Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Khamis, 17 Januari 2013

Derita Musim Sejuk di Beijing

Saya pernah tinggal di Amerika Syarikat dan pernah pula mengembara ke Kanada. Sesejuk musim sejuk di Amerika dan Kanada, sejuk lagi musim sejuk di Beijing. Inilah pengalaman yang pernah saya alami selama berada di musim sejuk di Beijing pada tahun 2012/2013. Tahap kesejukannya mencucuk tulang hitam kerana rata-rata suhunya di bawah 0 darjah Celcius setiap hari sepanjang musim sejuk yang bermula pada bulan November 2012 hingga Februari 2013. Air sungai dan air parit menjadi beku kerana terlalu sejuk.

Kulit saya juga menggerutu, pedih dan luka-luka (berdarah) kerana udaranya yang sejuk dan kering. Apabila mandi menggunakan air panas, keadaan kulit saya bertambah teruk membuatkan saya hanya boleh mandi sekali seminggu.

Air parit menjadi beku di taman permainan di kawasan kediaman saya

Air parit yang menjadi ais batu di taman permainan di kediaman saya
Ais batu dari parit air yang telah dikorek keluar oleh entah siapa
Sungai beku

Kebiasaannya suhu di Beijing ialah -8 darjah Celsius pada waktu tengahari dan turun secara mendadak pada malam hari sehingga -17 darjah Celsius. Kesejukan ini bertambah-tambah sekiranya angin bertiup kencang. Tambahan pula pemanas (heater) tidak berfungsi. Untuk makluman anda, pemanas ini dibekalkan ke kediaman penduduk di seluruh Beijing oleh kerajaan China. Pemanas yang siap dipasang di dinding-dinding kediaman tidak perlu diusik atau dibuat apa-apa. Apabila tiba masanya, kerajaan China akan menyalurkan bahang panas ini ke kediaman. Pada tahun 2012 ia mula dibekalkan pada 15 November 2012 iaitu apabila suhu musim sejuk telah menurun ke tahap air beku.

Pemanas yang dipasang dalam bangunan. Kepanasannya dikawal oleh kerajaan China


Tetapi malangnya di aparment yang saya sewa di Chaoyang, Beijing tidak menerima bekalan ini. Pemanasnya sejuk. Walaupun saya telah maklumkan kepada tuan rumah, tuan rumah tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia dikawal oleh kerajaan. Walaupun ada dijual pemanas mudah-alih (portable heater) namun untuk menggunakan bekalan elektrik sangat tidak digalakkan. Ia terlalu mahal dan penggunaan elektrik mempunyai had. Kalau digunakan melebihi hadnya, bekalannya akan terputus. Untuk memasangkannya semula memakan masa berhari-hari.

Kerajaan di sini amat berhemah dalam penggunaan elektrik. Di waktu malam, di persekitaran kawasan aparment saya gelap kerana kurang lampu di pasang. Kawasan letak kereta dan jalan di kawasan taman perumahan pula tidak dipasang tiang lampu walaupun sebatang. Sensor light digunakan di koridor dan kita hanya perlu menghentakkan kaki atau menepuk tangan untuk menyalakan sensor light itu. Sensor light ini hanya menyala 2-3 minit sahaja dan kita kena sering menepuk tangan atau menghentakkan kaki untuk menyalakannya semula.

Rakan-rakan serumah saya yang kesemuanya orang China sudah berpindah ke tempat lain kerana tidak tahan dengan kesejukan di apartment kami. Suasana di luar menjadi mati dek kerana ketiadaan aktiviti. Masa lebih banyak dihabiskan di dalam bilik. Keluarga pula di Malaysia. Keadaan yang terlalu sejuk dan suasana yang mati ini membuatkan saya rasa sunyi dan tertekan. Inilah penderitaan dan cabaran yang saya hadapi di musim sejuk Beijing.


Keadaan yang sunyi di kampus Universiti Komunikasi China ketika musim sejuk
Masih ada orang di jalan ketika musim sejuk Beijing


Penderitaan saya ini diketahui oleh sahabat China saya iaitu Jingling. Jingling yang baik hati telah memberi saya tinggal di biliknya yang mempunyai pemanas selama musim sejuk ini. Tuan rumah saya pula simpati dengan saya, lalu memulangkan duit sewa rumah saya selama musim sejuk ini. Kulit saya juga semakin pulih kerana tidak henti-henti menyapu losyen khas buatan tempatan (China). Alhamdulillah segala penderitaan itu sudah berlalu kini.

Losyen ini sesuai disapu di seluruh badan ketika musim sejuk di Beijing.

limut elektrik ini saya pasang untuk memanaskan badan pada waktu malam di musim sejuk Beijing


Dalam membekalkan bahang panas ke kediaman dan bangunan-bangunan di seluruh Beijing, rumah-rumah tempat membakar arang disediakan di setiap daerah. Asap berkepul-kepul keluar melalui serombong asap rumah-rumah ini dan menyumbang kepada jerebu. Jerebu ini bercampur-aduk dengan asap kenderaan yang banyak terdapat di jalan-jalan. Oleh kerana Beijing tidak berjauhan dengan kawasan padang pasir seperti Mongolia Dalam maka debu-debu pasir mudah terbang ke Beijing. Memakai penutup hidung atau mafela bulu (wollen muffler) boleh mengelakkan kita daripada terhidu jerebu, asap kenderaan dan debu pasir ini. Memakai mafela bulu juga boleh menyelamatkan bibir kita daripada kering, merekah dan luka.

Asap berkepul-kepul keluar dari serombong dalam musim sejuk

Kawasan apartment saya yang berdebu pasir, kering dan sejuk. Tiang lampu tidak ada walaupun sebatang.


Ada lagi kisah musim sejuk di Beijing. Nantikan kemunculannya dalam entri akan datang.

Baca juga :

Huo Guo atau Hot Pot Makanan Sesuai Pada Musim Sejuk

[] 4 Musim di Beijing
[] 10 Panduan Pemakaian Musim Sejuk di Beijing
[] 12 Tempat Shopping Sakan di Beijing

92 ulasan:

  1. samapai tahap beku sungai nya...amazing!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kopiolimauice,
      Sungai dan tasik beku sehingga boleh main ice skating.

      Kalau bawa kopi o atau jus limau keluar rumah pun beku dalam beberapa minit.

