Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Jumaat, 6 Januari 2012

Berastagi | 2 : Lari ke Puncak Dingin, Menghirup Angin Segar

Di atas puncak Berastagi kabus semakin menebal dan udara semakin dingin. Segarnya amat terasa. Rintik-rintik hujan musim tengkujuh menambah dingin lagi udara khatulistiwa di tanah tinggi nusantara ini.  Patutlah ia jadi tumpuan ramai. Kalau nak lari dari hiruk pikuk kota Medan dan asap beca motosikal yang berkepul-kepul lagi menyesakkan rongga hidung, Berastagi adalah tempat pelarian terbaik. Ia tidaklah begitu jauh, kira-kira 2 jam perjalanan menaiki bas dari kota Medan.



Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung adalah kemuncak yang tertinggi di Berastagi. Kemuncaknya yang mencuar kelihatan dari kejauhan. Ia adalah gunung berapi yang masih aktif. Ia pernah memuntahkan laharnya. Kali terakhir Gunung Sinabung memuntahkan laharnya pada Ogos 2010. Kerana itu tanah di Berastagi berwarna hitam dan sangat subur bagi tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sejenak dari Al-Quran:

"Dia menjadikan gunung-gunung di atas bumi, supaya jangan ia bergerak-gerak bersama kamu dan (menjadikan) sungai-sungai dan jalan-jalan, mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk" (An-Nahl, 16:  15).




Kandungan tanahnya yang berhumus tinggi memungkinkan limau, jagung, lobak merah, cili, brokoli, pisang, terung dan kobis tumbuh subur. Berastagi asalnya dari cerita tentang tempat ini yang dahulunya ditanam padi dan banyak beras, tetapi kemudian sudah tiada lagi, jadi Berastagi adalah singkatan kepada Beras Tak Ada Lagi.



Berastagi menjadi tempat yang digemari oleh Belanda ketika menjajah Indonesia. Mereka telah membina rumah persinggahan, hotel dan bungalow. Ada juga rumah yang mempunyai serombong asap yang tinggi kerana mereka gemar menyalakan api untuk memanaskan badan. Bunga-bunga tumbuh segar di pergunungan ini, sejauh mata memandang.



Gereja terdapat di mana-mana sahaja. Namun saya lebih gembira apabila terlihat masjid tersergam indah di pergunungan ini.

Di pergunungan ini ada sebuah tempat yang menjadi tumpuan pada waktu malam  iaitu Pasar Kaget (Pasar Terkejut). Ia mendapat nama demikian kerana pada waktu siang ianya sunyi, tetapi pada waktu malam ia tiba-tiba jadi tumpuan ramai kerana pasar malam di buka.

Ikutilah kembara saya yang menarik di pergunungan ini dalam pos yang akan datang.

...bersambung

1 ulasan:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...