Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Jumaat, 21 September 2012

KEMBARA SOLO KE XI'AN (10): Menaiki Keretapi Selesa dari Xi'an ke Beijing

Pulang ke Beijing dari Xi'an dengan menaiki keretapi selesa amat menyeronokkan. Ia amat berbeza dengan keretapi-penumpang-sesak yang saya naiki semasa ke Xi'an dari Beijing tempoh hari. 

Kali ini semasa pulang keretapinya amatlah selesa.



Bilik tidur dalam gerabak keretapi T44


Keretapi untuk ke Beijing yang saya naiki ini dilengkapi dengan katil di dalam bilik (kabin). Ada 4 buah katil dua tingkat. Ia dilengkapi dengan bantal, selimut, meja, tong sampah, penyangkut baju, skrin tv dan termos air panas. 

Sebelum keretapi sampai penumpang menunggu di ruangan menunggu seperti di lapangan terbang. Ada pengumumannya pada papantanda digital di bilik menunggu itu tentang nombor platform, nombor keretapi dan waktu bertolak. Tetapi semua dalam tulisan China. Jadi saya rujuk tulisan-tulisan itu pada tiket keretapi saya. Untuk kepastian saya tanyakan pegawai keretapi yang beruniform biru dan bertopi.


Tiket keretapi T44 dari Xi'an ke Beijing yang berharga 442 yuan, bertarikh 30.7.2012



Keselesaan menaiki keretapi begini dapat dinikmati setelah membayar 442.00 yuan (RM221) untuk perjalanan dari Xi'an ke Beijing.


Keretapi bertolak tepat pada waktunya. Penumpang tempatan yang berkongsi kabin dengan saya baik-baik orangnya. Mereka menawarkan buah peach kepada saya. Dengan malu-malu alah saya terima permberian mereka. Sepanjang perjalan kami tidak banyak berbual kerana mereka tidak tahu berbahasa Inggeris. Saya pula tidak tahu bahasa China. Saya lihat mereka merendam mee segera untuk makan malam dengan menggunakan air panas yang disediakan pada satu bahagian gerabak itu. Saya pula makan nasi goreng yang saya beli dari sebuah restoren halal tidak berjauhan dengan hostel tempat saya menginap.

Paip air panas ini boleh digunakan penumpang untuk merendam mee segera dan membacuh kopi

Lorong di hadapan bilik/kabin dalam keretapi T44. Penumpang sedang mencari bilik dan katil masing-masing.


Tetapi kalau kita suka, kita juga boleh memesan makanan  di dalam keretapi dan berjalan-jalan dari satu gerabak ke satu gerabak yang lain.

Bilik sinki yang luas, bersih dan privasi


Bilik sinki yang boleh berkunci dan bercermin membolehkan saya membasuh tangan, mengambil wudhu, memberus gigi dan menukar pakaian dengan selesa tanpa gangguan. Tandas juga bersih dengan air serta tisu tandas disediakan. Selipar pakai buang juga disediakan.

Bunk bed yang bersih dan selesa

Saya lena dalam gerabak ini. Kita boleh memadamkan suis lampu kalau kita mahu. Plug untuk mengecas bateri telefon bimbit atau laptop juga disediakan.

Katil di tingkat atas lebih murah sedikit bayarannya

Keadaan dalam keretapi yang sunyi sepi apabila semua penumpang tidur. Hanya deruan gerakan keretapi sahaja yang kedengaran.

Apabila semua orang tidur suasana menjadi sunyi sepi. Hanya kedengaran deruan keretapi yang lembut bergerak di atas landasan dengan laju. Suasana sunyi sepi ini  memberi kesempatan pada saya untuk solat bersendirian di dalam keretapi. Pengalaman yang tidak boleh saya lupakan. Apabila waktu sahur tiba, saya bangun bersahur dengan tiada siapa yang menganggu. (Semasa ini bulan Ramadhan).

