Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Rabu, 4 Januari 2012

Medan | 4: Fridge Magnet Pamer Senibina Tempatan

Inilah Fridge Magnet yang saya beli ketika di Medan. Saya beli daripada penjaja di kaki lima. Mereka datang menyuakannya pada saya. Setelah ditawar dapatlah saya harga yang murah. Harganya lebih kurang RM3.00 satu dan saiznya agak besar, iaitu 2 kali ganda saiz magnet pesti sejuk yang biasa kita lihat.

Magnet peti sejuk disebut Mahnet Kulkais di Medan. Di Medan magnet mudah didapati di tempat-tempat tumpuan pelancong: Rumah Makan Famili, Rumah Makan Lubuk Idai dan di Pasar Ikan.


Gambar di atas ialah magnet rumah adat bagi suku kaum Batak di Medan. Paling kiri (atas)  menunjukan rumah adat dari pandangan sisi rumah.

Magnet yang terletak di kiri (paling bawah) dibentukan menjadi rumah adat dari  pandangan tepi dan depan. Perkataan Horas yang bertulis pada FM Rumah Adat ini bererti "salam". Ia juga ucapan pertemuan atau perpisahan dalam bahasa Batak. 

FM yang paling kanan pula dibentukkan menjadi sebuah replika rumah adat pada pandangan depan.


Ini ialah Istana Maimoon, lambang Kesultanan Melayu Deli. Istana Maimoon membuktikan bahawa penduduk asal Medan ialah Melayu. Magnet petisejuk ini dibuat daripada campuran batu.

Ini ialah FM pejabat pos Medan. Rekabentuk binaanmya mempunyai pengaruh Belanda. Ia telah dibina pada tahun 1911 dan telah berusia 100 tahun. Ia terletak di Persimpangan Jalan Balai dan Lapangan Merdeka, Medan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...