      Padam
  2. Kesian dr menghadapi masalah cuaca sejuk terlampau di sana. Pengalaman sy semasa bercuti waktu musim sejuk di Beijing adalah sangat indah. Mungkin kerana saya baru pertama kali merasai musim sejuk. Harap dr jaga diri sepanjang musim sejuk di sana. Saya amat rindukan suasana sejuk di mana kami berlumba menghembus nafas menggunakan mulut supaya kelihatan berkepul2 asap keluar dari mulut. Rindu pada keledek yang dibakar menggunakan arang lalu di makan panas2 dan bersantai2 di tingkap kecil hotel menikmati udara sejuk waktu malam sambil minum coklat panas. Harap akan ada rezeki untuk saya buat kali kedua untuk mesim sejuk di beijing. Rindu pada buah limau mandarin yang kecil dan manis serta buah strawberi yang besar tapi rasa sedikit tawar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Faridahumairah,
      Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza walaupun pergi ke tempat yang sama. Faridahumairah bertuah kerana dapat menikmati musim sejuk Beijing yang indah. Saya dapat bayangkan keindahan dan keseronokan Fardiahumairah menghirup coklat panas di tepi tingkap sambil menghirup udara dingin dan menghembus-hembus udara untuk melihat kepulannya terbang. Keledek bakar yang lembut, panas dan sedap tentu membuatkan Faridahumairah sanggup terbang ke Beijing semata-mata kerananya. Limau mandarin kecil memang manis, tapi boleh membuatkan orang batuk kalau makan terlalu banyak. Kebiasaannya strawberi besar di sini tawar rasanya. Pengalaman manis ini tentu boleh diulangi lagi pada tahun-tahun akan datang. InsyaAllah.

      Padam
  3. Betul tu kak...beijing ni sejuk yg kering tu pasal la tak tahan.kulit sy jd menggerutu.pakai losyen sebotol pun tak jln.rasanya saya kene beli yg mcm akak tu kot.sudahnya balik malaysia gi spital,sampai sekarang lagi ber parut,dok sapu bio oil.tak pasal2 je.korea pun sejuk gak.tp tak sesejuk beijing ni.

    Dan yg paling jelas sy nmpk kat beijing ni byk air pollution.'waste' hidung sy sampai kaler hitam.mungkin kita sedut udara tu kan.euww....

    Selama sy kat sana tak penah pun suhu ats dr takat beku,semuanya minus sampai -15.derita sgt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam eKa,
      Kulit yang kasar, kering dan menggerutu kerana udara yang kering di sini boleh dihilangkan dengan losyen yang dibuat di China. Yang dibuat di Malaysia bawa ke sini, tak jalan. Losyen SOD itu direkemen kepada saya oleh kawan-kawan China saya. Mereka dah gunakannya sejak zaman berzaman. Kandungan bahannya juga boleh digunakan oleh orang Islam.

      Tahap pencemaran udara di Beijing memang tinggi dan buruk. Sesiapa yang ke sini pasti perasan bau udaranya yang berasap, berkimia dan tercemar. Ramai yang sakit semasa ke sini.

      Semasa eKa datang ke Beijing itu bulan Disember, pada masa itu suhu memang di bawah 0. -15 degree memang menyiksakan. Saya harap kulit eKa dah semakin sembuh.

      Padam
  4. Salam Prof..

    Dasyatnya musim sejuk kat sana. Time saya kat London dulupun tragis jugak. Kulit saya ni elegic..sebabkan seluar lembab..habis kulit paha smua sakit dan merah-merah. Nak jalan pun sakit sebab paha bergeser dengan seluar..padahal time tu suhu just 1-5 deg jer..tak macam prof sampai -ve. Bila balik mesia..satu badan naik bintik2 merah dan gatal2..pastu bibir kering..demam2 bagai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Zila,
      Musim sejuk di Beijing ni memang dasyat. Tak sabar rasanya menunggu ia berakhir.

      Nampaknya kulit Zila dan kulit saya sama. Saya ni pula malas menyapu losyen 24 jam, sebab itulah tumbuh bintik-bintik merah dan gatal-gatal pada kulit. Tidak kira kita di China atau di London air panas yang kita gunakan itu sudah tersimpan lama di dalam paip besi yang mungkin berkarat. Ini juga menyebabkan kulit kita gatal. Sabun mandipun kadang-kadang menyebabkan kulit kering dan gatal. Kulit Melayu ni sebenarnya halus dan nipis, bukan macam kulit mat salleh atau China.

      Padam
  5. Akak, betul. Fida pun pernah rasa dua winter, beijing and korea. But beijing mmg the worst ever. Sgt sgt sgt sejuk. Tak terkata. Rasanya sebab beijing terlalu lapang, bila angin dtg, takde benda yg nak menghalang. Terus sampai kat kita. Sobs. Sejuk sesangatttttttttt. tp apapun, semua tu pengalaman sgt. Hehe. Hope u r doing fine. My kulit pun kering tapi i cant live with lotion hahaha. So ok lah jugak. Take care kak. Memang i know how it feels. Sejukssss.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh i cant live without lotion. Hehe. Mmg dah terbiasa so rajin je sapu kat satu bdn. Hahaa. Excited nak komenn sbb at last ada org jugak ckp beijing punya winter mmg sgt sejuksss

      Padam
    2. fidajacob,

      Terima kasih fidajacob kerana meninggalkan komen.

      Memang sejuk sangat di Beijing. Nak keluarpun malas. Yang membuat saya tertekan ialah heater tak berfungsi. Berselimut dalam electric blanket saja 24 jam. Tapi ini semua merimaskan.

      Fida pakai losyen jenis apa? Ada kawan saya guna losyen yang dibawa dari Malaysia, tapi semua tak berkesan. Tapi bila tukar kepada losyen dari China, kulitnya ok.

      Kulit muka dan tangan saya dah tak pedih lagi. Tetapi tumit kaki dan jari tangan saya pula yang kering dan mengelupas. Nampaknya saya kena lebih rajin menyapu losyen macam fida.

      Padam
  6. Baca cerita ini pun dah terasa sejuknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Mahh,
      Baca pun boleh terasa sejuk he he he. Bagaimana pula agaknya kalau berada di situasi sebenarnya?

