Melakukan aktiviti lasak di Melbourne dan persekitarannya amat menyeronokkan. Ia boleh menghilangkan ketegangan, menyihatkan badan serta boleh menghargai keindahan alam sekitar. Kalau anda berada di Melbourne dan persekitarannya, lakukan aktiviti lasak ini sebagaimana yang sering saya lakukan semasa saya tinggal di sana selama tiga setengah tahun. Ada 9 aktiviti lasak yang amat menyeronokkan, yang mesti anda alami:
# 1. Menunggang Basikal Sampai Lenguh di Sekitar Melbourne
Kalau anda ingin pergi dari satu hujung ke satu hujung yang lain di sekitar Melbourne, cara yang cepat, ringkas dan jimat ialah dengan berbasikal.
Terdapat kelab dan persatuan basikal di sini. Ada juga ejen pelancongan yang menganjurkan jelajah Melbourne dengan berbasikal. Menarik, bukan?.
The Melbourne Bike Share adalah satu badan sewaan basikal di bawah Jabatan Pengangkutan Victoria. Pelanggan Melbourne Bike Share boleh meminjam basikal dan pulangkan basikal itu di kebanyakan stesen docking.
Kalau anda berada di pusat bandar anda boleh sewa dari Melbourne University, RMIT University, Flinders Street Station, dekat penjuru Bourke dan Swanston Street dan 6 lagi di lokasi di pusat bandar.
Yang penting anda bawa topi keledar dan kad kredit. Topi keledar boleh dibeli dengan harga AUD5.00 (RM15.00) di 7Eleven. Seretkan kad kredit pada mesin sewaan basikal tepi jalan. Kemudian ikut arahan pada mesin. Anda boleh sewa setengah jam, beberapa jam dan sepenuh hari.
Kemudian pergilah ke stesen docking dan dapatkan basikal. 30 minit pertama adalah percuma. (31-60 minit $2; 61-90 minit $5; setiap tambahan setengah jam $10). Tetapi Melbourne Bike Share hanya boleh dibawa di kawasan kotaraya sahaja, bukan di luar CBD. Ada "bersepah" stesen docking ini. Untuk mengetahui lokasi stesen docking klik di sini
Saya suka berbasikal di sini, kemudian naik keretapi bersama dengan basikal saya, turun semula di stesen lain dan menyambung kayuhan. Laluan basikal di atas jalanraya dan trek basikal di pinggir jalan disediakan. Di kompleks membeli-belah, kampus universiti, stesen keretapi dan tempat-tempat awam sentiasa disediakan palang untuk saya sandarkan basikal saya.

Tungganglah basikal di kotaraya yang mesra basikal ini. Kayuhlah sampai lenguh. Walaupun lasak, anda akan "stay fit," jimat dan membantu mengurangkan kepanasan global.
Kawan saya Nurul juga berbasikal di sekitar kotaraya Melbourne. Untuk pengetahuanmu gambar-gambar basikal di Melbourne dalam ruangan ini dirakamkan oleh beliau. Terima kasih Nurul kerana menyumbangkan gambarfoto Nurul untuk blog ini.
Basikal yang boleh disewa di depan RMIT. Security deposit AUD50.00 dikenakan sebelum menyewa basikal Melbourne Bike Share |
Sistem kunci basikal dan menyewa basikal menggunakan mesin. Ikut sahaja arahan dan ingat nombornya. |
# 2. Menonton Footy dan Bersorak Sakan di MCG
Footy adalah sukan yang amat digemari oleh orang Australia. Ia berasal dari Melbourne sejak tahun 1850an. Footy adalah gabungan bolasepak dan ragbi. Footy juga dikenali dengan nama "Aussie Rules". Setiap pasukan ada 14 hingga 18 pemain. Permainan ini banyak berlari dan amat lasak. Pemain perlu mahir mengendali bola seperti menendang, melantun bola, handball dan marking. Saya sendiri tak berapa faham dengan footy ini. Jadi tidaklah dapat saya menjelaskannya dengan terperinci.
Untuk menonton footy, anda perlu ke stadium Melbourne Cricket Ground (MCG) yang letaknya di Richmond. Footy biasanya dimainkan dalam musim sejuk: Jun-September.
Semasa saya dan keluarga saya menonton footy ini, ia adalah perlawanan peringkat negeri. Pasukan yang berlawan ialah St Kilda The Saints dan Sydney Swans. Riuh sorakan dan tepukan penonton apabila pasukan footy ini berentap.
