Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Sabtu, 5 Julai 2014

Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (7): Naik Keretapi Dari Nara ke Kitaoji, Kyoto

Hari ini saya dan anak saya meninggalkan rumah tradisional Jepun Guesthouse Nara Backpackers yang telah memberi kami tempat yang selesa, penuh kejepunan dan kemesraan. Pengalaman berharga yang tak dapat kami lupakan.

Rumah tradisional Jepun kami di Nara

Tetapi sebelum meninggalkan rumah itu pada pukul 10.00 pagi, saya buat tuna sandwich dahulu untuk bekalan makan tengahari. Setelah mengucapkan "Arigato" dan "Sayonara"  kepada tuan rumah, kamipun menggalas beg menuju ke stesen keretapi Kintetsu Nara. Kali ini kami hendak ke Kyoto pula. Dalam perjalanan jalan kaki ke stesen itu, kami melalui kawasan perumahan dan kedai-kedai. Sempat juga kami bergambar kali terakhir di Nara.

Keserasian Naramas dengan Nara. Seperti biasa muka saya kaburkan demi mengekalkan identiti kesamaran.

Terkial-kial Membeli Tiket Di Stesen Kintetsu Nara


Kami berjalan dengan slow and steady sebab kami tak terburu-buru. Kami ada banyak masa. Sambil jalan sambil tengok-tengok suasana. Kalau ada yang menarik hati kami, kami berhenti, tangkap gambar. Maklumlah kunjungan pertama di bumi Nippon, mestilah first impression itu lebih bermakna.

Disebabkan kami jalan slow and steady, kami sampai ke stesen keretapi Kintetsu Nara dalam masa 20 minit.

Apabila menghampiri stesen itu, kami lihat ada beberapa orang lelaki berpakaian tradisional petani ~ berbaju serba hitam, bertudung saji, memegang tasbih dan mangkuk. Saya terpinga-pinga kerana orang lelaki ini berdiri tercegat di kawasan pintu masuk sambil memegang mangkuk dan tasbih. Kalau di Malaysia, orang macam ini kita panggil peminta sedekah. Tapi di Jepun, saya tak tahu, mereka ini siapa? Siapa tahu? Kalau tahu beri pencerahan pada saya, ya.

Ada dua orang lelaki berdiri memakai pakaian tradisional petani di hadapan stesen Kintetsu Nara. Di tangan kanannya ada seutas tasbih dan di tangan kirinya ada sebuah mangkuk. Seorang lagi memegang buluh panjang dengan loceng di hujungnya. Kami tak pasti siapa? Peminta sedekahkah? Pemungut derma untuk kuilkah?
Oh si pengemis muda...Apa rahsiamu? Apakah maksudmu itu?  Tentu ada sesuatu. Apakah yang kau cari dariku? 

Apabila sampai di setesen keretapi Kintetsu Nara, kamipun mencari laluan ke Kitaoji di Kyoto. Kenapa ke Kitaoji?

Kitaoji ialah tempat kami akan menginap selama dua hari. Kami akan menginap di sebuah rumah. Saya sangat teruja untuk menginap di rumah itu.

Untuk tidak membuang masa kami terus ke kaunter informasi yang ada di situ.  Sentiasa ada pegawai melayan sesiapa sahaja yang datang bertanya. Setiap pertanyaan dijawab dengan baik serta diberikan peta. Layanan begini membuatkan kami tidak segan silu bertanya. Pegawai itu menyuruh kami ke tingkat bawah tanah untuk ke Kitaoji. Perjalanannya amat mudah. Straight je, tak perlu tukar keretapi. Perjalanan memakan masa kira-kira 35 minit. Melalui 35 stesen.

Kamipun turun dengan lif dan terus menemui platform ke Kitaoji.  Kami perlu membeli tiket di mesin tiket. Tetapi apabila kami ke mesin itu, semuanya tulis Jepun. Garu kepala lagi. Sebab kami buta huruf. Kami cuba tekan butang-butang yang ada di mesin itu. Tapi tak menjadi. 