      Padam
  7. Bestnya hahaha...
    Kalau kita rakyat Malaysia kebanyakkannyalah seperti saya ni keadaan macam ni yang best sebab kat Malaysia tak dapat nak merasa azab sejuk ni, itu baru di Beijing belum lagi rasa sejuk di kawasan dataran tanah tinggi sekitar lebih 5000 meter. Terus terang bagi saya kalau nak travel lagi, saya tetap akan memilih musim sejuk....best hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha ha Best best...sekali sekala best jugak azab sejuk ni :D tetapi bila dah selalu sangat, ia jadi bosan, bila bosan ia jadi sunyi, itu yang derita :)

      AndaQue memang terror, naik dataran tinggi lebih 500 meter dalam musim sejuk sampai jari bengkak-bengkak pun tak peduli, wow hebat! Saya kagum :)

      Padam
  8. Assalamualaikum
    Saya berkesempatan ke Beijing 2011, ketika musim sejuk. Ya Allah sejuknya...saya sedikit kecewa kerana tidak boleh keluar hotel ketika hari kedua sedangkan hari itu lawatan ke Tembok Besar China. Mujurlah kawan-kawan memahami keadaan saya. Tambahan pula kumpulan lawatan kami turut disertai kanak-kanak kecil. Selepas solat zohor barulah kami bergerak ke sana untuk mengelakkan cuaca sejuk. Syukur Pada Allah keadaan cuaca bertambah cerah dan baik dan kesihatan kami semua baik-baik sahaja sepanjang berada di persekitaran Tembok Besar China. Jika diberi peluang mungkin saya akan berfikir 2 kali jika mahu ke Beijing lagi. Sungai membeku, pokok dibalut dan nak mandi juga perlu berhati-hati supaya ruam tidak menyerang kulit badan kita.
    Sesungguhnya pengalaman sepanjang seminggu berada di Beijing tetap segar dalam ingatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam nanie,
      Orang yang pernah sampai ke Beijing pada musim sejuk, tentu faham dan tahu sangat bagaimana sejuknya Beijing. Melawat Tembok Besar selepas salji turun tentu peluang keemasan yang tak patut dilepasi. Ini disebabkan pemandangannya amat cantik dengan salji meliputi tembok dan pokok-pokok. Tetapi kalau terlalu sejuk dan boleh menganggu kesihatan, kita kenalah berhati-hati, lihat pada ketahanan badan sendiri. Alhamdulillah nanie selamat sampai dan dapat berada di Tembok Besar yang menjadi tarikan utama. Tentu nanie dapat melihat keindahannya yang saya sendiri atau orang lain tidak melihatnya. Kalau nanie berpeluang datang lagi ke Beijing pada musim sejuk, tentu nanie lebih bersedia. Mungkin nanie boleh datang pada musim luruh atau bunga, dan ini boleh memberi pengalaman yang berbeza.

      Padam
  9. Salam,saya akn ke beijing pada bln februari ni.saya sebenarnya cuak jugak nk kesana sbb saya mmng x tahan dgn cuaca yg sejuk.sedangkan pergi ke cameron higlands pun dah x sabar2 nk blk.ni kan pulak pergi ke sana pd musim sejuk.nak2 lagi bila baca artikel ni lg bertambah seriau saya.boleh x puan bagi beberapa tips utk org yg pertama kali pergi ke sana mcm saya ni.. :) trima kasih!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Radimsa Sirdi,
      Februari tak lama lagi tu. Tetapi akan berada pada akhir musim sejuk dan akan masuk Musim Bunga pula. Jadi tidaklah terlalu sejuk berbanding dengan bulan Disember dan Januari. Namun begitu persediaan hendaklah dilakukan kepada orang yang pertama kali datang ke Beijing. Pakaian untuk musim sejuk yang sesuai seperti winter jacket yang di dalamnya ada bulu burung/itik, stokin bulu biri-biri, thermal wear (pakaian dalam yang dibuat daripada bulu biri-biri), kasut but yang dalamnya ada bulu biri-biri, sarung tangan bulu dan muffler bulu hendaklah dipakai. Pakaian dalam ini perlu dipakai berlapis-lapis. Losyen tangan, badan dan muka hendaklah sentiasa disapu supaya kulit tidak kering dan merekah. Lisptik khas juga hendaklah sentiasa disapu tidak kira lelaki atau perempuan. Bahan-bahan ini boleh dibeli sebaik-baik sampai ke Beijing. Pakaian boleh dibeli di Mall/Supermarket. Manakala losyen boleh dibeli di Watson atau supermarket. Losyen yang dibeli di Malaysia mungkin tidak sesuai dengan cuaca di sini. Lebih baik beli di Beijing sebaik-baik sampai. Jangan terlalu kerap mandi menggunakan air panas kerana air panas boleh menyebabkan kulit gatal dan menggerutu.

      Padam
  10. tak berani nak ke beijing la cam gini, kalau pergi pun nak pergi time spring or autumn. baca pengalaman orang lain yang hampir serupa macam akak, risau jugak pasal kesihatan diri nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orga,
      Sesetengah orang suka datang pada musim sejuk kerana inginkan pengalaman azab sejuk ini, ada sesetengah orang takut/seriau dengan cuaca sejuk begini. Walau apapun alasannya, kita perlu tahu ketahanan diri sendiri pada cuaca begini. Datang pada musim bunga atau luruh adalah lebih sesuai, kerana cuacanya tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Ngam ngam je. Oleh kerana cuaca yang ngam ngam ni maka ramailah orang datang ke Beijing. Jadi tempat-tempat yang ingin kita lawati biasanya penuh sesak dengan manusia terutama sekali orang China sendiri.

      Padam
  11. Salam Yong

    Cantik la image header baru tu...rasa nak menenggelamkan diri di dalam salji itew.....

    Kalau dah extreme sejuk pun payah jugak...tapi keme memang suker jer mengembara di musim sejuk ni....suker nak menyusahkan diri sendiri...kulit pedih, bibir merekah, hidung berdarah sesekali...badan dibalut berlapis2 kekadang nampak bijik mater jer...suker nak cabar diri sendiri. Sebab kat Malaysia mana boleh buat cenggitu nak jalan2 kan...so redah jer ler...best apa menyeksa diri ni...hahaha....

    Paling best pabila heater tak de or tak berfungsi bila nak lelapkan mater...tapi lena gak walaupun menggigil....dan bila nak ambik wuduk...hehe
    * teringin nak bina iglu sendiri pas tu tidur dalam dia*..*wink*


    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Yong ASP,
      Yong suka ya dengan header baru ni :) Terima kasih.

      Ha ha ha ..Lawaklah Yong ni :) Nak tidur dalam igloo le, nak menyeksakan diri le, suka heater tak berfungsi le... ha ha ha. Bolehle berkawan dengan AndaQue tu, sama je kome ni :)

      Sesekali menyeksa diri dengan azab sejuk, seronok juga, kan?

