Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Rabu, 26 September 2012

Raya di Beijing Bersama Ribuan Umat Islam


Sebulan sudah Syawal berlalu, namun bahang kegembiraan menyambut Raya di Beijing masih terasa oleh saya dan keluarga saya. Pengalaman dan suasana yang kami rasai amat berbeza dengan yang pernah kami hadapi di tempat lain. Dua minggu sebelum habis Ramadhan ahli keluarga saya sudah berada di Beijing. Kebetulan pula cuti semester universiti ketika itu, maka kami dapatlah berpuasa dan beraya bersama-sama.

Di Beijing kami berhari raya pada hari Ahad, 19 Ogos 2012. Sebenarnya kami ada dua pilihan:
1. Menyambut raya di Kedutaan Malaysia Beijing dengan  makanan disediakan selepas solat,

ATAU
2. Menyambut raya di Masjid Niu Jie (masjid tertua  dan terbesar di Beijing selatan) tanpa makanan disediakan.
Yang mana satukah yang kami pilih?

Setelah berbincang, kami sekeluarga bersetuju untuk menyambut raya di Niu Jie. Kami ingin merasai suasana beraya bersama umat Islam China. Ini adalah keunikan yang kami cari. Peluang ini tidak akan kami lepasi.

Kalau anda bagaimana?

Maklumat waktu solat telah kami perolehi melalui imam-imam dari Masjid Dongsi dan Nandouya ketika kami solat dan membayar zakat fitrah di masjid itu. Kami diberitahu bahawa bayaran zakat fitrah ialah 15-20 yuan (RM7.50-10.00) seorang. Waktu berkumpul untuk solat sunat Aidil Fitri di semua Masjid di Beijing ialah pukul 9.00 pagi, tetapi kutbah akan diberikan terlebih dahulu. Ini bermakna, solat akan bermula setelah setengah jam kutbah disampaikan. Mereka mengatakan bahawa ramai orang akan berkumpul di Masjid Niu Jie.


1 Syawal 1433 Yang Cerah dan Indah


Pada pagi 1 Syawal 1433 yang mulia itu kami keluar seawal 6.00 pagi kerana perjalanan harus melalui beberapa jenis kenderaan dan laluan: naik beng beng (beca bermotor), naik keretapi subway tiga kali tukar, naik bas dan jalan kaki.

Anak-anakku membayar tambang beng beng ke stesen subway


Kami menggunakan laluan Batong, 1 dan 2 dan turun di stesen Changchunjie. Semasa turun di Changcunjie, kami bercadang hendak menaiki bas ke masjid itu. Kamipun berjalan keluar stesen subway untuk mencari bas ke Niu Jie. Tetapi tiba-tiba seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50an menggamit-gamit kami. Di tangannya ada kopiah putih. Kami yakin dia orang Islam. Dia lalu mengajak kami ikut dia ke masjid. Kamipun ikut dan berjalan kaki bersama-sama. Cuaca pagi itu cerah dan indah. Kami berjalan kaki kira-kira 15 minit.

Sesampai hampir di kawasan masjid, kami lihat orang ramai. Polis mengawal di setiap sudut jalan di Niu Jie. Untuk pengetahuan anda Niu Jie ialah pekan yang dihuni oleh ramai orang Islam. Sepanjang-panjang Jalan Niu Jie terdapat premis-premis perniagaan orang Islam.

Kami sampai di masjid Niu Jie pada pukul 7.30 pagi. Kami lihat di kawasan luar masjid sudah ada permaidani dibentangkan. Ini bermakna jemaah Islam akan ramai dan ruang dalam masjid tidak cukup untuk menampung jemaah yang ramai. Beberapa orang duduk di tepi masjid menunggu waktu solat bermula. Pegawai-pegawai masjid mengedarkan takwim kepada orang ramai. Kotak-kotak hijau untuk membayar zakat fitrah diletakkan di laluan kawasan masjid. Ramai orang memasukkan duit ke dalam kotak-kotak itu.

