Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Sabtu, 14 April 2012

Merantau Solo ke China: Persiapan Sebelum Berangkat, Pohon Visa

Rakan-rakan kembaraku,
Lagi 3 minggu saya akan berangkat untuk merantau ke Republik Rakyat China. InsyaAllah. Saya akan berada di China selama 9 bulan untuk menjalani cuti sabatikal di Universiti Komunikasi China (Communication University of China) di Beijing.

Banyak perkara yang saya lakukan untuk persediaan ke Beijing. Antaranya ialah memohon insuran kesihatan, membuat surat perjanjian, mematikan stem, memperbaharui pasport dan memohon visa.

Queen Victoria  Memorial Clocktower ini saya ambil dari hadapan Pejabat Imigresen, Beach Street, Pulau Pinang menggunakan telefon bimbit aku yang murah.

Perbaharui Pasport di Imigresen Pulau Pinang

 

Sebenarnya pasportku lambat lagi tamat tempuh sahlakunya:10 bulan lagi. Tetapi saya bimbang berlaku masalah memperbaharuinya semasa di China. Lagipun untuk penerbangan antarabangsa, sahlaku pasport mestilah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat. Setelah berbincang dengan pegawai Imigresen di Pulau Pinang, beliau menasihatkan saya memperbaharuinya sebelum ke China kerana bimbang berlaku kelewatan dan akan menyusahkan saya di China. Yang perlu saya lakukan hanyalah menulis surat kepada Ketua Pengarah Imigresen Pulau Pinang.

Bangunan di sebelah kanan berwarna merah jambu itu ialah Pejabat Imigresen Pulau Pinang. Beach Street adalah jalan bersejarah. Ia telah dibina pada tahun 1786 - 1787.

Pasembur Mamak Kareem Union Street


Ketika saya menanti pasportku siap di Pejabat Imigresen di Pulau Pinang, saya pergi makan pasembur. Di sini saya ingin rekemen kepada anda pasembur yang sedap. Letaknya di Lebuh Union (Union Street) tidak jauh dari Pejabat Imigresen di Lebuh Pantai (Beach Street). PERGGHHH memang TERBAIK pasembur tu! Nalla rerkek! Gerai tepi jalan je. Sempoi habis! Dahlah tu persekitarannya cantik dengan bangunan-bangunan bersenibina zaman penjajah British. Kawasan ini mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai tapak Warisan Dunia. Pelancong mat sallehpun bukan main ramai di kawasan ini. Rasa banggapun ada tengok mereka tangkap gambar tempat kita ni tak henti-henti. Saya pun sama, tangkap gambar. Berikut adalah gambar pasembur sedap itu yang sempat saya ambil menggunakan telefon bimbit saya yang murah.

Ini ialah bangunan Standarad Charted di  Lebuh Union. Di belakang bank inilah gerai menjual pasembur yang sedap itu. Nun di hujung kanan sana.
Inilah pasembur (pasembuq), makanan terkenal di Pulau Pinang. Ia dimasak oleh Mamak Kareem. Yumm!
Tidak sah pasembuq tanpa cucuq udang, tauge, sengkuang, timun, telur rebus, tahu dan kuah keledek.
Di sebelah Union Street ialah Beach Street. Itu ialah Majlis Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Cantik kan? Ia adalah pejabat kerajaan British yang telah dibina pada tahun 1907.
 Beach Street adalah Tapak Warisan Dunia yang diiktirafkan oleh UNESCO

Mohon Visa ke China di Kedutaan China Jalan Ampang 

 

Setelah pasport diperbaharui saya pun memohon visa. Pada Selasa lepas saya pun ke Kedutaan China di Jalan Ampang Kuala Lumpur. Saya memohon Visa F sebagai Visiting Scholar di Communication Univesity of China. Lesaplah duit saya RM400.00 untuk memperolehi visa itu. Saya hantar permohonan itu pada pukul 9.30 pagi. Bersama-sama permohonan itu saya lampirkan surat affidavit of support dari USM dan surat jemputan dari Universiti Komunikasi China. Saya amat kagum dengan kecekapan dan layanan orang di Kedutaan China bekerja. "I'm impressed!"

Tempat permohonan visa ke China

Semasa menunggu visa saya diluluskan, saya lepak-lepak di KLCC. Ramainya pelancong mat salleh. Merekapun tak henti-henti posing ambil gambar. Lagi sekali hati saya kembang melihat gelagat mereka!