      Padam
  12. salam kak

    mmg kalau boleh elakkan sebagai pelancong kalau nak ke Beijing, jgnlah pergi ketika musim sejuk sampai ke kemuncak krn kebanyakkan aktiviti luaran tak dapat kita buat. Tapi mcm kak dah terpaksa hadap kerana berada di sana atas tuntutan kerja.

    mmg winter di US terutama di California yg berada di tepian laut masih boleh kita tahan lagi, tapi kat Grand Canyon tak boleh tahan woooo hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali Rezeki,
      Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini dan meninggalkan ulasan. Ya, ramai kenalan saya juga berpandangan seperti Rezeki, mereka elakkan datang ke Beijing pada musim sejuk kerana tidak tahan dengan kesejukkannya. Mereka takut akan hanya tinggal di bilik sahaja.

      Tetapi apabila saya berada di sini saya dapati penderitaan musim sejuk itu tidaklah lama. Setelah mengetahui cara-cara menyelesaikannya, ia tidak menjadi masalah lagi, malahan ia menarik terutama sekali apabila salji turun.

      California pula cuacanya amat baik, tidak panas dan tidak sejuk. Ia menjadi tumpuan ramai orang. Di Grand Canyon pula kita tidak boleh tahan dengan kesejukkannya mungkin disebabkan bentuk mukabuminya yang lapang dan terbuka, bertanah tinggi dan berjurang, jadi angin kencang dan kering menyebabkan musim sejuknya sejuk. Rezeki amat bertuah dapat ke Grand Canyon tu :). Bila Rezeki sebut pasal Grand Canyon teringin pulak rasanya nak pergi :)

      Padam
  13. As-Salam,

    Insyaallah klu xde ape aral sy akan ke Beijing ujung minggu ni..berada disane dlm 5 hari...blh saya tau cuaca di sana skrg bgmana ye...lg 1 sy nk tya ttg phone...saya nk gunakan sim kad sana utk buat panggilan ke malaysia...sim kad sana mahal x ye??....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Azian,
      Sekarang ini musim bunga di Beijing. Suhunya saya tidak pasti mungkin antara -1 C hingga 14 C. Untuk mengetahui cuaca di sana sila lihat web ini.http://www.weather.com/weather/5-day/Beijing+CHXX0008:1:CH


      Sebenarnya saya berada di Malaysia sekarang ni.

      SIM card murah di sana, sama harga dengan SIM card Malaysia. RM10 pun boleh dapat. Boleh dapati di China Mobile. China Mobile ada di Peking Airport.

      Padam
  14. Saya cadang nak ke beijing awal dec ni. Nak rasa snowing ski touring macam syok aje nampak!. Bila baca pengalaman orang yg dah pergi musim sejuk macam tak best aje disebabkan cuaca yang sejuk sangat. Teruk ke keadaan di sana tu musim sejuk ni. Package bulan dec nampak murah sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. HMM,
      Pakej December memang murah sebab cuaca di Beijing terlalu sejuk ketika itu. Kadang-kadang tour dibatalkan dan terpaksa tinggal di bilik kalau cuaca buruk. Kalau kita tak biasa dengan cuaca sejuk, memang kita tak tahan. Cuma kena pakai winter jacket, winter boot, sarung tangan dan kaki serta losyen yang sesuai (loseyn seperti dalam gambar di atas amat sesuai untuk seluruh badan dan muka, tak kira lelaki atau wanita). Kalau pemakaian sesuai kesejukan dan kekeringan udara Beijing tidak menjadi masalah lagi.

      Kalau hendak bermain ski HMM boleh pergi ke Tembok Besar, Stadium Sarang Burung dan Universiti Peking.

      Padam
  15. salam.boleh saya tau kalau cuaca yang terlalu sejuk tu, sesuai ka nak bawa babysetahun ke sana? myb pergi nov 2013

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Nurul,
      Tidak kira umur, yang penting pemakaian yang sesuai untuk musim sejuk dan jenis losyen yang digunakan. Lebih baik beli losyen yang saya tunjukkan di atas kerana losyen yang dibeli di Malaysia tidak sesuai untuk cuaca sejuk di Beijing. Oleh kerana bayi/anak kecil berusia 1 tahun mudah sakit dan kulitnya nipis maka ubat untuknya sentiasalah dibekalkan dan losyen hendaklah disapu lebih kerap. Jangan gunakan air panas yang diambil dari paip kerana ia boleh merosakkan kulit bayi. Lebih baik masak sendiri air panas dan campurkan dengan air sejuk untuk memandikan dan membersihkan bayi. November adalah permulaan Winter di Beijing. Walaupun begitu suhu telah menurun di bawah 0 C.

      Padam
  16. Assalamualaikum.
    Saya merupakan seorang pelajar di selatan tanah air, dan kami sekelas bercadang untuk ke Beijing, inshaAllah dalam pertengahan atau penghujung January 2014. Selepas membaca entry ni, rasa macam seram pulak nak pergi. Cuma nak minta pendapat dari orang yang berpengalaman, adakah patut untuk kami teruskan rancangan ini, atau tukar destinasi? Memang sangat teringin nak ke Beijing, dan masa terlapang yang kami ada hanyalah pertengahan January - pertengahan February. Dan cost preparation untuk longjohn, over-coat/winter-coat tu semua, adakah memakan kos yang sangat tinggi? Saya pernah ke Turkey ketika winter, dan suhunya ketika itu -2 -> 2 C. Dan rasanya time tu, takdalah sejuk sangat. Travel agent kata, January purata suhu di Beijing is about -4 C. And she told us just to wear longjohn, beberapa lapis pakaian, and winter coat di luar. And berdasarkan your experience, adakah ia mencukupi?
    Saya sangat berharap akak (can I call you akak?) dapat membantu. Thank you in advance.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Aishah.
      Disember, Januari sehingga Februari memang terlalu sejuk di Beijing. Suhunya kadang-kadang mencecah hingga -7 C dan tasik di Beijing beku ketika ini. Winter coat dan thermal yang baik dijual di Beijing dan sesuai untuk cuaca sejuk di sana. Ia ada bulu burung/itik atau biri-biri di dalamnya. Sehelai winter jacket yang baik berharga 600-1,2000 yuan (RM300-600). Di sana saya memakai themal wear 3-4 lapis, sarung tangan yang tebal selapis dan stokin 3-4 lapis dengan boot yang ada bulu tebal. Harga boot 600-1000 yuan (RM300-500). Losyen untuk musim sejuk juga mestilah disapukan diseluruh badan selalu. Belilah di Beijing, kerana ia lebih sesuai untuk cuaca di sana. Saya rasa Beijing lebih sejuk berbanding Turkey kerana terletak berhampiran dengan kawasan lapang berpasir di Mongolia. Walaupun cuaca di Beijing -4C tetapi rasanya seperti -8C.