"Senang kerja kita tanya je pegawai tiket tu, " kata saya pada anak saya sambil menunding jari ke arah pegawai keretapi wanita yang berdiri dekat dengan pintu masuk terminal.

Anak saya  pun mendekati pegawai tiket yang ada di situ dan meminta pertolongannya.


Pegawai tiket di stesen membantu kami membeli tiket menggunakan mesin yang bertulis Jepun

Setelah mendapatkan tiket dengan bantuan pegawai tiket tadi, kamipun menaiki keretapi ke Kitaoji. Kami tak perlu menunggu lama. Dalam 3 minit keretapi pun sampai.


Perjalanan Keretapi dari Nara ke Kitaoji


Melihat stesen-stesen yang kami lalui ke Kitaoji melalui peta Ada 35 perhentian stesen. Dalam keretapi penumpang tidak ramai. Penumpang asyik melayan gadget masing-masing, tanpa mempedulikan kami.

Di dalam keretapi penumpang tidaklah ramai. Banyak tempat kosong. Orang Jepun kebanyakannya buat hal masing-masing apabila mereka duduk di dalam keretapi. Mereka tidak mempedulikan kami dan orang lain. Ini berbeza dengan pengalaman saya semasa menaiki keretapi di Beijing. Biasanya orang China memerhati saya dan menegur saya. Ini disebabkan mereka hairan melihat saya bertudung ketika musim panas. Tetapi tidak di Jepun. Orangnya asyik melayan gadget masing-masing.

Seperkara lagi, saya tertarik dengan sikap pegawai keretapi yang bertugas di dalam keretapi. Dia berjalan dari satu gerabak ke satu gerabak. Pada setiap pintu gerabak, dia tunduk hormat (hampir rukuk macam dalam solat) pada penumpang. Dia melakukannya berulang kali. Kalau ada sepuluh gerabak dengan dua pintu dia akan tunduk 20 kali. Hmm...saya hairan bercampur kagum...Walaupun dia tunduk banyak kali, tak seorang pun penumpang Jepun di dalam keretapi itu pedulikan dia. Masing-masing melayan gadget di tangan, macam pegawai itu tak wujud langsung.

Lihat pegawai keretapi (uniform biru) yang sedang tunduk hormat pada penumpang dekat pintu gerabak itu, dialah yang saya maksudkan. Tapi penumpang Jepun tak pedulikan dia. Cuma saya dan anak saya sahaja yang perhatikan dia.

Dalam perjalanan menuju Kitaoji kami melalui pemandangan sawah padi, kampung-kampung dan pekan-pekan. Indah pemandangannya.

Sawah padi yang saya lihat dari keretapi, dari Nara ke Kitaoji
Padi baru ditanam pada musim panas
Sungai yang saya ambil dari dalam keretapi yang bergerak dari Nara ke Kitaoji
Kawasan perumahan
Sawah padi di sini kelihatan sistematik dan terjaga baik
Kebun-kebuh sayur berdekatan dengan sawah padi. Rumah pula di tengah-tengah sawah

Semua pemandangan ini membuatkan saya teringat filem Jepun bertajuk Tengoku to Jigoku yang diterjemahkan kepada "High & Low", arahan pengarah filem terkenal Jepun iaitu Akira Kurosawa. Anda pernah tengok filem ini tak? Filem ini menarik hati saya. Ia telah dibuat pada tahun 1963.

Filem ini mengisahkan seorang pengusaha kilang kasut yang kaya, lakonan hebat Toshiro Mifune. Pengusaha kilang ini mengalami masalah dalam perniagaannya dan memerlukan wang untuk membaikpulih perniagaannya. Dalam usaha untuk mengumpulkan wang itu, tiba-tiba anaknya yang berumur 8 tahun dicolek. Dia dipaksa membayar tebusan yang bernilai amat tinggi, sama nilai dengan wang yang diperlukannya untuk memperbaiki perniagaannya. Jadi dia menghadapi dilema: untuk menyelamatkan anaknya atau syarikatnya?

