Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman

Rabu, 4 Januari 2012

Berastagi: Makan Anjing dan Babi

Menuju Berastagi membuatkan kami perlu cukup rehat dan doa selamat. Perjalanannya agak jauh kira-kira 66km dan berliku-liku. Kami menaiki bas mini. Kami keluar dari pinggir kota melalui pekan-pekan kecil. Ia dihuni oleh suku kaum Batak Karo.

Pak Rahmat memberitahu bahawa suku Batak ini ada 6 iaitu Batak Karo, Batak Toba, Batak Angkola, Batak Mandahiling, Batak Pakpak dan Batak Simalungun. Kebanyakan orang Batak Karo beragama Kristian Protestan dan sedikit Katolik (18 peratus) dan Islam (28 peratus). Orang Batak ini dahlulunya beragama Femelim iaitu percaya kepada ruh leluhur dan animisme. 

Cuma Batak Mandahiling sahaja yang beragama Islam. Orang Batak mementingkan keluarga dan menggunakan nama keluaraga sebagai penghormatan. Nasution, Siregar adalah nama keluarga bagi Batak Mandahiling. Islam disebarkan oleh pedagang-pedagang Islam di pesisir pantai kerana lebih ramai orang bertumpu di situ. Itulah sebabnya Batak Mandahiling beragama Islam, mereka tinggal di pesisir pantai. 

Asalnya orang Batak tinggal di pergunungan. Orang Krisitian pula menggunakan strategi dakwah mereka dengan memasuki pedalaman dan pergunungan. Pendakwah pertama, Normensen, telah cuba mengubah kepercayaan animisme orang Batak, tetapi dia dianggap musuh lalu dibunuh. Pendakwah Kristian kemudiannya, seorang doktor perubatan, menggunakan strategi berlainan. Dia mempelajari bahasa Batak dan memahami adat mereka terlebih dahulu. Apabila suatu wabak penyakit berlaku dan dukun Batak yang mahir ilmu hitampun tak dapat mengubatkan orang-orangnya, maka doktor ini memainkan peranannya dengan memberi ubat-ubat kepada pesakit. Ramai yang sembuh. Kejayaan doktor ini disanjung oleh orang Batak dan mereka menganggap doktor ini telah dihantar oleh Dewa mereka, lalu beliau diterima. Setelah itu barulah doktor ini menyebarkan agama Kristian dan mengubah sedikit demi sedikit kepercayaan orang Batak ini.

Sejenak renungkan: "Kalau sekiranya Allah menghendaki, nescaya dijadikanNya kamu menjadi satu umat, tetapi Dia menyesatkan sesiapa yang dikendakiNya dan menunjuki siapa yang dikehendakiNya. Nanti kamu akan diperiksa tentang apa-apa yang telah kamu perbuat" (An-Nahl, 16:93).




"Orang Batak (yang bukan beragama Islam) makan apa sahaja binatang termasuklah anjing dan babi," jelas Pak Rahmat iaitu orang Medan. Itu sebab sepanjang jalan terdapat kedai yang menjual babi panggang dan anjing, diletakkan pada papantanda sebagai B1 (anjing)  dan B2 (babi).

Menurut Pak Rahmat yang memandu kami, "Perkataan BATAK itu bermaksud 'Babi, Anjing, Tak Akanku Kelewatan.' Ini bermaksud apa saja dibedalnya. Orang Batak juga pandai berbicara dan ramai yang jadi peguam. Itu sebab Batak itu juga maksudnya Banyak Taktik. Orang Batak juga suka minum tuak. Kalau lelaki Batak tidak ke warung tuak sekali dalam dua minggu, dia bukanlah orang Batak. Dari kecil anak lelaki Batak diajar bermain seruling, sekiranya tidak pandai bermain seruling tidak ada perempuan yang mahu berkahwin dengannya."

Sejauhmanakah kebenaran kata-kata Pak Rahmat ini tidaklah dapat dibuktikan. Kepada orang Batak, jangan marah ya, ini kenyataan Pak Rahmat, bukan saya.


Allah larang kita makan babi, sebab tidak mahu kita mengikuti perangai babi. Babi baunya busuk, makan apa saja yang kotor termasuk najisnya sendiri dan mudah membiak.

Larangan memakan babi dalam Al-Quran:

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu makan bangkai, darah, daging babi dan haiwan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampau, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (An-Nahl 16;115).


