihan kerana ia lebih besar dari Melbourne.

      Padam
  9. Assalam
    Mohon bantuan. Jika terdapt kenalan di sana. Boleh kenal kan pada sy. Sy mencari homestay atau apartment yg boleh diduduki seramai 6 org dewasa dan 1 kanak2. Trima kasih mmbantu.
    Email sy nadjwa_nabilah@yahoo.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Bella. Sila cari apartment atau hostel sebagaimana yang saya cadangkan dalam entri ini.

      Padam
  10. Tempat letak kereta yang sesuai jika menyewa kenderaan. Parking di CBD mahal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang parking di CBD mahal. Tidak kira menyewa kereta atau tidak, terdapat on-street parking atau public parking seperti City Square parking untuk Encik Khairuddin Lim letakkan kereta. Kadar bayarannya juga berbeza mengikut jalan, di antara $10 hingga $23 sejam. Sila kilik di sini untuk melihat kadar bayaran parking http://au.parkopedia.com/parking/melbourne/.Kalau Encik Khairuddin guna on-street parking yang berpapantanda 1P, ia hanya untuk sejam dan apabila cukup masa perlulah beredar untuk mengelakkan denda. Mereka 'strict'.

      Padam
  11. Salam Naramas Aman. Saya suka baca blog Puan. Banyak info yg saya dpt. Terima kasih diucapkan kerana dgn info2 puan dpt juga saya menimba ilmu pengetahuan serba sedikit mengenai melbourne. In shaa allah saya dan anak2 akan ke Melbourne pada bulan June ini. Difahamkan bulan June adalah musim sejuk. Setakat ini belum ada perancangan nak kemana dan aktiviti apa nak buat bersama anak sepanjang berada di Melbourne nanti. Boleh saya minta jasa baik Puan untuk berkongsi tempat menarik utk dikunjungi dan itinerary kalau ada dan diemailkan ke alamat diamondluxuous@gmail.com
    Terima kasih sekali lagi kepada Puan. Moga Allah dapat membalas jasa baik Puan sekeluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Linda Ali, terima kasih kerana suka membaca blog saya. Bulan Jun ialah musim luruh di Melbourne, cuacanya bagus, tidak terlalu sejuk, cuma lebih sejuk pada waktu malam. Berapa lama Linda akan berada di Melbourne? Kalau Linda hendak melawat tempat-tempat menarik di Melbourne bacalah catatan saya dalam entri bertajuk "Melbourne CBD: 17 Tempat Menarik Untuk Dilawati". Tempat-tempat yang saya senaraikan itu berada di pusat bandar Melbourne dan boleh dikunjungi dalam masa sehari atau dua hari. Kalau Linda hendak melawat tempat-tempat di luar dari pusat bandar, seperti Great Ocean Road, Chesterfield Farm, Melbourne Zoo, Sovereign Hill atau Dandenong Ranges Linda perlu berada lebih lama di Melbourne dan perlulah menyewa kereta atau menggunakan khidmat travel agent. Tempat-tempat ini telah saya catatkan dalam blog ini juga. Pilihlah tempat apakah yang sesuai untuk Linda dalam tempoh berada di Melbourne itu.

      Padam
  12. Says baru bcadang nak pergi ke Melbourne melancung sambil bkerja...kalau says nak tinggal dsini DLM 3 bln berapa byk duit poket utk dibawa adakah rm5k mencukupi.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. RM5k mencukupi kalau Azhar menginap di rumah orang dengan percuma. Tetapi kalau menyewa, wang sebanyak itu tidak mencukupi kerana sewa bilik, transportation dan makan agak mahal.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.