      Padam
  17. Salam..

    Kak, saya nk ke beijing pada 13hb September ini..bagaimana cuaca di beijing dn apakah pakaian yg sesuai utk dipakai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam N Ieda,
      13 September masih musim panas. Cuaca ketika itu biasanya dalam anggaran 20 C di siang hari, macam di Malaysia juga. Jadi pakailah baju macam kita pakai di Malaysia.

      Padam
  18. Salam Kak,

    Amat berguna segala info dan sgt menarik bila baca traveling experience akak dalam blog ni. Banyak info yang bole saya kongsi dgn family saya untuk kami belajar for our next trip to Beijing.
    24 Nov 2013 ni, saya sekeluarga akan travel ke Beijing dalam 1 minggu lebih. Saya akn bawa parents saya yg kedua2nya middle 60..dan yg paling muda anak sedara saya 4 tahun. So far kami mmg tak pernah ada experience travel musim winter. Masa ke Taiwan, Hong Kong Macau dan Shanghai kami pergi pada musim summer yg panasnya sama dengan Malaysia.
    Saya nak tahu jacket yg sesuai untuk musim tersebut iaitu end of Nov...adakah Padded winter jacket or wool winter jacket yang amat bersesuaian untuk kami pakai juga bawa ke sana ?
    Perlu ke kami ambil any supplement untuk elak dari demam terutama untuk parents dan kanak2 ?
    Misalnya klu pakaian kami tak mencukupi atau tidak bersesuaian bila di sana nanti...mudah tak untuk kami beli dari sana spt winter coat or winter boot dengan harga yg berpatutan ?
    Adakah parents saya perlu pakai winter boots atau ada tak kasut lain yang bersesuaian untuk mereka ?
    Bole advise kami untuk berapa KG baggage yang kami boleh standby ?


    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ekin Ramli,
      Jacket yang sesuai ialah yg ada bulu burung/kambing di dalamnya(wollen jacket). Ini disebabkan winter di Beijing terlalu sejuk. Manakala hendaklah memakai pakaian thermal yang juga berbulu di bahagian dalamnya. Amat mudah untuk mendapatkan jacket tersebut di Beijing. Ia dijual di supermarket atau kedai-kedai pakaian yang terdapat di merata-rata kawasan perniagaan. Harganya di antara RM300-800. Boot juga berharga sama. Winter boot juga mesti yang ada bulu di dalamnya. Ibubapa Ekin juga perlu memakai winter boot di Beijing kerana ia boleh menahan kaki daripada sejuk. Winter boot adalah keperluan semasa musim sejuk di Beijing tanpa mengira usia. Semua orang memakainya di Beijing. Disamping itu stokin, sarung tangan, muffler dan topi juga perlu dipakai. Losyen juga perlu disapu sentiasa supaya kulit tidak kering dan berdarah. Bawalah ubat-ubat atau supplement dari Malaysia untuk penjagaan kesihatan. MAS membenarkan 20 kg bagasi (maksimum).

      Padam
  19. Salam tuan
    Tumpang tanya,dimana sy boleh dpatkan losyen yg tuan gunakan tu?sbb sy akn bercuti di korea pada awal thn depan.so nk kena prepare pape yg patut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Farid,
      Losyen Dabao Sod itu amat popular di China dan digunakan oleh rakyat China sudah lama. Ia mudah didapati di kedai-kedai runcit biasa di Beijing dan harganya tidaklah mahal. Ia digunakan untuk semua musim. Untuk musim sejuk tulisan pada botolnya berwarna merah dan untuk musim panas tulisannya berwarna biru.

      Padam
  20. sis, bilakah bermulanya musim sejuk nie? saya akan ke beijing pada 01 Nov nie...pada pengalaman sis, first week nov tue, suhu di sana sudah mencapai tahap beku ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mimi Azura,
      Musim sejuk dari November hingga Februari. Pada minggu pertama November masih belum capai tahap beku lagi, tetapi hampir beku, anggaran purata suhu ketika itu ialah 5 darjah Celsius.

      Padam
  21. Salam Kak,

    Suka sgt bce entri akk ni.. Utk makluman insyallah sy dan keluarga akan bercuti di beijing pd 2 nov-8 nov 2013. Cammana cuaca bile awal bulan november tu? Time tu salji dah trun tak? Teringin jgk nk main salji ni..Tp x tau la sempt or tak salji turun waktu tu.. Hehe.. Bole akak explain kt sy cuaca pd tarikh2 cmtu? Sblm ni sy pernah merasa winter kt turkey tp pd akhir bln mac 2011 tp dah kurang rse sejuk skit dlm 16 darjah celsius. Tu pun rse menggigil tahap cipan..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Rina,
      Awal November suhunya sudah turun di bawah 0 darjah Celsius. Cuaca sudah sejuk tetapi salji belum turun. Ia biasanya turun dalam bulan Disember, Januari dan Februari. Suhu di Beijing ketika ini mencecah sehingga -17 C. Ia sangat sangat sejuk. Tetapi turun atau tidaknya salji itu bergantung kepada tiupan angin dan kesemuanya atas kehendak Allah. Semaklah selalu cuaca di dalam internet setiap hari untuk mengetahuinya.

      Padam
  22. hye im fira.. kami one family are going to beijing this november 2013, but we are not make any preparation yet. so i just want to know barang keperluan apa yang perlu dibawa utk menghadapi musim sejuk.. and is it the end of november the snow start fall? thank you so much for your kindness to answer my question..need the answer to do some kind of preparation..thanks :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fira,
      Sediakan:
      1. Losyen badan & muka
      2. Baju musim sejuk yang cukup
      3. Winter Coat
      4. Stokin bulu kambing
      5. Sarung tangan bulu kambing/kulit
      4. Winter boot
      5. Muffler
      6. Thermal (seluar & baju dlm)
      7. Ubat
      8.Winter cap.
      9.Lip gloss
      Pertengahan bulan November suhu bawah 0, kadang-kadang salji turun. Disember atau Januari salji kerap turun.

      Padam
    2. thanks for replying and the list given. sangat membantu. thanks again :)

      Padam
    3. Sama-sama. :) Semoga selamat dan bergembira di sana.