Lagu-lagu setiap pasukan dihafal oleh peminat-peminat. Untuk pasukan St Kilda, lagunya ialah "When the Saints Go Marching In". Saya pun ikut nyanyi lagu itu dan bersorak ramai-ramai. Padahal saya sendiri tak ada pasukan kegemaran. Saya nyanyi sebab saya tahu lagu itu, bukan kerana saya minat pasukannya, maklumlah saya membesar dengan lagu ini. Lagu ini ialah lagu sorak Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Masa kecil dulu rumah saya bersebelahan dengan padang bola MCKK. Tiap-tiap petang saya dengar pasukan sorak MCKK nyanyi lagu itu. Sayapun tak sengaja hafal lagu tu...He he he...Beginilah lirik lagu "When the Saints Go Marching In":

Oh when the Saints, go marching in,
Oh when the Saints go marching in,
Oh how I want to be with St Kilda.
When the Saints go marching in!
Oh when the Saints, go marching in,
Oh when the Saints go marching in,
Oh how I want to be with St Kilda.
When the Saints go marching in!
Sebenarnya orang Australia ini suka sangat sukan. Hari Sabtu dan Ahad ialah hari sukan. Rancangan tv mereka pada hari Sabtu dan Ahad hanya diisi dengan "suuukaaaan" sahaja. Mereka suka main kriketlah, tenislah, kudalah, lumba kereta F1lah, dll.
St Kilda The Saints berlari masuk padang MCG. Bola footy lonjong, macam bola rugby, tapi kecil sedikit. |
Penulis (bertudung biru) sedang menonton perlawanan footy di antara Sydeny Swans dan St Kilda Saints. Sydney Swans memakai jersey warna merah, |
# 3. Berenang dan Meluncuri Ombak Sampai Kulit Legam di Pantai Port Philip, Bells Beach, Wilsons Promontory dan St Kilda
Berenang dan bermain ombak laut boleh dilakukan di pantai yang banyak di sekitar Melbourne. Antara pantai yang popular ialah Port Philip. Port Philip berdekatan dengan Melbourne dan ia adalah hos pantai-pantai lain seperti St Kilda, Brighton, Sandringham dan Edithvale. Meluncur (surfing) mustahil dilakukan di pantai-pantai ini, kecuali boogie board (body board) sahaja.
Pantai Port Philip |
Saya sering ke pantai Edithvale, sebab ia dekat dengan rumah saya. Dalam 5 minit pemanduan. Pantainya lebih privasi dan terletak di kawasan perumahan. Banyak pondok tepi pantai dibina oleh pemiliknya berbentuk kotak untuk tujuan menyimpan barang-barang dan untuk kegunaan peribadi.
Pantai Bells Beach yang digemari untuk meluncur |
Untuk meluncur di atas ombak, Great Ocean Road dan Mornington Peninsula lebih sesuai kerana lautnya lebih luas. Pantai Bells Beach di Torquay (Great Ocean Road) popular untuk meluncur dan banyak pertandingan luncur diadakan di sini. Luncurlah di situ sehingga kulit hitam legam. Di pekannya terdapat kedai-kedai membeli alat-alat meluncur. Ramai juga yang gemar "boogie board" (body board) di pantai ini.
Dalam entri mengenai Cyprus yang lalu, saya beritahu tentang pesta bogel di pantai. Di Australia pun ada pesta bogel ini. Sunnyside North Beach di Mount Eliza membenarkan sesiapa saja berbogel di pantai itu dengan bebas. Ish..ish..ish... Entah apa-apa.
Wilsons Promontory (The Prom) terkenal bukan sahaja kerana kita boleh berjalan kaki melihat binatang tetapi juga terdapat banyak pantai-pantai yang indah, jadi ia popular juga untuk berenang, meluncur dan snorkeling.
Kalau suka belayar, kembangkan layar kapal dan berlayarlah dari pantai St Kilda sehingga ke Williamstown yang indah. Semasa saya belayar ke Williamstown dari St Kilda saya dapat merasai angin membelai wajah saya. Alam diserikan lagi dengan penguin berenang-renang dan burung seagull menjunam mencari makan. Indahnya!