Dalam keadaan yang cemas, beliau pun berkorban demi keselamatan anaknya. Dia sanggup perniagaannya merundum. Tetapi tiba-tiba anaknya muncul. Ini menggembirakannya. Jadi siapakah yang dicolek? 

Rupa-rupanya budak yang dicolek itu ialah anak pemandunya yang tinggal bersama mereka. Pencolek tersilap colek. Pemandu yang miskin itu pula merayu supaya pengusaha kaya yang juga majikannya itu membayar wang tebusan itu demi menyelamatkan anaknya. Jadi adakah pengusaha kaya itu sanggup membayar tebusan itu untuk selamatkan anak orang lain? 

Dipendekkan cerita, pengusaha kaya itu akhirnya membayar tebusan itu, walaupun budak yang dicolek itu bukan anaknya. Untuk membayar tebusan itu, peniaga kaya ini mesti menaiki keretapi. Keretapi itu melalui kampung-kampung dan sawah padi macam yang saya lihat dalam perjalanan ke Kitaoji itu. Dia perlu mencampakkan wang tebusan itu melalui tingkap keretapi setelah melihat budak yang dicolek itu berdiri di sebuah kebun dan sawah di tepi jalan keretapi itu...

Ok, dah cukup ringkasan cerita ini. Kalau berminat nak tahu cerita suspens ini, tengok sendiri, ya?


Babak cemas dalam filem High & Low. Inilah Tashiro Mifune yang cemas untuk mencampakkan wang tebusan melalui tingkap keretapi. (Image from: http://www.npr.org/)
Ini ialah babak ketika Tashiro Mifune meninjau budak yang kena colek itu dari tingkap keretapi. Budak itu berdiri di kawasan pertanian dekat jalan keretapi sama macam yang saya lihat dalam perjalanan saya ke Kitaoji. (Image from  http://filmsnoir.net/)

Sama tak pemandangan dalam filem itu dengan pemandangan yang saya lihat dalam perjalanan saya ke Kitaoji? Cer tengok gambar-gambar di atas? Sama, kan?

Itulah bahananya menonton banyak sangat filem Jepun. Di mana-mana saya pergi di Jepun ni, saya mulalah teringatkan filem itulah, filem inilah, anime itulah, anime inilah... :(

Tetapi filem High & Low itu ada moral yang boleh kita fikirkan. Adakah kita sanggup berkorban demi orang lain atau kita hanya mementingkan diri sendiri?


Mencari Rumah di Kitaoji


Pintu keluar subway di Kitaoji

Apabila kami sampai di Kitaoji, kamipun keluar dari stesen mencari rumah yang bakal kami inapi. Kami ikut panduan yang terdapat pada emel yang dikirimkan oleh Hostelworld.com. Katanya rumah itu tak jauh dari stesen Kitaoji. Cuma agak berbelit sedikit jalannya ~ ada banyak simpang, kena lalu kedai basikal, rumah orang dan lorong. Kamipun cari. 

Laluan menuju ke rumah yang kami cari
Kami kena melalui kedai basikal terpakai ini, kemudian belok kanan
Sampah kedai dilonggokkan tepi jalan dengan kemas
Rumah-rumah yang kami lalui
Kawasan letak kereta bersebelahan dengan kawasan perumahan
Kenderaan yang diletakkan di porch 
Lorong dan simpang di kawasan perumahan yang kami lalui

Cari punya cari punya cari....mulalah bingung sebab nama jalan semua dalam tulisan Jepun. Mujurlah cuaca sangat bagus hari itu. Tak panas. Ngam-ngam je. Kalau tidak dah meleleh peluh.

Tiba-tiba seorang pakcik yang sudah berubah penuh di kepala lalu dan menegur kami. Mula-mula dia cakap Jepun. Apabila dia tengok kami terpinga-pinga. Diapun cakap bahasa Inggeris. Kamipun beri alamat rumah itu padanya. Pakcik itupun memberitahu kami cara untuk pergi ke rumah itu. Apabila dia nampak muka seposen kami ni, diapun tanpa diminta membawa kami betul-betul ke lorong rumah itu. Nampaknya dia tahu benar rumah itu. Maklumlah dia tinggal di kawasan perumahan itu. 