Sebelum pukul 7.30 pagi kaum lelaki dan wanita Islam Beijing masuk ke kawasan Masjid Niu Jie untuk solat Aidil Fitri
Pada pagi Syawal remaja Islam Beijing turut menyertai solat Aidil Fitri
Di pagi Syawal orang Islam Beijing berduyun-duyun ke Masjid Niu Jie
Masih awal pagi untuk solat Aidil Fitri
Orang Islam memasukkan duit (zakat fitrah/derma) ke dalam peti

Dewan Solat Wanita


Keluarga saya yang lelaki ke bahagian lelaki (bangunan depan). Saya ke bahagian wanita (bangunan belakang) lalu mengambil wudhu. Ketika itu orang tidaklah ramai lagi. Saya lihat beberapa orang jurugambar mengambil gambar. Saya nampak seorang wanita Indonesia lalu saya menegurnya. Dia memberitahu yang dia baru sampai bersama keluarganya semalam untuk merayakan Aidil Fitri di Beijing.

Ruang solat wanita masih belum dipenuhi lagi. Saya pun mengambil tempat di dalam dewan wanita. Pelbagai gaya dan rupa wanita China pada hari itu. Semua berpakaian cantik dan memakai tudung. Ada juga yang baru belajar-belajar pakai. Tidak kurang juga yang tidak mahu pakai.

(Untuk pengetahuan anda, wanita China yang bekerja dengan kerajaan tidak dibenarkan memakai hijab.  Itulah sebabnya wanita-wanita Islam di sini kelihatan kekok memakai tudung dan ada yang teruja memakainya hanya pada hari perayaan ini).

Wanita Islam Beijing menunggu solat Adil Fitri

Jemaah wanita Islam memenuhi  dewan solat wanita di Masjdi Niu Jie

Solat Sunat Aidil Fitri


Tidak berapa lama kemudian kutbah disampaikan oleh khatib diikuti dengan bacaan hadis. Semuanya dalam bahasa China. Saya cuma agak-agak saja apa yang dimaksudkan itu. Mungkin tentang halal dan haram sebab itu yang disebut-sebut. Perbezaan solat raya di sini amat dirasai. Tiada takbir raya. Kutbah dimulakan dahulu kemudian diikuti dengan bacaan hadis dan kemudian solat sunat Aidil Fitri. Yang ketara di sini selepas bacaan Al-Fatihah tidak disertakan dengan "Amin." Selepas solat sunat ada doa. Semua orang menadah tangan. Saya pun ikut.


Selepas Solat Sunat Aidil Fitri


Selepas solat saya keluar dan barulah saya dapat melihat ramainya orang Islam Beijing sehingga melimpahi kawasan luar dan belakang masjid. Beribu-ribu orang Islam China datang ke situ pada hari itu. Bak kata penglipur lara dalam Hikayat Melayu klasik:
 
Yang capik datang bertongkat,
Yang buta meraba-raba,
Yang tuli leka bertanya,
Yang kecil terambin lintang,
Yang jarak tolak-tolakan,
Yang pendek tinjau-meninjau,
yang kurap mengekor angin.



Pelancong-pelancong bukan Islam juga turut hadir untuk menyaksikan acara keagamaan ini. Tidak kurang juga jurufoto dan wartawan hadir untuk mendapatkan berita.

Orang Islam tanpa mengira usia di hadapan Masjid Niu Jie
Sejurus selepas solat sunat Aidil Fitri selesai jemaah Islam yang solat di bahagian luar bangunan Masjid Niu Jie melangkah keluar kawasan Masjid
Permaidani dilipat sejurus selepas solat Aidil Fitri selesai dan orang ramai meninggalkan kawasan masjid
Bersalam-salaman dan bertegur-sapa sesama jemaah Islam Beijing selepas solat Aidil Fitri di hadapan dewan solat lelaki Masjid Niu Jie

Suasana amat sesak. Saya bertemu semula dengan ahli keluarga saya di pintu masuk.

Itu dia! Baru itu kami tahu berapa ramai orang Islam di Beijing ini. Kami amat gembira melihatkan ramainya orang China Islam.

Dalam ramai-ramai orang itu kami bertemu dengan orang China Islam yang kami kenali di Pasar Antik Panjiayuan tempoh hari. Gembira sangat kami berjumpa mereka sekeluarga, lalu kamipun bergambar bersama.


Kami bergambar dengan orang Islam China yang kami temui di Pasar Antik Panjiayuan tempoh hari. Pihak radio dan tv Beijing juga menemuramah kami.