Belayar dari St Kilda ke Williamstown |
# 4. Menaiki Kenderaan Gila Sampai Mabuk di Luna Park
Di Luna Park, kita boleh naik kereta gila atau roller coaster sampai mabuk. Ada macam-macam kenderaan gila di sini. Daripada kereta pusing, buaian pusing sehinggalah kepada sampan pusing...ini membuatkan kepala kita pusing, pening dan mabuk!
Selain daripada itu kita juga boleh bermain "tikam-tikam" dan mendapat hadiah anak patung.
Semasa saya ke sini saya tak naik satu permainanpun sebab saya serik. Kali terakhir aku naik ialah di Kings Island di Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat pada tahun 1992. Lama dah. Oleh kerana roller coaster yang saya naiki itu terlalu gayat, laju dan berpusing-pusing "tahap melampau" sehingga badan terbalik, kepala tertungging, aku pening dan rasa hendak muntah. Sejak itu saya tidak naik-naik lagi sebarang roller coaster.
Di Luna Park ini anak-anak saya sangat gembira menaiki roller coaster yang gila itu. Saya cuma tengok saja. Pada pandangan saya Luna Park ini macam Pesta Pulau Pinang saja. Tak ada beza.
Mulut pintu masuk Luna Park kelihatan sentiasa terbuka, tapi tidak semua waktu ia dibuka. Semak waktu ia dibuka di sini. |
Labah-labah ini mempunyai tangan yang banyak dan panjang. Ia bergerak berpusing-pusing. Kadang-kadang terbang tinggi dan kadang-kadang terbang rendah. |
# 5. Sesat dalam Likuan Maze dan Likuan Pokok Jagung di Ashcombe
Aktiviti lasak seterusnya ialah sesat dalam likuan "maze' dan cari jalan keluar. Ini adalah taman yang dibina oleh pengusahanya menjadi berselirat dan mengelirukan orang yang melalui lorong-lorongnya. Likuan atau 'maze' ini dibuat untuk kita merasa seronok sesat, cuba cari jalan keluar, tak jumpa-jumpa sampai rasa hendak menangis, tetapi lepas itu lega apabila jumpa jalan keluar.
Di belakang taman likuan maze ini ada kebun jagung yang dibuat berliku-likuan juga. Tujuannya pun sama.
Tapi anak-anak saya dapat selesaikan likuan maze ini sekelip mata sahaja. Bagi mereka tidak mencabar langsung! Yalah, mereka ini budak-budak lelaki yang kaki video game.
Selain daripada itu terdapat taman bunga ros dan lavender. Ada juga binatang ternakan seperti ayam dan kambing untuk anak-anak bermain. Semasa saya dan anak-anak saya pergi dahulu bunga lavender belum berbunga lagi, jadi tidak dapatlah kami melihat bunga ungu yang cantik itu. Tetapi kami dapat masore (makan, solat dan rehat) di dalam taman yang dipenuhi pokok-pokok yang cantik di situ.

Maze dari dalam |
Maze dari luar |
# 6. Memetik Strawberi Sambil Makan Sampai Kembung di Sunny Ridge
Kalau ingin merasa menjadi peladang strawberi, pergilah ke Sunny Ridge yang letaknya di Mornington Peninsula. Di sini kita boleh masuk ke kebun strawberi dan memetik sendiri buahnya. Kita juga boleh makan sepuas-puasnya sampai perut kembung.
Semasa saya ke sini dengan keluarga saya, kami diberi bakul untuk mengisi strawberi. Terdapat panduan untuk memetiknya di pintu masuk kebun. Oleh kerana pokok strawberi tumbuhnya di atas batas dan rendah, kami terpaksa tunduk dan kadang-kadang mencangkung. Mengutip strawberi amatlah mudah. Tidak sampai 10 minit penuhlah bakul kecil kami. Kamipun pergi timbang dan bayar.
Strawberi yang banyak itu saya berikan terus pada kawan-kawan apabila pulang kerana buah ini rosak cepat. Selebihnya saya dan keluarga saya makan begitu sahaja dan kisar menjadi sirap yang diletakkan di atas ais krim. Sedap!
# 7. Mengelunsuri Salji Sehingga Kaki Kebas di Mount Buller
Pernahkah anda bertanya, "Di Melbourne ada salji atau tidak?"
Jawabannya, "Ada."
Rasa macam tak percaya, bukan?