Rumah-rumah di sini dua tingkat dan berpagar
Inilah lorong masuk ke rumah yang kami hendak tinggal selama di Kyoto. Saya cam lorong dan rumah ini sebab saya dah lihat dalam internet sebelum ini.

Kamipun masuk ke lorong yang ditunjukkan oleh pakcik itu lalu dia pergi meninggalkan kami. Saya amat familiar dengan lorong rumah ini sebab saya dah tengok gambarnya di internet. Kamipun terus menjumpai rumah yang kami cari.

Apabila kami masuk, kami pun disambut oleh tuan rumah, iaitu seorang lelaki dalam usia 30-an, rambutnya panjang sampai ke punggung, tapi diikat, ala-ala reggae man. Oleh kerana ketika itu masih pagi, kami belum boleh check in lagi. Kena tunggu pukul 3.00 petang. Tapi barang-barang boleh diletakkan dulu di situ.  Tuan rumah memberi kami pilihan bilik: yang depan bilik ada sinki atau double bed? Kami tak kisah asalkan Japanese Style dan duduk atas tatami. 

Setelah meletakkan barang-barang, kamipun keluar merayau-rayau. Ketika itu kami jumpa pakcik tua tadi sekali lagi, tapi kali ini dia naik basikal. Dia pun bertanya khabar kami mengenai rumah kami itu. "Did you find the house? Are you o.k. with the house?" Kagum juga saya dengan pakcik tu. Dia pandai bahasa Inggeris, walaupun dah lanjut usia. Tak macam di China, orang tua begitu, jangan haraplah tahu Bahasa Inggeris.

Inilah pakcik yang bawakan kami ke rumah penginapan kami. Dia pandai bahasa Inggeris
Bunga-bunga yang terdapat di kawasan perumahan itu

Kami kemudian duduk di bangku yang disediakan di depan sebuah kedai. Masa itu sudah waktu makan tengahari. Kamipun makan tuna sandwich yang saya buat dan tapau di Nara tadi.

Kami mecatatkan nombor-nombor bas yang lalu di kawasan tempat kami tinggal di Kitaoji supaya senang naik bas nanti

Kamipun meneruskan rayauan. Ke mana kami merayau? Untuk mengetahuinya, tunggulah entri saya akan datang sebab tempat yang kami pergi ini menarik untuk diketahui.


...bersambung                                                                               
 ...baca entri akan datang di sini





40 ulasan:

  1. uuuish nak datang jepun kena kuat ni. language barrier yang dasyat tapi insyallah kalau berteman boleh go thru dengan baik. jepun ni bagusnya sebab berdisiplin. itu memang diakui. bestnya mengembara macam ni. santai saja. huuurm CT nak kena gigih menabung. kaki dah geli geli ni nak jalan jalan lagi. betul tuh kalo kat china memang ayam itik cakapnya. even di information counter pun tak membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Language barrier tak sedasyat di China. China lagi dasyat. Di sini ramai juga yang tahu Inggeris.

      Betul tu CT, di China Information Center pun orangnya tak tahu English.

      Tak payah penuh sangat tabung CT tu untuk ke Jepun. Sekarang matawang kita tinggi, jadi tak terlampau sangat mahalnya berbanding dulu.

      Padam
  2. Salam ramadhan prof..
    Lagi blogger di jepun ;)
    Bertambah semangat norh pun nak ikut jejak...
    Norh suka waktu travel yg tak terikat dgn masa..kita boleh ambik masa utk nikmati moment travel tu ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat menyambut Ramadhan Norh. Saya ke Jepun, sebab dah lama berangan-angan. Dah pergi rasa tak puas pulak. Ya, saya pun macam Norh, suka jalan-jalan di tempat baru dengan rileks, jadi kita dapat mengenali tempat itu dengan lebih mendalam.