Di sepanjang jalan daerah Karo ini kami lihat banyak kedai-kedai OUKUP iatu tempat sauna atau rumuh lulur, mandian secara tradisional menggunakan herba seperti lengkuas, halia, kencur dan selimut panas. Oukup ini juga menyediakan perkhidmatan urut. Berselindung disebalik namanya, OUKUP ini juga menyediakan perkhidmatan seks.


Taman Hutan Negara di Sibolangit dapat saya lihat di perjalanan ke Berastagi. Lebih kurang 120 hektar luasnya. Dulu ada banyak harimau Sumatera di hutan ini, tetapi sayang bintang ini hampir pupus, cuma tinggal dalam 300 ekor sahaja. Hutan ini dikawal oleh pemerintah Indonesia iaitu dilarang menebang pokok atau memburu binatang. Apabila keadaan tanah semakin meninggi, jalan juga semakin berliku-liku. Jalannya jalan dua hala, jalan lama. Keadaan ini membahayakan. Ada juga kenderaan yang terbabas dan tergolek di tepi jalan.


Terdapat gerai-gerai buah-buahan seperti rambutan, manggis dan durian di sepanjang jalan. Kami berhenti di salah sebuah gerai durian. Nampak duriannya dari jenis yang baik. Kami sekeluarga tak cuba makan sebab sehari sebelum ke Medan kami dah kenduri durian kampung kami di Perak. Panas badanpun masih lagi terasa.Yang lainpun tak ada yang nak mula bukak durian. Jadi tengok ajelah.

Perjalanan diteruskan. Kira-kira 10km dari Sibolangit kami sampai ke Bandar Baru. Ada taman tema Green Hill di Bandar Baru. Ini adalah sebahagian dari tanah Karo. Alam semulajadinya nyaman dengan pohon-pohon menghijau.

Dari kejauhan kami dapat lihat gunung berapi Sibayak dan Sinabung yang masih aktif. Untuk sampai ke sana kita perlu jalan kaki selama 4 jam.


Udara semakin dingin. Kelihatan kabus di atas bukit menandakan suhunya menurun. Semakin kami hampir ke Berastagi semakin banyak rumah-rumah yang mempunyai papantanda bertulis Bungalow. Bungalow ini menyediakan kegiatan seks. Wanita-wanitanya dipanggil Angelou. Kata Pak Rahmat, "Jangan beri nama anak Angelou kerana maknanya yang buruk." Rumah-rumah di lereng bukit dalam  gambar di atas adalah Bungalow yang dimaksudkan.

Dalam entri yang akan datang saya akan ceritakan suasana Berastagi yang cantik, nyaman dan dingin.

6 ulasan:

  1. btul juga tuh yang anda tulis gan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama,
      Terima kasih. Cerita tentang orang Batak dan adat budaya orang Batak saya perolehi daripada Pak Rahmat. Dia orang Medan.

      Padam
  2. blog taik,,menjelekkan suku batak....
    kami tuhhh g makan babi dan g makan anjing...kami makan daging babi dan makan daging anjing biar kau tau tuhhh...ingat yg kami makan daging bukan hewan-a...kami makan daging babi itu melambang kn klu kami tuhhh mudah utk diberi pengarahan dan mudah utk mencari harta berlimpah klu dalam kesulitan,,,kami makan daging anjing itu melambang kn kami keras utk mencari rezeki,kekayaan dan kami tunduk akan Tuhan kami....ingat tuhhh

    BalasPadam
  3. hahaha anjing adalah hewan yang setia, makanya orang batak slalu setia pada pasangannya..
    dan dengan makan anjing membuat badan terasa kuat dan garang..
    kalo makan ayam si oto (sebutan orang batak ayam bego/ayam negri) ya hasil nya kya gitu haha..

    BalasPadam
  4. yang punya blog mana nih?orang Batak pada protes tuh..kayaknya blogger salah dapet info deh,pak Rahmat tuh kayaknya bukan orang Batak asli deh soalnya salah kasih info tentang adat budaya Batak.Meskipun saya bukan orang Batak dan seorang muslim tapi saya sedih juga kalo ada tourist guide Indonesia yg salah ngasih info tentang adat budaya kami.jadinya ya begini,jeleklah nama Batak di mata orang asing padahal itu tidak benar.HORASS....salam damai dari Jawa

    BalasPadam
  5. ga usah di bantah, org batak emang doyan makan daging babi dan daging anjing...betul kaaan...!?

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Sertakan nama anda sekali. Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.