Kalau ingin bermain dengan salji, pergilah ke Mount Buller pada musim sejuk: Jun-Oktober. Mount Buller adalah resort pergunungan yang letaknya di timur Melbourne, kira-kira 208 km. Lebih kurang 3 jam pemanduan dari Melbourne. Kalau bertolak awal dalam pukul 6 pagi, boleh sampai di sana pukul 9 pagi, tetapi bergantung pula pada kesesakan. Kalau pergi ketika betu-betul salji tebal, kesesakan boleh berlaku disebabkan orang ramai ke sana, dan jalan menjadi licin. Kenderaan pula perlu menggunakan tayar yang berbeza untuk bergerak di atas salji.

Anak-anak saya melompat keriangan apabila saya ajak mereka merasai "adrenalin" resort itu. Maklumlah sudah lebih 10 tahun tidak bermain salji. Itupun dah tak ingat. Masa tu mereka kecil sangat lagi. Yang Si Adik bayi lagi. Ajakan yang begini bak kata pepatah, pucuk dicita ulam mendatang.
Kami telah dipesan supaya berpakaian sesuai untuk bermain salji gunung ini seperti memakai boot getah, baju dan seluar kalis air dan sarung tangan getah. Bawa juga toboggan kalau hendak mengelunsuri salji. Toboggan ialah papan nipis dibuat daripada fiber untuk mengelunsur. Boleh juga sewa alat-alat dan pakaian ini di kedai di kaki Mount Buller. Kami sewa boot dan toboggan sahaja di situ.
Ketika bermain salji, barang-barang boleh disimpan di dalam loker yang disediakan. Terdapat juga cafe dan tempat duduk di kawasan salji itu. Tempat untuk bermain salji itu ada beberapa bahagian, yang di bawah dan yang di atas. Pilihlah mengikut tahap kebolehan masing-masing. Yang amatur di Bourke Street (bawah sekali), yang tahap sederhana di Baldy dan Burnt Hut Spur. Yang lebih mencabar di Federation. Tempat solat tidak disediakan, jadi pandai-pandailah nak solat di mana.

Anak-anak saya gembira meluncur laju di atas salji menggunakan toboggan menuruni cerun yang landai. Kemudian naik semula ke atas cerun. Kemudian menuruni cerun semula. Berkali-kali. Gembiranya mereka dengan aktiviti lasak ini. Kadang-kadang mereka menggunakan tiub getah dan berpusing-pusing turun di atas salji. Habis basah stokin kami kerana walaupun memakai boot getah, serbuk-serbuk salji masuk ke dalam boot. Ini membuatkan kaki kami kebas dan tidak selesa. Teringat saya semasa kecil di kampung. Kami ada permainan yang hampir sama dengan mengelunsur salji ini. Tapi kami guna upih. Lagi istimewa, lagi jimat, sesenpun tak bayar.
Di Mount Buller saya kembali jadi kanak-kanak dengan membuat orang salji dan membuat bebola salji. Bebola salji itu saya baling-balingkan pada anak-anak saya. Anak-anak saya balas balik balingan itu. Sesekali ada juga peluncur ski menuruni cerun dan lalu dekat kami dengan lajunya. Weeee syoknya!
Saya nampak ada hotel di sini. Dari hotel bajet hinggalah ke hotel mewah. Tapi kami pergi sehari sahaja dengan menaiki van. Van ini dipandu oleh Nordin, orang Melayu Singapura yang telah menjadi residen tetap Australia. Beliau menjadikan ini sebagai kerja sambilan beliau di musim sejuk. Saya pergi bersama keluarga saya dan kawan-kawan saya tiga keluarga. Kawan-kawan saya itu orang Malaysia yang menjadi doktor pakar di hospital-hospital sekitar Melbourne. Jadi masa pergi itu tidaklah bimbang sangat kalau-kalau tercedera. Maklumlah ada 3 orang doktor pakar yang ikut serta.
Anak-anakku mengelunsuri salji di Mount Buller. Maaf, aku terpaksa kaburkan wajah mereka kerana mereka ini pemalu. |
# 8. Mendaki dan Meneroka Hutan Sampai Berpeluh-peluh di Dandenong Ranges
Kalau inginkan aktiviti lasak sambil melihat kehijauan alam, Dandenong Rangeslah tempatnya. Dandenong Ranges adalah banjaran yang tinggi setinggi 633 meter. Dandenong Ranges ini terletak tidak berjauhan dengan rumah saya di Springvale. Kira-kira 20-30 minit sampailah ke situ dengan memandu kereta.