      Padam
  3. prof! Jm suka cara prof sbb x stay d hotel selama di Jepun :-)
    Di sambut dgn lelaki berambut panjang sampai ke punggung? Seram pulak dgr dia x ikat ke? Kalau mlm jumpa org tu Jm org pertama lari eeeee seramProf

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jari Manis,
      Sengaja cari kelainan kali ini, sebab nak merasa cara Jepun, itu sebab tak tinggal di hotel.

      Ya, panjang rambut lelaki tu sampai ke punggung, tapi dia ikat...nanti saya tunjukkan gambar dia dalam entri last-last, insyaAllah.

      Kalau malam, jumpa orang rambut panjang mengerbang, memang saya pun lari...mungkin tak sempat lari dah pengsan he he he

      Padam
  4. Nara situ sana sini... sepadan dengan NA...

    Seronok nampaknya NA tinggal di rumah Jepun... kena beli tatami ni letak kat rumah... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nara dan Naramas kembar Siam kot :D

      Tak mampu nak beli tatami Mie. Cuma tikar mengkuang plastik dan buluh tu adalah di rumah saya he he he..

      Padam
    2. Ritu prof ckp tatami tu buat dari rumput kan?? lupa dah saya..hehe. Kat rumah fmly saya ada tikar dibuat dari buluh..lama-kelamaan tikar tu seolah2 banyak pijat..abis badan makayah dan adik beradik saya naik gatal2 merah. Dorang tak tau semua punca dari tikar tu..saya balik kmpg terus sy suruh mak buang..Alhamdulillah lepas tu gatal2 tu makin hilang dan tak berulang. sy kejadian tu saya buat kesimpulan..tikar yang dibuat dari hasil tumbuhan adalah tak sesuai sebab boleh jd perumah serangga kecik2.

      Padam
    3. Zila,
      Ya, tatami dibuat daripada sejenis rumput atau jerami padi. Ini saya dapat daripada bacaan saya. Pengalaman saya apabila tatami dipijak, kaki rasa sedap. Di Malaysia, tikar kita dibuat daripada mengkuang, ada yang dibuat dari buluh, jerami dan plastik. Tetapi tikar mengkuang lebih digemari kerana ia lebih selesa dan sejuk. Tetapi kalau tikar itu terlalu lama digunakan, ia koyak/rosak atau dimakan serangga, lebih-lebih lagi yang dibuat daripada buluh. Jadi kenalah tukar kepada tikar yang baru. Jadi, ia lebih mahal. Sama juga dengan rumah papan/kayu, lama-lama ia dimakan anai-anai. Tetapi rumah papan lebih sejuk dan lebih mahal berbanding dengan rumah batu. Saya rasa di Jepun pun begitu. Tatami kelihatan ekslusif dan mahal. Rumah modern di Jepun yang saya duduk di Osaka menggunakan tatami yang dibuat daripada plastik dan apabila dipijak rasanya tak sesedap tatami rumput/jerami. Itu sebabnya tatami, dari segi sejarahnya, mula-mula digunakan di istana dan orang kaya-kaya.

      Padam
  5. wah kagum saya akak tengok cerita jepun banyak...sy pula rasanya lagi byk tgk drama korea je...hehehe tak sabar nak tgk review rumah di Kyoto pula...best sgt dapat duk rumah jepun tu kan...saya dulu duduk di hostel je... =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak juga saya tengok filem Jepun lama. Ceritanya yang berkesan membuatkan saya teringat-ingat. Review tentang rumah di Kyoto akan saya ceritakan selepas satu entri lagi, insyaAllah. Duduk di hostel pun tak apa DJ, yang penting dapat rehatkan badan dan selamat. Saya ni sengaja cari rumah sebab nak merasa, murah pun murah.

      Padam
  6. Di Jepang ada peminta sedekah juga Bu Nara ? Adakah orang yang beri sedekah ke orang itu ?

    Di Jepang, peminta sedekah dan sampah pun nampak bersih...hebat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti mereka ini siapa, mungkin peminta sedekah sebab mereka memegang mangkuk. Semasa saya lalu di situ saya tidak nampak sesiapa pun memberi duit kepada mereka. Kalau benar mereka ini peminta sedekah, peminta sedekahnya beruniform dan berpakaian tradisional yang kemas~ sesuatu yang menarik.