Kemudian kami diwawancara oleh wartawan CRI (China Radio International) dan dirakamkan dengan video. Soalannya senang saja hendak dijawab: "Apakah pendapat anda menyambut perayaan ini di Beijing?" Glamor jugak sekejap. Lebih-lebih lagi ada wartawan dan jurugambar yang meminta kami melakonkan semula cara kami berjalan beraya di Niu Jie...ha ha ha ....ini  buat Lady Gaga nangis ni..sebab kami lebih glamor.

Beribu-ribu umat Islam Beijing membanjiri Masjid Niu Jie sehinggakan polis perlu bertugas di situ

Mencari Makan



Di hadapan kawasan masjid terdapat banyak restoren halal. Perut kami sudah menyanyikan lagu "Keroncong Buat Ana"...apa lagi restoren itulah yang kami hendak serbu. Kami pergi ke satu restoren ke satu restoren mencari makanan tetapi hampa. Orang terlalu ramai sehingga semua meja penuh dan nasi yang kami mintapun sudah habis.

Oleh kerana beribu-ribu umat Islam di Beijing berkumpul di Niu Jie, banyak gerai Islam dibuka di sepanjang jalan. Kami beli itik panggang, kacang dan kuih bulan (moon cake). Hah ingat Chap Goh Mei aje ada moon cake? Di Beijing, hari raya pun orang makan moon cake.


Gerai-gerai orang Islam dibuka dengan banyaknya di luar kawasan Masjid Niu Jie

Ketika mencari-cari makan itu kami terlihat 3 orang remaja Malaysia. "Macam orang Malaysia je?" tegurku. Lalu kamipun berkenalan. Mereka ialah Syafiqa, Asrol dan Faris. Mereka juga menyambut raya di Niu Jie dan sama seperti kami tidak mahu beraya di Kedutaan. Mereka bertiga adalah siswa Universiti Malaya yang datang ke Beijing untuk belajar bahasa China. Sudah tiga bulan mereka belajar. Setelah itu kamipun pergi mencari makan bersama-sama.

Gerai-gerai yang mempromosikan makanan dan seni ukir tembikai

Kami sambung tujuan kami mencari makanan bersama-sama dengan remaja bertiga itu. Kami pergi lagi ke satu restoren ke satu restoren mencari makanan tetapi hampa. Orang terlalu ramai, semua restoren penuh. Kami kemudiannya pergi ke food court - Muslim Food Palace. Di situpun semua meja penuh. Kami tunggu sehingga ada orang bangun.


Restoren dan food court  di Niu Jie yang penuh sesak dengan pengunjung. Moon cake  halal ini saya beli dengan harga 15 yuan (RM7.50) sebiji. Inilah kuih raya kami.


Setelah mengisi perut dengan nasi di Muslim Food Palace kami datang semula ke Masjid Niu Jie kerana ketika itu sudah masuk waktu Zohor.

Selepas solat kami berbual-bual dengan beberapa orang yang datang. Kami berkenalan dan bergambar. Masjid Niu Jie adalah tempat tumpuan ramai dan dengan mudah kita berjumpa orang baru. Lepas satu satu orang ingin berkenalan dan meminta kami bergambar bersama mereka. Glamornya. Boleh bukak fan club he he he..

Berkenalan dan bergambar dengan pengunjung Masjid Niu Jie di hari raya


Dipenjarakan Kerana Memperjuangan Islam di China


Petang itu saya duduk di bangku di hadapan Masjid Niu Jie. Ada seorang pakcik berusia dalam lingkungan 70-80an duduk di sebelah saya. Dia lalu memuji orang yang memakai hijab. Dia kemudiannya bercerita sesuatu kepada saya dengan semangat dan menitiskan airmata. Saya tidak faham apa yang diceritakannya. Dia ada menyebut fisabilillah dan innalillahi wainna ilahirojiun. Pakcik itu memberi saya hadiah sebuah buku dalam tulisan China. 

Saya ingin sekali mengetahui apa yang diceritakan pakcik itu yang pada perasaan saya ia menarik. Kalau tidak mengapa dia menitiskan airmata? Saya lalu memanggil Asrol yang boleh bercakap dan memahami bahasa China untuk menterjemahkan penceritaannya itu. Memang benar-benar menarik cerita pakcik itu.

