Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Ahad, 9 September 2012

KEMBARA SOLO KE XI'AN [7]Luar :Menara Gendang dan Menara Loceng Megah di Tengah Kota


Menara Gendang (Drum Tower) dan Menara Loceng (Bell Tower) adalah tarikan Xi'an. Ia letaknya di tengah-tengah kota Xi'an. Kelihatan antik, tetapi berdiri kukuh dan megah. Kedua-dua menara ini amat gemar dikunjungi orang kalau ke kota Xi'an.



MENARA GENDANG

 
Pintu masuk Menara Gendang (Drum Tower) 


Menara Gendang ini telah dibina pada 1380 ketika zaman dinasti Ming (1568-1644), kemudian ia dibaikpulih dan diubahsuai pada zaman Dinasti Qing (1644-1911). Ia  telah digunakan pada suatu ketika dahulu untuk menunjukkan waktu dan memberi amaran pada situasi kecemasan.

Ia mempunyai dua tingkat  dan berketinggian kira-kira 34 meter. Uniknya menara ini ialah ia dibina tanpa menggunakan paku besi.



Menara Gendang dibina tanpa paku

Tiket masuk berharga 30 yuan. Tambahan 20 yuan lagi sekiranya ingin melihat Menara Loceng. Ketika saya ke sana, saya hanya memilih untuk memasuki Menara Gendang sahaja kerana bagi saya ia sudah memadai untuk melawat bahagian dalam menara dan meninjau kota Xi'an dari pandangan atas.


Gendang besar diletakkan di tingkat satu (bahagian beranda menara)


Gendangnya bewarna merah dengan tulisan merah

Beberapa buah gendang besar diletakkan di tingkat satu di bahagian beranda Menara Gendang ini.




Pelbagai gendang dan perabut lama dipamerkan di dalam Menara Gendang


Di dalam Menara Gendang terdapat muzium gendang. Di sini kita dapat melihat pelbagai jenis gendang. Selain itu kita dapat melihat senibina menara ini yang cantik dan antik. Perabut-perabut antik juga terdapat di situ. Pertunjukan gendang juga diadakan, tetapi semasa saya ke sana, persembahan itu sudah berakhir,  mungkin kerana saya datang lewat petang.

Beranda di tingkat atas Menara Gendang. Dari sini kita boleh melihat kedai-kedai di persekitaran dan Lorong Muslim

Kedai-kedai yang terdapat berdekatan dengan Menara Gendang Xian


Kedai-kedai cenderamata banyak terdapat di sini



Cenderamata untuk dibawa pulang


Oleh kerana Menara Gendang ini terletak di Lorong Muslim maka  dari tingkat atas menara ini, kita boleh melihat kawasan perniagaan itu dengan jelas. Selain itu kota Xi'an yang sibuk juga dapat kita lihat.

Kedai-kedai cenderamata dan barangan antik juga terdapat di persekitarannya. 



Menara Loceng ini letaknya di tengah-tengah roundabout
Kita juga boleh melihat Menara Loceng yang letaknya di bulatan (round about) tidak berjauhan dengannya.

Menara Loceng dan Menara Gendang ini dikatakan menara kembar kerana kedua-duanya mempunyai ciri-ciri dan fungsi yang hampir sama.



MENARA LOCENG


Ketika Dinasti Ming, Xi'an adalah kota pertahanan ketenteraan yang penting.

Menara Loceng ini adalah binaan tradisional/purba yang masih dipelihara dengan baiknya. Ia dibina daripada kayu dan ukiran pintunya menggambarkan perhiasan Dinasti Ming dan Qing.



Loceng besar diletakkan di Menara Loceng (Bell Tower) 


Terdapat 2 tingkat semuanya. Di tingkat satu kita boleh melihat sebuah loceng digantungkan. Pada masa dahulu loceng ini diketuk untuk memberi amaran terhadap serangan musuh.

Terdapat tanaman hijau dan bunga-bunga menghiasi kawasan Menara Loceng di Xian


Menara ini di kelilingi dengan tanaman pokok bunga yang cantik. Di sekeliling menara ini terdapat pusat membeli-belah yang moden. Disebabkan ia terletak di tengah-tengah bulatan jalan (round about), maka ia amat mudah untuk dilihat.


Untuk memasuki Menara ini kita perlu melalui stesen subway kerana ada jalan bawah tanah yang dibina untuk pejalan kaki ke sana.



 



CARA KE SANA



Ambil bas 4, 6, 7, 8, 11, 12, 15, 16, 26, 29, 32, 35, 36, 37, 43, 45, 46, 118, 201, 203, 205, 206, 208, 214, 215, 216, 218, 221, 222, 229, 235, 239, 251, 252, 300, 302, 502, 600, K600, 603, 604, K605, 606, 608, 609, 611, 612, K618, K630, 706, Tourist Bus Line 7, Tourist Bus Line 8 (610), Airport Shuttle Bus No.1...turunlah di perhentian Bell Tower.


...bersambung

Baca kisah kembara selepas ini: 
KEMBARA SOLO KE XI'AN  (8):  Masjid Barat dan Komuniti Islam Xi'an

Baca kisah sebelumnya di bawah ini:

8 ulasan:

  1. brape lama akak kat xi'an ni? mcm2 tempat akak visit ye kat sana. menarikk! btw, berkenan sungguh FM metal based yg bentuk mcm terracota warrior tu. rare giler!

    btw, bila akak nk balik msia? sy insyaALLAH akan ke sana gak end of april dgn kwn2 blogger. tp akan ke guiling. insyaALLAH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya di Xi'an cuma 5 hari. Ya akak melawat tempat2 yg akak suka je...akak juga ada melawat Terracotta Horses and Warriors tu. Memang FM terracota tu unik dah menarik...Geram tengok. Tapi akak tak beli sebab semuanya gambar patung.

      Akak akan balik Msia insyaAllah Februari nanti. Nak ke Guilin? Interesting place. Sungai Li di sana ingin sekali akak nak pergi...

      Padam
  2. Bangunan nampak sangat kukuh walaupun sudah berusia ratusan tahun...

    Wah Danny nak berguling-guling di Guilin... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang China memang amat menghargai warisan, itu sebab ia kekal kukuh.

      Danny nak berguling-guling di Guilin...jangan sampai juling sudahlah...he he he

      Padam
  3. Menara di China semua jenis besar2 macam ni kan. Bukan jenis kurus dan halus macam menara2 di kebanyakan negara di eropah. (Wah becakap macam penah g europe je saya ni keke) . Good info. Thanks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Janggel/Rain,
      Di China ni kebanyakan binaanya besar-besar..

      Padam
  4. Saya masih belum sampai sini, insya Allah satu hari nanti. Impressive sgt sb tak guna paku buat bangunan tu, teringat muzium kt kuala kangsar, katanya tak guna paku jugak..heheheh (eh ye ke? ke saya salah hehehe)

    BalasPadam
    Balasan
    1. @BlueEwoke,
      InsyaAllah, boleh sampai ke sini suatu hari nanti. Betul, di Kuala Kangsar, Istana Kenangan tak guna paku, saya selalu ke sana, balik kampung :)

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.