Tentera dan Kuda Terrakota (Terracotta Warriors and Horses) adalah satu lagi tarikan Xi'an yang tidak saya lepasi. Tentera dan Kuda Terrakota ini tersenarai dalam UNESCO sebagai Warisan Dunia dan ia adalah salah satu daripada keajiban dunia. Jadi destinasi ini saya tunggu-tunggu!
Tentera dan Kuda Terrakota ini adalah patung-patung tanah liat yang telah dibuat oleh Maharaja Qin pada masa hayat beliau. Tetapi dilakukan dengan sembunyi tanpa sesiapa mengetahuinya. Para sejawaran juga tidak mengetahuinya sehinggalah ia dijumpai oleh sekumpulan petani pada tahun 1974 ketika mereka mengorek tanah untuk membuat perigi. Pertemuan ini menggemparkan kerana terdapat beribu-ribu patung tanah liat dan ia masih lagi dalam pencarian kerana ada lagi patung-patung yang dijangka masih tertanam di perut bumi Xi'an ini.

Ukiran besi berbentuk pahwalan dan kuda pada tingkap muzium Tentera dan Kuda Terrakota |
Kompleks muzium Tentera dan Kuda Terrakota |
Ketika saya
ke sana secara solo pada Julai 2012 baru-baru ini, saya dapat melihat muzium yang dibina di
sebuah kompleks yang luas. Ia mempunyai kemudahan dan pelbagai tarikan untuk
memudahkan orang mengunjunginya. Muzium ini pernah menerima sijil Sistem Pengurusan Berkualiti dengan Piawaian ISO9001 dan sijil Sistem Pengurusan Alam Sekitar
dengan piawaian ISO14001 pada tahun 2004.
Mereka berjanji untuk memberi kepuasan kepada pengunjung muzium ini, menjaga alam sekitar, memberi perkhidmatan yang baik, membina muzium berkelas dunia dan berterusan untuk menambahbaik muzium. Ramai orang datang samada pelancong tempatan atau luar negara. Saya dah pergi ke sini, jadi saya dah tahu memang muzium ini terbaik!

Pelancong dalam dan luar negara mengunjungi Muzium Tentera dan Kuda Terrakota |
Muzium ini
telah dibuka pada tahun 1979. Ia adalah muzium yang dibina di tempat
penemuan patung-patung terrakota itu. Muzium ini melambangkan harta Maharaja Qin dan pertahanan kota
sebelum Maharaja Qin meninggal.
Ahli arkeologi sedang mengkaji artifak Tentera dan Kuda Terrakota |
Terdapat
tiga buah lubang dalam tanah yang telah dibenarkan untuk orang ramai melihat. Lubang-lubang dalam tanah
itu berada di bawah bumbung yang berdinding. Terdapat 8,000
tentera dan kuda tanah liat dan 10,000 senjata tembaga yang ditemui di
lubang-lubang ini. Mana saya tahu? Ini semua ada tulis di situ. Baca je.
Masa saya ke situ dapatlah saya lihat 5-6 orang ahli arkeologi sedang mengkaji artifak patung-patung ini di tapak arkeologi yang juga adalah muzium Tentera dan Kuda Terrakota.
Masa saya ke situ dapatlah saya lihat 5-6 orang ahli arkeologi sedang mengkaji artifak patung-patung ini di tapak arkeologi yang juga adalah muzium Tentera dan Kuda Terrakota.
Lubang Pertama
Tentera terrakota di barisan hadapan dengan pangkat masing-masing.
Mula-mula saya mestilah pergi ke Lubang Pertama. Lubang
Pertama itu adalah lubang dalam tanah yang terbesar. Kira-kira 230 meter panjang, 62 meter lebar. Bukan saya yang ukur tapi dah ada tulis kat situ. Ia mempunyai
kira-kira enam ribu patung tentera dan kuda tanah liat ini. TU DIA! AMBIK KAU! Punyalah banyak patung-patung ini. Ia diletakkan berdiri menghadap ke
hadapan dan ada juga yang menghadap ke arah
kiri dan kanan, melambangkan setiap arah
ia dikawal.