Saya sering ke sana samada menemani kawan baik saya Kak Umairah. Kak Umairah orang Kajang, tetapi sudah menjadi residen tetap Australia kerana berkahwin dengan orang Australia. Kak Umairah selalu ajak saya ke:

a) Olinda, Dandenong Ranges
Di Olinda Kak Umairah membeli-belah barangan kraf, perabut atau kerongsang. Pekan Olinda ini nampak "very country side" dan "very Aussie." Cantik juga pekan ini. Pelancong suka datang ke pekan Olinda ini.
b) Kemuncak Dandenong Ranges pada waktu malam.
Dari sini kami dapat melihat pemandangan Melbourne pada waktu malam dari atas.c) Upwey, Dandenong Ranges.
Saya selalu ikut Kak Umairah ke rumah anak dan kawannya di Upwey. Untuk ke situ terpaksa melalui jalan-jalan berliku dan berbukit-bukau Rumah di Upwey dikelilingi dengan pokok-pokok hutan hujan (rain forest). Kawasan di sini sejuk, sunyi dan tenang. Di Upwey ada satu galeri Burrinja yang memiliki koleksi seni orang asli Australia. Letaknya di Glenfern Road dan Matson Drive, Upwey.
d) Ferny Creek, Dandenong Ranges
Pernah Kak Umairah dan keluarganya ajak saya ke rumah iparnya di Ferny Creek yang memiliki ladang. Untuk ke rumah mereka ini kami perlu memandu di jalan yang berliku-liku dan menaiki bukit-bukau. Saya mabuk. Di Ferny Creek kami berkelah di ladang mereka. Cantik! Ladang itu ada sungai kecil. Nama sungai itu ialah Ferny Creek. Sungai itu mengalir dari gunung di belakang rumah mereka dan turun ke kawasan ladang, melalui celah-celah pokok-pokok. Di dalam sungai itu ada banyak batu-batu dan jeram-jeram. Semasa musim sejuk, salji nipis turun dari gunung di situ. Pemandangannya CANTIK macam poskad.
Taman Negara Dandenong
Ranges
Dandenong Ranges adalah taman negara yang CANTIK untuk diterokai. Saya pernah mendakinya sehingga berpeluh-peluh. Masa itu Minaret College memerlukan sukarelawan. Tugasnya ialah memantau pergerakan budak-budak sekolah (umur 10 tahun) dan menjaga mereka. Jadi sayapun tawarkan diri jadi sukarelawan.
Dalam ekskursi itu kami mendaki gunung, berjalan kaki melalui denai-denai di dalam hutan, melintasi jambatan, melihat binatang-binatang dan melakukan aktiviti mengenali alam sekitar. Saya jaga dalam sepuluh orang budak. Ketika itu kami dapat lihat binatang seperti burung kokoobura dan posum. Kalau bernasib baik boleh lihat wombat, wallaby dan lyrebird. Pokok-pokok yang kami lihat ialah paku-pakis gergasi, Mountain Grey Gum dan eucalyptus.
Posum ini binatangnya macam tupai tetapi saiznya lebih besar, mukanya sedikit macam muka musang. Posum ini memanjat pokok dan keluar pada waktu malam. Posum banyak terdapat di kawasan rumah saya. Posum suka memanjat dan tidur di atas atap rumah saya. Pada waktu pagi, apabila saya ambil basikal saya, saya selalu dapati tahi posum atas basikal saya. Tahinya cair, warna kuning. Macam tak ada tempat lain posum ini nak berak. Ishh..ishh.. ishh.
Dandenong Ranges terkenal dengan taman bunga rhododendron. Taman ini letaknya di Georgian Road, Olinda. Kalau menaiki keretapi, turunlah di Upper Ferntree Gully. Dari situ ambillah bas ke Olinda. Taman itu dekat saja dengan pekan itu. Boleh jalan kaki. Bunga-bunga asli Australia seperti banksia, waratah, protea dan brushbottle mudah dilihat di sini terutama pada musim bunga.

Dandenong Ranges ini hijau, tenang dan cantik. Malangnya satu gambar pun saya tak tangkap. Maklumlah saya ni "take for granted." Bila dah ada di situ, dah selalu tengok, jadi dah biasa bagi saya...jadi tak pernahlah pulak nak mengambil gambarnya...
