Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Sabtu, 15 September 2012

KEMBARA SOLO KE XI'AN [8]: Masjid Barat dan Komuniti Islam Xi'an

Kalau ke Xi'an, Masjid Besar (Grand Mosque) adalah tumpuan utama. Namun itu bukan satu-satunya masjid yang terdapat di kota Xi'an. Terdapat beberapa buah lagi masjid. Sekurang-kurangnya terdapat 12 buah masjid di sekitar kota Xi'an. Salah satunya ialah Masjid Barat (West Mosque).

Kedai kek halal di hadapan Masjid Barat


Masjid Barat letaknya di antara Lorong Miao Hou dan Lorong Damaishi. Kedua-dua lorong ini juga tidak jauh dari Lorong Muslim dan Menara Gendang.

Saya ke sini pada Ramadhan 1433 baru-baru ini. Jalan kaki saja. Saya terpancing untuk melihat masjid ini disebabkan ia tercatat di dalam peta kota Xi'an yang diberikan kepada saya oleh pihak hostel yang saya inapi.

Di kawasan Masjid Barat ini terdapat ramai orang Islam berniaga. Amat mudah mencari masjid ini kerana ia letaknya di tepi jalan, di kawasan pasar orang Islam. 

Peniaga-peniaga di situ senang sekali menunjukkan arah masjid itu apabila saya tanyakan pada mereka. Sebagaimana orang Hui di tempat lain, mereka amat gembira melihat kita orang Islam datang ke tempat mereka. Kemesraan terasa apabila berbual dengan mereka. 

Masjid Barat letak betul-betul di hadapan sebuah kedai kek halal. Ketika saya ke situ pada waktu dhuha, pintu masjid ini bertutup dan berkunci jadi saya tidak dapat masuk ke dalamnya. Saya cuma dapat melihatnya dari luar.

Masjid Barat di Xi'an

Masjid ini berkubah dan di belakangnya terdapat kawasan rumah pangsa. Namun keadaan masjid ini tidaklah terpelihara memandangkan keadaannya yang tidak kemas: wayar elektrik berselirat di luar dan bonjolan plastik (apa entah) terletak di atas atap masjid.


Kawasan rumah pangsa di belakang Masjid Barat

Saya amat gembira dapat melihat orang Islam di negara China dan mengamalkan Islam di negara Komunis ini.


Gambar-gambar berikut dengan jelas menggambarkan suasana Islam di Xi'an.



Pasar pagi tempat orang Islam berniaga. Kelihatan wanita Islam membeli-belah.

Lorong Miao Hou dipenuhi orang Islam


Kedai-kedai daging halal dan busana muslim terdapat dengan banyak di sini

...bersambung
Baca kisah kembara selepas ini: 
KEMBARA SOLO KE XI'AN  (9):  Keajaiban Tentera dan Kuda Terrakota

Baca kisah sebelumnya di bawah ini:

8 ulasan:

  1. SAlam Yong Prof

    Memang seronok kan melihat orang Islam berada di mana2 tambahan lagi ke tempat yang kita mengembara. Sejuk rasa hati...itu yg keme rasa la.
    Yong, masa pegi ke Xi'an ni, cuaca macamana ? keme tak mau la pi musim panas, belengeh...hehe
    Yong pegi ni ada rancang ker nak melawat tempat2 tertentu or just redah ajer then bila sampai baru tengok2 apa attraction yang ada?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Yong ASP,
      Memang sejuk hati teman menengokkan orang Islam di China ni.

      Cuaca masa teman pergi tu paneh bebenor, melengeh-lengeh, kering tekak tak terkata, puasa pulak tu, sabor je le...

      Sebelum pergi teman rancang betul-betul, survey2 dulu, surf internet dulu, print out apa yg patut..tak boleh main redah je...

      Padam
  2. salam prof..Nekcik suka benor kalau berada disini..nekcik suka nak rasa makanan depa tu..AA tak sampai Xian ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Nekcik,
      Nekcik tentu suka di sini. Orang Islamnya baik-baik. Makanannya pun sedap2. Kalau ada peluang datanglah ke sini :)

      Padam
  3. Salam NA, Masjid ni dimana2 bentuknya sama aja kan...? x kiralah di asia ke eropah ke, tetp sama...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Farikica,
      Kebanyakan masjid yang saya lihat di China berbeza dengan yang ada di dalam entri ini. Selalunya ia mempunyai senibina China seperti tokong/kuil, cuma Masjid Barat ini banyak menyerupai senibina Islam.

      Padam
  4. Masjid Barat ini agak berlainan dan tak begitu nampak senibina Cinanya. Mungkin dibina pada abad yang berlainan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul Mie, Masjid Barat ini memang berlainan daripada masjid yang sering kita lihat di China. Saya pun mempunyai pandangan yang sama, kalau masjid di China mempunyai kubah, biasanya ia baru dibina.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.