      Padam
  23. Nak tanye akak la,secara purata,kekerapan salji akan turun bln disember..sebab sy plan nk p bln 12.adakah ianya setiap hari atau kadang-kadang je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ucuk Anje,
      Kadang-kadang, bukan tiap-tiap hari. Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang dua minggu sekali. Ada masa-masa tu 2 kali seminggu. Tak tentu.

      Padam
  24. Kak nak tanya saya akan pegi travel to beijing this 23 -28 december. Saya ada eczema. Any advise for me. Should i go or not. Macam mana cuaca pada waktu tu? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Stuck on me,
      Ketika itu di Beijing cuaca TERLAMPAU SEJUK! Udaranya kering dan dingin terlampau. Ia boleh mencecah -12 darjah celsius. Dalam keadaan cuaca begini, kena selalu sapu losyen di seluruh badan dan muka. Sentiasa sapu supaya ia tidak sempat kering. Beli losyen itu di Beijing seperti yang saya tunjukkan di dalam entri ini. Losyen yang dijual di Malaysia tidak sesuai untuk digunakan di Beijing kerana cuacanya amat berbeza. Kemudian jangan mandi di Beijing ketika musim sejuk kerana ia boleh merosakkan kulit.

      Padam
    2. Terima kasih kak atas nasihat

      Padam
  25. Assalam kak..saya akn pergi ke beijing pd 2 jan 2014 slma 1 mgu..masa 2 cuaca sejuk msh lg tahap beku ke?? Persiapan yg mcne sy perlu sediakn??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Nur Aien,
      Ya, bulan Januari terlalu sejuk dan masih di bawah takat beku. Cuaca mula kurang sejuk selepas bulan March atau April. Persiapan yg diperlukan, sila lihat ulasan/balasan saya pada ruangan balasan di atas.

      Padam
  26. salam..sy akn holiday ke china pd 5-9/12-2013 ini..bile bc cerite2 kt ats terase tkt nk pgtp tkt flight da beli.nk ty ape pndpt akk mk sye dye ade asma??klw saye pulak kurus mmg kt malaysia pn kdg2 bile sjuk sket da xthn.lg2 bile mndy waterfall.kedai2 kt sane byk ke yg bukak bile cuace2 sjuk.tkt nk b'hiloday@shoping tp xbyk kdai yg bkk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ttgl...boley ke pkai slua jeans klw kt sn??

      Padam
    2. Salam annayanna,
      Memang pada bulan 12 cuaca amat sejuk seperti yang saya ceritakan dalam entri ini.

      Annayanna nak ke Beijing ke? Kalau di Beijing, udaranya tercemar - banyak asap, berjerebu dan kotor. Udara tercemar ini sentiasa ada, tidak kira musim. Jadi bagi orang yang mengalami sinus atau asthma udara begini boleh menyebabkan masalah. Apabila angin kencang, pasir dari gurun terbang ke Beijing dan ia juga menimbulkan masalah pada pernafasan dan mata. Udaranya juga kering. Pakailah mask penutup hidung, menyapu losyen di badan dan memakai pakaian musim sejuk ketika berada di Beijing ketika ini.

      Tetapi kalau di tempat lain di China udaranya tidak tercemar seperti di Beijing.

      Kedai buka seperti biasa walaupun musim sejuk kecuali musim cuti Tahun Baru China atau National Day.

      Boleh pakai seluar jeans di sana.

      Padam
    3. tmpt2 yg sy pergi nty ialah hangzhou,suzhou,wuxi,shanghai..tu antare tmpt2 nye..selain shanghai tmpt2 yg lain tue sjuk trk jgk ke??da smpai sne kt mn boley beli losyen tue.sng jmpe ke??tq

      Padam
    4. Cuaca sejuk yang saya ceritakan di entri ini adalah di Beijing. Jadi ia tidak sama dengan Hangzhou, Suzhou, Wuxi dan Shanghai. Ia tidak sesejuk Beijing. Ini disebabkan Beijing letaknya di atas peta China (utara) manakala 4 bandar yang annayanna hendak pergi itu letaknya di timur dan dalam peta ia letaknya agak ke bawah. Udara di 4 bandar ini sederhana sejuk. Purata suhunya ialah 3 darjah celsius. Sedangkan di Beijing purata suhunya - 7 C dan sentiasa di bawah 0 pada bulan Disember. Semasa saya ke Shanghai pada musim sejuk iaitu Februari 2013, ia adalah lebih panas berbanding Beijing. Sila baca entri saya tentang Shanghai.

      Losyen yang saya tunjukkan dalam entri ini mudah didapati di kedai-kedai runcit kerana ia telah digunakan sejak sekian lama oleh orang China. Ia amat popular. Tetapi kalau tidak jumpa losyen ini boleh juga guna losyen jenama lain yang dibuat di China tapi pastikan ia tidak ada bahan-bahan yang meragukan dari sudut Islam.

      Padam
  27. salam......sy akan ke beijing pada 25/12/2013.... boleh sy dapatkan sedikit gambaran cuaca disana?? boleh sy buat persedian mental dan fizikal.... takut pulak rasanya bila bc entry nie....

    BalasPadam
  28. maaf 25/11/2013.... hari isnin ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Noor,
      Cuaca pada bulan November-Februari di Beijing adalah seperti yang saya ceritakan dalam blog ini. Semua gambar-gambar itu diambil pada bulan Disember 2012 dan Januari 2013.

      Untuk persediaan dan panduan sila baca juga ulasan saya pada pertanyaan pengunjung blog ini. Baca juga entri saya yang lain mengenai China.

      Padam
  29. Salam...ofis suami sy buat trip ke beijing 11-16/12/2013 ni...bila baca entri ni mak oii seram plak saya..1st time nk gi beijing..tp tips2 di atas sgt membantu. Terima kasih byk. Yg pasti kami mesti akan merasai suhu sejuk + udara xsihat di sana nanti...owh takutnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Faradila,
      Jangan takut...cuma buatlah persediaan yang cukup. Sesekali merasa derita musim sejuk, satu keseronokan, kan?

      Padam
  30. Hai sis....kmi pn akn bt trip ke beijing pd 11-16.12.2013 nie...tp bla bca pglaman2 yg d crta kn prsaan xcited nak rasa musim sejuk d beijing smakin kuat..almaklum lh fstme nk ke sna...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ann Magz,
      Pergilah sendiri dan rasa. Nikmat dan derita tak sama tafsirannya pada setiap individu.

      Semoga Ann Magz bergembira dan selamat di sana.