Tetapi jangan bimbang, kawan saya Siti Nazuar, tinggal di sana dan baru balik dari Dandenong Ranges. Siti Nazuar telah sudi berkongsi gambar yang telah dirakamkannya. Terima kasih Siti Nazuar kerana menyumbangkan gambarfotomu yang cantik dalam blog ini.
Bunga tumbuh segar di Dandenong Ranges |
Hutan hujan Dandenong Ranges |
Burung di Taman Negara Dandenong Ranges |
Bunga waratah |
Rumpun lavender |
Lavender dari dekat |
Taman rhododendron di Olinda. Terdapat pelbagai warna rhododendron |
Rhododendron dari dekat |
Rhododendron merah |
Ladang Tulip Tesselar
Kalau hendak melihat bunga tulip yang banyak pergilah ke ladang tulip Tesselar di Silvan, pada musim bunga: September-November. Ladangnya dibuat ala-ala Belanda. Tapi saya sendiri belum sampai-sampai ke ladang tulip ini lagi. Asyik tergendala sahaja rancangan saya ke situ. Di bawah ini ialah gambar tulip di ladang tulip Tesselar yang dirakamkan oleh sahabat saya Siti Nazuar.
Puffing Billy
Kalau nak merasa menaiki keretapi lama - Puffing Billy- pergilah ke Belgrave. Puffing Billy adalah keretapi wap yang juga merupakan muzium bergerak. Dalam perjalanan menaiki keretapi wap ini anda dapat melihat hutan hujan Dandenong ini. Keretapi ini berhenti di Emerald Lake Park dan stesen terakhir ialah Gembrook. Saya sendiri tak pernah naik Puffing Billy. Cuma anak saya pernah pergi dengan rombongan sekolah. Saya dengar cerita anak saya sahaja. Untuk melihat gambar cantik Puffing Billy klik blog Zila di sini
# 9. Melombong Emas dan Kembali Ke Tahun 1850an di Sovereign Hill, Ballarat
Pada tahun 1850an Australia kaya kerana lombong emasnya. Ramai imigran datang ke Australia terutama sekali orang China untuk menjadi pelombong dan mengubah ekonomi mereka. Mereka melombong menggunakan dulang di sungai-sungai dan meleburkannya. Penempatan pelombong ini tumbuh dan membiak di Soverign Hill, Ballarat kira-kira 1.5 jam dari Melbourne.Pengalaman menjadi pelombong ini boleh dialami di sini. Kita kembali ke zaman dahulu dan boleh masuk ke dalam lubang bawah tanah, yang gelap, sejuk dan sempit dan merasai kegembiraan apabila menemui ketulan emas di lubang gelap itu. Kemudian melihat jongkong emas dibuat.
Kita juga boleh ke kandang kuda melihat orang memasang ladam di kaki kuda. Kemudian menaiki kuda di sekeliling pekan ini. Kita kemudian boleh ke kedai-kedai abad ke-18 membeli lolly (gula-gula) dan roti resepi tradisi. Kita boleh masuk ke studio gambar, menangkap gambar menggunakan kamera abad ke-18 yang berasap selepas flash kamera dinyalakan dan menghasilkan gambar vintage. Kita boleh masuk ke dalam rumah-rumah tahun 1850an dan disapa oleh orang yang berpakaian lama macam dalam drama tv "Little House on the Prairie."
Kita boleh duduk di bangku sekolah dan menghadiri kelas bersama dengan kanak-kanak di situ. Kita boleh melihat orang melebur dan mengetuk besi, membuat lilin dan menggunakan enjin lama di kilang-kilang. Selain itu kita juga boleh ke pejabat pos, membaca surat khabar di Ballarat Times, melihat pertunjukan menembak, melihat upacara menaikkan bendera dan pancaragam. Segala-galanya lama, klasik dan antik di sini. Seronoknya! Saya dan anak-anak sehingga tidak cukup masa bila berada di sini. Macam-macam yang kami hendak alami.
Saya berharap pada suatu hari Malaysia juga boleh buat begini. Bukankah kita ada banyak lombong bijih timah di Taiping dan Ipoh?
Kembali ke zaman silam |
Setakat ini saja aktiviti lasak bersama saya di bumi kangaroo. Jangan lupa terus mengembara bersama saya dalam entri yang akan datang.