Konduktor wanita yang menjaga kabinku memastikan setiap penumpang sudah turun setelah sampai di Beijing


Perjalanan 16 jam dari Xi’an ke Beijing menaiki keretapi selesa ini mengurangkan penat di badan. Pegawai koduktor wanita yang menjaga gerabak saya juga boleh berbahasa Inggeris. Layannya juga mesra. Dia meminta tiket dari saya dan menyimpannya. Kemudian dia mempelawa saya untuk memesan makanan sekiranya saya mahu. Sejam sebelum sampai ke Beijing dia memaklumkan kepada saya yang stesen Beijing sudah hampir, lalu memulangkan tiket saya dan menyuruh saya bersiap sedia. Jadi saya tidak perlu risau akan tersalah stesen. Apabila sampai dia mengucapkan bye bye dan memohon maaf kepada saya dengan berkata, "I'm sorry my English is not good."

Keretapi T44 sudah sampai di Beijing

Penumpang gembira setelah selamat sampai di Beijing


Itulah pengalaman seronok saya menaiki keretapi ketika mengembara solo di China.

Dengan ini entri untuk Kembara Solo saya ke Xi'an ingin melabuhkan tirainya. Ikuti Naramas Aman mengembara di China dalam entri akan datang. Ada cerita menarik untuk anda. Wassalam.

Baca kisah kembara selepas ini: Backpack Ke Mongolia Dalam (1): Permulaan Kembara Yang Mengujakan

Baca kisah kembara sebelumnya di bawah ini:


20 ulasan:

  1. Salam,

    Tgk gambar keretapi ni nampak jauh lebih elok drp keretapi duduk tempohari. Boleh tanya brp harga tiket keretapi duduk tu? Is train the best way to get to Xian? How about day time view from the train?

    Sorry, first time komen dah banyak soal dan banyak songeh :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam R.a.W,
      Terima kasih kerana sudi baca dan menulis di ruangan ulasan ini. Saya amat menghargai setiap komen pembaca/rakan2 Nota Kembara.

      Ya, keretapi ini jauh lebih elok dari keretapi duduk tu. Yang duduk tu bayarannya 150 yuan (RM75). Kurang selesa, sebab orang terlalu ramai dan sesak, ada yg berdiri. Toilet pun tak bersih :(

      Train is the best way to get to Xian as it is cheap and punctual. Flight selalu delay & mahal.

      Masa saya naik keretapi pada siang hari, pemandangannya cantik juga, nampak bukit-bukit, sungai, pekan-pekan kecil.

      Padam
    2. Okaylah tu. Kalau RM75, lebih baik bayar yg RM200 lebih sikit ni. Ingatkan RM10-20 je utk yg duduk tu, hahaha! Habis tu yg org2 lain yg tak ada tempat duduk sbb tak reserve tu semua kena bayar RM75 juga ke? Flight dengar cerita Air Asia nak fly direct ke Xian tapi dari Bangkok.

      Padam
    3. Saya rasa mereka bayar sama walaupun tak ada tempat duduk...kesian...

      Oh ye ke AirAsia nak fly ke Xian, tapi dr Bangkok. That's good to know.

      Padam
  2. Walaupun tiket agak mahal, tapi rasanya amat berbalui...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun rasa berbaloi. Tak rugi bayar sebanyak itu dengan perkhidmatan yg baik.

      Padam
  3. Kak, saya suka entry ni, sebab akak citer detail pasal train dan yang paling PENTING pasal kebersihan train ni, saya ni fobia sikit kalau toilet2 train yg kotor ni, sb merasa kt India dulu, haih jenuh la nk menahan sepanjang perjalanan.. By the way, tiket tu akak beli on the spot ke apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. @BlueEwoke,
      Terima kasih kr suka entri ni. Ya tandas keretapi ni bersih. Ada juga keretapi di sini yg tak bersih. Tapi kalau perjalanan tu jauh, kita mesti nak guna tandas jugak kan...macam mana nak tahan.

      Tiket tu tak beli on the spot...kena beli 5-7 hari sebelum pergi. Kalau tidak tak merasalah. Orang ramai sangat, tiket cepat habis.