Patung-patung tentera ini dibuat daripada tanah liat, nama pun Tentera dan Kuda Terrakota, takkan buat dengan tepung kan? Setiap patung diukir secara berlainan mengikut pangkat ketenteraan dalam pemerintahan Dinasti Qin. Semuanya bersaiz sebesar manusia, menggambarkan ketinggian seni dan teknologi China purba. Patung-patung tanah liat yang basah ini kemudian dibakar menggunakan tanur (kiln). (Kalau jumpa patung ni waktu malam harus saya lari, macam zombie Kampung Pisang je)

|
Tidak ada satupun patung yang sama. Setiap patung mempunyai perbezaan sebagaimana manusia yang dilahirkan di dunia ini adalah berbeza. Dikatakan bahawa patung-patung ini dahulunya dicat dengan pelbagai warna tetapi sekarang warna itu sudah luntur. Patung-patung ini memegang senjata tembaga yang berbentuk pisau bengkok, panah, busar, pedang dan tombak. Tetapi senjata itu sudah tidak ada di tangan patung-patung itu lagi. Mungkin dah patah.
Saya hairan, "Kenapa banyak sangat patung-patung ini? Nak buat hapa?" Ma Zhuo, kawan China saya pernah kata,. "Maharaja Qin membuat patung-patung ini untuk menemaninya
di alam kubur." Oh gitu...Barulah saya faham kepercayaan orang dulu-dulu ini.
(Terdiam sejenak: Apakah persediaan saya di alam barzah nanti? Teringat saya pada surah As-Sajdah dan Al-Mulk. Ada diriwayatkan dalam hadis bahawa bagi yang sering membaca dan beramal dengannya, surah-surah ini akan menyelamatkan dia dari siksaan kubur).
Berbalik kepada Tentera dan Kuda Terrakota; patung-patung ini
diletakkan di dalam lubang-lubang yang
agak dalam dan panjang macam parit. Terdapat dinding dan parit-parit yang dibuat daripada tanah,
batu-bata dan kayu untuk menempatkan patung-patung ini. Lantai di dalam
lubang-lubang ini juga diletakkan batu-bata. (Rajinnya).
Pada masa dahulu, sebelum lubang-lubang ini ditemui, penduduk setempat menjadikan bahagian atas lubang-lubang ini sebagai kubur. Ada ditunjukkan di situ gambar kubur-kubur itu.
(Terdiam sejenak: Apakah persediaan saya di alam barzah nanti? Teringat saya pada surah As-Sajdah dan Al-Mulk. Ada diriwayatkan dalam hadis bahawa bagi yang sering membaca dan beramal dengannya, surah-surah ini akan menyelamatkan dia dari siksaan kubur).
Jabir bin Abdullah r.a menceritakan,"Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk." (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah)
Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi [Surah Al-Mulk]." (Hadis Riwayat At Tabrani)
"Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosa iaitu Surah Al Mulk." (Hadis riwayat Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
Tentera dan kuda-kuda di pertahanan belakang |
Beribu-ribu tentera terrakota bersedia di barisan belakang. Hairan saya melihat kegigihan dan ketelitian pembuatnya. |
Pada masa dahulu, sebelum lubang-lubang ini ditemui, penduduk setempat menjadikan bahagian atas lubang-lubang ini sebagai kubur. Ada ditunjukkan di situ gambar kubur-kubur itu.
Lubang Kedua
Lubang Kedua terletak di dalam bangunan berbumbung yang lain. Di sini saya dapat melihat lubang-lubang yang sudah dikosongkan. Dikosongkan oleh siapa? Sayapun tak tahu. Ada sisa-sisa yang tertinggal dan serpihan patung-patung tanah liat. Terdapat juga alat-alat ketenteraan seperti perisai, pedang, pisau dan busar di lubang itu.
Lubang-lubang ini dahulu dipenuhi dengan patung-patung terrakota |
Lubang-lubang ini telah dikosongkan |
Sebahagian daripada sisa-sia peninggalan patung terrakota di lubang kedua |
Terdapat juga pameran tentera ini di ruang legar kompleks ini.