Kedutaan China di Plaza OSK, Jalan Ampang, berhadapan dengan KLCC

Setelah makan tengahhari di KLCC saya kembali semula ke Kedutaan China berjalan kaki. Di sini ingin saya kongsi lagi kegembiraan saya. Visa saya untuk ke Republik Rakyat China telah diluluskan oleh pihak Kedutaan China di Kuala Lumpur dalam masa 4 setengah jam! Saya diberi visa yang sah sehingga 2014. Alhamdulillah saya sangat gembira memperolehi visa itu.

Kerajaan China membenarkan saya masuk dan tinggal di China selama 180 hari (6 bulan) terlebih dahulu. Untuk menyambung tempuhnya lagi 90 hari saya harus ke Hong Kong. Dengan keluar ke Hong Kong tempoh saya tinggal di China dapat dilanjutkan. InsyaAllah setelah beberapa bulan di Beijing nanti saya akan ke Hong Kong untuk tujuan lanjutan itu. 

Sekarang yang perlu saya lakukan ialah menempah tiket kapalterbang ke Beijing. Erni, pegawai kerani di pejabat saya akan menguruskan tempahan tiket itu. Saya akan menaiki MAS, insyaAllah. Erni beritahu saya bahawa saya boleh dapat balik RM400.00 yang saya beri pada Kedutaan China masa buat visa tempoh hari. USM bayar balik. Alhamdulillah. Nasib baik saya masih simpan resitnya.

Seterusnya mencari rumah atau bilik sewa selama 9 bulan di China. Ingat tak pada entri yang lalu saya ada menyebut tentang Jingling yang baik hati itu? Dialah kenalan saya, orang Beijing yang pandai menulis dan bercakap bahasa Melayu. Saya telah diperkenalkan kepada Jingling oleh Profesor Awang Sariyan yang sekarang ini menjadi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Jingling adalah anak murid Profesor Awang semasa beliau mengajar di sana. Jinglinglah yang selalu membantu saya dalam urusan saya di Beijing. 

Kali ini Jingling menghulurkan bantuan untuk mencarikan rumah sewa untuk saya. Walaupun saya boleh menempah hotel melalui online, namun pertolongan yang dihulurkan oleh Jingling jauh lebih baik dan saya amat menghargai pertolongannya itu. Untuk pengetahuan anda, rumah sewa di Beijing amat MAHAL, lebih mahal daripada Penang atau Kuala Lumpur! Dalam anggaran RM2,000 hingga RM3,000 sebulan bagi rumah satu bilik! Saya minta Jingling carikan rumah yang lebih murah daripada ini dan beliau sedang usahakan.

Saya juga telah menghubungi Puan Fatimah iaitu pegawai yang bekerja di Kedutaan Malaysia di Beijing. Alamatnya diberikan oleh kawan saya Sayang dan Kak Gi yang bekerja di Kedutaan Malaysia di Sweden. Saya maklumkan bahawa saya akan ke sana dan berharap dapat berkenalan dan bertemu dengannya di Beijing.

Saya akan ke Beijing bersendirian, tanpa keluarga bersama. Ini disebabkan oleh masing-masing mempunyai komitmen lain seperti bekerja dan belajar. Anak-anak saya semuanya sudah masuk universiti. Mereka akan melawat saya ketika cuti semester universiti. Adik-beradik saya dan kawan-kawan saya juga amat teruja untuk ke Beijing semasa saya di sana. Segala borang dan brosur untuk memohon visa melawat saya di China juga telah saya sediakan untuk mereka.

Saya harap kalian mendoakan semoga segala urusan saya ke China dipermudahkan Allah.

InsyaAllah akan saya kemaskinikan kisah rantauan dan kembara saya di China.

Ikutlah saya merantau dan mengembara solo di China, ya!  Tzao Jien!



14 ulasan:

  1. selamat pengembara akak! ni jiao shenme mingzi! hehehe.

    sy suka beijing sbb byk sejarah kat situ plus shopping bestttt!!!! owhh rindu pulak kat beijing. nk dtg melawatlah nnt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Danny/John,
      Shie shie ni dgn ucapan itu. Ini first time saya ke China. Danny cakap shopping best & byk sejarah, ini membuatkan saya excited nak pergi...Ok, nanti datanglah melawat Akak, boleh kenal-kenal. :)

      Padam
  2. Lama 9 bulan tu, dan dapat rasa semua musim. Mungkin boleh mengembara sampai ke Mongolia...

