Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Isnin, 19 Mei 2014

Vietnam Lagi (3): Perjalanan ke Sungai Mekong dan My Tho Yang Eksotik

O leh kerana saya ni "hantu sungai", apabila kunjungan ke Vietnam kali ini banyak aktiviti di atas sungai, saya sangat sangatlah teruja. Kesemua aktiviti ini disediakan oleh sahabat saya Hajah Salwa tauke Wilayah Utara Travel, jadi saya goyang kaki saja he he he....Jadi kalau ada sesiapa yang nak tanya fasal macam mana ke sini dan perkara yang terperinci tu, saya memohon maaf awal-awal ye...

Kenapa saya suka sungai? Sebabnya sungai membuatkan saya tenang. Sejak dari kecil saya mandi di sungai. Air sungai sudah sebati dalam diri saya. Saya langsung tak takut dengan air sungai. Kalau saya nampak sungai, saya rasa macam nak terjun dan berenang di dalamnya. Inilah perasaan saya setiap kali saya nampak sungai.


Perjalanan Bas Ke Sungai Mekong dan May Tho


Pemandangan sungai dan kampung yang saya ambil dari dalam bas yang bergerak laju

Dari bandar Ho Chi Minh kami menuju ke Sungai Mekong dengan menaiki bas. Kira-kira sejam perjalanan kami. Sepanjang jalan saya dapat melihat pemandangan indah: sungai, sawah padi, kebun-kebun dan rumah-rumah.

Sawah padi dalam perjalanan ke Sungai Mekong

Petani sedang bercucuk tanam


Teratai Kembang di Tasik


Teratai adalah bunga yang menjadi kebanggaan orang Vietnam. Ia boleh dilihat di kolam-kolam, tasik dan sawah di seluruh negeri ini. Bagi orang Vietnam teratai adalah lambang ketulenan, optimistik masa depan dan komitment.


Teratai ditanam dengan banyaknya di dalam sawah dalam perjalanan bas ke Sungai Mekong

Semasa saya lalu di sawah-sawah padi ketika menuju ke Sungai Mekong itu saya dapat melihat bunga-bunga teratai kembang di sawah. Tapi ia terlalu jauh dari saya kerana ketika itu saya sedang menaiki bas. Terasa ingin sekali melihat bunga teratai itu dekat-dekat. Mulalah saya berangan-angan dapat bergambar dekat dengan teratai yang cantik itu. Bilalah agaknya dapat peluang ini?

Tempat hentian rehat di Sungai Mekong

Apabila hampir sampai ke destinasi, kami singgah sebentar untuk menggunakan bilik air.  Ramai sangat orang menggunakan bilik air di situ. Kena beratur panjang dan kena bawa cebuk sendiri kerana tandasnya tak sediakan paip air.  Alamak lecehnya!!! Mujurlah ada air mineral dalam beg saya. Fuh!!!

Di situ kami berpeluang melihat taman yang indah. Apa yang memeranjatkan saya taman itu penuh dengan BUNGA TERATAI!!!!!! Mata saya terbuka luas, rasa macam dah terjojol biji mata saya kerana hajat saya telah tercapai. Yahoo!!! Lompat!!! Angkat tangan tinggi-tinggi!!!

Mulalah saya tangkap gambar sana sini dan teringatlah lagu-lagu "Teratai"  Ramli Sarip/Sweet Charity, Sharifah Aini dan "Teratai Layu di Tasik Madu" Fauziah Latif..... he he he

Layan gambar sambil nyanyi...la ...la ....la...

....Oh Teratai Bunga Indah....
...engkaulah pujaan hatiku...
...telah lama kau ku rindukan..... wahai teratai bunga indah....
 ...sungguh cantik paras wajahmu...
....sinar matamu bagaikan suria pagi...
....setiap insan selalu terpikat ....
...memandang mu teratai bunga indah....
...oh tolong lindungi dia... agar ku dapat bersamanya lagi ..
...ku inginkan terataiku sayang..berseri seperti semula....

 

Merentas Sungai Mekong


Apabila sampai di Sungai Mekong, kami pun menaiki bot yang terdapat di situ. Kami  merentas sungai yang dalam itu dengan gembira. Terdapat empat buah pulau di kawasan itu: Unicorn, Phoenix, Dragon dan Tortoise.  Kami menuju ke pulau Unicorn yang berdekatan.