Lubang Ketiga
Lubang Ketiga pula mempunyai parit-parit, tentera serta kuda yang disusun mengikut susunan asal. Kawasan ini agak gelap dan sejuk. Ia diterangi oleh cahaya matahari yang terpancar melalui bumbung cermin.
Tentera-tentera dan kuda-kuda terrakota mengawal di setiap arah: depan, kanan dan kiri |
Terdapat 68 buah patung tanah liat, 40 buah shu (senjata, apa entah) dan 4 buah panah tembaga ditemui dan dikeluarkan dari lubang-lubang ini. Lubang ketiga ini musnah teruk apabila ditemui. Ia berukuran 28.8 meter panjang, 24.57 meter lebar dan kedalamannya 5.2-5.4 meter.
Orang ramai boleh melihat tentera dan kuda terrakota dengan mudah dari setiap arah |
Tentera dan kuda terrakota dibiarkan tanpa dibaikpulih atau diperbaiki demi menjaga keasliannya sebagaimana ia ditemui |
Tiang-tiang dibina dalam dinding yang memisahkan setiap parit. Batu-bata disusun di atas lantai. Shu iaitu sejenis senjata tembaga digunakan
oleh tentera yang berpangkat di sini pada Musim Bunga dan Musim Luruh. (Aku sendiri tak tahu bagaimana rupa shu itu).
Terdapat pelbagai cara digunakan untuk mengukir patung ini; antaranya ialah ukiran secara bulatan, bergaris dan pengecatan warna. Ada sedikit lapisan warna yang tertinggal pada patung-patung ini menjadikan ia amat berguna sebagai kajian.

Setiap sudut dan lorong dalam lubang ini dikawal rapi oleh tentera-tentera terrakota |
Muzium Pameran, Kedai Cenderamata
Selain daripada lubang-lubang, terdapat juga muzium yang memamerkan sejarah Maharaja Qin, tentera dan kuda terrakota ini. Jadi sayapun masuklah, dah bayar mula-mula masuk tadi, jadi kira sekali harunglah.
Muzium pameran sejarah Maharaja Qin dan Tentera dan Kuda Terrakota |
Kedai-kedai
cenderamata juga sudah pasti tidak ketinggalan. Banyak magnet peti sejuk berbentuk Tentera dan Kuda Terrakota
dijual. Tapi saya tidak beli sebab ia patung.
Ada juga yang suka meminta pengukir mengukir wajahnya seperti tentera tanah liat itu.
Ada juga yang suka meminta pengukir mengukir wajahnya seperti tentera tanah liat itu.
Magnet peti sejuk Tentera dan Kuda Terrakota |
Cara Pergi
Untuk ke Muzium Tentera Terrakota ini amat mudah. Saya ke sini sendirian. Naik bas sahaja. Saya pergi ke stesen bas Shaanxi yang berdekatan dengan stesen keretapi Xi'an dan naik bas 306. Bas itu, bas pelancong (tourist bus).
Naiklah bas 306 ini untuk ke Bing Ma Yong |
Pada sangkaan saya, pemandu bas pelancong itu mestilah tahu bahasa Inggeris. Sayapun tanyalah pemandu bas dan konduktor bas yang kedua-duanya perempuan, "Is this the bus to “Terracotta Warrior?" Tetapi sangkaan saya meleset kerana mereka tidak faham langsung. "Terracotta Warrior? Terracotta Warrior?" Saya ulang banyak kali. Tapi mereka angkat tangan surrender - tak faham. Mulalah saya nak mengomel, "Apasallah kau tak belajar perkataan "Terracotta Warrior"? Kau kan bawak bas pelancong?"
Lalu saya mengeluarkan kertas yang saya cetak dari internet. Ada tulisan China. Barulah mereka tahu tujuan saya. Mereka suruh saya naik bas itu. Dalam pengumuman oleh konduktor bas tu dia selalu sebut bing ma yong. Rupa-rupanya untuk menyebut nama muzium itu dalam bahasa China ialah bing ma yong. Saya belajar perkataan baru hari itu. Bing ma yong! Hah, ingat tu, sebut bing ma yong. Sebut terracotta warrior memang sampai kiamat tak sampai.