      Padam
  7. wah....menarik sungguh penceritaan Prof...saya suka membacanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga orang yang suka nampaknya. Terima kasih Muhammad Khairuddin Lim :)

      Padam
    2. Duduk rumah instead of hotel/hostel memang pengalaman berbeza. One day nak try. Selalu gak tengok web airbnb tapi belum tercapai impian.

      Seronok berjalan dalam keadaan santai. Kalau rushing je, memang xsempat nak embrace keadaan keliling. The warmth & hospitality orang2 kat sana.

      Baru balik dari berjalan, haritu baca sekali imbas je. Hihi sekarang baru pulun nak komen semua.

      Padam
    3. Setakat ini dah empat kali saya duduk rumah orang masa backpack di luar negara. Saya rasa seronok.

      Saya suka berjalan ke sesuatu tempat dengan rileks dan tak terkejar-kejar berbanding dengan pergi banyak tempat tetapi terburu-buru. Rasa lebih puas kalau lama-lama di satu tempat.

      Wah Bibie, baru balik dari mana ni?

      Padam
  8. Boleh tak depa berbahasa lagi daripada Inggeris...misalnya mandarin ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti pula. Tetapi saya perasan ada sedikit persamaan bahasa Jepun dengan Mandrin, misalnya nombor.

      Padam
  9. Assalamualaikum Prof,
    Salam Ramadhan al Mubarak
    Dah lama juga mengikuti blog ni tapi secara senyap je..hari ni tergerak untuk meninggalkan jejak..
    kereta di garaj tu macam kancil je..adakah ianya kancil..?
    trip yang santai n relaks..baca pun tenang je..tak de serabut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Cik/Encik Tanpa Nama. Selamat beribadat di bulan Ramadhan. Dah lama mengikuti blog ini secara senyap, tapi sayang saya tak tahu, namapun saya tak tahu. Kalau beri nama tu bolehlah saya panggil dengan nama yang elok, taklah Cik/Encik Tanpa Nama. Cik/Encik daftarlah dalam akaun google atau gmail dan sertailah tapak ini.

      Kereta dalam garaj tu bukan kereta Kancil tapi kereta Jepun. Di Jepun banyak kereta yang kecil-kecil macam Kancil dan Viva.

      Ya, saya suka trip macam ini sebab tak payah terkejar-kejar dan tidak terlalu 'touristy'.

      Padam
  10. itu sunflower ke ? Beza dengan sunflower yang pernah saya nampak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa dari spesis gebra atau daisy. Kalau sunflower ia lebih besar dan tinggi.

      Padam
  11. Prof ada cuba masuk ke sawah padi depa..Sawah padi nampak bersih...sampah sarap pun susun dan dibalut dengan kemas...Depa banyak juga menghabiskan masa dengan mengikat kemas sampah sarap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk sawah tu tidak, tapi ada pergi dekat-dekat sawah tu semasa di Osaka. Memang bersih. Mereka orang yang rajin dan pembersih.

      Padam
  12. salam prof.