Bot penumpang di Sungai Mekong
Kapal pun boleh belayar di perairan Sungai Mekong
Jambatan merentas Sungai Mekong


Pulau Unicorn


Kira-kira 5 minit kemudian kami pun sampai di pulau Unicorn.

Pengkalan di Pulau Unicorn
Terdapat restoren halal di tepi tebing Sungai Mekong di Pulau Unicorn



Apa ada di Pulau Unicorn?


Madu Lebah Asli, Royal Jelly dan Biji Bunga


Makcik ini membawa lebah yang dibela dan menyuruh kami merasa madunya
Amoi ini menghidangkan kami teh bercampur madu asli dan melayan kami dalam bahasa Melayu

Di Pulau Unicorn kami melihat tempat belaan lebah dan membuat madu. Kami pun mencuba madu lebah itu, minum teh yang dicampur madu asli dan menyapu royal jelly pada kulit dan memakan biji bunga.  Kami pun beli setelah mencubanya. Sebotol mandu asli berharga RM16.00.


Membeli-belah Dengan Harga Murah


Setelah itu kami pergi membeli-belah barangan tempatan yang dibuat di pulau itu. Harganya amat murah berbanding dengan yang terdapat di pasar Ben Than di bandar Hoh Chi Minh. Peniaga-peniaga di sini bercakap Melayu dengan kami dan meletakkan harga barang dalam Ringgit Malaysia.

Pakaian kanak-kanak
Beg

Beg kulit
Beg kulit lembu ini dibuat di sini dan berharga RM40-50

Seronok membeli-belah di sini. Saya membeli duan buah beg tangan kulit yang lembut dan beberapa keping fridge magnet.


Makan Buah-buahan Tempatan Sambil Dihiburkan


Penyanyi ini menyanyikan lagu Vietnam untuk kami
Pemuzik yang mengiringi penyanyi tadi

Setelah itu kami pergi ke sebuah restoren yang terletak berdekatan dengan bazar tadi. Kami memakan buah-buahan tempatan yang ada di situ seperti durian, rambutan, buah naga, mempelam dan minum teh sambil dihiburkan oleh penyanyi tempatan. 

Lagu yang dinyanyikan ialah lagu Vietnam (tak pasti lagu rakyat atau apa, sebab tak faham) dan lagi satu yang seronok didengar ialah lagu Melayu: "Anak Kampung" (nyanyian asal Jimmy Palikat/One Nation Emcees). Seronoknya mendengar mereka menyanyi lagu Melayu dalam rentak irama Vietnam. :)


Penyanyi ini nyanyi lagu Melayu...."Anak Kampung"
Durian Vietnam yang kami makan
Buah naga
Buah-buahan tempatan yang dihidangkan kepada kami
Buah-buahan tempatan yang terdapat di Pulau Unicorn
Durian Vietnam

Selepas memakan buah-buahan tempatan dan mendengar lagu kami pun menuju ke tebing sungai. Kali ini sungainya kecil dan banyak sampan-sampan. Ini adalah satu kejutan buat saya...weeeee seronoknya!!! Tapi akan saya ceritakan dalam entri akan datang..... :)

...bersambung


20 ulasan:

  1. Teratai layu di tasik madu hiks...alahai Pulau Unicorn ke namanya....ahaha...hari tu follow je tour guide tu dia x mention lah nama pulau tu..paling best part makan buah sambil dgr dorang nyanyi tu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi teratai tu tak layu, tu yang tukar tajuk kepada "Teratai Kembang di Tasik".. he he he...Ya, Unicorn..memang seronok makan buah sambil dihiburkan dengan nyanyian :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Pergi ikut Wilayah Utara Travel.

      Padam
    2. Macam best je ke P.Unicorn...mohon pandangan...jika masa di HCM terhad mana yang patut di beri keutamaan dan kepuasan...Chu Chi Tunnel @ P.Unicorn?