      Padam
    2. Hi, salam kenal... akak. Saya pun bercadang nk ke beijing tahun depan bulan q2. Bila baca ni sampai berdarah kulit. X berani plak. Jadi akak cdangkn pergi bulan apa ke beijing? Yg rasa paling fantastic? Salam kenal.

      Padam
    3. Isabella Idura,
      Salam kenal. Berdarah kulit tu disebabkan kulit terlalu kering walaupun disapu losyen berkali-kali. Ini disebabkan saya menggunakan losyen yang saya beli di Malaysia. Masa itu saya tak tahu yang losyen Malaysia tak sesuai dengan cuaca sejuk Beijing. Lepas saya sapu losyen yang di beli di Beijing, macam dalam gambar di atas, barulah kulit saya tidak kering dan kembali ok.

      Jadi janganlah takut dengan cerita saya ini. Ini disebabkan saya tak tahu pada masa tu. Jadi Isabella Idura dah tahu, janganlah guna losyen yang dibeli di Malaysia ya.

      Untuk ke Beijing lebih sesuai datang pada Musim Bunga (April- awal Jun) atau Musum Luruh (Julai-awal Oktober)

      Padam
  31. salam. kak.. saya akan ke beijing pada 3/1/2014 - 7/1/2014.. banyak soalan yang nak di tanya dah di jawab dalam blog ni. so saya nak tanya soalan berkenaan berapakah suhu ketika saya di sana.
    secondly, di fahamkan makanan di sana tak berape boleh masuk dengan kita cara masakan melayu.. ada tak nama2 restoren halal yang sedap kat sana dan ape menu makanan yang sedap kat sane..apakah makanan yang perlu di bawa dari malaysia yang boleh tahan selama 4 hari kat sana? n then leh g tau tak kedai2 yang murah untuk shoping kat sane ( untuk elakan dari kene tipu ) tq..

    BalasPadam
  32. salam kak.. saya akan ke beijing pada 4/1/14-8/1/14
    boleh tahu suhu ketika itu.. makanan yang boleh di bawa bersama untuk 4 hari ni apa ye..
    leh rekomen makanan halal n sedap kat sane.. jenis makan dan restoren..
    kedai-kedai yang murah untuk shoping di sana.. tq sis..

    BalasPadam
  33. Sham Idris,
    Salam kembali. Maaf kerana lambat membalas sebab saya baru balik dari mengembara di Acheh.

    Kebiasaannya suhu pada bulan Januari amat sejuk. Purata suhunya ialah -12 hingga -17 darjah celsius. Sungai dan tasik beku di Beijing ketika ini.

    Makanan yang boleh dibawa dan tahan untuk 4 hari ialah rendang, serunding, kuah kacang, roti dan lain-lain lagi. Ketika musim sejuk begini, nasi yang kita tanakpun boleh tahan sehingga 3-4 hari.

    Kenyataan tentang "makanan China tak berapa masuk dengan selera masakan Melayu" itu tidak benar. Ini disebabkan orang yang berkata begitu, salah memilih tempat makan atau dibawa oleh pemandu pelancong yang hanya mengaut keuntungan walaupun makanan itu tak sedap atau menolong kroninya sahaja. Sebenarnya terdapat makanan China yang sedap-sedap dan halal seperti lamien dan macam-macam jenis mee tarik yang dibuat secara tradisional. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang makanan dan tempat membeli-belah sila lihat entri saya tentang :
    Panduan Untuk Umat Islam di Beijing;
    TEMPAT MENARIK DI BEIJING #12: Lorong Qianmen, Lorong Dashilar, Masjid Qianmen dan Hutong Kekalkan Ciri-ciri Purba,
    TEMPAT MENARIK DI BEIJING #13: Lorong Sutera & Pasar Mutiara (Silk Street & Pearl Market) di Yonganli dan Masjid Dongsi,
    Huo Guo atau Hot Pot Makanan Sesuai Pada Musim Sejuk di Beijing

    BalasPadam
  34. Salam..akak naramas...family sy akan ke beijing pada 19/1/14-25/1/2014..mengikut travel agency..kami ada anak2 kecil sekitar 11 bulan hingga 2tahun. Kami sgt risau bagaimana anak kami dpt bertahan pada suhu bawah 0 darjah..boleh akak bg cadangan apa persediaan yg sy boleh buat utk kekalkan keselesaan anak2 kami? Di harap akak dpt bantu kebuntuan sy ini. Tq :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali ebuhani,
      Cuaca di Beijing pada bulan Januari terlampau sejuk sehingga mencecah -17 C. Persediaan yang cukup seperti pakaian musim sejuk dan losyen yang sesuai perlulah ada.

      Pertanyaan ebuhani sama dengan pertanyaan Nurul (di atas) dan beberapa pengunjung blog ini. Sila lihat jawapan yang saya berikan kepada Nurul dan juga pengunjung lain blog ini.

      Terima kasih kerana membaca blog ni :)

      Padam
  35. salam, nak share pengalaman selama 3 bulan di Myyrmaki,Finland.

    winter masa saya di Finland, musim sejuk mmg kulit kering dan gatal2, saya beli baby oil je, sapu lepas mandi time kulit tgh basah2 lagi, itupun mandi dgn air sejuk, tak pernah sekali sy mandi air panas, tahan jelah sejuk2 air tu.

    lepas tu mkn vit.c 3000mg sehari..lip balm semestinya..jadi sesiapa nak bercuti ke destinasi yg ada snow atau suhu -ve, elok la bwk baby oil, vit.c, ubat tahan gatal (tips ni Doctor saya yg bgtau) jd insyaAllah kurang lah sikit seksaan dimusim sejuk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eija Idris,
      Salam kembali. Wah, di Finland lagi sejuk! Terima kasih kerana kongsi tips itu. Baby oil memang elok untuk kulit digunakan pula pada musim sejuk, mandi air sejuk itu lebih baik sebab tidak merosakkan kulit dan vitamin C juga perlu. Saya pernah guna baby oil pada musim sejuk semasa tinggal di Australia dan USA.Tetapi semasa saya tinggal di Beijing, baby oil tak jalan. Cuaca musim sejuk di Beijing amat kering dan dingin, hanya losyen yang saya tunjukkan di atas sahaja yang sesuai untuk kulit saya.