Tambang basnya murah sangat. 6 yuan (RM3) je satu hala. Perjalanannya lebih kurang 1 jam. Ia perhentian yang terakhir. Dalam perjalanan dapatlah saya melihat pemandangan dan pinggir kota Xi'an. Antaranya ialah Universiti Politeknik. Masa lalu kat Politeknik ini teringat saya pada Leah kawan baik saya semasa belajar di Monash University Australia dulu, dia bekerja di sini tetapi dia telah hilang, missing in action, tak tahu entah ke mana. Sedih jugak. Saya selalu berdoa semoga saya terserempak dengan dia di Xi'an. Tapi hampa.
Kaunter tiket untuk naik jeep berkuasa elektrik ke muzium bing ma yong. |
Kaunter tiket di bing ma yong. Walaupun kelihatan orang bersesak-sesak, namun perkhidmatan menjual tiket dilakukan dengan efisyen. Tidak perlu menunggu |
Tetapi
semasa balik perkhidmatan jeep ini tidak ada. Jadi perlu jalan kaki untuk ke
luar pagar. Untuk pulang, saya naik bas 306
sekali lagi yang sedia menunggu di kawasan parkir di luar muzium. Di situ juga ramai penjual buah peach yang sedang bermusim ketika itu.
Jadi kalau anda ingin ke muzium bing ma yong ini jaganlah ragu-ragu. Ikutlah cara saya.
Jadi kalau anda ingin ke muzium bing ma yong ini jaganlah ragu-ragu. Ikutlah cara saya.
Pengunjung berjalan masuk kemudian menaiki jeep ke bing ma yong |
...bersambung
Baca kisah kembara selepas ini:
KEMBARA SOLO KE XI'AN (10): Menaiki Keretapi Selesa dari Xi'an Ke Beijing
Baca kisah kembara sebelumnya di bawah ini:
KEMBARA SOLO KE XI'AN (10): Menaiki Keretapi Selesa dari Xi'an Ke Beijing
Baca kisah kembara sebelumnya di bawah ini:
Salam Yong
BalasPadamTabahnya berjalan2 di bulan puasa yang panas itew.
Kubur Maharaja tu jumpa dak Yong ?
Berapa lama masa di ambil untuk meneliti keseluruhan kompleks tu / sehari cukup ka ?
Salam Yong ASP,
PadamMasa bulan puasa baru2 ni musim cuti. Universiti di sini tutup, tak boleh buat apa-apa...jadi guna cuti itu utk ke Xi'an. Tapi masa tu memang paneh bebenor. Mecuat-cuat peluh.
Jadi teman keluor subuh-subuh sepie. 8 pg dah naik bas, sampei di muzium tu pukul 9, pukul 12 tgh hari teman balik. 3 jam melawat tempat ini dah lebih dari cukup.
Kubur Maharaja tu di kawasan lain. On the way nak ke muzium itu bas lalu di situ. Ada orang kenen teman ngajak ke kubur tu, tapi teman tak bekenan nak ke kubur tu...bg teman dah cukup melawat muzium terracotta tu...
bila la saya nak dapat peluang ke sini jugak....
BalasPadam@ kayrol,
PadamInsyaAllah suatu hari nanti kayrol akan sampai dengan usaha, rezeki dan izin Allah.
kagum ngan usaha seni orang dulu-dulu. kalau dilihat sejarah, banyak yang luarbiasa dicipta zaman dulu...
BalasPadamorang kata penciptaan terhenti sejak tahun 1960an..lepas tu dah tak ada sesuatu yg baru dicipta contohnya cipta mentol lampu, talifon, kereta, kapal terbang... yg ada sekarang cuma sambungan dan kembangan daripada ciptaan-ciptaan lama.
Ya betul tu Janggel/Rain ..there is no new in newness...internet yg dikatakan media barupun adalah gabungan daripada media-media lama seperti tv, radio, filem,lukisan, fotografi, dll.
Padam