      Padam
    3. Memang best ke Pulau Unicorn. Di Sungai Mekong tu ada banyak pulau, jadi boleh juga ke pulau lain. Kalau masa terhad, saya rasa elok pergi Pulau Unicorn sebab banyak perkara menarik boleh dilihat di situ. Selain daripada naik bot, dapat rasa madu asli, makan buah, dengar lagu dan macam-macam lagi yang saya belum ceritakan lagi.

      Padam
  3. prof... saya punya trip next week pun gi vietnam...harap2 ada cover la sungai mekong ni... asyik nyopping je sesekali tukar selera pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Sungai Mekong pun boleh shopping, lagi murah.... :)
      Kalau ke Sungai Mekong tu, boleh menikmati keindahan alam sekitar dan melihat budaya penduduk tempatan.

      Padam
  4. Kat Vietnam ni pemandu boat biasanya ada kat depan tak macam biasanya di belakang, Yang tak tahannya bau hapak pemandu tu habis kena pada penumpang...

    Nampaknyakebanjiran pelancong Malaysia telah menyebabkan bahasa Melayu jadi lebih popular di sana...

    Memang shopping kat pulau-pulau tu jauh lebih murah dari di HCM city...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik saya tak duduk dekat pemandu tu, saya duduk di belakang sekali dan pakai penutup hidung (mask).

      Betul tu Mie, tiap-tiap hari Vietnam menerima pelancong dari Malaysia jadi mereka pun sudah dapat menguasai bahasa Melayu.

      Mie beli apa di pulau itu dulu? Memang murah barang-barang di sana berbanding di HCM, t-shirt Hard Rock Cafe (imitation) boleh dapat dengan harga RM5.00.

      Padam
  5. subanallah cantiknya pemandangan di sungai mekong..
    dengan bunga2 teratai sis..x sangka..baca entry first sampai skrg.mostly banyak org vietnam pandai bahasa melayu..patutla akak saya ckp sana..rasa mcm kat malaysia.. sbab byak tau bhasa melayu..siap nanyi lagu anak kampg lagi...buah naga tu sungguh nyelerakan he..he. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pemandangan Sungai Mekong memang cantik, Kalau Sobri ke sana boleh lihat sawah, rumah petani, bunga teratai kembang, kerbau, bot di atas sungai dan aktiviti penduduk tempatan.

      Bahasa Melayu dan matawang ringgit digunakan dengan meluas di sana. Kita tak perlu risau untuk berkomunikasi dan membeli-belah.

      Padam
  6. banyak juga rupanya tempat menarik di vieatnam ni..gambar sangat cantikkkkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak tempat menarik di sana untuk dilawati. Di Sungai Mekong ada banyak pulau tapi kami cuma sempat ke sebuah pulau saja. Kalau Faizal ke sana, bolehlah ke pulau-pulau itu dan masuk ke kampung-kampungnya.

      Pemandangan negeri yang cantik membuatkan gambar cantik :)

      Padam
  7. Durian vietnam. .mcm sedap tuh.... pndai amoi tu ckp melayu ya.. mesti semua pelancong melayu bg ke dia. .hehe. ...pulau2 yg selain unicorn tu prof didiami org ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Durian kita lagi sedap daripada durian Vietnam. Aaah pandai Amoi tu cakap Melayu, hari-hari jumpa orang Melayu, pasal tu dia pandai. Ya, pulau-pulau lain didiami orang dan pelancong juga suka datang ke situ.

      Padam
  8. bunga teratai tu cantik sangat..lebih2 lg yang prof zoom tu. saya belum pernah tengok bunga teratai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau macam gitu kena pi tengok sendiri Zila. Memang cantik di permukaan tasik.

      Padam
  9. Saya dh dua kali ke kesana tapi x dgr pun pasal p unicorn. Ruginya saya. Bulan dpn nk kesana lagi boleh x gtau cara2 nk kesana. Pergi sndiri leh tak. Kalau kena amik pakej brapa rm klau balik hari. Harap dpt feedback sgra. Tkasih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak pergi sendiri pun boleh sebab ada bas ke sana. Kalau ikut travel agent pun boleh. Oleh kerana saya ikut rombongan pada masa itu, saya tak tahu berapa perbelanjaan ke pulau ini. Mohon maaf. Zaini boleh tanya hotel tempat Zaini menginap itu.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.