Pakcik itu menceritakan tentang perjuangannya dahulu. Pakcik ini pernah dipenjarakan selama 40 tahun kerana memperjuangkan Islam di China suatu ketika dahulu. Beliau menceritakannya sambil menitiskan airmata. 

Pakcik ini pernah dipenjarakan 40 tahun kerana mempertahankan Islam suatu ketika dahulu


Asyik mendengar perbualan pakcik ini tidak sedar muazin melaungkan azan Asar di pintu masuk masjid Niu Jie. Kamipun menunaikan kewajipan kami.

Muazin melaungkan azan Asar di hadapan pintu masuk masjid. Imam dan pengiringnya berdiri di belakang muazin dan menghadap ke arah masjid ketika beliau melaungkan Azan.


Setelah solat asar kamipun pulang ke rumah dengan perasaan gembira menyambut raya bersama ribuan orang Islam Beijing.

Semoga pakcik yang dipenjarakan kerana mempertahankan Islam di China itu mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Albani).
 Firman Allah: (maksudnya)
“Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun” (Surah al-Ahzab ayat 23).

Wassalam.

Baca juga:
PANDUAN UNTUK UMAT ISLAM DI BEIJING
TEMPAT MENARIK DI BEIJING #5:  Jumaat di Niu Jie 
Pos Khas Naramas Aman dan Ucapan Raya dari Beijing

19 ulasan:

  1. Wah dah keluar pon entry yg ditunggu! Ramainya umat islam di Beijing kan. syukur.
    Meriah betul raya kat China, tak macam kat Tsukuba, minority katanya kan.

    Siap diinterview lagi ye. Cayalah keke.
    ps: saya suka tengok org ramai..macam2 benda boleh dipelajari,

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Janggel/Rain,
      Terima kasih kerana menunggu entry ni :) Islam sampai lebih dahulu di China berbanding dengan Jepun, itu sebabnya di Jepun tak ramai orang Islam lagi. Di China, orang Islam pun golongan minoriti. Tetapi disebabkan rakyat China ini ramai sangat, jadi memang nampak ramailah.

      He he he kena interview. Siap berlakon lg. Kalau Janggel ada di Beijing masa tu pun saya rasa mesti dia orang interview Janggel jugak...glamour kan...

      Di China ni ke mana-mana kita pergi memang dipenuhi manusia. Macam-macam kita boleh belajar.

      Padam
  2. Salam Yong

    Kalau keme pun akan pilih beraya di Masjid Niu Jue
    Melihat dan cuba merasai kelainan, ye lah kan..peluang macam ni bukan datang selalu...
    tahniah Yong dapat bersama2 dengan kelompok muslim yang begitu ramai di sana, walau berbeza budaya dan bahasa tapi satu akidah...best nyer
    seharian mengglamorkan diri...tu lagi best tu....maknanye penduduk tempatan menerima kehadiran orang luar dengan baik
    Memang terbaeeekkkkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali ASP Yong,
      Orang China memang gemar melayan orang luar. Suka ambil gambar dengan kita. Ramai juga yang bagi nombor telefon suruh contact. Tapi masalahnya, kalau contact nak cakap apa? Kita ni tak tahu cakap China :(

      Memang seronok bila melihat ramai orang Islam di China. Di sini kita dapat lihat bahawa orang Islam itu bersaudara.

      Padam
    2. @ASP Yong,
      Kalau Yong pilih raya di Niu Jie, saya rasa Yong akan teruja dan tak menyesal. Yong pulang ke Malaysia pun kaya dengan pengalaman yg bermakna.

      Padam
  3. Hari rayapun bukak restoran noh..kalo kita kat sini..seminggu tutup restoran..hebat2!!!

    Baju rayapun tak grand cam kita..hebat lagi!!!

    Yg lagi hebat..anak2 remaja prof hensem2 belaka!!! hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Zila,
      Hari Raya pun dia orang berniaga sebab di China ni orang Islam golongan minoriti, jadi hari raya bukan public holiday.

      Ada juga orang China yang pakai jubah putih dan berserban ke masjid. Nampak suci dan bersih, wajah-wajah mereka sesuci lebaran. Sejuk hati melihatnya.