    saya rasa sangat teruja dan seronok membaca entry pengalaman prof ke jepun kali ini. teringat pengalaman saya ke osaka/kyoto pada hujung januari yang lepas, rindu pulak rasanya nak berjalan-jalan lagi. kebetulan pada masa tu saya dan suami dapat membeli tiket dgn harga RM1400 utk 2pax. tapi malangnya waktu kami pergi tu winter, agak mendera emosi dan fizikal sebab saya tak tahan sejuk orangnya. hehe.. walau bagaimanapun, ianya satu pengalaman manis yang takkan saya lupakan. kami juga backpackers ciput, menginap di tempat penginapan japanese style. merasa tidur di atas futon berlapikkan tatami. memang itu lah niat asal bila berjalan ke tempat seumpama itu, nak merasa budaya masyarakat setempat yang tiada di tempat kita. kami rasa sungguh selamat dan seronok berjalan kaki, menaiki bas dan tren di jepun. memang betul mereka ni jenis yang tidak mempedulikan orang lain, contohnya bila nampak foreigner berpakaian pelik dan mereka takkan ambil tahu tentang itu. tetapi bila kita bertanyakan sesuatu atau meminta pertolongan mereka akan sedaya upaya cuba membantu. bukan apa, rimas juga rasanya direnung atas bawah hanya kerana kita bertudung. banyak yang dipelajari sepanjang saya berada di sana terutamanya mereka sentiasa menjaga kebersihan, mengamalkan kitar semula dan banyak lagi. saya juga bersetuju bila prof kata lebih senang berjalan di jepun berbanding di beijing kerana saya telah merasainya. sehinggakan bila sampai di airport sini, saya menangis kegembiraan. tak dapat saya bayangkan bagaimana prof tinggal dalam tempoh masa yang lama di beijing. panjang pula komen saya, hehe. apa pun, tak sabar untuk membaca entry seterusnya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali wahai Cik Tanpa Nama. Seronok mendengar cerita TN yang sama dengan pengalaman saya. Tapi sayang, saya tak tahu nama anda. Adakah anda sama dengan Tanpa Nama yang lain. Daftarlah dan sertai tapak ini dengan nama ya. Lebih senang berkomunikasi kalau ada nama,

      Pengalaman saya tinggal di Beijing selama 9 bulan dan mengembara di beberapa negeri di China membuatkan saya lebih yakin sekarang untuk ke negara lain yang majoriti orangnya tidak berbahasa Inggeris. Di China nak survive susah tapi saya dah lalui kesusahan itu. Saya anggap diri saya dah lulus ujian he he he

      Padam
  13. Salam Prof ....

    Dari apa yang saya satu, mereka itu bukan peminta sedekah, tetapi adalah Sami Sami Budha dari Temple temple yang berdekatan. Ini adalah sebagai denda atau pembersihan dosa mereka ... contohnya , mereka ada melakukan kesalahan kesalahan sewaktu di temple atau di masa lampau ... jadi untuk tujuan pembersihan hati dan jiwa itu, mereka harus menminta ihsan orang ... apa yg mereka dapati itu akan diberkan kepada temple mereka .

    Dan ada juga yang mengatakan ini ada peluang utk org awam memberi sedekah ...

    Wallahu alam ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali Encik Ghazali,
      Oh sami sami Buddha rupanya. Memang logiklah kalau begitu, ini disebabkan ajaran Buddha mahu sami-saminya bersikap merendah diri dan meminta belas kasihan orang. Terima kasih atas pencerahan ini. Dapatlah saya belajar sesuatu hari ini. Mungkin saudara pernah berkerja di Jepun?

      Padam
  14. belum pernah sampai jepun,di korea selatan ada jugak pegawai dia tunduk2 dari satu gerabak ke satu gerabak... bila baca cerita lagi rasa tak sabar nak pergi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saffuan,
      Saya dapat tahu dari blog Saffuan, Saffuan nak ke Jepun tak lama lagi. Pengalaman ke Jepun pertama kali menyeronokkan kami. Saya harap Saffuan lebih-lebih lagi. Nanti bolehlah naik keretapi dan tengok pegawainya tunduk-tunduk tu.

      Padam
  15. Kami akan ke Jepun 15 Oct 14, oh..setiap kali membaca entry di sini menambahkan lagik rasa membuak2 + teruja utk mengenali Jepun dengan lebih dekat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah! Tak berapa hari lagi dah nak berangkat :D. Tentu seronok ke Jepun musim luruh ni.

      Padam
  16. Sejuk le kami pi waktu winter... Dulu dah khatam blog prof tentang jepun... Kena khatam sekali lagi hi3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Winter memang le sejuk ha ha ha.... :D

      Terima kasih Encik Muhammad Khairuddin Lim....rajinnya baca blog saya sampai khatam...terharu saya :)

      Padam
  17. Kpwah blogwalking... Nak khatam tentang jepun di blog prof...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baca sampai khatam....:) Tabikkk pada Encik Muhammad Khairuddin Lim !!!!

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.