Saya hari2 menunggang basikal kemana saja pergi kerana saya tak tahu memandu kereta hehehe. Bagus kalau pengunaan basikal seperti di Melboure di praktik kan di Msia kan tapi sukar sikit kerana suhu di Msia yang panas siapa yang nak menunggang tengahhari buta kan hehehe
BalasPadamAndaQue,
PadamPatutlah AndaQue fit & berani mengembara ke tempat-tempat bahaya di Pakistan, China, dll, hari-hari sdra berbasikal. Sebenarnya berbasikal tu banyak bagusnya. Kita kena buat kempen hari tanpa kenderaan bermotor, sekurang-kurangnya sekali seminggu. Malaysia kena banyak tanam pokok supaya tidak terlalu panas untuk kita menunggang basikal.
Ha ahhh kalau banyak pokok tepi jalan kan redup sikit, dulu saya rajin keluar tidak kira waktu tapi sekarang hanya keluar belah malam aje, pasal siang panas nak kayah...
PadamAndaQue,
PadamYa, sekarang bumi semakin panas, lapisan ozone dah semakin nipis. Kalau pokok banyak ditanam, penebangan hutan dihalang, penggondolan bukit disekat dan pembangunan industri dikawal maka kadar pemanasan bumi boleh dikurangkan.
AndaQue mengayuh basikal malam-malam tu jangan lupa pasangkan lampu dan pakai baju cerah/reflector demi keselamatan.
Assalamualaikum Puan
BalasPadamSaya membaca blog puan semasa mencari maklumat berkenaan trip ke melbourne. Blog nota kembara sangat komprehensif dan sangat membantu.
Saya ada beberapa perkara ingin ditanya jika puan sudi membantu;
1) Saya mengikuti travel agency selama seminggu dan ada sehari setengah free & leisure. Puan ada recommendatipn untuk ke mana. Antara options yang saya survey:-
a) puffing billy & mountion dandenogs
b) luna park/st kilda
c) mountion mecedon, tieve tara.
d) harbot city
p.s: Kami prefer tempat yang natural dan boleh buat aktiviti dengan anak umur 2 tahun. Tak sesak dan tak crowded.
2) Taman-taman dan park-park sekitar melbourne yang direcommended untuk something differents, soothing and natural.
- botanic garden
- lavender garden
3) Tentang berbasikal around Melbourne. Di mana exactly tempatnya
4) Kalau kita nak bawa balik buah segar ke Malaysia, boleh ke?
5) Di mana nak tengok wild kangaroo
6) Pusat dakwah/agama yang boleh diziarahi di Melbourne?
7) Status halal choclate factory di sana
Kebanyakan tempat2 utama di Melbourne dah dicover oleh travel agency. Cuma waktu free and leisure dan petang-petang kami ingin bertanyakan padangan puan.
Terima kasih atas masanya. Harap Puan sudi membantu. Segalanya saya dahulukan dengan ucapan terima kasih sekali lagi.
Waalaikumusalam alQasam,
PadamTerima kasih kerana membaca blog saya dan bertanyakan soalan-soalan ini.
Melihat wild kangaroo tentu menyeronokkan, tetapi ia agak jauh dari Melbourne CBD. Ada beberapa tempat yang kita boleh lihat wild kangaroo itu, tetapi kangaroo itu akan lari kalau melihat orang datang. Namun saudara boleh pergi ke:
-wildlife park di Ballarat (kira-kira 1 1/2 jam perjalanan keretapi dari CBD), di sini kita boleh pegang kangaroo dan beri dia makan.
- di Grampians juga banyak wild kangaroos, tetapi agak jauh, perlu ada kereta untuk ke sini. Saya cadangkan ambil tour bus (agent pelancongan)yang terdapat di sekitar CBD.
-Healesvile Sanctuary juga ada wild kangaroo yang kita boleh pegang dan beri dia makan, letaknya kira-kira 1 jam pemanduan.
-Saya cadangkan ke Chesterfield Farm, di sini juga ada kangaroo yang kita boleh pegang dan beri makan, lebih sesuai untuk anak kecil kerana terdapat juga binatang lain. Tempat ini lebih dekat dr CBD berbanding dgn tempat2 yang saya sebutkan tadi. Walau bagaimanapun lebih elok kalau sdra sewa kereta ke sini. Sila lihat entri saya tentang farm ini di: http://www.nota-kembara.blogspot.com/2012/03/chesterfield-farm-jadi-koboi-aussie-di.html
Taman-taman banyak terdapat di sekitar CBD. Semuanya cantik-cantik belaka! Antara yang mudah untuk dikunjungi ialah Carlton Garden, Fitzroy, Batman Park, Birarrung Marr. Saya ada tulis pasal ini. Sila klik: http://nota-kembara.blogspot.com/2012/03/melbourne-cbd-17-tempat-menarik-untuk.html
Manakala Dandenong agak berjauhan dari CBD, tetapi amat berbaloi kalau boleh ke situ.