      Hensem? Alhamdulillah kurniaan Allah :)

      Padam
  4. Wah lepas ni bolehlah panggil Lady NA pulak... :D

    Kalau saya pun akan memilih utk bersolat di sini berbanding di kedutaan.
    Terharu melihat ramainya umat Islam di sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Mie,
      Lady NA? kwang kwang kwang he he he :D

      Kalau Mie pilih raya di Niu Jie, saya rasa itu pilihan terbaik, walaupun tak ada jamuan raya, tapi kita dapat rasai suasana sebenar beraya dgn orang Islam Beijing. Makan tu kita boleh beli di restoren depan masjid kan?

      Terharu melihat ramainya umat Islam di Beijing bermakna Mie seorang yang cintakan sesama Islam dan cintakan agama Islam.

      Padam
  5. Rasa mcm pernah sampai kat Masjid Niu Ji nih... beraya di perantauan ni memang x sama dngn di msia tp pengalaman tu memang kita akan ingat... penah saya berbuka puasa pada pukul 10 pg di fast food outlet kat victoria station kerana pekerja kebab yg berbangsa bangladesh tu kata dah raya... kami pon raya la jugak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Farikica,
      Bukankah Farikica sudah sampai ke Masjid Niu Jie ni? Tak gitu? Berbuka puasa 10 pg di Victoria Station dan kita tak tahu hari itu raya ke tidak, ini berlaku sebab Islam bukan dianuti oleh kebanyakan orang di negara itu. Kemudian ada banyak mazhab dan kumpulan. Ada yang raya hari ini, ada yang raya besok. Ada yg tengok anak bulan. Ada ikut kalender. Ada ikut Arab Saudi. Macam-macam.

      Padam
  6. Kuat betul iman pakcik tu ya... Sayu plak baca citer pakcik yg dipenjara tuh....:(

    BalasPadam
    Balasan
    1. @ Farikica,
      Memang sayu mendengar cerita pakcik tu. Mereka menerima banyak dugaan/cubaan. Mereka masih beriman dan iman mereka kuat. Kita berdoalah semoga iman mereka tetap dan jangan Allah bolak-balikkan hati mereka terhadap Islam.

      26 September 2012 8:00 PTG

      Padam
  7. membaca catatan kembara NA membuatkan hati sy tersentuh dan merindui kota Beijing. InsyaAllah satu ketika nanti akan ke sana lagi ... tp kali ni dgn misi nak menjejaki xian sekali dgn berkeretapi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ina,
      Apa khabar? Semoga kunjungan ulangan Ina ke kota Beijing membuahkan memori yang indah dan Ina dpt bertemu dengan orang yang baik-baik. Kalau ke Xian pula jangan lupa melawat masjid-masjid, Lorong Muslim dan tempat-tempat lain yang tak sempat saya liputi. Naik keretapi juga menarik dan boleh kenal rapat dgn masyarakatnya. Semasa saya naik keretapi ke Xian hari itu, pertama kali saya melihat iklan makanan halal dalam tv di dalam keretapi, siap dgn pelakon perempuannya memakai hijab dan lelakinya memakai kopiah. Sesuatu yang sukar kita temui di negara China.

      Padam
  8. Wah best nye tgk ramai2 org china pegi solat raya, tapi sayang sebab perempuan kt sana tak dibenarkan berhijab pula..emm xpe la nk buat mcm mana, mudah2an Allah permudahkan segala urusan mereka.

    Memang benarlah agama Islam adalah agama yang paling cepat berkembang di mana2 juga, tidak terkecuali di China, emm bangga!

    BalasPadam
    Balasan
    1. @BlueEwoke,
      Kalau kita lihat orang Islam Beijing yang berhijab, mereka adalah orang tua-tua atau yang bekerja sendiri.

      Bila saya berada di China baru saya dapat mengetahui betapa ramainya orang Islam.

      2 Oktober 2012 12:31 PG

      Padam
  9. teringin nak pegi tempat2 asing ketika raya.. terutama di China, pasti dapat tengok ribuan umat islam solat raya!

    BalasPadam
  10. Salam ilyani,
    Kalau gitu tahun depan, ilyani pergilah ke Beijing atau Xi'an pada hari raya, tentu meriah. Dapat beraya bersama umat Islam China adalah pengalaman unik.

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.