Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Jumaat, 23 Mei 2014

Vietnam Lagi (4): Menyusuri Sungai Pokok Nipah Ke Muara Mekong di My Tho

K ami masih berada di My Tho iaitu sebuah kota yang terletak di Selatan Vietnam. Di My Tho terdapat Sungai Mekong dan 3 buah pulau yang terkenal. Salah sebuah daripadanya ialah Pulau Unicorn.

Pada entri yang lepas saya telah menceritakan tentang saya dan kawan-kawan merasa madu lebah asli, buah-buahan tempatan dan membeli-belah di Pulau Unicorn. Setelah itu kami menuju ke tebing sungai. Gembiranya saya kerana saya telah diberi satu kejutan. Apakah kejutan itu?

Gambar sampan didayung di sungai nipah muara Sungai Mekong, My Tho. Saya suka gambar ini.

Lihatlah gambar di atas yang saya tangkap tu. Inilah kejutan yang saya maksudkan: menyusuri sungai pokok nipah ke muara Mekong di My Tho. Sebelum ini kerap saya lihat gambar begini di dalam filem. Tetapi kali ini saya menyaksikannya sendiri dan berada di sana.

Makcik ini gigih mendayung sampan di muara Sungai Mekong

Saya dan kawan-kawan saya pun turun ke jeti dan masuk ke dalam sampan yang sedang menunggu kami. Oleh kerana kami berjumlah 11 orang, maka kami menaiki 3 buah sampan. Sampannya kecil dan muat untuk empat orang penumpang dan dua orang pendayung. Seorang pendayung duduk di kepala sampan dan seorang lagi di ekor sampan. Saya mengambil tempat duduk di hadapan sekali, betul-betul di belakang pendayung di kepala sampan. 

Kedua-dua pendayung sampan yang kami naiki itu adalah perempuan. Mereka memakai terendak di kepala dan memakai baju tradisional Vietnam. Pendayung wanita itu pun mendayung sampan itu sebaik-baik kami semua duduk. Mereka mendayung dengan laju dan amat kuat kudratnya. Kagum saya melihat kekuatan mereka.

Pendayung membawa penumpang menyusuri sungai pohon nipah menuju ke muara Sunga Mekong
Kadang-kadang berlaku pertembungan sampan-sampan di sungai kecil ini
Ada pendayung yang berlumba-lumba mendayung dan memotong sampan kami

Sampan ini sedang memotong sampan kami


Kami melalui sungai yang tidak berapa luas. Macam sebuah terusan atau parit sahaja. Tetapi air sungainya nampak dalam kekuning-kuningan. Di sepanjang tepi sungai terdapat banyak pokok-pokok nipah. Banyak juga sampan yang lalu-lalang dan kadang-kadang berselisih serentak. Pada masa-masa tertentu ia sesak. Traffic jam! Tetapi masing-masing memberi laluan dan melancarkan pergerakan.

Kami berselisih dengan pendayung wanita yang pulang dari menghantar penumpang.
Ada juga pendayung lelaki.
Pohon nipah meredupkan suasana

Seronoknya saya melihat suasana begini. Kelihatan sangat meriah. Cuaca pula tidaklah panas sangat. Tambahan pula pohon-pohon nipah yang rendang di tepi sungai membuatkan ia redup. Kadang-kadang saya terlihat rumah-rumah di atas tebing sungai.

Muara Sungai Mekong di My Tho

Tidak berapa lama kemudian, kami nampak sungai lebar. Rupa-rupanya kami sudah sampai ke muara Sungai Mekong. Ini bermakna kami sudah berada di jeti hujung. Kami kenalah keluar dari sampan dan naik ke tebing.  Jadi kami berada di dalam sampan itu kira-kira 20-30 minit. Saya rasa puas.

Sampan kawan-kawan saya sudah sampai di jeti muara Sungai Mekong

Tapi sebelum meninggalkan sampan itu kami kenalah bayar tambangnya. Tambangnya ikut suka hati kita je nak bayar berapa. Mereka tak tetapkan berapa bayarannya. Baguskan? Ini bertujuan supaya orang ramai mengenali kehidupan masyarakat pulau ini dan budi bahasa mereka.