      Padam
  4. Salam Yong Prof

    Wah....best train ni...tak pe mahal tapi buat hati senang....
    nanti nak naik train dari Xi'an ke Urumqi ( hai...berangan tak abih abih )
    Pengembaraan yang menyeronokkan walau di bulan puasa yang menjerihkan...selamat kembali ke Beijing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Yong ASP,
      Best train ni..berbaloi. Nanti Yong pergilah naik keretapi ke Urumqi, nak jugak dengar cerita Yong tu nanti.

      Memang bulan puasa di sini panas sangat, lebih-lebih lagi di Xian. Sabor je le.

      Padam
  5. maknanya prof, kita tidak perlu risau la.. mmg ada konduktor yg ingatkan ye bila dah sampai ke destinasi kita... hm lega... sbb saya plan dari beijing nak ke harbin... risau gak.takut terlepas.hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. eKa,
      Apa khabar? Ya, konduktor akan ingatkan setiap penumpang, tiket setiap penumpang dia pegang. Bila nak sampai lagi sejam dia pulangkan dan ingatkan kita supaya siap sedia, tapi yang ini untuk keretapi yang berkatil. Kalau yang lebih murah tambangnya, macam semasa saya ke Xi'an hari itu, tak siapa peduli...pandai-pandai sendirilah...

      Padam
  6. Wah memang selesa nampaknya keretapi tu.. tapi berbaloikan untuk perjalanan yang panjang.
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Janggel/Rain,
      Memang selesa sangat. Walaupun bayarannya mahal, tapi kita senyum sepanjang perjalanan.

      Padam
  7. wahhh train kabin tu mcm ala2 dlm istana siap ade langsir lagi. toilet yg ade sinki pn nampak sgt bersih! utk perjalanan selama 16jam, patut hadiahkan diri sendiri yg layanan yang premium kan akak. hehehe. tersenyum puas kalo hati puas hati. tak kisah lah bayar mahal skit kan. teringat pulak kabin mcm ni time naik kat india aritu. takdelah secantik yg ni, kebersihan pn so-so je. tp okla dgn harga yg rm35 (first class). hahahah

    china vs india (putih vs hitam) ade byk beza tuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tp rasa pelik nape konduktor tu simpan tiket akak? kalo saya macam dh risau takut dia pegi jual kat org lain. hahaha nasib baik akak takde pape.

      Padam
    2. @Danny/John,
      Konduktor tu simpan SEMUA tiket penumpang, kemudian dia rekodkan dlm buku dia, lepas tu dia ganti dengan satu kad. Dia suruh kita simpan kad itu. Kad tu dia kata boleh order makanan. Akak rasa dia simpan tiket kita untuk pastikan penumpang itu turun di stesen yg betul sebab sejam sebelum sampai dia pulangkan tiket itu dan kita pulangkan balik kad yg dia bagi tadi. Akak rasa sistem begini bagus jugak. Maknanya mereka jaga penumpang mereka. Maklumlah penumpang semua tidur dgn selesa. Jadi dia boleh kejutkan penumpang tu kalau dah sampai. Kalau dia tidak buat begitu, akak rasa ramai yg terlajak tidur dan ramai yang terlepas stesen he he he..

      Padam
    3. @Danny/John,
      Memang seronok dpt naik keretapi macam ni.

      Akak tak pernah pergi India lagi. Akak baca blog Danny/John je. Sangat sangat menarik catatan perjalanan Danny ke India. Akak enjoy baca :) RM35 FIRST CLASSS je?, bestnya, jimat banyak....

      India vs China: Lain padang lain belalang kan...Itulah Hitam Putih Kehidupan...:)

      Padam
  8. Assalm NA .. tertarik hati saya membaca blog ni ... he2 .. macam mana nak book tket train tu .. ada sistem online ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam dynaz amir,
      Maafkan saya kerana lambat membalas. Baru perasan ada ulasan dari dynaz.

      Tiket ke Xian kena beli di kaunter tiket yang terdapat di merata-rata tempat di Beijing. Kena beli dalam 7 atau 5 hari sebelum pergi. Tidak ada sistem on-line untuk beli tiket ini. Tetapi ada juga agen (on-line) yang buat perkhidmatan membeli tiket tetapi mereka kenakan charge, tetapi saya tak ingat berapa. Sila rujuk travelchinaguide.com.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.