    Semoga semuanya selamat bila di sana nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mie,
      Ya, 9 bulan, isyaAllah. Saya berhasrat untuk mengembara ke seluruh China sehinggalah ke Monggolia dan dapat merasai 4 musim, budaya dan kepercayaan mereka.

      Jazakallahu khairan atas doa itu.

      Padam
  3. Betoi tu jangan lupa ke Lhasa Tibet naik train ya, Universiti Beijing agak luas, dulu kerana saya nak cari sebuah shopping komplek sampai tersesat kedalam kawasan sekitar universiti ini. Mudah2 an segala urusan dipermudahkan sebelum ketika disana hingga lah sehingga kembali semula ke tanah air :)

    BalasPadam
  4. AndaQue,
    Terima kasih kerana mencadangkan saya ke Lhasa naik train. Saya perlu belajar dengan AndaQue macam mana nak buat visa di China untuk ke Lhasa Tibet dan macam mana nak naik train tu...Dalam blog AndaQue hanya ceritakan sepintas lalu saja saya rasa...Terima kasih dengan peringatan tentang keluasan Universiti Beijing dan Jazakallahu khairan kerana doakan saya. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kalau nak suruh saya ajar memang saya tak tahu, semuanya akan kita akan tau dengan sendirinya bila kita sedang kembara. Naramas saya sebenarnya belum pernah menaiki train ke Lhasa itu antara impian saya satu hari memang nak merasa naik train tu nanti insyaallah, setahu saya kalau ke Lhasa kita tak perlu permit, awak dah ada visa pelajar tu dah ok, kalau ada masa cuti belajar yang agak panjang pi terus beli train tiket dan terus pi ke Lhasa....tu. Dan jangan lupa klik2 banyak photo yeak....

      Padam
    2. AndaQue,
      Oh begitu ke, tak perlu permit PSB ke Tibet?

      Ok, nanti saya cuba naik train macam AndaQue cadangkan...dan tangkap gambar banyak-banyak.

      Padam
  5. Salam,

    Menarik betul untuk tinggal di China selama 9 bulan. Kata orang, belajar sehingga ke negara China. Nanti di sana, boleh saya minta tolong tengok kan class Mandarin ye. Cadangnya ingin berhenti kerja dan explore China dan Central Asia sambil tulis buku.

    Can't wait to read your 9 months experience in China and neighbouring countries.

    All the best!!

    Regards,
    Farah
    www.thatsofarah.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farah,
      Thanks for stopping by.

      Ya, insyaAllah akan berada di sana 9 bulan, belajar mengenali budaya dan kepandaian orang China yang begitu bernilai. Saya juga berharap dapat menguasai bahasa Mandarin. InsyaAllah saya akan maklumkan tentang kelas bahasa Mandarin itu nanti.

      Impian Farah untuk explore China dan Central Asia dan menulis buku saya kagumi. Saya doakan impian Farah itu tercapai.

      Padam
    2. Farahhh oiiii nak explore China dan Central Asia.... nasihat saya teruskan, ya bukan nak galak supaya henti kerja, tapi itu lah cara yang terbaik untuk kita tenang ketika kembara so masaalah jangka masa dan waktu yang terhad tak akan menimbulkan masaalah lagi. Saya dulu pernag 2 kali berhenti kerja semata2 nak kembara lama2, lakukan ketika masih muda dan sebelum berkahwin.... Farah ajak Naramas sekali tau... :)

      Padam
    3. AndaQue,
      Wah AndaQue dan Farah memang betul-betul determine,tabah dan berani, sanggup berhenti kerja semata-mata untuk mengembara lama2. Saya tidak berani macam anda berdua.

      Ya, kalau Farah ada di China, bolehlah kita mengembara bersama-sama dan tulis buku. Kita terbitkan buku tu. Syok kan!

      Padam
    4. Namaras Aman & AndaQue,

      Terus bersemangat nak berhenti kerja dan mengembara! Tak sabar rasanya bila dapat sokongan padu macam ni.

      P/S: Tak dapat nak comment guna URL sendiri.

      Regards,
      Farah

      Padam
    5. Farah,
      Untuk berhenti kerja dan mengembara adalah satu keputusan yang perlu difikirkan masak-masak. Saya cadangkan Farah solat istikharah untuk mendapat kepastian dan untuk mengelakkan kesalan dikemudian hari. Rasululllah s.a.w juga berkata bahwa orang yang solat istikharah adalah orang yang tidak menyesal. :)

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.