 

Pembuatan Gula-gula


Kami kemudiannya pergi ke tempat membuat gula-gula kelapa. Kami juga dapat melihat pokok buah-buahan yang terdapat di situ. 

Penduduk Pulau Unicorn sedang membalut gula-gula kelapa

Buah ini tak tahu namanya. Buahnya macam durian tapi daunnya macam daun mempelam

Merentas Sungai Mekong dan Membeli-belah Lagi


Selesai melihat pembuatan gula-gula, kamipun menaiki bot semula merentas Sungai Mekong. Di dalam bot kami minum air kelapa yang sudah disediakan oleh pemandu bot. Sedapnya minum air kelapa yang segar di tengahari sambil menikmati pemandangan Sungai Mekong. Saya sudah menangkap gambar Sungai Mekong dalam entri lepas.  Boleh imbas kembali di SINI.

Sampai di jeti tanah besar Vietnam, kamipun singgah membeli-belah cenderamata yang terdapat di situ. Harganya amat murah. Malahan ia lebih murah daripada yang dijual di Pasar Ben Tanh.

Cenderamata berupa fridge magnet dan dompet dilambakkan di atas lantai kedai

Saya membeli beberapa keping fridge magnet cantik di sini yang berharga RM4.00
T-shirt begini berharga RM5.00

Kamipun pulang semula ke kota Ho Chi Minh dan berehat di hotel. Esoknya ada lagi tempat menarik yang kami kunjungi. Apakah tempat itu? Kalau nak tahu, tunggulah entri akan datang.

...bersambung

14 ulasan:

  1. Sungguh indah kenangan itu..Penulisan prof mengimbau kenangan indah saya semasa di sana dahulu. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang indah tu Khairuddin? Bunyi macam romantik je :)

      Padam
  2. insyaallah akan diterjah kawasan ini hujung tahun nnti..insyaallah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Nekcik dapat sampai ke sini dan menikmati suasana sungai, bersampan di bawah rimbunan pohon nipah dan membeli-belah.

      Padam
    2. Wahh..nekcik nk ke vietnam eh...?

      Padam
    3. Semoga Nekcik selamat dalam perjalanan.

      Padam
  3. Sempat ke habis cerita bersiri Prof sblm saya ke HCM 27 mei ni....jangan baca sambungan cerita masa atas sampan di My Tho sudah le...hi..hi..hi.
    T.kasih atas info yang berguna ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada 3 siri lagi tentang "Vietnam Lagi" yang belum diterbitkan. Mungkin juga ada yang Puan kena baca atas sampan di My Tho he he he atau lepas balik nanti...sebab saya terlalu sibuk pada hujung semester di universiti :)

      Padam
  4. Yeayyy sg mekong! Jm pun pernah naik sampan tu best dpt tgk pokok nipah tu kan klau lah pendayung boleh nyanyi sambil dayung agak2 ok x heeee tapi tu lah kuat betul kudrat mereka yg mendayung tu pun dh agak berumur kan prof

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalaulah pendayung tu nyanyi "dayung, dayung sampan" lagilah meriah he he he :) Memang dah agak berumur dan ramai perempuan yang mendayung, pasal tu agaknya mereka kurus-kurus belaka.

      Padam
  5. Salam prof... saya p hcm tp x sempat ikot mekong tour... p 3 hari jer...huhuhu... if I ever get the chance to revisit hcm, mekong trip will def be in my list....bnyk shopping FM prof...he..he.. blh plak mika merempit bwk sampan ye..haha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Farikica yang baru balik dari oversea. Kalau ada peluang lagi Farikica pergilah ke Mekong Delta, memang seronok merempit di sungai tu :) Adalah sikit-sikit beli FM sebab harganya murah bebenor.

      Padam
  6. FM di sana sure ada bentuk pompuan body cun pakai bj tradisional..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul tu Zila. Bukan saja pd FM, tapi itulah pakaian yg dipakai mereka setiap hari. Ce tengok gambar pendayung sampan tu, baju tradisional ni yg mereka pakai.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.