      Padam
  36. Ya Allah sejuk nye. Dah boleh imagine. Sedangkan 2x winter kat Korea pun dah terketar2 sampai penat berjalan. Tapi, pelik juga sebab musim kegemaran saya winter. Hihi dalam xtahan sejuk, tetap prefer winter. Betul lah kak, kalau sejuk & selalu mandi kulit akan cepat menggelupas. Saya jenis xleh xmandi so kalau bercuti musim winter tu, memang habis kulit semua kering. Bibir cepat je merekah & berdarah. Lumur ngan lotion beli kat Korea haritu ada ok sikit. Cuma bekas getah stoking sampai sekarang xhilang. Dah jadi macam birthmark haha.

    Tengah nak cari info pasal Harbin, kat blog Hadrawillin ada bagi kredit kat akak. Tu yang terus terjah entry China. Thanks for sharing! p/s baru tau stoking & gloves bulu kambing paling elok pakai masa winter. Tq again.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sejuk...sangat tak tahan. Saya paling tak suka winter...rasa tersiksa. Itulah manusia ni pelik, kan? Yang sejuk gedi begini ramai yang suka...penderitaan bagi sesetengah orang, adalah kebahagiaan bagi sesetengah orang. Tapi di Harbin lagi sejuk gila...lebih sejuk dari Beijing. Sejuknya -30 C semasa saya ke Harbin tu. Stokin bulu kambing dan jaket bulu itik paling sesuai. Losyen pula kena beli di sana, bukan di Malaysia kerana yang Malaysia punya tak sesuai.

      Padam
  37. Ciku boleh imagine sejuknya la..first winter ciku pernah rasa masa ke shiraz iran ..sejuk sesangat sampai member merekah kulit.huhu.ciku nk g beijing autumn.tengah cari entry autumn di beijing.hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Datang ke Beijing musim autum, bagus sebab cuacanya bagus. Saya tidak buat entri spesifik tentang autum di Beijing. Cuma ada entri tentang Tiananmen yang saya pergi ketika autum. Banyak juga tempat-tempat lain di Beijing saya pergi semasa autum tetapi saya tak blogkan. Ciku beri idea pada saya untuk tulis hal ini. Insya Allah bolehlah saya blogkan nanti.

      Padam
  38. Prof, boleh tak senarai keperluan untuk ke Beijing musim luruh kerana saya akan ke sana pada 16 Oktober ini. Saya takut sekiranya pakaian yang dibawa berlebihan. Dah banyak cari entri Beijing Musim luruh tetapi kurang. Harap Prof dapat bantu. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asyraf,
      Ke Beijing masa musim luruh, bagus, cuacanya just nice... tak perlu bawa banyak baju-baju tebal. Cukup sehelai jaket.

      Padam
  39. best baca entri d sini. tahniah untuk tuan blog. sangat membantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Syaz kerana sudi singgah di sini dan tinggalkan ulasan.

      Padam
  40. Assalam prof
    Sy cdg pergi beijing 29/5 till 4/6. That time hjg spring nak msuk summer. Ok ke cuaca temperature that time? Tqvm 4 info

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Tuty. Cuaca ketika hujung spring di Beijing sangat nyaman. Best. Tidak panas dan tidak sejuk. Cuma waktu malam agak sejuk di luar rumah. Elok pakai jaket nipis kalau keluar malam.
      Untuk melihat suasana hujung spring di Beijing boleh lihat entri saya di Bejing bahagian-bahagian awal.

      Padam
    2. Tqvm prof 4 info... hopefully msih ada bunga tulip berkmbg ;))

      Padam
    3. Mungkin Tuty boleh melihat bunga tulip di taman-taman utama di Beijing.

      Padam
  41. Assalamualaikum. Mcm seronok je nak ke Beijing musim sejuk. Saya bercadang nak ke sana awal Disember 2015. Ada cadangan x? Suami x suka berjalan ke tempat2 sejuk tp saya pula nak bg pengalaman pd anak2 bermain salji. Awal Disember ni, cuacanya ok x? Minta bantu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam. Bulan Disember hingga Februari sangat sejuk di Beijing. Untuk mengetahui tentang cuacanya, sila baca entri saya tentang "4 Musim di Beijing." Sila klik ke http://nota-kembara.blogspot.my/2015/05/4-musim-di-beijing.html

      Untuk bermain salji amat sesuai kerana slaji selalu turun.

      Padam
  42. Assalamualaikum Prof,

    Tips yang sangat membantu senhingga apa jua komen dari pengunjung blog dan juga pengalaman prof sendiri saya catitkan dalam buku untuk preparation ke Beijing pada 23 Dec - 30 Dec 2015 bersama keluar. Mengikut apa yang prof tuliskan cuaca nya sungguh sejuk dan kering. Inshaa Allah akan usahakan dahulu losyen Malaysia sementara membeli losyen di China. Semua ilmu prof telah saya catitkan terima kasih minta halal dunia akhirat. Cuma pertanyaan saya, jika saya memakai baju thermal pada lapisan pertama, juga lapisan kedua seperti baju jalan jalan biasa seperti di malaysia, juga lapisan ketiga pula saya sarungkan baju sweater tanpa butang berbulu dan lapisan terakahir baru saya pakai winter coat. Adakah ia mencukupi sedangkan cuaca pada bulan December teramat lah SEJUK. Harap prf dapat membantu. Juga ingin menajukan soalan jika saya sudah memakai stokin berbulu kambing setebal 2 atau 3 lapis dan hanya memakai boot Dr Martin (seperti ini klik ingin melihat booat dr martin) https://www.google.com/search?q=boot+dr+martin&espv=2&biw=1920&bih=979&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0CAYQ_AUoAWoVChMIw9Tp4oriyAIVDJ6UCh2qjQ9n

    Adakah bersesuaian memakai boat seperti itu jika sudah memakai stokin berlapis lapis? Thank you harap dapat membantu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Aina,
      3 lapis pakaian: thermal, baju, sweater dan kemudiannya winter coat sebagaimana yang Aina bercadang untuk pakai ketika musim sejuk di Beijing, saya rasa mencukupi. Begitu juga dengan 2-3 lapis stokin dengan boot Dr Martin itu, lebih-lebih lagi kalau boot itu mempunyai bulu di dalamnya. Namun begitu perlulah bersedia dengan pakaian tambahan sekiranya cuaca hari itu terlampau sejuk. Ini hanya diketahui apabila sudah sampai di Beijing. Sila baca entri yang saya tulis dengan lebih terperinci bertajuk "10 Panduan Pemakaian Musim Sejuk di Beijing."
      http://nota-kembara.blogspot.my/2015/06/10-panduan-pemakaian-musim-sejuk-di.html

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.