Great Ocean Road juga menarik. Sila baca : http://nota-kembara.blogspot.com/2012/04/great-ocean-road-keajaiban-alam-yang.html
Tentang basikal, mudah sahaja, ia terdapat di jalan-jalan utama di CBD seperti di Federation Square, Flinders street, berdekatan dgn universiti yg letaknya di tengah2 CBD spt RMIT dan Melbourne Uni. Kalau sdra ke CBD saya pasti sdra akan ke Flinders Street Station, basikal itu ada di hadapan dan berdekatan dgn stesen itu. Amat mudah untuk dilihat.
Ya, kalau bawa sedikit-sedikit buah-buahan Australia balik ke Malaysia tidak mengapa. Saya pernah bawa balik buah kiwi kuning. Kawan saya pernah bawa balik sekotak cherry. Ada juga bawa balik mempelam (mango). Ada juga kawan yang bawa balik daging biri-biri. Tetapi tidaklah banyak sangat. Patut2 saja.
Status halal chocolate di Melbourne - Tiada logo halal pada bungkusan chocolate di sini. Cuma kandungan bahannya ada tertulis pada pembungkusnya. Sila pastikan emulsifiernya dibuat daripada lemak sayuran dan tiada E476, E120, E473 kerana ia mungkin bersumberkan lemak binatang atau khinzir.
Pusat agama dan dakwah banyak terdapat di Melbourne. Islamic Council of Victoria adalah salah satu daripadanya. Sila lihat http://www.icv.org.au/ untuk menghubungi mereka sekiranya ingin melawat.
MECCA adalah persatuan Melayu Islam di Melbourne, tetapi mereka bertemu sekiranya ada mesyuarat atau merayakan sesebuah majlis. Sila hubungi mereka di sini: http://www.binamasjid.com.au/about.html
Saya harap ini dapat membantu saudara. Mohon maaf sekiranya ada kekurangan dalam penjelasan ini.
Terima kasih puan.
PadamKami sekeluarga amat menghargai dan meminati perkongsian Puan di dalam blog ini. Sangat tersusun dan mudah dibaca. Lengkap dan jelas.
Alhamdulillah, terima kasih atas responnya. Lebih daripada mencukup. Sangat membantu. Mohon doakan kami. Semoga ALLAH berkati puan sekeluarga.
@alQasam,
PadamSama-sama.
Tempat yg sdra nak pergi seperti Puffing Billy itu menarik utk anak2. Boleh naik keretapi dan dapat lihat hutan Dandenong
Luna Park juga menarik utk anak2, macam pergi funfair. Letaknya tidak jauh dari CBD. Tetapi ride yg ada di situ pun ada di Malaysia.
St Kilda juga menarik utk dikunjungi sebab ia pun dekat sangat dgn CBD. Boleh tengok pantai bersih, burung2, starfish dan boleh naik feri ke seberang. :)
Semoga sdra & keluarga selamat dalam perjalanan dan bergembira di Melbourne.
Assalam Pn,
BalasPadamMasih di melbourne ke?
Waalaikumusalam Faizz,
PadamSaya dah tak tinggal di Melbourne lagi. Sekarang ni di Malaysia.
salam puan. boleh saya dapat kan nombor atau email encik nordin. warga melayu singapura yang puan mention diatas. saya bercadang utk mengambil khidmatnya utk ke mt buller. terima kasih.
BalasPadamSalam nd.auni.
PadamMaaf saya tidak memiliki nombor atau emel beliau. Peristiwa yang saya catatkan ini telah lama berlalu. Saya juga tidak tinggal di Melbourne lagi.
Saya bercadang ke Gaps Hall ? Apakah pendapat prof ?
BalasPadamGaps Hall, saya tak pernah pergi. Dikatakan, tempat itu menarik dan cantik. Boleh tengok binatang-binatang Australia, air terjun, gunung, lorong-lorong dalam hutan, memanjat, mendaki...sesuai untuk aktiviti lasak di luar dan 'fit'.
Padam